Monday, September 14, 2009

Bagi yang nak tahu

Salam – maaf lama tak update, sibuk berniaga – tapi sempat tengok-tengok blog kalau ada isu-isu hangat. Membaca komen-komen memerlukan sedikit penerangan agar mereka tahu apa yang berlaku khususnya dalam industri perniagaan berbentuk bazar dan kanopi.

Kita perlu tengok antara peniaga yang bersungguh-sungguh nak berniaga dengan mereka yang hanya nak tapak untuk dijual. Ini berbeza – kerana yang mahu tapak untuk berniaga pasti sudah lama berniaga dan menjadi kehidupan rutin mereka untuk berniaga. Yang nak tapak untuk dijual itu adalah mereka yang tidak beratur untuk cabut undi – tiba dapat lokasi tapak yang strategik untuk dijual. Perlu ingat lokasi strategik tapak menentukan harga. Tengok yang dapat tempat baik-baik – nombor tapak itu kadang-kadang tidak wujud sewaktu cabutan – tiba-tiba wujud. Jangan dinafikan bahawa rasuah wujud dalam pemberian tapak. Ini asas yang ada dan sebarang sungutan – laporan – setakat ini tidak pernah dilayan.

Perlu ingat - Nora dan kawan-kawan peniaga di Masjid India pernah adalah antara mereka yang awal menuntut kawasan itu dijadikan bazar peniaga buat orang Melayu – sama seperti di Petaling Street. Dalam memperjuangkan itu Nora di tahan – dan itulah antara rekod awal perjuangan Nora kat sana. Nora tahu siapa yang mendapat dan menjual. Senarai mereka yang dapat dan menjual telah diberi lama pada DBKL dan janji DBKL untuk mengambil tindakan hanya janji kosong.

Akibat lantang jugalah Nora tong Nora di sepak kehulu ke hilir – akhirnya “landing” belakang “toilet” yang menyebabkan peniagaan merosot teruk sehingga terpaksa untuk masuk bekerja – dan berniaga sekali gus. Kenapa jadi macam itu – kerana ada suara-suara keparat – peniaga besar yang baik dengan DBKL yang membantah kehadiran kami lantas – laluan peniaga di kecilkan dan mereka yang terletak di tengah laluan di campak merata-rata.

Sejarah peniaga bazar itu ada pada Nora – siapa yang menjual semua telah dilaporkan – banyak kali – sidang akhbar juga banyak kali – tapi apa nak di katakan – rasuah mengatasi segala-galanya. Kita tegur sistem yang ada – kita tegur untuk memperbaiki. Kalau kita asyik letak kesalahan kecil segelintir yang menjual – kerana terdesak akibat tekanan hidup maka dosa yang lain merebut tapak, dapat tapak atas tiket rasuah semata-mata nak menjual di tutupkan maka kita tidak adil dalam memberi komen.

Mengenai orang Indonesia – Nora nak komen – mereka datang tanpa mempedulikan kos-kos sosial yang perlu kita bayar. Mereka tidak ada kos lain dan sekiranya tidak ada kos lain – maka mereka boleh menurunkan harga jauh lebih rendah – ini belum lagi peranan pengedar yang terdiri dari Pakistan – Cina – yang mengupah mereka menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga yang di bekalkan kepada kita peniaga di sana. Kita belum bicara mengenai Maidin dan peranan mereka untuk menghancurkan peniaga kecil Masjid India. Isu yang di bawa untuk menutup bazar itu. Banyak komersial politik yang berlaku dan mereka seperti anak merdeka perlu lebih mendalami keadaan di sana dan tidak membicarakan isu ini secara superfisial sahaja - Nora dah belajar nak tulis macam mana – jangan main-main hihihi...

Tak leh tulis panjang-panjang Nora berniaga dari 11am kadang sampai lewat 3.00am – lari beli stok – cari barang dengan harga yang lebih murah untuk di jual – malang bukan kat tapak sendiri – ehmmmm ada yang dapat 3 tapak sekali gus – apa lu cite beb

6 comments:

Anonymous said...

Syabas kerana ketabahan. Soal rasuah tu, memang semnua dah tahu. menyampah nak cerita kerana seperti nora kata, rasuah mengatasi segala gala. macam dah nak nongkat langit nampaknya.

Teruskan perjuangan, kita jadi saksi kepada semua perkara mungkar mereka.

tammet86 said...

SETAHU SAYA YG MENINDAS DAN MEMBUNUH PERNIAGAAN ORANG MELAYU ADALAH MELAYU SENDIRI KERANA MAJORITI PENGUATKUASA ADALAH ORANG MELAYU YG MENGAKU ISLAM TAPI RASUAH JADI SANTAPAN . TIDAKKAH MEREKA2 INI YG LAHAP RASUAH TAK GATAL KERENGKONG BILA BERBUKA DAN BERSAHUR HASIL HIDANGAN PENDAPATAN HARAM INI ATAU MEMANG RASUAH NI DAH JADI MENU UTAMA.

mat lanai said...

semuanya berpunca daripada DUIT
kerana duit,segala yang halal,yang disuruh olehNYA ditolak semata2 kerana inginkan keuntungan melipat kali ganda tanpa pedulikan sistem yang ditetapkan oleh islam

Ajin b. Gagah said...

Salam perkenalan dan salam reformasi Nora,

Laman blog yang menarik. Walau pun penulisan agak 'simple' namun ia nya penuh dengan kisah realiti hidup seorang peniaga?, pejuang dan reformist tulin, dengan style yang tersendiri...Dahysat.

Namun, kata orang, kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan bermula sekarang bila lagi ?

Walau pun dalam kegelisahan, namun elemen provokasi yang digunakan ada lah menepati sasaran.

Semuga sukes dan banyak kan bersabar. Mana lah tahu disebalik cabaran ada lah kejayaan.
Selamat berpuasa.

Anonymous said...

setuju dan percaya dengan tulisan anda.Setuju realiti kehidupan yang ditempuhi anda dan orang seperti 'anak merdeka' memang tak tahu hukum hakikat.menyokong membuta tuli itulah kerja anak merdeka.yang benar di sorok bawah karpet..tak pernah nak berjuang pada situasi realiti..orang macam anak merdeka nilah yang lagi menghancurkan hayat UMNO/Kerajaan.

AnakMerdeka said...

AM tak tahulah bagaimana Anonymous boleh kata AM menyokong membuta tuli sedangkan dalam masa yang sama AM juga 'bantai' mana yang tak betul dalam kerajaan?

Isu pokok yang nora bicarakan ialah tentang wujudnya unsur rasuah di DBKL. AM bersetuju dengan itu, kerana AM ada bukti. Tak tahulah samada yang sokong nora itu, juga kerana ada bukti atau kerana korang adalah ahli PKR, so kena sokong disebabkan nora ahli PKR?.

Yang AM tak setuju ialah, kenapa ianya dikaitkan dengan UMNO?

Jika nak sebut pasal membantu penjaja kecil, selama ini hampir semua penjaja tak kira ahli PAS atau ahli UMNO, yang membantunya ialah orang-orang UMNO. Itu kenyataan. Sampai sekarangpun di Selangor, orang PKR nak mohon bantuan TEKUN dan MARA, masih cari orang UMNO untuk minta sokongan walaupun Selangor diperintah oleh PKR. Pergilah mintak tolong MB Selangor, tengok samada dia boleh tolong ke tidak.

Sejak dulu lagi yang membuka tapak-tapak pasar malam dan pasar tani ialah orang UMNO dan semua penjaja kecil termasuklah orang PAS boleh berniaga untuk mencari nafkah dan memberi makan anak-anak. Pernah ke ada di mana-mana yang penganjurannya dilakukan oleh orang PAS?

Satu sahaja yang mungkin (kalau jadi) akan dibuka oleh bukan orang UMNO, iaitu down town yang sedang diusahakan oleh skuad bogel tu. Nak tahu lanjut pasal skuad bogel tu, tanya nora. Dia lebih tahu dan berhak untuk cerita. Dan AM berani bertaruh, jika tapak down town itu nantinya jadi kenyataan, peniaga-peniaganya sudah tentu terdiri dari kalangan ahli PAS dan PKR.

Ok, mungkin dah lari topik sikit, tetapi kenyataannya yang AM ingin perkatakan ialah jangan mudah menuduh pihak lain atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Rasuah tetap ada. AM cabar kalau ada orang boleh beritahu rasuah tak berlaku di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor yang diperintah oleh PR.

Cubalah berfikir secara rasional. Adakah kalau di Selangor ada pegawai kerajaan yang rasuah maka kita akan kata PKR rasuah? Atau adakah kalau di Kedah ada rasuah maka kita akan kata PAS rasuah? Mengapa jika ada rasuah di DBKL ianya dilibatkan dengan UMNO?

Kebenaran apa yang anonymous maksudkan yang AM sorokkan di bawah carpet?


www.anak2merdeka.blogspot.com