Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya

Monday, September 14, 2009

Bagi yang nak tahu

Salam – maaf lama tak update, sibuk berniaga – tapi sempat tengok-tengok blog kalau ada isu-isu hangat. Membaca komen-komen memerlukan sedikit penerangan agar mereka tahu apa yang berlaku khususnya dalam industri perniagaan berbentuk bazar dan kanopi.

Kita perlu tengok antara peniaga yang bersungguh-sungguh nak berniaga dengan mereka yang hanya nak tapak untuk dijual. Ini berbeza – kerana yang mahu tapak untuk berniaga pasti sudah lama berniaga dan menjadi kehidupan rutin mereka untuk berniaga. Yang nak tapak untuk dijual itu adalah mereka yang tidak beratur untuk cabut undi – tiba dapat lokasi tapak yang strategik untuk dijual. Perlu ingat lokasi strategik tapak menentukan harga. Tengok yang dapat tempat baik-baik – nombor tapak itu kadang-kadang tidak wujud sewaktu cabutan – tiba-tiba wujud. Jangan dinafikan bahawa rasuah wujud dalam pemberian tapak. Ini asas yang ada dan sebarang sungutan – laporan – setakat ini tidak pernah dilayan.

Perlu ingat - Nora dan kawan-kawan peniaga di Masjid India pernah adalah antara mereka yang awal menuntut kawasan itu dijadikan bazar peniaga buat orang Melayu – sama seperti di Petaling Street. Dalam memperjuangkan itu Nora di tahan – dan itulah antara rekod awal perjuangan Nora kat sana. Nora tahu siapa yang mendapat dan menjual. Senarai mereka yang dapat dan menjual telah diberi lama pada DBKL dan janji DBKL untuk mengambil tindakan hanya janji kosong.

Akibat lantang jugalah Nora tong Nora di sepak kehulu ke hilir – akhirnya “landing” belakang “toilet” yang menyebabkan peniagaan merosot teruk sehingga terpaksa untuk masuk bekerja – dan berniaga sekali gus. Kenapa jadi macam itu – kerana ada suara-suara keparat – peniaga besar yang baik dengan DBKL yang membantah kehadiran kami lantas – laluan peniaga di kecilkan dan mereka yang terletak di tengah laluan di campak merata-rata.

Sejarah peniaga bazar itu ada pada Nora – siapa yang menjual semua telah dilaporkan – banyak kali – sidang akhbar juga banyak kali – tapi apa nak di katakan – rasuah mengatasi segala-galanya. Kita tegur sistem yang ada – kita tegur untuk memperbaiki. Kalau kita asyik letak kesalahan kecil segelintir yang menjual – kerana terdesak akibat tekanan hidup maka dosa yang lain merebut tapak, dapat tapak atas tiket rasuah semata-mata nak menjual di tutupkan maka kita tidak adil dalam memberi komen.

Mengenai orang Indonesia – Nora nak komen – mereka datang tanpa mempedulikan kos-kos sosial yang perlu kita bayar. Mereka tidak ada kos lain dan sekiranya tidak ada kos lain – maka mereka boleh menurunkan harga jauh lebih rendah – ini belum lagi peranan pengedar yang terdiri dari Pakistan – Cina – yang mengupah mereka menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga yang di bekalkan kepada kita peniaga di sana. Kita belum bicara mengenai Maidin dan peranan mereka untuk menghancurkan peniaga kecil Masjid India. Isu yang di bawa untuk menutup bazar itu. Banyak komersial politik yang berlaku dan mereka seperti anak merdeka perlu lebih mendalami keadaan di sana dan tidak membicarakan isu ini secara superfisial sahaja - Nora dah belajar nak tulis macam mana – jangan main-main hihihi...

Tak leh tulis panjang-panjang Nora berniaga dari 11am kadang sampai lewat 3.00am – lari beli stok – cari barang dengan harga yang lebih murah untuk di jual – malang bukan kat tapak sendiri – ehmmmm ada yang dapat 3 tapak sekali gus – apa lu cite beb

Wednesday, September 9, 2009

Bicara Nora lagi ....dari Bazar Ramadan TAR


wah..kat Jakarta kita nak di sweep - nya, kat sini kerana rasuah mereka rambo-sana-sini menyekat peluang perniagaan kita yang bertungkus lumus mencari rezeki



Ada timbul sedikit perbincangan antara Nora dengan kawan-kawan setelah selesai menjalani hadir di mahkamah semalam atas kes perhimpunan yang bagi kerajaan HARAM. Kata kawan Nora ini, biarlah Nora, tak payah perbesarkan isu peniaga Indonesia di TAR dan di Masjid India. Mereka orang miskin. Panas juga telinga Nora dengar - apakah alasan kemiskinan itu sepatutnya menghalalkan perbuatan, lebih-lebih lagi dari pendatang tanpa izin dari Indonesia ini. Kita bela sangat - DBKL mungkin bela untuk dapat rasuah dari orang kita, kroni benarkan mereka berniaga untuk dapat duit mudah - dah lah dapat tempat berniaga mudah semuanya nak mudah. Kita yang berkerja keras - cari modal - bayar duit tapak - bayar duit elektrik - bayar pekerja selama di tindas, ini nak benarkan mereka berniaga - tak payah bayar mahal - tak payah buat lesen - semua free. Kalau kita buat - terus DBKL ini angkut. Baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan datang ke Masjid India. Biasalah datang dengan dendangan - semua kat situ nampak baik lah. Cuba datang dengan cara lain - investigative sikit - tengok sama ada orang keliling kamu itu semua ikhlas atau sekadar tukang karut yang suka mengurut Menteri Wilayah ini. GERAM ..lebih-lebih lagi bila Nora baca mereka kat Indon sana asyik nak ganyang Malaysia. Apa rakyat dia kat sini tak ganyang orang macam Nora kat sini - memang salah segelintir dari orang kita yang kaki rasuah dan kepimpinan kita yang ketagih rasuah tapi kita sama kita perlu bangkit. Kita perlu suara kita didengari - kita perlu bertindak untuk membela nasib kita.

Kita perlu lihat tanpa takut - kalau ada PATI ini dapat tempat kerana menyewa dari orang yang dapat tempat atas alasan kronisme dan rasuah maka kita jangan teragak-agak melawan. Kat Masjid India ini semua yang tak bentul dulu Nora lawan. Pegawai DBKL yang buta - depan mata ada PATI - rambo - Nora lawan. Nora lawan untuk semua peniaga agar kita dapat keadilan. Itu yang gerai Nora kena pindah kat toilet tu...Kenapa kita di tindas atas alasan rasuah, kroni yang membenarkan negara ini di jual kepada warga asing. Apa mereka tak sedarkan - anak bangsa mereka sendiri yang senggsara kerana PATI ini hanya tahu kerja tanpa menanggung tanggung jawab sosial yang lain.

Hari ini siap mereka di Jakarta tahan kereta - nak cek sama ada Malaysia ke tidak - kalau Malaysia mereka mahu hantar pulang. Tak sedar ke mereka ini bahawa dalam negara kita ini - banyak warga Indo yang menempah kejayaan kerana kita terlampau berkompromi - terlampau bertolak ansur - dia tolak kita beransur. Benar bukan semua yang jahat tetapi keadilan untuk peniaga anak bangsa perlu diberi. Dahlah sesama anak bangsa kita dah berpecah - ada kroni sana dapat ada kroni sini dapat - persatuan dapat - bagi kepada kerabat - jual harga mahal - bayar rasuah terima rasuah - SIAL SIAL.

Bila rakyat kita nak sedar - kita boleh bawa mereka masuk - tapi jangan pula kita atas nama rasuah bangsa kita dan negara kita nak dijualnya. ...hah lepas GERAM.....

Friday, September 4, 2009

DBKL – rasuah menjelang Hari Raya


Letaklah apa saja slogan anti rasuah – letaklah kononnya mahu berubah, bagi laungkanlah tindakan menghalau pendatang tanpa izin, rakyat diutamakan, kalau dah darah daging itu perasuah – kerajaan itu tetap rasuah. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur – macam itu juga. Dari dulu kini dan selamanya rasuah – habis apa jadahnya kita nak diam dan terus diam. Nora benar-benar marah – kebodohan kerajaan yang sebenarnya memerintah Kuala Lumpur tanpa moral amat terserlah. Sekarang pun macam tu juga – dari Zulhasnan Rafique ke Raja Nong Chik, tak nampak berubah malah yang diharapkan sedikit perubahan kat DBKL jadi hampas – busuk lagi membusukkan. pentingkan satu saja – bagilah keadilan jangan lah bergelumang dengan rasuah dan akhirnya menjual negara kita ini semata-mata nak duit untuk diri sendiri. DBKL ini lubuk rasuah, penguasa dan pegawainya bergelumang dengan rasuah khususnya bila datang bulan Ramadan. Dari pembahagian tapak sehinggalah penjualan tapak kepada warga asing – itulah kerja mereka. Ramadan mungkin Hari Rasuah kepada perasuah-perasuah dalam DBKL. Kebodohan mereka jelas – peniaga tempatan di tindas – peniaga dari Indonesia bermaharajalela lela buka kanopi,sewa tapak tetapi DBKL terus buta dan buta-buta tidak nampak. Ramadan ini tak patut kita memaki hamun tetapi perbuatan ala kecelakaan mereka betul-betul memualkan. Kesialan mereka jelas nampak dan muka-muka rasuah duit haram yang dia orang makan itu terpancar jelas. Pergi Masjid India – tengok kanopi merah yang ada sana. Orang lain kanopi biru – dia kanopi merah – dia sewa pada rambo-rambo tak berlesen – tidak jauh dari situ ada kanopi pegawai DBKL yang buta mata – celik kepada rasuah aje. Tengok siapa dapat tempat – cantik molek – takkan undi hampir 10 tahun berturut-turut leh dapat tempat itu jugak.....Bila kita bersuara ramai suara-suara sumbang kata Nora jeles la..tak dapat tempat la....Hello....Nora bantai biar Kerajaan Selangor fasal uptown dan Kerajaan BN di Kuala Lumpur...Nora tidak kira.

Korang sendiri tengok...bila buat demo – Pemuda UMNO berpusu-pusu jumpa peniaga nak bawak kes saman GMI lah...nak tuntut ganti rugi.....mana Pemuda yang sama bila tengok orang asing dari Indo – datang merompak perniagaan kita...dia tak bayar sewa...tak bayar permit....tak ambil pembantu.....kita tengok setiap kanopi kena ada pembantu berdaftar – kena bayar hampir RM 50 setiap hari – dengan kos sewa tapak untuk sebulan – elektrik setiap hari, berbanding dengan peniaga asing yang tak bayar apa-apa – memanglah mereka boleh kurangkan harga...tapi yang lebih sialnya, DBKL berjalan kat situ macam tak rasa salah. Memang mereka buka mata seluas-luasnya – tapi untuk cari salah orang kita – orang asing kawtim...

Nora nak cakap lagi...DBKL atau Menteri Wilayah sendiri turun – jumpa kita orang – jumpa kawan-kawan Nora yang dah otai kat Masjid India, tanya apa masalahnya, tanya mengenai prosedur DBKL yang separuh gila, tanya rasuah dalam mendapatkan tempat niaga...jangan tanya Persatuan yang memang tak di sokong oleh peniaga tetapi disokong oleh DBKL. Mereka penyamun tarbus, mereka dapat tapak sempena Ramadan – tempat baik-baik plak tu. Isu ini bukan hari ini Nora keluarkan. Nora dan kawan-kawan dah berbuka keluar mengadu-tersiar dalam Berita Sinar tapi – hampas..Menteri Wilayah baru ini hanya hadir minum kopi sambil berjalan di kelilingi oleh rakan dan mereka yang sanggup jilat selipar dia dan pegawai DBKL.

Hello, macam mana nak letakkan Rakyat di utamakan kalau kita tengok – rasuah yang diutamakan – peniaga asing yang didahulukan.

Nanti Nora tulis lagi ........dengan gambar lak kali ini....nanti..

Tuesday, September 1, 2009

Nora berniaga


Sori sori, lambat buat posting. Bukan apa Nora berniaga kat jalan Tuanku Abdul Rahman - Bazaar Ramadah. Itu yang lambat buat posting tu. Apa pun Nora akan tetap cari kesempatan untuk terus menulis sungguhpun dalam keadaan yang terhad. Apapun kena berniaga kalau tidak rugilah. Tapi tup-tup Minyak Naik lagi....dalam bulan Ramadan lak tu. Dahlah tu DBKL asyik sibuk mencari kesalahan peniaga kecil tapi naga-naga yang berniaga tidak berani lak di tegur. Apa pun Nora mungkin lambat menulis kerana kurang kesempatan masa...Selamat Berpuasa dan kalau nak singgah beli dress - datanglah ke tempat niaga Nora - share lah beb bukan sendiri punya.................