Wednesday, July 1, 2009

UGUT ,DAPAT PROJEK FENOMENA BARU DALAM PR?


Norzairi Jantan ( lelaki yang tak orait - hujung kiri) juga pada mulanya pernah menjadi Skuad Berani Bogel
Gambar di atas adalah antara mereka yang pernah menjadi ahli Skuad Bogel. Adakah wajar lelaki yang tak orait di bantu dengan hanya konon2 mengaku reformis hebat?

Budaya baru ? Fenomena baru ? Apa semua ini. Adakah ini keadilan atau ini sebenarnya corak dan cara baru untuk kita menuntut sesuatu. Kita ugut, kita serang , kita langgar tanpa etika. Akhirnya yang benar ke tepi dan yang rakus dan tidak bertanggung jawab memperoleh segala-galanya.

Adakah pemimpin masih tidak faham-faham lagi? Adakah mereka tidak nampak atau mereka tidak tahu? Pernah ada orang komen dalam blog ini,bahawa reformis tidak menuntut balasan kerana perjuangan itu adalah ikhlas. Namun, apakah keikhlasan itu juga menjadikan kita lemah dan lesu lantas membiarkan saja nama reformis di jaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama untuk kepentingan sendiri. Akhirnya semua nama reformis lain terbabit di burukkan sebagai golongan orang yang tidak ikhlas berjuang.

Bagi Nora,membantu orang yang tidak bertanggungjawab, mendahulukan mereka, tunduk pada ugutan-ugutan mereka adalah tindakan yang tidak wajar. Ini juga bagi Nora sama seperti menikam mereka yang benar-benar ikhlas berjuang. Ingin Nora tegaskan di sini, ini bukan masalah iri hati atau dendam dan cemburu tetapi ini adalah bentuk-bentuk ketidakadilan yang amat mengecewakan reformis yang selama ini tidak hadir menuntut pembalasan perjuangan.

Keadaan inilah yang wujud dan keadaan inilah yang membentuk kecurigaan kita terhadap kepimpinan yang ada. Mereka perlu tahu dan sekiranya mereka tidak tahu maka mereka tidak ada bezanya dengan kepimpinan UMNO yang ada.

Sebenarnya, perkara-perkara ketidakpuasan ini wujud dan baru-baru ini sewaktu Nora menghadiri kenduri persandingan anak kepada abang Anwar Ibrahim iaitu uncle Li, Nora terdengar suara-suara ketidakpuasan ini timbul di kalangan aktivis-aktivis reformasi yang selama ini mendahulukan perjuangan dari kebajikan mereka sendiri.

Kelmarin selepas Nora bawa anak-anak keluar makan, Nora sempat singgah sebentar ke Masjid India untuk bertemu teman-teman di sana dan bertanyakan khabar mereka dan melihat tempat Nora berniaga. Banyak kenangan di sini,yang baik dan yang buruk terbayang di fikiran Nora. Nora masih ingat satu ketika dulu tong tempat niaga Nora telah di terbalikkan dan Nora di herdik di depan orang ramai dan di jerkah oleh lelaki yang tidak “orait” hanya kerana Nora menuntut untuk mendapatkan khidmat Majlis Agama tentang status perkahwinan Nora yang di ragu setelah lelaki yang tak orait ini berkali-kali melafazkan cerai kerana pembabitan dia dengan wanita-wanita. Lelaki yang tak orait ini, setiap kali terbabit dengan wanita lain beliau sering berjanji dan bersumpah untuk menceraikan Nora. Alangkah hiba hati seorang isteri apabila mendengar sendiri kata-kata dan janji lelaki yang tak orait ini kepada wanita tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, apabila Nora enggan bersama lelaki yang tak orait ini kerana Nora meragui status Nora setelah lelaki yang tidak orait ini seakan menggugurkan talak berkali-kali. Lagi durjana bila lelaki yang tidak orait ini mengucapkan kata-kata berikut-ala, aku boleh tanggung lah dosa tu, apabila Nora menolak untuk bersamanya.

Begitu banyak kenangan di jalan Masjid India ini, ini lah tempat Nora berhempas pulas mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan sehingga menyuapkan nasi pada lelaki yang tidak orait ini yang hanya tahu duduk dan hanya bercerita perihal politik dengan kawan-kawanya.

Tapi kehadiran Nora kali ini lebih mengejutkan, bila lelaki yang tidak orait ini, tidak bertanggungjawab dan tidak gugur sedikit pun keringat dalam gerakkan reformasi diberi ruang dan peluang semata-mata menggunakan nama reformis. Alangkah malunya mereka ini mengugut untuk berbogel-satu perbuatan yang memalukan namun mungkin menguntungkan. Ugutan mereka ini menyebabkan ada kepimpinan yang tunduk lantas memberikan projek-projek tertentu semata-mata takut mereka ini membogelkan diri dan menunjukkan ....di khalayak ramai.

Begitu terkejut Nora bila Nora dan teman-teman kami pergi minum,macam biasa kedai mamak di belakang sungai-masjid India mengatakan bahawa ,lelaki yang tak orait ni termasuk 3 dari teman-teman nya dapat projek untuk menjalankan uptown yang terletak di Seri Gombak, berhampiran Pejabat Pos dan Maybank. Kabarnya lelaki yang tak orait ni telah mula mengedarkan borang-borang pendaftaran untuk menyewa tapak-tapak uptown tersebut.

Lelaki yang tak orait ni dan juga temen-teman mereka sebelum ni adalah ahli-ahli dari skuad reformis bogel dan sebelum ini bukan main lagi mengutuk pemimpin dan pimpinan yang ada dalam PR, aik…apa dah jadi ni?

Ada fenomena baru dalam PR ke? Ugut mengugut untuk mendapatkan projek yang konon nya untuk puak reformis dan untuk membantu reformis, katanya. Betul ke? Reformis yang mana tu agaknya ye? Sedangkan mereka sendiri tidak cukup syarat untuk mengelar kan diri mereka sebagai reformis,apa lagi sebagai pejuang.

Apa yang buat kan lagi tak best ialah,salah sorang darinya yang tidak pernah beri nafkah pada keluarga dan anak-anak dalam jagaan bekas isteri dan lelaki yang tak orait ni tidak bercerita pula pada teman-teman bahawa dia telah menceraikan isterinya. Bila jumpa pimpinan dan minta projek dia akan cakap-saya suami Nora, tolonglah saya. Kami dah banyak berjuang untuk parti. At least berilah kami makan untuk anak-anak dan isteri kami. Isyikk jijik dengarnya.

Alangkah hina perbuatan nya ini,dan bagi Nora sesiapa yang telah membantunya tanpa usul periksa tidak akan menguntungkan parti malah akan menyebabkan para reformis yang ikhlas berjuang memandang serong pada konsep keadilan yang di laung-laungkan sebagai tunggak perjuangan kita.

Wow,senangnya ye? Apa kredibiliti yang ada pada lelaki yang tak orait ni dan teman-temannya? Sapa pula reformis-reformis yang dapat petak dan peluang berniaga di uptown kepunyaan dia? Dan berapa banyak pula wang yang akan di kaut atas alasan palsu yang diberi?

Demi kebenaran, Nora terpaksa meluahkan semua ini dalam blog Nora dan ini di lakukan kerana Nora tidak sanggup tengok kepalsuan yang ada.

Apa yang lelaki tak orait ni tak pernah buat pada Nora?

Pukul Nora dalam waktu mengandung mulai mengandung anak pertama dan seterusnya, pukul anak Nora sehingga Nora terpaksa buat laporan polis. Penderaan seksual sehingga ada percubaan yang tidak sanggup nora tulis. Nafkah? Jarang-jarang sekali dengan alasan bisnes nora ok, kalau minta pun, kami terpaksa bergaduh besar dan Nora juga pernah minta walau hanya seringgit tapi jawapan ini lah yang Nora sering dapat- AKU TAK ADA DUIT,KAU NAK BUAT APA KAU PUNYA SUKA LAH! PERGI LA REPORT POLIS DAN MENGADU KT KADI.

Adakah ini orang yang patut kita bantu. Nora hari ini mendapat sedikit kekuatan dan Nora telah bebas dari cengkaman beliau. Nora tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan Nora mahu terus meniti,memperbaiki dan membentuk kehidupan yang lebih baik.

Nora akan mendapatkan khidmat guaman untuk menyelesaikan kemelut antara Nora dan lelaki yang tidak orait ini. Nora amat berharap perkara ini akan dapat di selesaikan dengan segera dan pendedahan ini bukan untuk memburukkan perkara yang sudah buruk tetapi untuk menyedarkan kepimpinan supaya lebih peka dalam melaksanakan keadilan. Mereka ini bukan pejuang sejati,mereka adalah oportunis yang tidak bertanggungjawab yang tidak sepatutnya di dahulukan berbanding dengan pejuang-pejuang reformasi lain yang telah banyak berkorban untuk gerakan reformasi menuntut keadilan.

10 comments:

Mohd Hafizan Mazuki said...

kak nora...bersabar, lelaki yg x orait ni pasti akan dpt balasan diakhirat kelak...

Anonymous said...

Apa plak. tak kan golongan reformasi nak tgk org macam tu dapat buta. memang rezeki dari Allah tetapi Allah juga minta kita jaga keadilan, pertahankan keadilan dan menuntut keadilan.

Org yang mengaku reformis tetapi sanggup berbogel adalah org yang tak de maruah. Tak kan PKR nak tolong org macam tu....Nora, kumpulkan semua reformis belasah orang macam lelaki yg tidak allrite tu

Anonymous said...

WOWWWWWW ini rupanya skuad reformis bogel tu ye..abis kini mereka di beri projek kerana mengugut ye...bertuahnya mereka yang sanggup bodel ini. Esok mereka nak satu-satu benda mereka bogel lagi.

JAMILKUCING said...

Askm nora nora nora mengucap panjang abg jamil bila baca tulisan yg berjela-jela ini, bile lak nora berpisah ngan die. sungguh abg jamil tak tahu, abg jamil malas nak cakap pasal si dia dulu sebab hormatkan nora.but what ever you say is right.

Bogel kah kah kah, berani ke, berani ke nak tunjuk cikodin cikodin yg kecik tu. yg pemimpin pr yg bodoh bangang bagfi tu wat pe. tak sangka yag ada orang yg mengaku reformis sekarang meminta sedekah dekat pemimpin. mohon simpang la aku nak meminta dekat pemimpin. mereka beriu aku ambil. tapi nak mengampu, membodek, mengugut bukan budaya keturunan aku le.

Nora jaga diri baik baik ok.

Anonymous said...

huhuhu

apa????ini tidak ADIL!!!

Aku pun nak juga tapi bukan tapak UPTOWN,aku nak tanah la.
Aku bukan group SKUAD REFORMIS BOGEL ya,aku REFORMIS gak tau.
Aku pun pernah gak masuk LOKAP!

AnakMerdeka said...

Salam.
Waduh panjang banget tulisan Nora, hingga tak habis saya membacanya.

Apapun setelah baca sebahagian dan kerana saya telah membaca tulisan Nora sebelum ini, dan untuk mengaitkannya dengan topik Nora, inilah komen saya.

Sebenarnya penubuhan PKR (dulunya masa saya join dikenali sebagai KeADILan) adalah atas dasara dendam dan tidak berpuas hati.

Anwar menggunakan keluarga dan kita semua untuk membalas dendam atas apa yang berlaku ke atasnya.

Lalu lahirlah refomis yang juga berasal dari golongan yang tidak berpuas hati dalam sesuatu hal, tidak dapat projek, diketepikan, dipinggirkan dan disisihkan.

Memang ramai antara refomis yang ikhlas (dan memang juga dalam UMNO ramai yang haprak) Kita kena terima kenyataan itu.

Perbezaan antara PKR dan UMNO ialah, UMNO ditubuhkan untuk membantu orang melayu, mendaulatkan agama dan bangsa untuk membantu bangsa. Manakala PKR ditubuhkan untuk satu tujuan, membalas dendam, meluahkan dendam kesumat, menggunakan kepintaran berpidato untuk meyakinkan masyarakat.

Akhirnya pemimpin-pemimpin yang lahir dalam PKR, tidak lebih baikpun dari pemimpin-pemimpin UMNO, walaupun rata-rata pengikut dan penyokongnya memang berkehendakkan satu bentuk kepempinan yang lebih baik, tulus dan mulus.

Percayalah tempat yang paling sesuai untuk orang melayu adalah UMNO dan mungkin PAS (itupun kalau pemimpin PAS tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik)

anak2merdeka.blogspot.com

Yahzah Republic Blog said...

kak nora.... saya rasa macam nak tembak je lelaki yg tak orait tu...
Saya ada cadangan kalau dia ganggu akak lagi tendang dia punya $%#% atau tekak dia. Per alau kene tu memang tak bernafas. Percayalah..

Saya sokong kak nora....

Anonymous said...

ya allah sdri

demi allah saya katakan yang salah seorang dari mereka inilah yang pernah sebarkan pada reformis2 yang lain bahawa sdri nora telah menjadi ahli umno.

maaf,saya juga termakan dengan kata2 mereka ini sebenarnya.bermati-matian saya fikir sdri telah menjadi ahli umno,hinggalah pada satu hari saya telah tersempak dengan sebuah kereta kancil berwarna silver dan tertera nama NORA pada depan dan belakang cermin kete tersebut siap ada alamat blog sdri dan lambang parti pembangkang lagi.
(BELUM TENTU LAGI PEMIMPIN2 YANG LAIN BERANI MELETAKKAN NAMA MEREKA DAN PARTI MEREKA PADA KENDERAAN MEREKA)

syabas sdri,sdri sungguh berani dan tabah.saya doakan agar orang yang menyebarkan fitnah itu terima balasan di atas perbuatan nya.

sdri,bykkan bersabar ye-MALAM TADI SAYA TERNAMPAK SDRI KAT KAJANG-MALAM SENI RAKYAT.PERTAMA KALI TERLIHAT SDRI,TERNYATA SDRI SUNGGUH ANGGUN!-ikhlas dari saya

Anonymous said...

kak nora,
ke neraka jahanamlah tempat untuk lelaki yang xorait 2...menganiayai seorang wanita/ibu dan anak2 tersebut.
jantan yang xorait 2 ibarat seorang LELAKI DAYUS!!!

Anonymous said...

Salam Kak Nora...terkejut plak bila citer pasal lelaki yang U katakan tuh. Kalu tak kenal mmg nmpk mcm dia seorang lelaki yg budiman,rupanya dia hanya hipokrit. Kalu dah tahu dia macam tu kenapa u tak ambil hak untuk jaga anak-anak U.Takkan u nak biarkan masa depan anak-anak hancur bila tgk anak-anak tggl dengan dia. Lgpun U tahu dia bukan ada steady income utk sara anak-anak....