Syukur Nora telah dibebaskan pada anggaran jam 2.15 petang tadi. Sebelum banyak spekulasi mengenai tangkapan pada 16hb Julai 2008 baik Nora terangkan sedikit apa yang berlaku. Sebenarnya tuduhan mengatakan bahawa Nora maki hamun polis itu tidak benar.
Sebelum memulakan cerita Nora nak ucapkan terima kasih kepada semua terutama , Black, Suaram, Badrul Hisham, panel PAS dan Norazaidi yang menjadi penjamin. Terima Kasih. Nora juga nak letakkan gambar mereka yang hadir pada perhimpunan DSAI di IPK Kuala Lumpur.
Sebenarnya mereka yang membodohkan diri mereka dengan menyuruh Nora pergi bermain “bola” lagi bagus. Nora, kemudiannya secara sinis mengatakan bahawa Euro dah habis, nak gi main atau tengok bola buat apa. Nora tegaskan Nora memang hadir untuk bersama rakan reformis lain dan kalau kenyataan ini diambil untuk menjadi bukti kehadiran – ambil lah, ecah tak kisah.... Namun atas nasihat kawan-kawan Nora tidak boleh menulis lanjut perkara ini kerana Nora agak ragui perjalanan tangkapan hari ini. Berbeza sungguh bila Polis memaklumkan bahawa mereka akan memohon ke mahkamah untuk menyambung tahanan Nora. Pelik, mereka nak terus menahan Nora untuk beberapa hari lagi? Kemudian mereka mengatakan bahawa mereka mahu mengambil “Intelligent Statement” , apa jadahnya benda itu? Nora tak pernah lalui perkara ini sungguhpun sudah beberapa kali di tahan. Lebih dari itu gambar di ambil adalah menyeluruh satu badan dan setelah diambil keterangan – keterangan itu terus di buat 30 salinan dan dihantar hari itu juga untuk perhatian sesiapa entah. Mungkin cara baru tetapi berbeza dengan cara prosedur tangkapan yang pernah Nora lalui dulu.
Nora kemudiannya terpaksa menghubungi kawan untuk mengambil barang-barang Nora kerana Nora tidak mahu serahkan barangan yang ada dengan Nora ini kepada polis – takut hilang. Dah lah pada tangkapan yang lepas – semua “hand phone” Nora di ambil dan sehingga kini tidak dikembalikan.
Dalam perbualan dengan polis “in charge” Nora bertanyakan kenapa Nora mahu di tahan reman dan kenapa prosedur kali ini berbeza? Inspektor itu memberi tahu Nora, bukan apa, ini semua arahan orang atasan dan kemungkinan siasatan perlu dibuat untuk mengetahui – kemungkinan Nora di taja oleh seseorang dan beberapa hal lain yang berkaitan. Huh, Nora kehairanan. Di taja, kenapa perlu di taja untuk kita menunjukkan bahawa kita mahu mempertahankan sesuatu isu yang melibatkan rakyat negara ini. Pelik. Rakan Nora yang datang untuk mengambil barang-barangan turut kehairanan kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada dirinya seolah-olah dia juga salah seorang suspek.
Pelik ini orang yang datang hanya untuk mengambil barang Nora. Beliau ditanya berkenaan butir peribadi, kerja di mana, lulusan apa, mengenai keluarga, mengenai bapa dan mengenai anak. Beliau di minta menandatangani soal jawab itu seolah-olah dia turut menjadi suspek. Ada pakar tak kat luar sana yang boleh bantu tak?
Lepas itu Nora patut di bawa ke Mahkamah jam 10.00am 17/08/2008. Namun terbatal kerana tiba-tiba Nora tidak di bawa ke mahkamah sebaliknya boleh di jamin mulut. IO yang mengendalikan kes Nora yang sudah ke mahkamah – terpaksa pulang dan menyiapkan kerja-kerja untuk jaminan mulut. Apa pun banyak betul lagi Nora nak ceritakan – yang melibatkan peguam dan bantuan “urgent arrest” yang sekarang seakan tidak ada lagi – tak macam dulu. Tapi biar dahulu nanti orang salah anggap pula apa yang Nora tulis. Lepas cerita ini Nora cerita mengenai isu itu – peguam PKR yang tidak mahu membantu – tidak ada “support” untuk mereka yang di tahan. Kalau orang macam Nora – Nora tak kisah sebab Nora dah biasa tapi bayangkan mereka yang baru – sure panik habis. Ok itu Nora cerita kemudian.
25 comments:
Sory Kak Nora kenyataan saya tentang maki polis, mungkin saya tersalah tafsir fakta. Bagi saya dari cerita Kak Nora, semacam ada sengaja tangkapan terhadap kak nora, mungkin juga setelah beberapa tangkapan kak nora, polis selalu mengawasi kak nora kot.
Apa-apa pun berjuanglah ke arah kebenaran walaupun padahnya kita pun tahu. Saya pulang ke rumah pada jam 7.45pm setelah berhimpun di IPK dari pukul 2.45pm. Mungkin tiada rezeki nak jumpa kak nora lagi. Jumpa di lain halaman untuk mencari kebenaran.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Saya harap Kak Nora tahu dan dapat bezakan tindakan PDRM sekarang berbanding dahulu. PDRM mencari kebenaran dan bukannya cuba mewujudkan sesuatu yang tidak betul. Kadang kala maklumat yang menyonsangkan kita. Kami yang diamanahkan di bawah Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan Malaysia akan menjamin keselamatan Anda di bawah Artikel 7 & 8 Perlembagaan yang sama.
Sekian.
all ur best nora....sabar bebanyak.jaga diri baik baik
matcomot ialah aku.aku ialah naim.
peguam pkr tak mahu membantu sebab semua nak hi profile case sahajakah?
nampak gaya ramai reformis ampang yang menempel muka bergambar dgn si nora... SYABAS.... BAGULA LAH. TYERUSKAN BERJUANG DEMI NEGARA. Dia jelah reformis lama... pi blaaaa... dah kemaruk jawatan! semua jawatan ada.. di bahagian pun nasib dilantik saat-saat akhir oleh biro politik yg dah tak tak der pilihan. (org dalam kata dah menyesal tak sudah atas perlantikan... bahkan ketua bahagian pun TAKUT nak tegur dia) Skrg ni siap jaja dapat jawatan di SUK lah.. kaki ampu YS. dapat "offer" jawatan kat anak syarikat state lah... aduh! semua jawatan dia dapat offer... jawatan kat ahli majlis pun dok berkokok lagi.... sebab ahli keluarga dia tak sangkut! kahkahkah... dekat rumah dsai pun dok menyalak2 kata orang baru... orang lama... pi blaaaaaaa...
Nanti kita ketahui lah asal usul orang ini... yg terkenal dengan tipu daya.. byk org dah diperdaya... Hello Bro... member gua cari lu pasal janji projek IT dgn org UMNO dulu.... payment lu dah angkat... ratusan ribu tu... bila nak bayar!.....ingat tak?
nnora75 betullah serupa dgn apa yg melayar cakap. berdendangkan lagu2 reformasi dan nnora75 ni 'macam mengejar pelangi'? kata si melayar lah
kenapa nnora x nak balas kritikan si melayar tu? member dah tibai baik dah., punya la banyak hujahan si melayar tu.. tapi nnora75 x nak jawap pulak(takut agaknya menerima kebenaran)... takyah reform la camni... buat malu kat anak2 pompuan nnora75 je sbb mak mereka artis murah cari publisiti jalanan
Salam,
Apa saja komen Nora terima dengan terbuka. Bukan senang nak memenuhi kehendak semua. Namun untuk mengentahui antara berani dan tidak berani, takut dan tidak takut amat mudah sekali. Semua tentang nora terbuka. Boleh lihat fizikal, boleh hubungi dan boleh diajak berdebat.
Antara yang tidak berani hanya menyorok belakang komputer, masuk blog dan hanya tahu memburukkan orang saja.
Tepuk dada tanya selera.
Kak Nora jangan layan, kata-kata seperti artis jalanan itu semua adalah mereka yang sakit hati. Bayang orang yg sanggup kuar perkataan macam itu, mesti busuk mulut dan ati dia. jijik betul
Kalau dia tak setuju bagi hujah, tak payah nak kait anak lah dan sebagainya.
Melayar pun tak setuju dengan cara hentam macam itu. Sebenar banyak dah org lain berhujah untuk kak nora dan sekiranya dia tak setuju kita nak buat apa..sampai subuh pun tak abis. Cuma saya nak cakap sikit pada mereka-bukak kamus dan cari erti reformasi-bukan jawapannya PKR atau DAP atau PAS..
Kepada bunga melor-betul jahat ati ko ye...nak kritik dan backing melayar pun saya yakin melayar tak setuju..kritik keras bukan makna menghina.
Aku rasa kalau keluarga ko tahu ko cam ni lagi dia hina ko..keluar dan jadi orang...bukan halimunan...
Mohd Zaidi Ibrahim.
017-8367738 (sms aje)
Saya percaya ada polis yang melayari laman ini,
Pesan saya,
Memang sdra mahu menjaga keselamatan dan sebagainya, kenapa tidak dihalalkan perhimpunan, susun dan arah supaya tidak tersasar...kenapa mahu guna provokatif - tidak ada diplomasi. Kami bukan penjenayah. Masa UMNO himpun kat pejabat duta USA, masa kat Penang bantah Guan eng ko rang tak seganas kat budak reform.
Kami mahu nyatakan pendirian. Kami kurang yakin dah pada polis dalam bab politik krn arahan yg kamu terima berbau politik sahaja.
syukurla kak dah bebas... saya telahpun mengenal akak masa reformasi 10 thn dulu.... walaupun tak pernah bersua muka, bersembang gebang, dengan blog ni, moga api reformasi terus membakar semangat2 kita semua! saya bangga! terimakasih kerana link website saya...!
salam perjuangan..
mengapa kita perlu reform??
reform bererti perubahan..
dan aku ingin kan perubahan di malaysia..
sudah hampir 51 tahun umno dan bn memerintah..
aper yg pernah diorg berikan kepada kita semua?
jawapan org umno....
jalan raya..sekolah..masjid..
itu jawapan biasa org2 umno..
mereka fikir duit kerajaan ini duit bapak diorg punya..
lupa kah org2 umno dr maner sumber2 pendapatan kerajaan?
cukai..hasil dlm negara..sumber2 ini bukan milik bapak umno punya..
milik semua rakyat....
salahkah org seperti aku..autie nora dan yanglain2 nak ingin kan perubahan supaya pemerintah lebih mementing rakyat drp kroni2 mereka..
jika bukan kita bersama ingin kan perubahan..saper lagi?
sudah lah barua2 umno ..
muka mata..umno tidak pernah hiraukan nasib org2 melayu..
yg mereka hiraukan periuk nasi mereka...selepas merek hampir kalah baru nak bantu org melayu..
lembah pantai contoh nya...
tanya sendiri umno lembah pantai..tanya sharizat... di maner pampasan untuk rumah setingan yg di janjikan semasa projek LPE...
maaf jika bahasa aku kasar ari nie..tengah marah dgn pembohongan balaci2 umno yg bodoh....
Nora
Teruskan perjuangan mu. Aku ada dibelakang ! Lawan tetap lawan !
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Polis tak payah nak tunjuk lagak dengan sikap yang boleh buat orang meluat dgn depa.Apapun satu Malaysia dah tau sikap yg tak langsung professional depa ni semua.Kalo kat pemerintah ni depa punya taat membabi buta.
Ada ka patut kalo rumah kita masuk pencuri, kita pi report polis.. balik-balik bukan pencuri kena tangkap tapi kita yg buat report kena tangkap..punya la haprak puak-puak ni.
Apapun sejarah tahun 1998 mengajar kita untuk lebih berwaspada.
Buat Nora,
Sumpah..aku tak rasa malu langsung kalau ada Mak macam ni...
NORA, SAYA PELIK. Sbg perempuan, kenapa awak berani sangat ???
apa yang awak makan???
pelik.
ermmm..bagi aku la kalo kita nak jd berani...takpayah nak makan-makan apapun..ianya memerlukan keikhlasan dan keyakinan dalam memperjuangkan apa yg kita perjuangkan didalam perjuangan kita..insyaallah.. keberanian kita akan terserlah..
"Kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan"
sebagai orang yang amat jeles ketika cik nora bergambar dengan member aku pejuang johor.....tak.perr.....ader aper aper hall....gua baack up lu beb....!!! tapi hati masih jeles....isk isk...hehehehehe
Salam Nora,
Semangat kental Nora amat dikagumi. Semoga Nora sentiasa dalam peliharaan Allah.
Slam takzim
Kerajaan Rakyat
Tak di nafikan awk memg berani,cuma awak terlalu keezaman yang membuatka awak di pandang sinis.biarpun banyak yang mengata tentang keberanian awak cuma diorang sangsi dengan awak,refomis dl seperti hidhir khalid telah kembali bersama atau hampir semula dgn PKR,jangan kembali di jalanan semata untuk mencucui daki dahulu supaya di terima semula...awak ada kelebihan cantik,sexy dan cekal.saya memg minat orang mcm awak cuma kekadang rasa pelik mengapa terlalu keezaman.boleh YM dengan saya dsai_justise@hotmail.com saya nak tahu skit mengenai gerak
Anonymous said...@July 18, 2008 7:04 PM & Jemuan.
Apa salahnya PDRM? pernah anda dilempang mereka? Kalau mereka tiada anda boleh aman hidup? Cakap jangan tidak guna aqal anugerah Ilahi. Pernah anda tengok Nilai Memorial Park? Apa yang ada didalam sana? Apa tugu yang dibanggakan berdiri megah di dalam sana? Tahukah anda? Ambil tahukah Anda? Tahukah tragedi Bukit Kepong? Kenal siapa Sarjan Jamil Mohd Shah? Hassan? Fatimah Yaaba? Mariam Ibrahim? dan ramai lagi nama - nama pejuang yang dibunuh oleh PKM. Pernah tengok kuburan pejuang Bukit Kepong? Bandingkan dengan kuburan di Nilai Memorial Park. Sejarah tidak pernah menipu. Adakah anda juga berdarah daging seperti Muhammad Indera? Anda cakap perlu berpijak diatas bumi nyata. Inilah bentuk penaklukan baru minda orang kita. Tiada bezanya dahulu dan sekarang kerana 446 tahun kita dijajah disebabkan oleh sikap orang kita sendiri yang berpaling tadah. Disebabkan hatinya busuk, taksub bertuhankan kebendaan. Irihati dan berhasad dengki mengongkol diri. Fahamkah anda Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Jangan membinatangkan orang lain jika anda sendiri persis binatang (tiada berakal).
salam perjuangan..
hebat tulisan koperal..atau pun polis 2 celet..
artikel perlembagaan 153... bukankah perlembagaan 153 menyebut hak2 keistimewaan org2 melayu, hak raja2 melayu..hak agama ISLAM sebagai agama rasmi..dan kalau tak silap sayalah...bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk pembelajaraan di sekolah..
kalau saya salah tolong betulkan..
kami bukan menbenci POLIS...
kami tidak pernah memanggil POLIS itu binatang..yg kami sering sebutkan sifat kebinatangan.. ader perbezaan kebinatangan dengan binatang..kalau tak cayer cuba cheak dgn DBP..
harus diingat..POLIS berkhidmat untuk RAKYAT.. kerana RAKYAT yang menbayar cukai untuk kerajaan dan kerajaan menggunakan wang cukai untuk menbayar gaji POLIS.. dan kami juga menperjuangkan nasib POLIS..dimana kami ingin menaikkan gaji2 POLIS bila PR memerintah.. insyaALLAH..
kami menyebut sifat kebinatangan kerana..POLIS sekarang lebih kepada memihak sebelah pihak.. POLIS bertindak ganas terhadap kami yg menperjuangkan nasib RAKYAT..dimana kah sikap ADIL POLIS yg diura-urakan? POLIS sebagai badan bebas dibawah naungan di RAJA sepatutnya tidak memihak mana2 pihak...tetapi hari ini POLIS lebih memihak kerajaan BN dan DIPERGUNAKAN untuk menhalang SUARA RAKYAT..
Isu penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim..sudah 2 kali POLIS melakukan perkara yg sama.. kali pertama 20 september 1998 hari ahad..sepasukan POLIS yg bertopeng telah menceroboh rumah DSAI menangkap beliau dgn ganas..memukul RAKYAT yg berada di situ.. tidak sifat KEBINATANGAN ker? kemudian beliau telah di pukul oleh KETUA POLIS sampai separuh nyawa...sifat aper itu?
mengapa nak marah pula jika RAKYAT mengatakan POLIS bersifat KEBINATANGAN? memang POLIS di bawahan hanya mengikut perintah..kami faham..tapi sampai bila POLIS terus menjadi BARUA kepada pihak atasan yg menpergunakan POLIS untuk menyelamatkan nyawa politik mereka..
banyak lagi kisah2 yg sayer ingin menberi contoh...kes kg memali.. fru..tapi cukup lah setakat ini..
kami bukan menbenci POLIS..
KAMI SAYANG POLIS..
:)
Steady Kak Nora...
Abaikan mulut - mulut yg berani mengkritik tapi takut dikritik!
Khairul
AMK Batu
Hari ni saya naik satu calet lagi. Jadi sarjan. Mohon izin agar angahsp rujuk kepada http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia
agar diperjelaskan apa yang tidak ternukil oleh saya. Harap baca dan faham artikel yang ada sebanyak 181 ini. Itu hak anda dan saya. PDRM bertindak atas arahan. Macam anda bertindak atas arahan majikan. Siapa majikan PDRM? Rujuk Artikel 132. Boleh download kalau minat nak baca. Sekian..
Salam buat teman-teman dan pelayar blog Nora,
Terima kasih di atas sokongan,pandangan,pendapat dan komen-komen dari anda semua.Nora terima semua kritikan dan komen anda dengan hati yang terbuka dan ikhlas.
Pada BEBAS,
JANGAN TERLALU BURUK PRASANGKA PADA ORANG LAIN,JANGAN TERLALU MUDAH MENUDUH ORANG LAIN TANPA USUL PERIKSA DAN MELULU.
NORA TAKKAN YM PADA SAUDARA KERANA NORA TIDAK TAKUT UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN.
NAK TAHU PASAL GERAK,SAUDARA BOLEH BERTANYA TERUS PADA SAUDARA NAZRI.
KITA LIHAT NANTI DAN SEKIRA NYA KENYATAAN KEBENARAN TIMBUL HUBUNGI NORA
SATU LAGI BERTINDAK BERANI - JANGAN GUNA NAMA SAMARAN. KALAU DALAM MEMBUAT TUDUHAN PERKENALKAN DIRI AGAR KITA BOLEH BERCAKAP DENGAN LEBIH TERBUKA LAGI.
SALAM
salam sarjan..
dah naik satu celet lagi..alhamdulillah.. memang sebagai manusia kita sentiasa mengikut perintah..sebagai ISLAM kita juga di perintah dgn hukum2 ISLAM.. rukun ISLAM..rukun IMAN dan pelbagai2nya..dalam ajaran ISLAM pun kita diminta berlaku ADIL.. aper erti sebenarnya ADIL ini. mengikut apa yg sayer belajar..ADIL bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.. lawan ADIL - ZALIM...sayer bukan nak menpersoalkan hak-hak PDRM..memang PDRM bertindak mengikut arahan atasan..alasan biasa...siapa org atasan ini..adakah kuasa org atasan ini melebihi kuasa yang MAHA KUASA..
maaf jika sayer tersalah taip..tentang artikel 132 ..saper majikan PDRM..terpulang pada pandnagan anda..kalu anda rasa kerajaan BN itu majikan anda..terpulang..bagi sayer kuasa PDRM di tangan YG DI PERTUAN AGONG..
salam perjuangan
Saudara Sarjan Biskut Tepong..
Saya tak pula mengenali nama-nama yang disebutkan oleh saudara itu..adapun mungkin kerana saya lebih mengenali nama-nama seperti Assyahid Ibrahim Mahmood,Ahmad Hassan,Wan Abdullah @ Idris,Haji Abdul Rahman bin Jusoh,Abdul Manaf bin Waden,Syafie bin Dahaman,Zamri bin Md Isa dll.
Apa..saudara kenal nama-nama ini.
Pernahkah saudara berkunjung ke pusara para syuhada ini?Adakah saudara pernah ambil tahu tentang peristiwa Memali?Tahukah saudara bagaimana kekejaman polis pada waktu itu?Oh..mungkin kerana atas arahan majikan.
Mungkin saudara boleh pekakkan telinga dan butakan mata..Tapi bagi saya tidak sama sekali.
Ya..benar sejarah tidak pernah menipu tapi tahukah saudara bahawa sejarah telah ditipu.Dan kita telah ditipu tentang sejarah sewaktu kita dibangku sekolah lagi.
Sepekara lagi saudara, saya ingin bertanya..Apakah benar Afonso d'Albuquerque menawan Kota Melaka kerana ingin mengawal rangkaian dagangan rempah ratus?Jawapannya..Yaa.Kerana kita telah diajar oleh cikgu-cikgu disekolah akan fakta ini.Apa..ada cikgu-cikgu mengajar kita tentang penyembelihan-penyembelihan semua penduduk Islam pada masa itu dalam usahanya memaksa Muslim untuk menukar ke agama mereka?Lu fikir la sendiri..
Dan pernahkah saudara terfikir bahawa anjing seekor binatang yang tak berakal, tapi apabila diasuh dan disuruh oleh MAJIKAN nya nescaya ia akan melakukan dan menuruti apa jua yang disuruh oleh MAJIKAN nya itu.
Salam Perjuangan
Jemuan
Post a Comment