NORAZIMAH MOHD NOR telah di tahan sebentar tadi
kerana terlibat dalam demonstrasi di IPK Kuala Lumpur
Semoga beliau di beri kecekalan untuk meneruskan perjuangan.
Nora terlepas peluang sungguhpun diberi kesempatan untuk pergi ke debat Anwar dengan Shabery. Tapi Nora sempat tengok kat TV di pejabat Nora, dalam kesibukan melakukan kerja-kerja di pejabat. Bukan Nora pandai sangat nak komen mikro ekonomi atau perkataan besar-besar ekonomi tetapi yang Nora nampak, satu pihak mahu menurunkan harga minyak dengan menguntungkan rakyat tetapi di satu pihak lagi mempertahankan peningkatan harga minyak dan parti politik yang di sokongnya.
Salam,Minggu yang agak sibuk. Nora mengikuti rakan-rakan Nora dalam menemu bual beberapa tokoh yang arif dalam bidang masing-masing khususnya mengenai kemasyarakatan yang merangkumi politik dan ekonomi. Wah...besar perkataan-perkataan itu. Nora bersama rakan yang terdiri dari para pengkaji selidik bertemu antara lain adalah Dr Agus dari UKM dan En Zaid Kamaruddin, Presiden Jemaah Islam Malaysia. Sebenarnya peluang-peluang sebegini banyak mengajar Nora sungguhpun Nora bukan dari mereka yang sempat menamatkan pengajian. Bukan terlambat untuk Nora mula belajar. Cuma kadang-kadang bagi Nora apa yang kurang adalah ruangan. Nora rasa kalau diberi sedikit ruang tentunya ia membentuk peluang untuk seseorang itu berkembang.
Selama Nora kat sini, selain dari kerja-kerja biasa Nora diberi peluang untuk menyertai perbincangan mengenai kemiskinan, isu-isu kemasyarakatan dan Nora juga diberi peluang untuk sama-sama terbabit dalam membuat buku dan ada pula sumbangan sajak kemanusiaan dari Nora dalam buku itu yang dijangka terbit tidak lama lagi...fuh yoooo amat berbeza dan amat terima kasih kepada peluang yang diberi. Ahhhh..beri sedikit ruang bererti memberi peluang.
Sungguhpun agak sibuk Nora cuba gak membuat urusan blog – tak nak lah blog tergantung dan tidak di kemas kini. Dalam kesibukan itu bertemu Nora dengan salah seorang pelayar bernama tulang besi – menuduh dan terus mahu pergi depan Kaabah untuk mendoakan agar Nora dilaknat sekiranya mengikuti Ezam Mohd Nor dan turut menuduh seolah-olah Nora ada konspirasi dengan Ezam sehingga boleh jatuhkan/porak-peranda PKR.
Hebat betul Nora ini – boleh kacau Parti yang sedang memerintah Selangor. Hebat-hebat. Namun sebut mengenai tulang ini, sebenarnya tulang kalau terlampau besar selalunya tidak boleh mengancam sangat kita – dalam bab makan dan tercekik dek tulang. Tulang yang kecil halus itu yang boleh membuat kita terkecik. Betul-betul susah dibuatnya.
Sama juga macam habuk. Bukanlah bahaya sangat dalam keadaan biasa tetapi masuk ke mata – agak payah juga untuk kita keluarkan – terkebil-kebil mata kita. Mungkin itu ada hikmah yang mahu Nora katakan. Kecil tapi efektif. Ada kesan dan ada impak. Mungkin kita jangan lupa kepada mereka yang kecil sumbangan tetapi memberi kesan besar kepada perubahan politik negara. Hadir dalam demo – juga memberi sumbangan kepada perubahan yang kita tuntut. Jangan harap besar pada nama – maka besar pada jiwa kerana yang kecil pada nama kadangkala besar pada jiwa – ada pula yang besar pada kata-kata – kosong pengertiannya.
Dalam melihat apa yang ada sekeliling kita Nora benar-benar berharap agar kita sebagai rakyat marhaen tidak dilupakan oleh kepimpinan yang kita lantik. Kita lantik pemimpin bukan untuk jadi tuan dan kita jadi hamba. Kita lantik agar suara kita dapat didengari – masalah kita – cadangan kita dan harapan kita sebagai rakyat Malaysia dapat di realisasikan. Bukan untuk kita mendengar dan mengikuti mereka secara membuta.
Mungkin ada beza antara pemimpin yang lahir di tengah-tengah kancah pergelutan dan perjuangan-sesama merasai keperitan perjuangan lalu diangkat menjadi pemimpin, dari yang tiba-tiba duduk di kerusi empok menolak pen ke hulu ke hilir dan membuat keputusan tanpa ketahuan.
Apa pun bagi Nora tugas kita untuk tegur dan untuk berlawan demi mempertahankan rakyat – mereka yang di tindas – perlu diambil. Kita perlu bangkit jadi suara yang satu untuk memberitahu apa sebenarnya masalah kita dan kenapa kita bangkit. Protes yang kita lakukan perlu kita laksanakan dan kita reformis perlu bersatu suara dalam isu ini. Kita mahu harga minyak terus turun.
Nora percaya sekiranya kita tidak terperangkap dalam agenda politik semata-mata maka apa yang kita perjuangkan pasti akan memperoleh kejayaan.
* nanti Nora cerita apa hasil Interview Nora dengan Prof Agus. Sebelah Nora rakan Nora, Aini pengkajian Sosial Kemanusiaan
khas buat sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan.
Gambar ini,adalah gambar Sanusi Abdullah. Beliau adalah antara pejuang-pejuang awal reformasi tahun 1998.Beliau adalah orang yang memimpin perjuangan reformasi jalanan dan antara mereka yang berani ke hadapan. Beliau telah banyak berkorban dalam perjuangan ini tapi menghilang setelah bebasnya Anwar Ibrahim tahun 2004.Sedih juga Nora
apabila baru-baru ini beliau menelefon dan bertemu Nora di Taman Melawati,Kuala Lumpur. Keperitan hidup nampak gayanya adalah sebuah hadiah perjuangan buat dirinya. Namun,dari apa yang beliau ceritakan pada Nora ,dia tidak kesal dalam perjuangan ini. Sanusi hadir sekali lagi apabila mendengar mengenai konspirasi ke dua yang ada baru-bari ini. Nora dan Sanusi bercerita mengenai perjuangan lama,bagaimana hidup kita berubah,suka duka dalam perjuangan dan akhirnya bersendirian berpijak ditapak kenyataan. Nora mendengar penuh teliti dan terasa pilu melihat keadaan fizikalnya yang kurus dan yang jauh beza dari sebelum ini dan Nora hampir tidak mengenali dia.
Tapi satu perkara yang tidak berubah pada beliau-semangat perjuangan. Beliau kembali untuk memastikan perjuangan yang selama ini ada tidak terpadam sungguhpun terpaksa hadir dengan keadaan yang daif tidak seperti sewaktu awal dia hadir dalam perjuangan ini. Serius,Nora pilu dan kagum.Inilah antara orang yang Nora gelar pejuang tulen.
Sungguhpun,dalam perjuangan ini banyak yang kita lalui,kesilapan yang kita lakukan,namun kekentalan dan keberanian sewaktu perjuangan tahun 1998 hingga 2004 harus di kenang dan diberi penghormatan.
Dalam Nora berjumpa dia,kami terkenang pejuang-pejuang reformasi yang seangkatan dengan kami yang telah kembali ke rahmatullah – AL FATIHA buat mereka. Pada Nora,nama seperti Pak Lang Zaki,Umar Tan,Pak Non,Hjh Ning,Kak Dayang, Zaiton Kassim,Che Mat(Masjid India ) dan yang lain-lain,Nora akan tulis mengenai mereka dalam kolum khas,melalui blog ini,mereka akan sentiasa dalam ingatan Nora.
Nora ingin memberi penerangan pada mereka yang berprasangka nakal,mengkritik gambar,membicarakan mengenai pengisian BLOG Nora ini adalah blog peribadi,menceritakan mengenai perjuangan,membicarakan mengenai kehidupan dan memberitahu secara sinis tentang masalah kemasyarakatan.Ini bukan blog untuk membicarakan tentang mekanisme dan strategi pemerintahan atau isu-isu berat berkaitan dengan politik. Tidak ada ruang untuk membodek dan mengampu kepimpinan atau menjadikan pemimpin yang ada sebagai berhala untuk disembah. Kalau mereka memimpin dengan baik itu adalah tanggungjawab mereka selaku pemimpin dan janji mereka setelah mereka di lantik menjadi pemimpin,tetapi sekiranya mereka lupa maka tugas kita adalah untuk menyedarkan mereka.
Sekian
Inilah dia profile di blog tulang besi
Sebenarnya notis ini Nora hantar sebagai tanda bukti kelak bagi sebarang tindakan yang akan Nora ambil selepas ini. Mesej mengarut ini mengganggu dan ini sebenarnya menunjukkan refleksi pemikiran orang ini. Nora hairan dengan sikap dia yang kalau kita layari blognya macam orang hebat tetapi nampaknya pemikirannya agak kacau. Nora telah memberi amaran bahawa tindakan beliau menghantar SMS mengarut ini akan menimbulkan kesusahan kepada beliau kelak. Apa pun tujuan Nora mengeluarkan notis ini adalah menunjukkan betapa kacau seseorang itu dari segi minda sekiranya kita taasub pada sesuatu. Seakan kita menyembah dan menjadi kacau tahap gaban bila ada sahaja orang yang tidak bersetuju dengan dirinya. Apa pun bagi Nora ugutan yang beliau buat sedikit pun tidak menakutkan Nora Cuma kadang-kadang macam lalat atau nyamuk yang mengganggu kita sedang makan.
Ini dia blog Tulang Besi atau reformis bengkok atau protes
Kan Nora dah janji nak tulis pasal perhimpunan Protes, ahhhh Nora tulis lah ni. Apa pun Nora ucapan tahniah terlebih dahulu kepada mereka yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan Perhimpunan Protes itu. Dapat juga jumpa kawan-kawan reformis yang Nora kenal hampir 10 tahun lamanya. Mereka turun dari jauh untuk sama-sama memastikan api reformasi tidak padam.


Salam,
Weiiiii, ramai pula yang mendesak meminta Nora menulis dan menulis. Katanya seronok dengan celoteh Nora...hihihi..... Apa pun Ahad ini kita akan berhimpun di jalanan untuk mendesak agar harga diturunkan...oppps maaf bukan jalanan tetapi...kita adakan perhimpunan Protes Se Juta Rakyat dalam Stadium Kelana Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak dan kos kehidupan. Weiiii....Nora kena bantah juga kerana terdapat kenaikan kos saraan hidup sehari-harian. Ini zaman mahu membesarkan anak-anak, bayaran sekolah, yuran tuisyen dan perbelanjaan lain semakin hari semakin me-roket tinggi. Nora kena hati-hati kalau tidak terbabas. Kali ini tak mahu terbabas lagi – perjuangan mesti diteruskan tetapi kita mesti ada duit untuk berjuang (bukan Nora kata...........siapa yang kata macam itu rasanya semua dah tahu...kalau tidak cari lah)....biarlah...biarlah.. Pada Nora kenyataan itu tak betul. Perjuangan bukan berlandaskan duit semata-mata tetapi perjuangan adalah kesanggupan berkorban – apa bentuk sekali pun – hi hi hi cikgu sekolah menengah tak ajar ini – kat Universiti pun tak ajar – tapi yang ajar bapa Nora seorang bekas askar biasa.
Tapi kali ini Nora tidak mahu menulis mengenai isu-isu lain selain dari – khabarnya REFORMASI ke-2 akan berkumandang semula. Wahhhh REFORMASI lagi....beratus ribu di Jalan Tuanku Abdul Rahman – menjerit-jerit konspirasi baru yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim. WAHH ini membawa nostalgia lama. Adakah REFORMASI 1998 akan berulang semua pada 2008? Adakah mereka yang pada waktu itu gah dengan berani akan timbul balik? Adakah mereka sanggup melalui semula apa yang pernah mereka rasa – tanya apa yang telah terjadi kepada mereka setelah Anwar Ibrahim keluar – tanya lah – jangan tanya yang “anonymous” dalam blog Nora yang kadang-kadang hanya tahu mengkritik dan memburukkan orang tapi mahu mengambil tanggungjawab atas tulisan mereka. Nora sedia di hubungi – ada nombor, ada muka kat blog – ada yang tak de muka – tak de nombor melalak kata orang ambil duit itu dan ini. Marah sket – opps tak leh gitu kan – sabar...
Sebenarnya apa yang Nora nak sampaikan adalah kita semua ini manusia. Manusia memerlukan perkara-perkara tertentu untuk terus hidup. Kawan Nora pernah pesan kat Nora – kemiskinan mendekatkan kita pada kekufuran. Hari ini setelah 10 tahun terlibat dalam reformasi dan setelah melalui kehidupan yang penuh kepayahan Nora sedar apa ertinya keadilan. Keadilan perlu dituntut. Keadilan tidak seharusnya dipadamkan dengan alasan keikhlasan. Keadilan sepatutnya untuk semua – dan mereka yang mengeluh kesempitan hidup setelah berjuang sepatutnya tidak dikritik sebagai tidak ikhlas sebaliknya dibantu sebagai rakan seperjuangan.
Selalunya mereka inilah yang dilabel tak ikhlas – di saran, kena ikhlas dalam berjuang,supaya tidak mengharapkan balasan dan semua balasan akan diberi oleh ALLAH. Itu memang benar – tetapi kenapa kalau kita nampak ketidakadilan kita bangkit berjuang – kenapa tidak dibiarkan ALLAH menentukan segala-galanya. Bukan macam itu lumrah hidup. Kita perlu memastikan kehidupan kita dan tidak akan berubah kehidupan kita kalau kita tidak berusaha mengubahnya – waduh....banyak Nora belajar sejak buka blog ini.
Hari ini REFORMIS dituntut bangkit – atas nama perjuangan kecil – ini SMS yang Nora terima. Tapi rata-rata bila Nora tanya kawan-kawan Nora – mereka berkata, sudahlah tu Nora. Kalau orang mempersoalkan keikhlasan kita suruh dia aje berjuang – jangan menaip tapi menyorok belakang papan kekunci komputer mengenai keikhlasan – dia lupa mereka pun kena ikhlas tengok kita – makan ke tidak. Kawan Nora itu sehingga ini masih bersama dengan reformasi tetapi memastikan perniagaan kecilnya ada untuk menyara hidupnya. Nora juga nasib baik ada kerja dan ada sedikit perniagaan untuk menyara hidup setelah bergelumang dengan perjuangan reformasi.
Apa pun pegangan kita – memang kita akan bangkit untuk menentukan keadilan – ini sebati tetapi dalam kesebatian ini, perkembangan terbaru yang Nora tengok betul-betul tidak meyakinkan Nora. Seolah-olah kejayaan untuk orang yang sudah sedia ada kaya. Seolah-olah oportunis yang lebih dibela dan bagi mereka – kita tidak boleh mempersoalkan keikhlasan mereka – hanya keikhlasan kita sahaja yang boleh dipersoalkan.
Satu pesan Nora kepada mereka yang memberi komen ala-ala cerdik pandai – tunjukkan muka – bagi nombor hand-phone, jadi orang yang berani – setidak-tidak berani berdebat dengan Nora yang bukan dari Universiti biasa – kolej peniaga jalanan – bak kata Hishammuddin – Universiti Rakyat. Hi Hi Hi ..bukan frust tetapi dah belajar sedikit -sedikit . Mana "Aci" keikhlasan kita dipersoalkan , tamak mereka tak nak pulak kita tegur .
Salam
Salam,
Salam semua,Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.
Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :
Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Panjang sikit tulisan Nora kali ini....jangan tidur ya. Nora sebenarnya sedih bila lihat Parti Keadilan Rakyat bertukar jadi Parti Keadilan Korporat Rakyat. Yang penting bagi Nora ialah untuk turut membinasakan golongan hipokrit – senyap dan tidur semasa orang lain sedang berjuang dengan kezaliman dan ketidakadilan, tiba-tiba bila sinar sudah kelihatan mereka bangun sambil menguap menjerit dan mendabik dada – wah aku juga seorang pejuang. Nora tidak suka mereka juga mempergunakan mereka yang di gelar reformis hanya di tolak ke hulu ke hilir untuk agenda peribadi.
Namun suara-suara bantahan sudah mula ada. MB Selangor yang hanya tengok kepada kronis, perlu disedarkan. Kalau perjuangan golongan reformis ini tidak ada, kemenangan yang ada hari ini mungkin merupakan satu ilusi dan angan-angan sahaja. Kita bergerak sama, kita berjuang sama, kita berkorban sama-sama, kenapa orang yang hanya pegang duit sahaja yang terus memenuhi poket mereka. Mereka tahu ke apa yang berlaku sewaktu tahun-tahun 1998. Mereka ada ke bersama-sama kita. Mana mereka dahulu dan kenapa mereka ada sekarang membelakangi pejuang terdahulu.
Wa duhhhh.. omongnya cerita fasal Pendekar Jawa. Hari ini diberitahu oleh Khalid Jaafar dalam blog nya KLIK SINI cerita memburuk-burukkan Ezam. Yusmadi juga diheret dalam cerita-cerita untuk terus bercerita mengenai Ezam yang kononnya macam tidak berjasa dalam perjuangan reformasi. 


Kami dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC pada Januari 2008. Ops padam 3 telah menyaksikan lebih dari 36 orang di tahan termasuk Nora. Apa nak buat, kadang-kadang yang kita perjuangkan adalah nasib rakyat dan ini turut menjadi satu kesalahan.
13hb Jun 2008, Nora kembali berdemonstrasi bantah kenaikan minyak. Bagi Nora ini perlu bagi memberi “signal” kuat kepada kerajaan hari ini bahawa kenaikan itu benar-benar menyusahkan rakyat. Hairan betul Nora, selepas naik minyak, kerajaan yang ada sibuk nak bagi duit kepada pemilik kereta, mahu melaksanakan pelan baru untuk tidak menyusahkan rakyat dan mahu berbelanja untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam. Pelik, alasan mempertingkatkan kemudahan awam adalah alasan kenaikan minyak sebelum ini dan hari ini menggunakan alasan yang sama. Lagi mengejutkan ialah pak menteri dan kepimpinan kerajaan mahu memotong elaun keraian dan ini menjimatkan 2 bilion, kata mereka. WOW kenapa potong elaun, kenapa bagi duit kepada pemilik kereta dan kenapa nak pelan untuk membantu rakyat sedangkan yang menyusahkan mereka juga. Sebenarnya mereka naikkan harga minyak lepas itu sibuk untuk membantu rakyat mengurangkan beban rakyat. Macam tak kena aje.
Nora percaya, nanti pada 5 Julai nanti – perhimpunan raksasa protes kenaikan minyak akan menjadi satu protes terbesar dan lebih besar dari bersih kerana rakyat sudah teruk di paksa untuk membayar kenaikan harga minyak dunia sedang kita juga pengeluar minyak. Nora bukan pakar ekonomi, tetapi bila minyak naik adakah adil bila industri atau apa juga bidang perniagaan yang bersangkutan dengan minyak tidak dibenarkan naik? Pelik bila kerajaan kata harga minyak naik tidak akan menyebabkan kenaikan barangan lain. Penipu kan?
Tolonglah, jangan bodohkan orang. Harga barang sekarang semakin naik. Kos kehidupan meningkat tetapi gaji kat situ gak. Itu pun hairan kenapa ada gak mereka yang sokong kenaikan minyak atas alasan pembangunan. Pembangunan apanya? Harga naik, kos kehidupan naik semua benda-benda akan meningkat termasuk jenayah dan masalah sosial. Tak payah naik harga minyak, potong elaun keraian Menteri, Timbalan Menteri dan kepimpinan politik negeri, tak payah bagi subsidi kepada pemilik kereta tetapi yang penting cut kos rasuah, ubah gaya perbelanjaan kerajaan dari pembaziran dan buat perbelanjaan berhemah. Ini balik-balik kita juga yang disuruh naik basikal sedangkan kepimpinan yang ada selesa biar minyak naik gila babi.
Nanti bila sampai protes gergasi itu, Nora seru semua turun. Ini adalah sokongan kita untuk membantah kenaikan minyak. Satu lagi betul-betul lawak bila PM kita minta kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat untuk turunkan harga minyak di negeri pemerintahan mereka. Dia yang naikkan pas itu di cabar kerajaan negeri yang di perintah Pakatan Rakyat untuk turun harga...tak ke ..ehmmm...ehmmmm..malas nak cakap.
Turun bersama Nora..pastikan harga minyak kita turun dan kalau tak ...biar rakyat turunkan mereka kerana dengan itu harga minyak pasti turun, itu Nora yakin.
Salam
Apa pun Nora tertarik dengan kehadiran seorang peguam yang membelasah panel-panel yang seakan berselindung tidak mahu mengatakan sebab utama Melayu ketinggalan. “Loyer” itu dengan berani mengatakan antara sebab adalah kerana hanya Melayu terlampau memberi. Beliau mengatakan kalau diputarkan jam dan kita tidak menerima bangsa lain mesti tanah Melayu ini tahu menjaga kedaulatan bangsa kita. Beliau mendesak kita memperkatakan isu sebenar dengan berani. Kita asyik risau berbicara mengenai mempertahankan hak Melayu konon-kononnya itu rasis. “Loyer” itu, sedap pula gunakan perkataan “loyer” dengan jelas mengatakan bahawa bangsa lain hanya tahu menuntut itu dan ini, mahu kita hilangkan hak keistimewaan tapi bertindak dengan lebih rasis dari orang Melayu.
Loyer itu berani dengan tegas mengatakan bangsa Cina khususnya adalah bangsa yang amat rasis. WOW, tegas kenyataan “loyer” itu. Apa yang nampak, bagi Nora mungkin benar apa yang “loyer” itu katakan. Tengok aje kita dalam bidang perniagaan. Bila kita tidak berjaya, kita kata orang Melayu tak pandai dan sebagainya tetapi mungkin sebab utama adalah kerana bangsa lain dah mendahului kita dan kita asyik tertakluk kepada mereka dalam berniaga sehingga mereka mampu membentuk atau memusnahkan perniagaan kita. Kita berdepan dengan banyak sebab lain – bukan sahaja bangsa yang kukuh ekonomi tetapi tidak mahu berkongsi tetapi mereka yang digelar pendatang yang datang tanpa izin untuk berniaga. Kat Masjid India, isu ini seakan tidak ada akhirnya. Buat lah apa pun, DBKL asyik sibuk menghentam kita yang berlesen. Hapuskan mereka yang tidak berlesen dahulu baru datang cerita kalau ada silap kita yang memegang lesen.
Program Tak Melayu Hilang Di Dunia ini masih cuba dikendurkan oleh ahli-ahli panel. Wakil dari Parti Keadilan Yaakub Sapiri asyik bercerita tentang buruk Melayu, Melayu suka rasuah, Melayu tidak menerapkan nilai Islam dan orang itu rasuah dan dia tidak akan rasuah, beli batik dengan harga yang mahal oleh kerajaan sebelum ini. Bagi Nora itu bukan platform untuk menunjukkan kita lebih Islam atau kita lebih bersih, kalau dah memerintah maka ambil tindakan, buka siasatan, bukankah YB Yaakub dah ada dokumen, katanya. UMNO pula dengan rancak memberi justifikasi mengenai kenaikan harga minyak, jangan selongkar yang dahulu dan macam-macam lagi yang bagi Nora macam retorik biasa.
Nora percaya kalau kita betul-betul ikhlas untuk memastikan Melayu tak hilang maka tak akan hilang Melayu itu tetapi kalau asyik dan terlampau taasub pada pemimpin dan penting untuk terus popular supaya dapat bertanding lagi maka Melayu PASTI tidak akan hilang tetapi TAK AKAN ada nilai. Ok sat, tabik Nora pada saudara Loyer itu – berani dan betul katanya – mereka yang lebih rasis. Nanti Nora cite lagi k.....c ya