Minggu yang agak sibuk. Nora mengikuti rakan-rakan Nora dalam menemu bual beberapa tokoh yang arif dalam bidang masing-masing khususnya mengenai kemasyarakatan yang merangkumi politik dan ekonomi. Wah...besar perkataan-perkataan itu. Nora bersama rakan yang terdiri dari para pengkaji selidik bertemu antara lain adalah Dr Agus dari UKM dan En Zaid Kamaruddin, Presiden Jemaah Islam Malaysia. Sebenarnya peluang-peluang sebegini banyak mengajar Nora sungguhpun Nora bukan dari mereka yang sempat menamatkan pengajian. Bukan terlambat untuk Nora mula belajar. Cuma kadang-kadang bagi Nora apa yang kurang adalah ruangan. Nora rasa kalau diberi sedikit ruang tentunya ia membentuk peluang untuk seseorang itu berkembang.
Selama Nora kat sini, selain dari kerja-kerja biasa Nora diberi peluang untuk menyertai perbincangan mengenai kemiskinan, isu-isu kemasyarakatan dan Nora juga diberi peluang untuk sama-sama terbabit dalam membuat buku dan ada pula sumbangan sajak kemanusiaan dari Nora dalam buku itu yang dijangka terbit tidak lama lagi...fuh yoooo amat berbeza dan amat terima kasih kepada peluang yang diberi. Ahhhh..beri sedikit ruang bererti memberi peluang.
Sungguhpun agak sibuk Nora cuba gak membuat urusan blog – tak nak lah blog tergantung dan tidak di kemas kini. Dalam kesibukan itu bertemu Nora dengan salah seorang pelayar bernama tulang besi – menuduh dan terus mahu pergi depan Kaabah untuk mendoakan agar Nora dilaknat sekiranya mengikuti Ezam Mohd Nor dan turut menuduh seolah-olah Nora ada konspirasi dengan Ezam sehingga boleh jatuhkan/porak-peranda PKR.
Hebat betul Nora ini – boleh kacau Parti yang sedang memerintah Selangor. Hebat-hebat. Namun sebut mengenai tulang ini, sebenarnya tulang kalau terlampau besar selalunya tidak boleh mengancam sangat kita – dalam bab makan dan tercekik dek tulang. Tulang yang kecil halus itu yang boleh membuat kita terkecik. Betul-betul susah dibuatnya.
Sama juga macam habuk. Bukanlah bahaya sangat dalam keadaan biasa tetapi masuk ke mata – agak payah juga untuk kita keluarkan – terkebil-kebil mata kita. Mungkin itu ada hikmah yang mahu Nora katakan. Kecil tapi efektif. Ada kesan dan ada impak. Mungkin kita jangan lupa kepada mereka yang kecil sumbangan tetapi memberi kesan besar kepada perubahan politik negara. Hadir dalam demo – juga memberi sumbangan kepada perubahan yang kita tuntut. Jangan harap besar pada nama – maka besar pada jiwa kerana yang kecil pada nama kadangkala besar pada jiwa – ada pula yang besar pada kata-kata – kosong pengertiannya.
Dalam melihat apa yang ada sekeliling kita Nora benar-benar berharap agar kita sebagai rakyat marhaen tidak dilupakan oleh kepimpinan yang kita lantik. Kita lantik pemimpin bukan untuk jadi tuan dan kita jadi hamba. Kita lantik agar suara kita dapat didengari – masalah kita – cadangan kita dan harapan kita sebagai rakyat Malaysia dapat di realisasikan. Bukan untuk kita mendengar dan mengikuti mereka secara membuta.
Mungkin ada beza antara pemimpin yang lahir di tengah-tengah kancah pergelutan dan perjuangan-sesama merasai keperitan perjuangan lalu diangkat menjadi pemimpin, dari yang tiba-tiba duduk di kerusi empok menolak pen ke hulu ke hilir dan membuat keputusan tanpa ketahuan.
Apa pun bagi Nora tugas kita untuk tegur dan untuk berlawan demi mempertahankan rakyat – mereka yang di tindas – perlu diambil. Kita perlu bangkit jadi suara yang satu untuk memberitahu apa sebenarnya masalah kita dan kenapa kita bangkit. Protes yang kita lakukan perlu kita laksanakan dan kita reformis perlu bersatu suara dalam isu ini. Kita mahu harga minyak terus turun.
Nora percaya sekiranya kita tidak terperangkap dalam agenda politik semata-mata maka apa yang kita perjuangkan pasti akan memperoleh kejayaan.
* nanti Nora cerita apa hasil Interview Nora dengan Prof Agus. Sebelah Nora rakan Nora, Aini pengkajian Sosial Kemanusiaan
6 comments:
Nanti kak Nora bagi informasi tentang buku yang dikeluarkan nanti, saya suka membaca dan harapan saya pembacaan saya nanti menjadi rujukan dalam pejuangan ini. Cepat-cepatlah, nak tahu prof agus ini ke arah mana politiknya.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Salam Kak Nora,
Jika akak berminat nak buat kajian kemiskinan, elok cari Prof Chamhuri Siwar. Dia dah pencen tapi khabarnya masih bertugas di LESTARI UKM yang lebih bertumpu kepada isu2 alam sekitar.
Suka sekali saya melihat keterlibatan akak dalam aktiviti sebegini. Ilmu bukan hak milik sesiapa. Sekeping ijazah belum tentu dapat membina kemanusiaan. Kemanusiaan juga tidak wajar bermula dari rasa benci sesama kita, termasuk dalam isu bangsa.
Moga terus mara ke depan. Janganlah ambil hati lebih sangat dengan serangan sesiapa pun. InsyaAllah proses ilmu ini tiada henti. Semoga Allah s.w.t. memimpin kita dalam perjalanan mencari-Nya.
Nora,
Nora,sudah berbeza.Tahniah Nora, satu pencapaian yang baik. Betul betul berbeza dan apa yang Nora buat ini adalah bagus dan satu pembaharuan.
Ini adalah satu contoh baik buat semua reformis. Melangkah ke hadapan..reform, reform juga tapi perlu maju dan terus maju.
Nora, cerita macam mana boleh sampai macam ini. Nora dengan NGO mana?
Walau apa pun Nora nampak sudah berubah, sudah mula menulis dan tulisan yang baik sekali.
Sejak bila plak menulis ini. Tahniah Nora, Tahniah
orang yang sentiasa tengok Nora dari jauh, takut rapat nanti kena tangkap polis...wahhhhhhhh
Mari belajar sejarah.
Tanah Melayu dijajah 446 tahun oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, MPAJA dan seterusnya Jepun.
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1957 dan Malaysia terbentuk pada 1963.
2008, setelah hampir 51 tahun merdeka. Adakah sanggup negara digadai dengan bentuk penjajahan baru?
sdr hulahuk,
anda nampak macam orang terkejut bangun dari tidur lena!
tiba2 meracau tak tentu arah.
Tahukah anda bahawa negara ini telah lama tergadai, dari mula BN(UMNO) memerintah.
Yg tersangat malang nye, Singapura terus terserah bulat2 kepada cina.
Baru2 ini P.Batu Putih pula di rampas Singapura.
Tidak lama lagi, sebahagian Johor selatan akan di kuasai oleh cina Singapura pula (Pembangunan Seri Iskandar).
Klu si hulahuk ni handal sangat buat le sesuatu untuk selamat kan saki baki Malaysia yg tinggal ni, jangan cakap je.
1. Tahukah anda bahawa negara ini telah lama tergadai, dari mula BN(UMNO) memerintah.
Apa yang dimaksudkan dengan tergadai? adakah sebelum 1957 itu telah digadai? Sedarlah wahai saudara, tergadai dibumi sendiri lebih baik dari digadai kepada bangsa asing. Umpama tuan mengadaikan rantai loket isteri tuan ke pajak gadai atau lebih baik kepada saudara perempuan sebelah isteri tuan? fikirkan lah... harap tuan lebih banyak membaca usaha dan perit maung orang terdahulu memerdekakan negara.
2. Yg tersangat malang nye, Singapura terus terserah bulat2 kepada cina.
Kenapa Singapura diserahkan pada cina? Tuan ada membelek sejarah tanah bangsa ini? Apa yang berlaku pada pilihanraya 1967? bagaimana bentuk penubuhan kerajaan pada ketika itu? bagaimana pengagihan kerusi Dewan Rakyat pada waktu itu? Adakah tuan fikir atau tidak ambil tahu atau tidak mahu ambil tahu atau tiada peluang untuk tahun. Negara pada waktu itu bergolak atas sebab kemenangan parti memerintah kurang daripada 2/3 mandat dan waktu itu hanya kemenangan 74-70 sahaja. Kelebihan 4 kerusi memberikan kesudahan kepada titik hitam kepada negara tercinta ini. Sedarlah wahai tuan, bumi Melayu ini akan tercoret kembali jika masih ada bangsa yang belum sedar. Persoalan pokok, mengapa Singapura diserahkan kepada Cina? memang jelas pada waktu itu penyerahan tersebut adalah jalan terbaik. Ingat apa syarat pemberian kemerdekaan dari British kepada kita? Tiada persengketaan sesama kaum dalam tempoh 10 tahun dari 1957. Kerana British tahu, negara ini majmuk dengan masyarakat, tanpa mewujudkan api kemarahan, tiada tercetusnya persengketaan. Walaupun Tunku sangat baik dengan orang Cina, tapi melepaskan Singapura bukan satu kerugian. Malah satu simbol kepada kita untuk mengingati tragedi itu.
3. Baru2 ini P.Batu Putih pula di rampas Singapura.
Kenapa kita begitu suka membesarkan yang kecil dan menutupkan yang besar. Dalam solat juga menitikberatkan umat Islam agar ada tomakninah nya... mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang haknya kemudian. Kita sedar semasa pemerintahan Tun, Pulau tersebut menjadi target untuk diambil. Disebabkan oleh keangkuhan kita juga. Kenapa kita perlu berbalah dengan orang lain sedangkan Pulau itu tiada baiknya berbanding dari buruknya jika diambil secara paksa. Umpama tuan ada seorang anak yang berkawan dengan anak seorang jiran. Anak tuan ada terambil barangan anak jiran, anak tuan menangis2 enggan menyerahkan, sedang barang itu cumalah mainan murah sahaja. Sebagai bapa yang ada akal, adakah tuan turut mengikut anak tuan tidak mengembalikannya? Adakah lebih baik dan mesra jika diserahkan. Ada dosanya? Mungkin lebih mengeratkan hubungan tuan dengan jiran tuan.
4. Tidak lama lagi, sebahagian Johor selatan akan di kuasai oleh cina Singapura pula (Pembangunan Seri Iskandar).
Mengapa anda takut? dari dibiarkan tanah itu hutan tiada dibangunkan. Apakah nilai tambah yang boleh kita dapat tanpa dibangunkan? Adakah tanah itu selama-lamanya diberikan kepada orang luar? Jika tidak dibangunkan bagaimana nak majukan bangsa saya dan bangsa tuan? Terangkanlah tuan... WPI bukan dibuat dalam masa sehari; pembangunannya difikirkan 5 tahun dahulu. Selidiklah secara mendalam sebelum berkata-kata. Siapa yang rampas tanah air kita? Buktikan tuan, saya mengharapkan penjelasan. Ada bukti geran tanah di WPI ditukar kepada pemilikan asing? Tunjukkan kepada saya. Bercakap melalui fakta, dan elakkan daripada nafsu yang membara.Ynmeqgp
Post a Comment