Wednesday, July 15, 2009

Reformis itu - reformis bogel


Salam,


Tulisan kali ini adalah untuk memberi justifikasi mengenai kenyataan Che Bard mengenai gerai – Down Town yang telah di beri kepada reformis. Ini yang Nora nak bagi tahu Che Gu Bard sebagai kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR). Nora dapat tahu memang ada tapak down town telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka yang konon-kononnya bergelar REFORMIS.

Malang sekali Bard, Nora mungkin terasa Kerajaan Negeri Selangor keliru dengan apa yang dimaksudkan reformis itu. Nora terangkan sebelum ini – bagi kerajaan Negeri Selangor, reformis itu adalah mereka yang mengugut untuk berbogel dan mereka adanya di kenali sebagai “reformis bogel”. Yang dapat projek itu – maksud Nora bukan dapat tapak tetapi diberi hak untuk membuka Down Town – konon untuk reformis tetapi hampas. Mereka yang dapat hanya mengaku reformis dan kalau mereka bagi reformis untuk menyewa pun mereka caj dengan harga RM 350 dan mereka yang bukan reformis – atau reformis bogel itu diberi hak ke atas tapak itu dan untung berganda-ganda. Nora bukan iri hati dan Nora tidak kisah kalau mereka dapat asalkan mereka benar-benar reformis dan telah banyak berkorban untuk perjuangan tetapi agak terkilan kerana antara yang dapat itu adalah “lelaki yang tidak orait”. Lelaki inilah yang telah pernah memukul, menipu dan menghancurkan masa depan anak Nora kerana tidak bertanggungjawabnya. Chegu Bard pun tahu kan, Chegu Bard sendiri datang melawat ke hospital tempoh hari untuk melihat anak Nora.


Ini adalah antara mereka yang pernah menggugut untuk bogel - reformis bogel yang di beri hak down town oleh Kerajaan Selangor -di Sri Gombak

Chegu Bard, ini Nora nak tanya, apa sebenarnya kerajaan Pakatan Rakyat turut buta dengan erti keadilan. Apa makna keadilan – adakah perjuangan keadilan itu hanya untuk mendapatkan kuasa? Adakah tidak, keadilan untuk semua itu bermaksud keadilan secara menyeluruh. Kenapa kepimpinan tidak usul periksa kepada siapa mereka anugerahkan hak tapak tersebut? Adakah itu keadilan?

Chegu Bard – Nora nak tanya lagi – mereka reformis ke? Apa dia reformis sebenarnya dan adakah mereka layak di gelar reformis. Keadaan ini sebenarnya dah banyak menimbulkan kekeliruan. Nora tidak mengharapkan anugerah tapak tetapi Nora kesal dengan cara pengendalian Kerajaan Negeri Selangor yang semakin lama tidak nampak membantu mereka yang pernah membantu mereka untuk duduk pada kerusi yang mereka ada. Mungkin dengan tindakan mereka – dengan anugerah kepada mereka yang tidak layak – mungkin mereka ( Nora ulangi mungkin) mungkin adalah proksi dan mungkin ada yang tidak kena dengan pemberian projek down town. Mungkin adalah rasuah ? Mungkin ada share? Mungkin ada kepentingan tertentu kepada orang yang memberi? Nora akan selongkar demi keadilan. Nora akan mula bercakap demi keadilan dan kalau keadilan tidak wujud dalam apa yang pernah Nora perjuangkan bersama-sama Che Bard dulu, maka itu adalah perjuangan baru Nora menuntut keadilan. Nora akan mula bersuara sekiranya Nora tidak nampak keadilan dalam Pakatan Rakyat sekali pun. Apa pun Nora tidak akan berpihak kepada UMNO seperti fitnah yang di buat sekarang ini terhadap Nora.

Bard – kita patut mula menggoncangkan kepimpinan yang tidak pernah tahu mengenai perjuangan reformasi – tetapi kini duduk seolah-olah mereka tahu apa makna perjuangan. Mereka hanya timbul sewaktu kemenangan – lantas menggagalkan makna pengorbanan demi perjuangan.

7 comments:

Khairil Azuar said...

Assalamualaikum?

Kak Nora,
Gambar itu bukannya yang nak bogel tue, itu bukan ahli-ahli reformis yang buang si Ramlan yang nak bogel tue ker ....

http://www.khairilnotkhairy.blogspot.com/

norazimah mohamad nor said...

salam
khairil azuar

erm cba baca dan tengok betul-betul gambar ahli2 skuad bogel dalam akhbar sinar harian.
mereka ini semua turut sama terlibat dalam permulaan gerakkan REFORMIS BOGEL.apa yang berlaku ialah mereka akhirnya membuat DEAL ...minta saudara siasat sendiri jika sekiranya tidak berjaya mendapatkan maklumat tersebut hubungi nora.

Anonymous said...

woi apa barang bogel dpt projek....aku pun dulu kena tangkap gak....

MUHASABAH said...

REFORMASI..PUSINGAN KEDUA

MUHASABAH said...

reformasi ....-----....PUSINGAN KEDUA


tak payah dijerit lg....tiada Akan

PEDULI.BUAT hal sendiri-sendiri

Anonymous said...

reformis tulen tak perlu mengemis projek atau habuan. Yg penting keadilan di tegakkan dlm apa jua situasi. Saya pernah berjumpa dgn Nora, Bard dan yg lain-lain di awal reformasi dulu. Dan sehingga kini saya masih mendokong gerakan reformasi walau mungkin tak seaktif dulu.

Tapi ada benar pendapat Nora, keringat para reformis tulen ini kadang2 seperti tidak di hargai. Contohnya Bro Anwar, siapakah di sekeliling dia sekarang?. Manusia yg wujud setelah dia keluar dari penjara. Yg rata2 reformis tak kenal dan tidak di kenali lansung selama ini. Dan itu yg terjadi sekarang...kes liwat 2. Siapa antara kita reformis2 yg berjuang dari dulu sampai sekarang demi keadilan yg punya akses yg begitu 'hampir' dgn Bro Anwar seperti Saiful Bahari?.

Namun begitu reformis tetap reformis, kami berjuang bukan utk individu maupun tembolok sendiri, kalau PR tak ubah mcm BN, kami tetap akan pastikan PR tergolek...itu janji kami reformis tulen...

Mohd Salleh Ibrahim said...

saya mohd salleh ibrahim berasa kecewa terhadap kawan2 yang selama ini berjuang untuk rakyat terutama kepada rakyat yang miskin, apakah itu perjuangan sebenar reformis? adakah untuk mendapatkan projek downtown di Sri Gombak?
Bagi saya selama ini yg saya berjuang untuk menurunkan harga PPRT(Projek Perumahan Rakyat Termiskin) tidak berniat untuk mendapatkan projek hanyalah untuk memperjuagkan hak rakyat termiskin terpelihara, itu yg saya harapkan.
Apa guna kita membayar zakat fitrah apabila hampir menjelang hari raya adalah untuk membantu orang2 yg miskin, kita perlu menghayati hak orang yg miskin walaupun Malaysia negara maju dan kaya tetapi ramai rakyat yang miskin, apakah kita mengambil kesempatan terhadap orang yang miskin untuk menekan, menindas, apakah ini sebenarnya.
Perjuangan keadilan, bagi saya harta orang miskin perlu kita pelihara seperti tmpt tinggal yang mana di gelar PPRT kalau boleh rumah PPRT didiami oleh orang yg miskin dan tidak harus kita mengambil sewa terhadapnya supaya mereka ini di suatu hari akan berubah akan menjadi senang, bagi saya mogok bogel adalah satu simbolik kpd kerajaan Selangor yang mana orang yang miskin tdk mampu membayar sewa,dan tdk mampu membeli pakaian anaknya, sudah tentu anaknya akan berbogel.Saya akan terus berjuang walaupun dalam kerjaya saya dalam bidang pemandu teksi.