Tuesday, February 16, 2010

Anwar Ibrahim pohon maaf


Blogger
Anwar Ibrahim mohon maaf - ehmmm nampaknya kritikan Nora sebelum ini ada kebenarannya. Ambil contoh komen Nora pada Feb 12,2010 yang Nora pastekan semula disini. Banyak lagi komen Nora mengenai reformasi dan Anwar Ibrahim. Ok hari ini Anwar Ibrahim pohon maaf kerana tidak menyiasat dan hanya memilih calon secara rambang untuk PRU 12 - tapi Nora tambah sikit - cek juga kepimpinan Cabang dan Ranting yang terdiri dari opurtunis yang mengaku hebat gak. Sekadar mengingatkan sahaja....


norazimah mohamad nor
said...

salam,
Anonymous 12:31am

Ada perkara-perkara yang Nora setuju dengan saudara dan teman-teman yang lain.

Anwar Ibrahim ada kesilapan-kesilapan beliau dalam melihat isu-isu mengenai perhubungan antara golongan reformis dengan kepimpinan.Nora teringat dalam satu program di club century pertemuan OKT dengan Anwar Ibrahim selepas beliau di bebaskan.

Dalam program tersebut Dinsman menyatakan dalam sajak nya "Bila Anwar di penjara kita terasa beliau amat dekat dengan kita tetapi bila beliau dibebaskan kita terasa beliau amat jauh dari kita"bagi Nora ini adalah kerana ada antara kepimpinan yang wujud setelah Anwar dibebaskan.Tidak kurang pula mereka yang tiba2 muncul menyarung jersi reformasi heboh mengatakan bahawa mereka adalah pejuang dari tahun 1998.

Nora tahu ada kepimpinan muda dalam parti yang pergi berceramah seolah-olah mereka pejuang hebat tahun 1998,sedangkan kalau dikira umurnya baru sekitar 14/15 tahun.

Pejuang bidan terjun ini sering mendabik dada mengatakan kehebatan mereka walaupun mereka tidak pernah muncul wakti itu.Nora sebenarnya ingin mengingatkan mereka bahawatidak salah kalau mereka dilantik menjadi pemimpin tetapi jangan mencipta DRAMA PERJUANGAN HEBAT yang tidak pernah mereka lalui.

Nora yakin,mereka dan teman-teman semua tahu siapa mereka tidak perlu Nora sebut.Cuma pesan Nora pada mereka khususnya Anwar Ibrahim jangan tertipu oleh KACA YANG MENGAKU INTAN.

salam

February 12, 2010 10:17 PM

SORRY - dah habis dah....

Makluman : Syukur pada ALLAH SWT buku kecil ini, telah habis terjual dalam masa yang singkat. Buku tulisan dan kompilasi CheBard dan Nora betul-betul hangat gak di pasaran. Setakat ini kami belum berhasrat untuk membuat cetakan kedua. Cetakan pertama sahaja telah ada pihak tertentu yang cuba merampas buku tersebut. - Klik web Chebard untuk details.

Ini menunjukkan ramai kalangan rakyat Malaysia mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes ini. Insyallah sekiranya ada peluang Nora akan menulis buku mengenai REFORMASI pula.

Sunday, February 7, 2010

Himpunan Reformis-Lanjutan cerita

Salam,

Ini lanjutan cerita tentang Himpunan Reformis semalam.sebenarnya rindu Nora pada teman2 Reformis 98 yang membuatkan Nora hadir untuk bertemu mereka semalam.Banyak pengalaman suka dan duka sepanjang perjuangan Reformasi bersama mereka yang kami lalui bersama2.Semua itu adalah satu kenangan dan pengalaman yang sangat berharga buat Nora.

kesedaran Nora dalam politik khususnya untuk memperjuangkan agenda rakyat banyak kami timba bersama2.Malam semalam Nora sempat bertemu mereka walaupun tidak semua yang hadir tetapi cukup untuk mengubat kerinduan Nora pada mereka.

Nostalgia perjuangan 1998 semalam turut mengingat kan Nora pada mereka2 yang telah pergi menyambut seruan illahi.Nora teringat kepada pejuang2 hebat reformasi seperti arwah Omar Tan,Pak Lang,Hajjah Ning,Azah dan ramai lagi.Maaf yang tak tersebut dek Nora nama2 mereka.

Nora rasa program semalam tidak menyeluruh tanpa kita kita memperingati jasa2 mereka.Ini tidak semestinya kita lupakan.Hari ini kita perlu membangkitkan semangat perjuangan reformasi.Nora rindu 1998-jauh beza demo,kekuatan dan keberanian jika hendak di bandingkan dengan demo sekarang ini.

Apa yang lebih membuatkan Nora rasa terkejut bila membaca dan mendengar ucapan dari mulut2 mereka yang munafik...kononnya saya berada dan berdemo dari 1998,walhal muka pun tak pernah nampak,umur pun baru 14tahun waktu itu tapi dah pandai berkata2 tentang - demo dan pandai pula memberi pendapat dan nasihat!

Perjuangan itu perlu ikhlas,kita tak perlu menipu orang,tak perlu manipulasi-jujur pada diri,jujur pada perjuangan maka pasti rakyat yang untung.Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat.

Last sekali-REFORMASI

SALAM

Pejabat Keadilan - Himpunan Reformis 1998





Salam,

Nora hadir pada Himpunan Reformis 1998. Ada beberapa kawan lama yang Nora jumpa-semangat masih kental-itu mungkin sifat refomis - perjuangan membela Keadilan. Nanti Nora story lagi yek...dah masuk pagi dah ini - esok kerja....

Friday, February 5, 2010

Sekitar masjid KL



Keadaan amat berbeza sewaktu demo dahulu dan demo sekarang. Kenapa ya...mana pergi mereka yang hari ini sedang memegang jawatan dalam PKR - mahupun dalam Pakatan Rakyat - yang mungkin sebelum ini tak pernah kenal erti reformasi - tidak pernah tahu erti perjuangan - tapi Nora tetap dengan prinsip - selagi Nora lihat perkara-perkara yang tidak menunjukkan keadilan - tidak memartabatkan rakyat - Nora turun untuk membantah....

Thursday, February 4, 2010

Buku Chegu Bard - kompilasi kes Altantuya


Nora dan Chegu Bard di mahkamah tadi - kes Anwar hari ke 2

Nora beberapa minggu lalu sibuk dalam membuat kompilasi isu kes Altantuya untuk dijadikan buku bagi mengeluarkan isu ini dari siber ke dunia nyata. Alhamdulilah Che Bard telah menyiapkan tulisan ringkas beliau dan buku ini telah siap di cetak. Nak ..sms Nora ye...sebarkan bagi rakyat marhean bukan dalam Internet pun tahu mengenai kecurangan sistem kita...baca ye..

SATU LAGI PESANAN : HIMPUNAN BANTAH FITNAH ESOK 5HB FEB 2010 - 2 petang lepas solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan DUTA dan berarak ke mahkamah. Penyokong di wajibkan hadir

Wednesday, February 3, 2010

Fikir la sendiri - Saiful dayus ke apa?







Nora hadir hari ini ke mahkamah untuk bersama-sama rakan lain dalam kes perbicaraan liwat 2 Anwar Ibrahim. Seperti yang Tian Chua kata, ini bukan persoalan Anwar Ibrahim semata-mata, ini persoalan keadilan, ini persoalan arah tuju masa depan negara dan ini adalah penentu masa depan negara ini yang mana negara ini – sudah seakan di genggam oleh segelintir politikus yang berkuasa. Nora tidak mahu menyulitkan keadaan dengan kita bercerita perkara-perkara teknikal undang-undang. Nora Cuma terpanggil untuk bertanya, Saiful tu tak reti ke nak mempertahankan maruah diri. Kenapa Saiful tu tidak melawan. Kita tolaklah cite politik, kita sendiri tanya – adakah Saiful itu lembek dan tidak tahu mempertahankan dirinya sendiri. Penyokong Umno yang dalam blog mereka penuh dengan konon-kononnya membela Saiful, tanya sedikit diri sendiri- Saiful itu dayus ke?

Nora dengan sikap mudah hadir semalam – semata-mata atas nama keadilan dan bukan atas nama kepimpinan semata-mata. Nora masih kabur dan tidak mudah percaya apa lagi bila membaca keterangan Saiful yang menurut seperti lembu. Lembu pun tahu nak melawan tapi Saiful ...entahla....lu fikir la sendiri...