Monday, July 7, 2008

Protes sampai turun, minyak lah bukan lain yang turun

Kan Nora dah janji nak tulis pasal perhimpunan Protes, ahhhh Nora tulis lah ni. Apa pun Nora ucapan tahniah terlebih dahulu kepada mereka yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan Perhimpunan Protes itu. Dapat juga jumpa kawan-kawan reformis yang Nora kenal hampir 10 tahun lamanya. Mereka turun dari jauh untuk sama-sama memastikan api reformasi tidak padam.

Apa pun Perhimpunan ini secara jujur bukan lah satu demonstrasi. Selama ini kita sering hadir dalam perhimpunan berbentuk demonstrasi yang memerlukan, apa kata Anwar Ibrahim – mengambil risiko – kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan. Semangat berani inilah menjadikan demonstrasi jalanan berbeza dengan perhimpunan dengan permit di Stadium Kelana Jaya.

Kadang – kadang Nora tersenyum dengan komen teman-teman di tempat niaga Nora. Protes sampai turun tetapi yang turun lain plak...hi hi hi....benda lain lak yang terlondeh sehingga media-media arus Perdana mengambil isu itu untuk terus memburukkan perhimpunan tersebut. Tapi itu kerja mereka, kerja kita untuk pastikan minyak turun.

Apa pun Nora tidak lama di Stadium. Nora percaya bahawa kita kena hadir sekali lagi ..dengan keberanian untuk mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak...kita laksanakan di luar...biar tak de permit ...kita langgar menunjukkan bahawa kita tidak mahu akur dengan kenaikan harga minyak. Masa itu kalau ada perhimpunan macam tu ..Nora turun....kita kena hantar mesej yang serius kepada kerajaan – TURUNKAN HARGA MINYAK ! Kalau nak turun Stadium pun mungkin Nora turun bila ada konsert White Snake, Loudness atau Dokken...baru rock abis...baru real...Nora minat......

Bercerita kembali mengenai Protes – mungkin kita perlu lebih “real” lagi. Kita turun dengan semangat....di luar sana untuk menunjukkan bahawa kita tak leh tahan bila kerajaan asyik menyeluk saku kita aje sebagai penyelesaian masalah. Banyak cara lain – banyak yang boleh dibuat dari asyik buat rakyat macam ATM machine mereka........tekan-tekan kebas duit....tekan-tekan duit kita juga yang lebur.

Nora percaya kalau kita teruskan usaha....kita tunjuk kepada kerajaan betapa perit kita rasa dengan kenaikan harga minyak dan ditambah dengan kenaikan harga barangan lain – setidak-tidak mereka sedar...setidak-tidak mereka dapat mesej yang kuat tentang apa kita rasa atas perbuatan mereka.

Apa pun Nora hadir dan sempat lah Nora berjumpa dengan reformis lama. Sungguhpun perhimpunan Protes itu agak lari dari perhimpunan yang sering kita lakukan tetapi Nora respek mereka yang 10 tahun dan masih wujud dalam gerakan reformasi. Mereka setia dan mereka dapat tabik hormat dari Nora. Mereka inilah yang perlu kita juling-kan mata untuk setidak-tidak diucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka. Mereka lakukan demi sayang mereka kepada rakyat Malaysia yang selama ini tertindas.

Nora – suspek – opppps respek...u all

7 comments:

Anonymous said...

SETUJU!!STADIUM MEMANG SESUAI UTK KONSERT DAN BOLA SAHAJA!!!!

KALAU NAK CERITA PASAL PERJUANGAN RISIKO MEMANG KENA ADA!!!SO HOPEFULLY DEMONTRASI KEDUA HARUS IKUT FORMAT PERHIMPUNAN BERSIH, KALAU SETAKAT NAK TGK KONSERT ROCK BERLAMBAK KAT KL NI!!

AMRUL

Aku Anak Silaun said...

hahahahahaha...
kita PROTES penganjur PROTES...minyak dunia tetap naik, yg turun seluar...underware biru la...hahahahahah

angah said...

salam reformasi..

hmm..amat menyedihkan..protes yg di rancang untuk menentang kenaikkan minyak menjadi karnival..
mungkin kita boleh menbagi cadangan kepada protes untuk menbuat satu lagi perhimpunan mega menentang kenaikan minyak. mungkin kita akan adakan di masjid negara dan menhantar memorundum kepada Yang di pertuan AGung.

AnakMerdeka said...

Tiba-tiba aku terfikir, tidakkah mungkin penyokong PKR telah tersalah tafsir dan bertindak keterlaluan? Tidakkah mungkin niat penyanyi berkenaan ialah untuk mengutuk pemimpin BN yang suka menjilat punggung pemimpin tertinggi sepertimana yang sering pemimpin pembangkang tuduh, tetapi pengikut PKR telah tersalah erti yang menyangkakan penyanyi berkenaan memperli pemimpin mereka? Maka itulah sebenarnya ketentuan Allah. Niat kita mungkin bertujuan untuk mengaibkan orang lain, tiba-tiba aib tersebut jatuh ke muka kita sendiri.

pst... cerita selanjutnya dan berkongsi/komen tulisan aku, lawatilah www.anak2merdeka.blogspot.com

Mohd Nadzri Kamsin said...

Kenapa diundang underground band? Hishamudin Rais perlu menjawab.

Anonymous said...

Kak Nora,
Sedih rasanya tak nampak kak nora di sana, mungkin terselit di mana-mana. Saya bertugas hari itu sebagai sebahagian ahli skuad, agak penat sebab ketiadaan unit amal amat dirasai. Sebenarnya apa sahaja protes lebih di jalanan sahaja, acara di Kelana Jaya boleh dianggap sebagai himpunan rakyat sahaja. Pulak band yang ke-2 telah menyebabkan media tempatan tidak fokus tujuan protes dilakukan, asyik cerita insiden itu sahaja.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

KHAIRUL NAZRI said...

Gitu la jadinya klu niat tak sempurna untuk menyempurnakan orang lain. Sikap marah, geram, dendam semua tu sifat syaitan dan kita kini mengikutinya dengan penuh khusyuk.

Jelas protes berkenaan mempergunakan jiwa belia untuk memberontak tanpa hala tujuan dengan merasuahi mereka dengan hiburan yang tidak terkawal dan bermesejkan sonsang.

Kesian, runtuhnya bangsa Melayu kerna bangsa Melayu juga...