Letaklah apa saja slogan anti rasuah – letaklah kononnya mahu berubah, bagi laungkanlah tindakan menghalau pendatang tanpa izin, rakyat diutamakan, kalau dah darah daging itu perasuah – kerajaan itu tetap rasuah. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur – macam itu juga. Dari dulu kini dan selamanya rasuah – habis apa jadahnya kita nak diam dan terus diam. Nora benar-benar marah – kebodohan kerajaan yang sebenarnya memerintah Kuala Lumpur tanpa moral amat terserlah. Sekarang pun macam tu juga – dari Zulhasnan Rafique ke Raja Nong Chik, tak nampak berubah malah yang diharapkan sedikit perubahan kat DBKL jadi hampas – busuk lagi membusukkan. pentingkan satu saja – bagilah keadilan jangan lah bergelumang dengan rasuah dan akhirnya menjual negara kita ini semata-mata nak duit untuk diri sendiri. DBKL ini lubuk rasuah, penguasa dan pegawainya bergelumang dengan rasuah khususnya bila datang bulan Ramadan. Dari pembahagian tapak sehinggalah penjualan tapak kepada warga asing – itulah kerja mereka. Ramadan mungkin Hari Rasuah kepada perasuah-perasuah dalam DBKL. Kebodohan mereka jelas – peniaga tempatan di tindas – peniaga dari Indonesia bermaharajalela lela buka kanopi,sewa tapak tetapi DBKL terus buta dan buta-buta tidak nampak. Ramadan ini tak patut kita memaki hamun tetapi perbuatan ala kecelakaan mereka betul-betul memualkan. Kesialan mereka jelas nampak dan muka-muka rasuah duit haram yang dia orang makan itu terpancar jelas. Pergi Masjid India – tengok kanopi merah yang ada sana. Orang lain kanopi biru – dia kanopi merah – dia sewa pada rambo-rambo tak berlesen – tidak jauh dari situ ada kanopi pegawai DBKL yang buta mata – celik kepada rasuah aje. Tengok siapa dapat tempat – cantik molek – takkan undi hampir 10 tahun berturut-turut leh dapat tempat itu jugak.....Bila kita bersuara ramai suara-suara sumbang kata Nora jeles la..tak dapat tempat la....Hello....Nora bantai biar Kerajaan Selangor fasal uptown dan Kerajaan BN di Kuala Lumpur...Nora tidak kira.
Korang sendiri tengok...bila buat demo – Pemuda UMNO berpusu-pusu jumpa peniaga nak bawak kes saman GMI lah...nak tuntut ganti rugi.....mana Pemuda yang sama bila tengok orang asing dari Indo – datang merompak perniagaan kita...dia tak bayar sewa...tak bayar permit....tak ambil pembantu.....kita tengok setiap kanopi kena ada pembantu berdaftar – kena bayar hampir RM 50 setiap hari – dengan kos sewa tapak untuk sebulan – elektrik setiap hari, berbanding dengan peniaga asing yang tak bayar apa-apa – memanglah mereka boleh kurangkan harga...tapi yang lebih sialnya, DBKL berjalan kat situ macam tak rasa salah. Memang mereka buka mata seluas-luasnya – tapi untuk cari salah orang kita – orang asing kawtim...
Nora nak cakap lagi...DBKL atau Menteri Wilayah sendiri turun – jumpa kita orang – jumpa kawan-kawan Nora yang dah otai kat Masjid India, tanya apa masalahnya, tanya mengenai prosedur DBKL yang separuh gila, tanya rasuah dalam mendapatkan tempat niaga...jangan tanya Persatuan yang memang tak di sokong oleh peniaga tetapi disokong oleh DBKL. Mereka penyamun tarbus, mereka dapat tapak sempena Ramadan – tempat baik-baik plak tu. Isu ini bukan hari ini Nora keluarkan. Nora dan kawan-kawan dah berbuka keluar mengadu-tersiar dalam Berita Sinar tapi – hampas..Menteri Wilayah baru ini hanya hadir minum kopi sambil berjalan di kelilingi oleh rakan dan mereka yang sanggup jilat selipar dia dan pegawai DBKL.
Hello, macam mana nak letakkan Rakyat di utamakan kalau kita tengok – rasuah yang diutamakan – peniaga asing yang didahulukan.
Nanti Nora tulis lagi ........dengan gambar lak kali ini....nanti..
13 comments:
Rasuah memang dah jadi musuh no satu negara bukan dadah yang dilaungkan oleh kerajaan.Rasuah tak akan habis selagi kerajaan yang ada sekarang tidak memberi kekuatan pada semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan.Kita kena ingat bahawa rasuah ini merupakan satu perbuatan yang lebih hina dari seorang penjenayah.Bagi seorang penjenayah ia hanya melanggari undang-undang yang termaktub atas segala perbuatan mereka Namum bagi seorang Perasuah ia merupakan satu pengkhianatan dari amanah rakyat dan juga amanah dari sumpah sebagai kakitangan perkhidmatan awam.Jadi sebagai pengamal rasuah jauhilah dari perbuatan yang terkutuk ini kerana satu masa kita akan balik kampung juga untuk selamanya...
salam...
biasalah tuu...mana ada pemimpin atau orang dari tak kira mana-mana parti, yang TAK PERNAH menipu...makan rasuah, komisyen...bla bla bla
salam...Begitu la nasib kita nora. Pemimpin hari ini terutama yang berkuasa di peringkat pusat seolah-olah "kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan". Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan..apa tu? pencapaian siapa yang didahulukan?pencapaian dalam bidang apa?..kalau pencapaian kemewahan untuk pemimpin diutamakan..mungkin ya. tapi kalau untuk rakyat, sekadar slogan aje la. makin parah rakyat menanggung derita mungkin betul.Rakyat diutamakan..diutamakan dalam bidang apa? kalau merujuk diutamakan menanggung beban hidup dan segala perit maung menghadapi kerenah birokarsi dan pilihkasih mungkin betul la.selebihnya ia sekadar slogan..buat mereka yang berkuasa, sepatutnya sekarang la bertindak.sewaktu ada kuasa. Ini tidak bila hilang kuasa baru bercakap macam2. Tengok kepada mantan PM ke-4, masa berkuasa apakah dia tidak sedar dan tidak tau barisan kabinetnya ada menteri yang tidak layak dilantik tetapi bila kuasa berpindah kepada PM ke-5, macam2 dikritik, meneteri rasuh la. menteri tak layak la sedangkan menteri itulah juga yang menjadi barisan kabinet sebelum itu..maknanya, semasa berkuasa sengaja tidak nampak kot, atau buat2 tidak nampak.oleh yang dcemikian sebelum PRU akan datang, para menteri yang berkenaan terutama yang menjaga kebajikan rakyat dan peniaga kecil dalam wilayah persekutuan, celik la sikit..pasang telinga la sikit kepada rintihan anakj peribumi. jangan asyik membeli pendatang. mereka tu mengaut untung saja. kalau apa-apa berlaku mereka balik negara mereka.tapi anak watan ni, apa-apa jadi akan terus berjuang untuk mempertahankan tanahair, tak kira dari parti mana saya yakin dan percaya jika diserang musuh, mereka akan tetap bersatu..Buat menteri berkenaan, ambil tindakan segera jangan dekat pilihanraya baru terhegeh-hegeh nak buat macam-macam.rakyat dah muak dengan taktik macam tu...bila ingin kuasa baru sudi janji macam-macam.poooodaaahhh..politik rimba kalau macam tu.orang tak pakai dah.saya rasa dah bertahun-tahun rintihan peniaga kecil ini disiarkan dalam dada-dada akhbar.tapi tindakan sekadar melepaskan batu ditangga..jika berterusan macam ni,PRU 13 nanti, UMNO sekadar tinggal nama. Pencacai terlalu ramai membisikkan cerita indah dan lunak di dengar sahaja sedangkan apa yang berlaku di bawah, jauh melangit dengan apa yang disampaikan oleh pencacai-pencacai yang pentingkan diri.Pemimpin yang baik bukansekadar mendengar apa yang disampaikan tetapi turun ke bawah mendapatkan kesahihan.bertindak melalui pengalaman yang dikutip sendiri bukan sekadar mendapat khabar dari pembodek-pembodek yang diibarat sokong membawa rebah..fikir-fikirkanlah.wassalam.tahniah nora kerana berani bersuara.suarakanklah apa sahaja tanpa mengira siapa yang memerintah..janji keadilan untuk semua dijaga.
yes! betul...betul..korek..korek...correct! cerita ni dah lama aku tahu...rakyat didulukan tu slogan jer..rakyat dibodohkan dulu yang sebenarnya....
Salam Nora
Btul ke ada rasuah.. knapa tak buat reprt kat mamat yg jaga rasuah tu...
Boleh tak jika kita hendak mengkritik dan melontarkan pendapat, kita terlebih dahulu bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Jangan cepat sangat menuding jari kepada pihak lain atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Rasanya semua orang tahu dari dulu ada unsur rasuah dalam DBKL terutamanya dalam pembahagian tapak pasar juadah. Ada 'orang dalam' yang mendapat tapak di kawasan stratigik di Jln TAR dan menjualkannya kepada peniaga yang tidak mempunyai tapak dengan harga yang melampau-lampau. AM dapat tahu ada tapak yang dijual dengan harga RM15,000. Gila babi betul.
Depan mata AM sendiri, ada seorang pegawai DBKL yang telah diseret ke mahkamah dan sekarang kesnya sedang menunggu masa untuk dibicarakan. Tetapi itulah manusia. Mereka tidak pernah ada perasaan ingin belajar dari pengalaman rakan-rakan. Kes orang dalam menjual tapak pasar juadah masih lagi berleluasa. Tetapi AM tetap yakin mereka tak jual kepada pendatang asing. Yang kita lihat orang asing berniaga tu sebenarnya ialah orang yang dibayar oleh pemilik tapak untuk menjaga perniagaannya.
Tetapi tak ramai yang tahu sikap tamak peniaga itu sendiri. Yang kita biasa nampak ialah kesilapan orang atas. Ada peniaga sanggup mengeluarkan modal beribu ringgit dan membayar rakan-rakan untuk memohon tapak pasar juadah. Dalam banyak-banyak permohonan itu biasanya dia akan dapat dua atau tiga tapak. Bayangkan jika dia menjual satu tapak dengan harga rm5000 sahaja, tiga tapak dia sudah untung rm15 ribu. Tak perlu berniaga bulan ramadhan dah untung buta. Bayangkan berapa ramai betul-betul nak berniaga, kecewa kerana tak dapat tapak.
Rasa bersalah pulak kalau AM nak masukkan cerita politik dalam isu ini, tetapi untuk jadikan korang lebih positif, AM nak beritahu orang yang buat kerja itu ialah rakan AM semasa dalam PKR dulu. Dan sekarang dia masih lagi ahli PKR. Ramai sebenarnya rakan-rakan dari PAS dan PKR yang dapat tapak pasar juadah. Tetapi berapa ramaikah antara mereka yang bersyukur?
Kesilapan (samada disengajakan atau tidak) yang berlaku dalam DBKL adalah kerana sikap individu berkenaan dalam jabatan itu. Sama juga dengan sikap peniaga yang suka mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan (dengan memohon tapak yang banyak kemudian menjualkannya) Ini bukanlah kerja orang politik (atau lebih tepat lagi kerja UMNO). Kalau UMNO ada peranan dalam pembahagian tapak, rasanya rakan-rakan PKR dan PAS tak merasapun nak berniaga di pasar juadah.
Jadi fikirlah positif sikit.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Dol kaki rempit,
Ini Nora nak balas dulu, kalau tak silap dah berbakul repot dan berjela-jela masuk akhbar - semua koleksi Nora simpan...just 4 yr info
kawan lain, nanati Nora balas komen ye all k
Sori AM,
Nora terbaca sikit, tak sempat nak komen banyak. AM berapa lama kat Jalan Masjid India? Berapa lama niaga kat sana? Rasuah memang ada..tamak memang ada, tapi kalau penguasa lebih teliti tidak buta mereka tidak akan dapat melakukan perkara-perkara tersebut.
Nanti Nora komen lagi ye...diskusi jgn marah
AM setuju dengan Nora. Memang pengusaha perlu lebih telus. Dalam kes di Jln TAR, DBKL kena di persalahkan.
Banyak hantu-hantu dalam DBKL tu. Memang AM tak lama di Masjid India (sebenarnya tak pernah pun berniaga di Masjid India)tetapi ramai kawan berniaga terutama peniaga segara musim raya.
Amanah yang diberikan sepatutnya dipikul dengan sejujur-jujurnya. Mengapa perlu mengambil keuntungan atas kesengsaraan orang lain? Bayangkan peniaga yang nak dapat RM1000 seharipun susah, sedangkan hamlau-hamlau dan buaya-buaya tersebut boleh dapat RM15,000 sekelip mata tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan modal.
Apa yang AM hendak tekankan ialah, adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan atau pemimpin politik dalam hal ini. Sebaliknya semua pihak kena memainkan peranan.
www.anak2merdeka.blogspot.com
anak merdeka,
1.Aku terbaca komen ko dalam blog 'orang marhein' macam nora ni.Ko buat komen sebab dia orang pembangkang ke atau niat ko ikhlas berjuang bersama-sama orang marhein macam nora ni??
2.Aku melihat komen-komen ko memang ko ni kaki ampu,kaki bodek,menyokong membuta tuli,ada sindrom menafikan..dan macam-macam yang sama dengan sikap-sikap pemimpin UMNO lain..yang mana tak mau reti masalah rakyat tapi sibuk membela tak kena tempat demi nak jaga/bodek maruah UMNO/kerajaan..bila bab masalah sorok bawah karpet..bila bab nak bodek bukan main lagi berdegar-degar menulis menafikan 'realiti kehidupan' yang masih tak dapat diselesaikan oleh pemimpin sedia ada.
3.AM,aku percaya ko faham masalah nora dan ko pun dah sebut tahu situasi peniaga Jalan TAR.Tapi jika setakat tahu tapi tak berjuang sepertimana nora berjuang..jadi ko janganlah menyokong atau membela pihak-pihak yang ko sokong terutama perkara-perkara yang memang benar berlaku buruk.
4.Ada baiknya ko guna pengaruh kuat ko dalam menyokong UMNO/Kerajaan tu bekerjasama membantu masalah peniaga jalan TAR dengan mewujudkan cara-cara strategik.Pakat-pakat dengan Nong Chik persatuan atau mana-mana agensi/NGO tak boleh ambil tapak.hanya peniaga individu/enterprise sahaja yang boleh ambil.Lepas tu bawa badan amal UMNO siasat satu-satu tapak setiap hari.Ambil tahu masalah peniaga,bantu dan selesaikan sebagai satu kerja amal UMNO.
5.Mana-mana warga asing hendaklah disemak indentiti mereka.kerjasama dengan rela/polis/imegresen.Pasal pekerja DBKL ni bukan susah pun..bila buat operasi bawak sekali Nong Chik & Datuk Bandar.Ko ingat budak-budak DBKL berani 'cover line' ke bila orang besar turun siasat..Aku rasa bila orang besar ikut siasat boleh lenggang tapak2x tu.Bila lenggang korang badan amal UMNO cari pulak peniaga tempatan masuk tapak-tapak strategik,susun cantik-cantik,sediakan perunding skil perniagaan,sediakan bakal-bakal pembekal pada harga murah,berikan kredit ke atas stok..terutama bawalah taikun2x UMNO bantu.
6.Aku kalo nak cerita memang panjang dan banyak strategi boleh bantu semua orang termasuk kerajaan/UMNO..tapi bila ko AM yang suka menyokong membuta tuli..lepas tu tiada jalan penyelesaian serta salah kan orang marhein seperti nora tambahan pula mereka aktif dalam parti pembangkang..lagi ko nak 'spin'
7.Aku harap ko berubah lah AM dari menyokong membuta tuli dan kaki AMpu..Aku ni orang UMNO/kerajaan juga tapi bila bab baik kita sokong..bab tak betul kita betulkan..bukan ampu..pastu 'spin' orang dengan selok belok cerita lain.
8.Harap lepas ni ko pi lah bantu diorang ni.Jika betul ko pejuang UMNO seperti mana ko hebat dalam blog ko..pi lah pakat-pakat dengan NOng Chik,Kerajaan,Najib,Datuk Bandar...selesaikan dengan sistematik..bukan sibuk pertahankan masalah yang berlaku lepas tu 'spin' agar orang terima fakta ko.
9.Aku boleh lantang komen je coz aku orang kerajaan..bila buat lebih-lebih nanti kena cantas.Ko aku percaya pejuang..jadi jadilah pejuang..bukan bacul..'Demi kebangkitan UMNO dan bangsa Melayu/Islam' tanpa kefahaman politik membuta tuli seperti mana nora.
wasalam..t.kasih
'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa.
Terima kasih Puan Nora kerana membangkitkan isu peniaga Indonesia di Bazaar Ramadhan Masjid India. Berikut adalah tindakan yang diambil oleh DBKL berhubung perkara ini:
DBKL telah membuat siasatan pada 8 September 2009 jam 4.00 petang dan didapati kedudukan kanopi merah adalah di luar sempadan tapak perniagaan Bazar Jalan Masjid India yang dianjurkan DBKL. Semasa pemeriksaan dibuat, DBKL mendapati terdapat warga asing membantu menjalankan perniagaan dan amaran telah dikeluarkan kepada peniaga terlibat supaya menutup dan mengosongkan tapak.
Walau bagaimanapun, pada siasatan kali kedua di sebelah malam hari yang sama (8 September 2009), didapati peniaga tersebut gagal mematuhi amaran yang dikeluarkan dan tindakan sita telah diambil.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Saya amat menghargai sumbangan puan dalam menjadikan KL bandaraya kelas pertama.
AM nak ucap terima kasih kepada Anonymous yang tulis panjang lebar tu. AM dan baca dan faham segala isi kandungannya.
Untuk membantu golongan teraniaya, kita tidak perlu menentang kerajaan dan mengatakan setiap apa yang kerajaan buat semua tak betul. Kita juga tidak perlu menjadi kaki ampu dan kaki jilat untuk terus bernyawa.
Anonymous mungkin rasa pelik kerana kelihatannya seperti AM penyokong kerajaan/UMNO tetapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nora.
Terserah kepada anonymous atau sesiapa sahaja untuk tuduh AM kaki ampu atau kaki bodek. Yang nyata AM tidak pernah merayu kepada kerajaan untuk diberikan ruang perniagaan, apatah lagi menggunakan 'kabel' dan menggunakan cara yang tidak bermoral, kemudian menjual tapak yang diperolehi kepada pihak lain, untuk mendapat keuntungan segera.
Kalau anonymous baca tulisan AM dalam blog anak2merdeka yang lepas-lepas, rasanya anonymous tidak akan menuduh AM sebagai mengampu kerajaan, kerana AM dah banyak kali 'bantai' orang UMNO dan orang kerajaan yang melakukan kesilapan. Yang salah tetap salah, yang betul tidak boleh dikatakan salah.
Malah mereka yang siang malam menentang kerajaan dan kata kerajaan zalim itulah yang sentiasa menunggu bantuan dari kerajaan. Bila ada peluang depan mata, mereka dulu yang ke hadapan. Mereka akan gunakan apa juga cara untuk merebut peluang yang ada.
Kalau kerajaan zalim seperti yang didakwa, AM rasa mereka tak ada peluangpun untuk merebut peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan.
Sebenarnya mereka cuma tak mahu bersyukur dan tak pernah mahu berfikir secara positif. Itulah ajaran Nik Aziz, iaitu bersyukur hanya kepada Allah dan tak perlu berterima kasih kepada kerajaan.
Sedangkan dalam islam, selain kita dituntut untuk bersyukur kepada Allah kita juga, dalam masa yang sama hendaklah berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan terlalu banyak peluang kepada rakyat, tanpa mengira fahaman politik mereka.
AM nak ambil satu contoh yang lain, juga tentang tapak berniaga. Bila ada pameran buku di PWTC, bangunan UMNO yang korang selalu kutuk tu, AM dapat lihat ada juga kedai orang PAS jual buku dan kitab. (Tak tahulah penyokong PAS ada datang melawat pameran tersebut atau tidak). Siap letak gambar Nik Aziz, dan pasang ceramah yang kutuk UMNO, kuat-kuat. Bermoralkah orang seperti itu? Pun begitu, UMNO bagi juga mereka berniaga.
Di Masjid India tu, rasanya semua orang tahu, ada dua tiga kedai yang menjual kitab dan keset, membuka VCD yang mengandungi ceramah yang mengutuk dan menghina kerajaan. Dan mereka terus disitu tanpa diganggu oleh orang UMNO.
Itulah petanda yang paling nyata tentang sikap terbuka orang UMNO. Itu baru intro. hehee
Berbalik kepada penyalah gunaan kuasa oleh penjawat awam dan individu yang mendapat tapak secara tidak sah, sebenarnya semua pihak perlu/wajib memainkan peranan. Jangan beli tapak yang dijual oleh orang tertentu, walaupun kita perlukan sangat tapak itu. Jika sekali sahaja mereka ketiadaan pembeli, maka percayalah tahun berikutnya mereka tidak akan lakukan lagi.
Akhir sekali AM nak bagi tips untuk memudahkan kita menyelesaikan segala masalah kita. Yang pertama, kita jangan sombong dan bongkak. Penjawat awam juga adalah manusia. Mereka ada perasaan. Jika kita datang kepada mereka dengan cara baik dan berhemah, terangkan apa masalah kita, InsyaAllah mereka akan tolong.
Tetapi kalau datang jumpa mereka macam samseng, nak tunjuk kita berani, nak tunjuk kita ada hak bersuara dan nak tunjuk kita garang maka kita tak akan dapat jalan penyelesaian yang kita kehendaki.
Bab bantu tu AM tak nak cerita kat sini, kerana tak ada buktipun untuk AM tunjukkan kepada anonymous apa yang AM telah bantu rakan-rakan PKR yang sukar untuk menembusi pintu pejabat kerajaan. Sebenarnya bukan pintu itu yang sukar ditembusi, tetapi sikap kita yang ego, bongkak dan hidung tinggi telah menjadikan kita malu untuk berjumpa orang kerajaan dan menceritakan masalah yang kita hadapi.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Diharabkan penjelasan Budak DBKL itu akan memuaskah sebahagian dari ketidakpuas hatian nora dan rakan-rakan.
Post a Comment