Monday, July 13, 2009

Sinar dan Harian Metro – laporan tepat, Utusan seperti biasa manipulatif

Benar – 13hb Julai 2009, Nora bersendirian hadir ke mahkamah. Nora di tuduh pada 9.10 malam – 16 Julai 2008 di hadapan ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur memaki polis, dan di tuduh di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 100. NORA MENGAKU SALAH – ya mengaku salah.

Memang Nora
hamun polis itu. Pada hari tersebut ada dua orang di tahan – Anwar Ibrahim pada lingkungan 1 tengah hari dan Nora pada malam itu membantah penahanan Anwar Ibrahim. Akhirnya Nora terpaksa berulang alih ke mahkamah dan membela diri sendiri secara bersendirian.

Nora terpaksa membayar denda – itu, tapi Nora tidak merayu untuk mengurangkan denda. Maaf bukan “style” Nora. Nora bersalah maki hamun polis setelah Nora di asak oleh polis itu yang pada Nora mengeluarkan kata-kata yang agak biadab pada Nora.

Kata Superintenden Sulaiman Salleh, balik pergi main bola – dan boleh ada di baca sebagai “go back and play ball atau balls” - wah.....penjawat awam yang
dapat gaji dari ihsan rakyat senang-senang nak enjut rakyat.

Tapi BENAR – Nora maki dia dengan mengatakan dia bodoh – tapi Nora bahasakan juga k
epada polis itu supaya berhemah dalam melakukan tugas. Namun NORA MENGAKU SALAH kerana tidak tahan lagi untuk menghadiri mahkamah. Nora ada hampir 13 kes yang belum diselesaikan – semuanya untuk REFORMASI.

Dengan menuduh bukan-bukan – konon Nora orang Ezam dan sebagainya sebenarnya wujud. Itu yang kadang kala Nora jadi anak tiri guaman. Buat Kak Lat – Nora adalah orang yang di gelar penjilat tanduk kerbau – logo PRM dulu apabila bersetuju untuk penyatuan antara PRM dan PKR.
Tapi tak pe lah...anak tiri guaman – pun anak tiri lah....tapi Nora tidak kisah – mungkin Kat Lat pun dah serik ambil kes – kes macam ini. Tapi yang lagi kurang ajar adalah Utusan Malaysia – bila masa Nora merayu untuk kurangkan denda. Nak merayu kurangkan denda – sorry ! Nora mengaku salah maki hamun polis kerana sebab lain – kurangkan kes Nora yang bertimbun itu dan tak larat nak ke mahkamah apa lagi kes macam ini – hadir sendirian aje. Ahhhhh bayar aje RM 100.00 esok mungkin kena bayar lagi dan lagi dan lagi – sampailah mungkin polis itu sedar tugas mereka pada rakyat dan bukan kepada kepimpinan khususnya yang korup. Tapi apo nak di kato – Utusan Malaysia la ..kan....dah di cap sebagai akhbar manipulatif untuk kepentingan tertentu. Itu sebabnya utusan Malaysia ini semakin kurang di baca. Asyik menulis untuk mengampu...terus mengampu...esok tutup pun fasal mengampu. Nora lebih suka baca laporan Sinar Harian dan Harian Metro, lebih tepat......NORA TIDAK MERAYU ..... Apa pun Nora sentiasa percaya kepada prinsip perjuangan Nora – itu tak de sesiapa boleh ubah.... Mungkin satu hari ini .....ala berangan la ni ...nak tengok gak Anwar Ibrahim tetiba hadir pada kes reformasi......ala selama ini kita hadir ke court untuk kes dia tak kan sesekali tidak boleh hadir kes kita............baru lah terasa macam kepimpinan itu perihatin kepada perjuangan rakyat - kan suara rakyat suara keramat. Mungkin satu hari nanti k...so kepada mereka yang asyik ke mahkamah untuk di bicarakan ...pasang harapan ok...suatu masa nanti...di hari yang indah....ku sebut nama mu lalu......kau hadir....( modifikasi lagu M.Nasir sikit) tak nak asyik Micheal Jackson kan!....bye...esok cite lagi

12 comments:

abang zack said...

Syabas Nora....walaupun apa berlaku teruskan perjuangan...kita berjuang bukan untuk kepentingan individu tertentu tetapi atas keyakinan apa yang kita perjuangkan. Jangan patah semangat jika ada yang melupakan kita. Sejak zaman remormasi namamu masih belum dilupakan. layari blog PKR Setiawangsa di http://anjungsetiawangsa.blogspot.com

Kapak Batu said...

teruskan perjuangan

aku said...

ada baca sinar, tak sangka lak kesah tu kesah nora yg pakai bj biru kat mlm seni rakyat!
apapun aku tabik ngan ketegaran perjuangan nora..

ummu asiah said...

nora..

akak pun teringat yang akak juga pernah jerit 'bodoh' pada polis sekuat hati bila lihat SB mengheret pak abu dengan zalimnya di USJ Summit dulu...masa tu tak tahupun org yang sedang ditarik tu ialah pak abu...kadang-kadang kita tak ada daya nak melawan mereka..terpaksa juga melepaskan 'bom' dari mulut saja...

betul...jangan berundur..teruskan berjuang!!!

binjidan said...

HIDUP NORA..SYABAS..HARAP ANUAR BACA BLOG NORA NI.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

syabas nora...teruskan perjuangan..siap tak kenal nora..sahlah org baru dalam pkr..
bila nak mai penang..

AnakMerdeka said...

Bila kita bertempik, ramai yang bersorak. Bila kita kehadapan, ramai yang mendorong dan menyokong.

Malangnya, bila kita tersepit, apa yang boleh kita dengar ialah ..."kesian dia.."..."simpati aku dengan dia" dan kata kata semangat seperti "syabas".."teruskan perjuangan".. dan sebagainya.

Rasanya sampai matipun tak akan ada yang hadir, atau telefon bertanyakan "berapa awak kena denda?, ok kami nak bantu"... atau "oklah saya tak mampu sediakan 9 orang peguam, tetapi saya bagi awak seorang peguam, semua saya tanggung"..jangan haraplah.

Sebab itu orang-orang tua meninggalkan bidalan, "ibarat menolong anjing tersepit". Dan yang lebih patut Nora guna pakai ialah "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".. dan aku nak tambah "kalau nak berdemostrasi, ingat sama, perut anak-anak di rumah perlu juga di isi, mereka perlu nasi, dan bukannya gelang besi"

www.anak2merdeka.blogspot.com

norazimah mohamad nor said...

Salam kepada semua yang telah memberi komen-komen mereka pada Nora. Terima Kasih kerana masih sudi melayari blog Nora. Banyak yang Nora dapat dari kita bertukar-tukar pendapat. Terima Kasih juga pada anak merdeka yang ada memberi sekerat dua teladan dalam memperkatakan mengenai perjuangan. Nora ingat semua itu ada juga beberapa peribahasa yang turut Nora pegang – kata orang, menggenggam bara api biar sampai jadi arang hihihi, ada betul dan ada tidaknya. Tapi apa yang Nora cuba utarakan adalah keperluan bila kita jadi pemimpin. Bagi Nora sikap prihatin dan sikap kerakyatan itu penting apa lagi hadirnya mereka adalah dari sokongan rakyat. Nora tidak minta duit atau sebarang habuan – asalkan saksama, tapi Nora sebenarnya minta agar keadilan terlaksana. Kita buka berjuang untuk mendapat habuan tetapi kalau mereka yang tidak langsung luka dan tidak langsung berjuang diberi habuan, nak terasa pula keadilan yang ada itu senget dan tempang. Nora tegaskan, Nora tidak merayu di kurangkan denda tetapi Nora mengaku bersalah kerana memandangkan kes ini kecil dan banyak mengambil masa Nora. Kes lain – berhimpun dan menuntut keadilan – jangan harap Nora nak mengaku salah. Apa pun bagi Nora sikap menyeluruh pemimpin itu perlu ada. Sikap utama adalah keikhlasan. Kalau berjanji tepati, kalau melihat biar terang dan kalau menimbang biar adil. Jangan bongkak dan jangan lupa. Ingat ada yang memerlukan sedikit keperihalan, bantuan dan sedikit appreciation ( betul kot ) – ehmmm Nora baru saja menyertai kursus Bahasa Inggeris dan berharap akan dapat kelulusan dalam bidang bahasa itu nanti....apa pun Nora perjuangkan hak rakyat , tak kira siapa, lupa rakyat maka lupalah rakyat kepada mereka.....

cheguBard said...

Nora cheGuBard tulis dan link artikel ini dalm blog http://chegubard.blogspot.com

aku bg cadangan cara berdepan dengan provokai polis...

Nora aku dgr kerajaan selangor bagi gerai pada aktivis reformasi di gombak...tahniahlah dapat juga hang gerai....

:P

Yahzah Republic Blog said...

Kadangkala kita bantu orang tapi tak dihargai. Tidak dihargai tidak mengapa kak. Tapi yang perit orang yang kita tolong menikam kita. Itu yang menyakitkan kak . Tapi hidup mesti diteruskan. Dan itu yang mengubah saya menjadi "tiada perasaan". Marahlah macamana sekali pun kutuklah berbakul-bakul. Dalam hati saya cakap nanti dia penat dia diamlah. akhir kata dari saya,,
Janganlah berputus asa, tetapi jika kita sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

ATAS PAGAR said...

Padan muko kau... jahat sangat mulut tuu...

norazimah mohamad nor said...

ATAS PAGAR,
Nah,ini untuk ko...

Tak kena batang idung ko,tak kena kat keluarga ko...boleh la ko cakap!!!

Nama pun ATAS PAGAR!
-angguk-angguk je kan walaupun xbenar.