Wednesday, July 30, 2008

Konspirasi Hari Jadi

Selamat Hari Jadi Nadreen

Terkejut beruk dan beruk pun tak terkejut seperti macam Nora pada 22hb Julai lepas. Rakan di pejabat Nora membuat kejutan. Mereka membuat konspirasi dengan anak-anak Nora. Mereka telah mengejutkan Nora dengan Sambutan Hari Jadi - di kawasan terpencil – dalam hutan – ada tempat riadah sungguh menakjubkan. Ini kali pertama Nora dapat kejutan – rasa nak pitam pun ada. Patutlah sepanjang minggu ini Nora tengok mereka asyik berbisik-bisik. Terasa kecil hati pula tengok mereka berbisik seolah-olah ada yang mahu dirahsiakan. Memang betul – satu konspirasi yang amat dahsyat buat Nora. Tetapi konspirasi yang amat mengharukan. Nora amat menghargai apa yang mereka lakukan – tak pernah rasa seronok dan dihargai seperti ini.

Apa pun selang beberapa hari, pada 25hb Julai 2008, anak lelaki Nora pula menyambut hari jadinya. Nora dan anak-anak yang lain buat konspirasi bagi menyambut hari jadinya. Wah ...dua konspirasi dalam seminggu. Konspirasi ini benar-benar menyeronokkan tetapi tak lah macam konspirasi yang terjadi ke atas Anwar Ibrahim. Itu memudaratkan. Lebih-lebih lagi bila ada laporan kesihatan yang menunjukkan Saiful tidak di liwat. Benar-betul haru biru semua dibuatnya.

Bagi yang dah berbuih mulut menuduh Anwar Ibrahim itu dan ini – mungkin boleh bercerita semula untuk mencari siapa perencana konspirasi ini. Tak baik kerajaan membiarkan konspirasi seperti ini kerana ini mengundang kemunculan reformasi 2. Kita sebagai reformis pasti tidak mahu mendengar ada insan-insan dalam Malaysia ini yang di fitnah dan dihina – disepak terajang – dibiarkan tanpa pembelaan, semua itu pantang kita bukan? Semua itu mengundang kita kembali untuk menegakkan yang benar bukan?

Ada juga kehairanan dalam melihat konspirasi ini. Hairan kenapa polis tidak teruja melihat laporan perubatan Pusrawi. Mereka seolah-olah kecewa pula dengan laporan itu. Kenapa kecewa – kalau kebenaran terserlah itu sepatutnya menggembirakan kenapa duka. Hairankan bila kebenaran terserlah kita sibuk pula bertanya macam mana kebenaran itu boleh timbul. Kita patut gembira orang yang di tuduh itu tidak bersalah dan orang yang menuduh itu sepatutnya diambil tindakan. Hari ini sibuk orang besar-besar dalam kerajaan mempersoalkan mengenai laporan kesihatan – kenapa perlu disorokkan. Bukankah di situ ada kebenaran – kenapa mahu disorokkan. Ada apa – apa ke?

Yang paling Nora terkejut adalah kenyataan Polis kita yang cepat dan betul. Sebenarnya bila tersembur perkara yang dapat menyelesaikan siasatan – boleh memperlihatkan mana yang betul dan mana yang salah maka polis sepatutnya bertindak profesional – kenapa pula dengan kemunculan laporan kesihatan Saiful itu mengugut atau mengganggu siasatan? Nora tidak faham kenapa mengganggu dan bukan memudahkan siasatan. Lagi satu pula kenapa chef masakan ini bertukar dari Bakri ke Ismail pula. Chef baru ye...masakan baru ye....lebih rempah...lebih garam...lebih sedap ...dan lebih menumpukan kepada selera seseorang ke...?

Janganlah buat macam ini. Kita mahu hidup sepakat kenapa ada konspirasi pula. Lepas ini kita buat konspirasi, macam mana Nora dikenakan oleh rakan-rakan pejabat Nora. Kita ajak kerajaan, UMNO, PAS dan semua rakyat reformis buat konspirasi pada 10hb Ogos 2008 ini, nak tak – kita namakan konspirasi rakyat. Apa dia 10hb Ogos 2008 – fikirlah sendiri ..hihihi

salam

19 comments:

matcomot said...

besday kau ek nora...
SELAMAT HARI JADI N PANJANG UMUR.
semoga murah rezeki selalu
apa pun dlm kita leka dgn konspirasi,tambang bas pulak naik...

Mat Saman Kati said...

Selamat hari lahir Nora. minta murah rezeki, sihat tubuh badan. Boleh lawan lagi.

AnakMudaParlimenBatu said...

selamat hari lahir buat akak nora dan anak akak nora.
Semestinya kita akan berjuang untuk mempertahankan kebenaran kerana KEADILAN UNTUK SEMUA.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

i.Ibrahim said...

salam
Mohd Ikhtiar Ibrahim
Pelajar IPTA

Mula2 Selamat Hari Jadi. Kedua saya tertarik ddn olahan bersahaja khususnya tentang chef tadi. Satu olahan menarik. Saya puji tulisan itu dan percaya ada yg tersirat dan tersurat dalam isu chef yang telah saudari ceritakan.

Syabas saudari, tulisan semakin hari semakin mantap

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

salam kak nora...

tak sangka kita lahir dalm bulan yg sama ekk...saya pun baru sambut besday 3 hari yg lepas...

selamat buat mereka2 yg lahir bulan Julai..memang sape yg lahir bulan ni memang hebat..termasuk Dr.Fadhilah Kamsah...

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...dan sentiasa dibawah lindunganNya..amin...

Harimau-Menaip said...

ummi macam nak promote tarikh lahir sendiri jek?

Allah Panjangkan Usia Kamu, Ms. Nora.

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

bukan apa tok ghimau..bangga rasanya..mana2 pegi kalau jumpa member2 yg suka berjuang utk keadilan ni rata2 yg lahir bulan Julai..hehehe

wallahualam..

amrul said...

selamat hari jadi

Walida Maya said...

Selamat Hari Jadi...moga-moga dipanjangkan usia , sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, dikurniakan kelapangan hidup dunia-akhirat, keluarga yg membahagiakan, dll...dan diharap Nora tabah dlm mengharungi sebarang dugaan.

Cuma nak tanya, anak lelaki Nora tu umur berapa tahun? dan......mak dia pulak..harijadi yg ke berapa? (he! he! tu yg sebenarnya nak tahu..!)

Siapalah aku said...

Selamat Harijadi Kak nora. Saya begitu tertarik dengan penulisan kak nora dan fakta serta cerita yang dirungkai. Teruskan perjuangan...

Salam REFORMASI.

Pejuang Jarak jauh said...

Hari ini pandangan Anwar Ibrahim semakin kabur. Beliau seakan-akan mahu pitam. Perancangan konspirasinya bersama doktor biasa, Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid yang bertugas di Hospital Pusrawi tidak menjadi. Kenyataan Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamaruddin Ahmad seolah-olah menampar mukanya yang sudah semakin tua tetapi bernafsu besar.



Kenyataan dari Pengarah Hospital Pusrawi (31 Julai 2008),“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi (ke atas Mohd. Saiful),” tegasnya.



So….APA LAGI HELAH ANWAR untuk melepaskan dirinya. Siapa lagi yang hendak diupahnya untuk menyediakan laporan-laporan palsu dan menyebarkannya melalui internet, bagi dijadikan modal murahan ceramahnya. Berapa ramai lagi penyokongnya yang bersedia hidup tapi tak bersedia mati bersamanya. Berapa ramai lagi penyokongnya yang sudah semakin besar kemaluan mereka dengan gelagat dan tipu helah Anwar Ibrahim yang semakin sudah terbongkar sedikit demi sedikit.



Sekadar peringatan kepada Anwar Ibrahim, jangan terlalu banyak merancang konspirasi baru. Jangan terlalu banyak bercakap dan jangan terlalu banyak mengupah orang. Anwar Ibrahim boleh perdaya dan tipu penyokongnya, rakyat Malaysia dan warga dunia, tapi Anwar Ibrahim tidak boleh memperdaya dan menipu Allah SWT. Buatlah apa sahaja helahmu, Allah sedang tunjuk perlahan-lahan dosa yang telah Anwar lakukan.



Kalaupun Anwar tidak mengasihi dirinya, tetapi kasihanilah Isteri dan anak-anak mu. Kasihan dengan isterimu yang raut wajahnya jauh lebih tua dari Anwar, kerana terlalu banyak memikir karenah dan tingkah laku suami yang tidak pernah mahu bertaubat. Percayalah Wan Azizah pasti tahu dan faham karenah sebenar Anwar, kerana mereka hidup bersama dalam tempoh yang sangat lama. Hargailah isterimu yang banyak menangis dalam hati dan terpaksa berbohong kerana menjaga maruah suami dan anak-anak. Apapun bagi saya Anwar tetap beruntung kerana dikurniakan isteri se setia Datin Seri Wan Azizah, cuma saya kasihan dengan Wan Azizah, yang dikurniakan suami seperti Anwar Ibrahim.



Bagi saya, Anwar jangan lagi menabur tipu daya, banyakkan beristighfar, bermunajat dan bertaubat kepada Allah SWT, moga dosa-dosa silam, dosa kini dan dosa yang tidak disedarinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jangan lagi berada di atas awang-awangan, merasa kehebatan diri, kerana Allah SWT benci manusia begitu. Jangan ditentang ketentuan Allah SWT, kerana kita hanya insan yang sangat kerdil disisiNya. Sesungguhnya Allah maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang…BERTAUBATLAH ANWAR IBRAHIM.

mat gay said...

"The Burmese doctor who examined Mohd Saiful Bukhari Azlan had served with the Kuala Lumpur-based propagation organisation, Regional Islamic Da'wah Council of Southeast Asia and the Pacific (Riseap), for two years"
-DSAI was related to riseap..any element of conspiracy?

hafiz said...

happy birthday kak nora! semoga terus dan terus berjuang! semuga di panjangkan umur dan dibanyakkan rezki!

hafiz said...

to mat gay:
what eva lah....aku da meluat2 dengar putar belit media... samaada ada konspirasi anwar dengan doktor burma tu atau tak... aku no komen... hanya tuhan, hanya saipul dan hanya anwar yang tau... ape yang korang sume kena tau... dolah...najib...dan seluruh kepimpinan Be End=korupt!!!! Racist!!! dan jelas mereka ni da tak boley di guna pakai... recycle pun belum tentu gred A. hahaha

Anonymous said...

Ini kali pertama saya melayari blog kak nora, sangat teharu semangat Kak Nora, sanggup berkorban demi keluarga dan masa demi perjuangan Kak Nora, teringat lagi 10 tahun dulu saya hanya disiram air oleh FRU di hadapan masjid Ar-Rahman berdekatan dengan institusi pengajian saya u.Malaya bersama rakan-rakan lain memperjuangkan keadilan tidak seperti Kak Nora yang lebih 'kuat' penangan reformasinya berbanding saya, kini 10 tahun berlalu saya amat merindui gerakkan reformasi ini,apabila saya membaca blog ini saya merasakan baru semalam saya gerakan ini bermula tapi apakan daya setelah saya grad saya telah diterima untuk bekerja di sebagai pegawai tadbir di kementerian kewangan yang ditadbir oleh anwar seketika dulu tapi saya tak sempat sempat coz belum grad, apa pun saya akan setiasa membaca blog ini, tahniah Kak Nora

Reformis

Pewaris Reformasi said...

10 Ogos birthday DS Anwar.

Gila kalau buat konspirasi birthday DS Anwar dengan 'lawak Saiful' ni!

Pewaris Reformasi said...

Lupa..selamat hari lahir Kak Nora..semoga panjang usia dalam ketaatan, dipermudahkan rezeki yang berkat dan halal..selamat dunia akhirat seluruh keluarga ya!

farrel said...

selamat hari lahir kak nora.. moga istiqamah dalam perjuangan..

kulupSakah said...

tips utk konspirator- jika ingin berkonspirasi lagi, lihat tips di http://kulupsakah.blogspot.com/