Wednesday, February 3, 2010

Fikir la sendiri - Saiful dayus ke apa?







Nora hadir hari ini ke mahkamah untuk bersama-sama rakan lain dalam kes perbicaraan liwat 2 Anwar Ibrahim. Seperti yang Tian Chua kata, ini bukan persoalan Anwar Ibrahim semata-mata, ini persoalan keadilan, ini persoalan arah tuju masa depan negara dan ini adalah penentu masa depan negara ini yang mana negara ini – sudah seakan di genggam oleh segelintir politikus yang berkuasa. Nora tidak mahu menyulitkan keadaan dengan kita bercerita perkara-perkara teknikal undang-undang. Nora Cuma terpanggil untuk bertanya, Saiful tu tak reti ke nak mempertahankan maruah diri. Kenapa Saiful tu tidak melawan. Kita tolaklah cite politik, kita sendiri tanya – adakah Saiful itu lembek dan tidak tahu mempertahankan dirinya sendiri. Penyokong Umno yang dalam blog mereka penuh dengan konon-kononnya membela Saiful, tanya sedikit diri sendiri- Saiful itu dayus ke?

Nora dengan sikap mudah hadir semalam – semata-mata atas nama keadilan dan bukan atas nama kepimpinan semata-mata. Nora masih kabur dan tidak mudah percaya apa lagi bila membaca keterangan Saiful yang menurut seperti lembu. Lembu pun tahu nak melawan tapi Saiful ...entahla....lu fikir la sendiri...


19 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan Nora.. ada hadis menerangkan.. orang dayus tak akan masuk syurga...

del smile said...

bila baca secara tersirat posting nora nih ianya membawa makna sodomi ada berlaku. macam gitu ke, nora?

Hang Sebat said...

Samada Saiful dayus ke tidak, itu Allah tentukan di akhirat. Bukan kita manusia yang menentukan. Yang penting perbuatan terkeji itu berlaku. Anwar sebagai orang Islam tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut. Tujuan perbicaraan ialah mencari kebenaran. Mengelak dari perbicaraan bererti ada perkara yang hendak disembunyikan. Berani kerana benar takut kerana salah. Dalam perbicaraan kita akan tahu siapa sebenarnya yang menipu? Anwar atau Saiful? Yang benar TETAP benar, tidak kira pemimpin atau rakyat biasa.

Unknown said...

Belum tentu Anwar melakukan perkara tersebut..

Kami berdoa Allah melindungi orang yang tidak bersalah dan melaknati orang yang bersalah... itu saja harapan kami. Moga Allah tunjukkan hukuman ini di dunia lagi.. amin..

Moga perbicaraan berlaku secara adil dan saksama atau menjadi bahan jenaka..

Anonymous said...

HAI CIK NORA, DENGAN MEMBUAT LAPORAN POLIS SAJA SUDAH CUKUP UNTUK MENJATUHKAN MARUAH SAIFUL DAN SELURUH KELUARGA SAIFUL.

TETAPI DEMI NEGARA YANG TERCINTA INI SAIFUL TERPANGGIL UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA INI DARI DI-PERINTAH OLEH SEORANG BANDUAN, SEORANG PELIWAT YANG DI-BEBASKAN ON TECHINACL GOUND TETAPI PARA HAKIM MENDAPATI ADA BUKTI YANG KUKUH YANG MELIBATKAN ANWAR IBRAHIM TERLIBAT DALAM SALAH LAKU SEKS LUAR TABI'I DARI MENJADI PM MALAYSIA.

MASIH INGAT LAGI KE CIK NORA ?

TERUSKAN PERJUANGAN MU SAIFUL DEMI MENYELAMATKAN MALAYSIA DARI DI-PIMPIN OLEH BANDUAN DAN SEORANG PELIWAT YANG DI-BEBASKAN ON TECHINACL GROUND TETAPI PARA HAKIM MENDAPATI ADA BUKTI YANG KUKUH YANG MELIBATKAN ANWAR IBRAHIM TERLIBAT DALAM SALAH LAKU SEKS LUAR TABI'I.

SELAMAT BERJUANG SAIFUL DAN SABAR LAH MENGHADAPAI SEGALA CABARAN DAN DUGAAN.

bisu said...

Cik Nora,

Lu fikir la sendiri... dengar keterangan saiful dan letak diri dalam kasut Saiful...

antara budak mentah dengan politician berpengaruh dan pandai memainkan kata-kata dan pandai influence orang...

lu fikir la jugak okay..

norazimah mohamad nor said...

Nora apabila mendengar keterangan Saiful, Nora persoalkan tuduhan Saiful. Dengan mempersoalkan kedayusan Saiful, Nora tidak boleh terima tuduhan Saiful dan tuduhan Saiful serta mainan politik menyebabkan Nora hadir kerana ini bukan isu Anwar sahaja di liwat, ini isu sistem keadilan, badan kehakiman dan undang-undang negara di belasah dan di liwat.

Anyway - kalau ikuti perkembangan Nora - Nora handir pada hampir semua demo yang melibatkan isu rakyat - termasuk isu Anwar Ibrahim di fitnah tetapi jarang hadir ke jamuan makan-makan dan keramaian Anwar.

Untuk Hang Sebat, kenyataan tuan - Anwar sebagai orang Islam tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut - adakah tuan juga terbabit dalam memfitnah - menjatuhkan hukum Anwar terlibat?

Satu lagi yang perlu kita faham - kenyataan Saiful meragukan!

Anonymous said...

oiiii sori la cik bisu, kalau hanpa nak letak diri dalam kasut saiful silakan, kalau aku, bila maruah aku nak kena cabul aku lawan, aku tentang, aku serang. Aku rasa ko baik bisukan diri dari buat tuduhan tak menentu.

Anonymous said...

...rupanya masih ramai yg begitu yakin dan percaya dengan Mahkamah Kanggaroo ciptaan manusia. Sudah terbukti bnyk kes dimanipulasi dan tak sabit sedangkan ia benar2 berlaku. Di manakah Mahkamah Syariah kenapa orang Islam tak percaya mahkamah Islam? Marilah kita elakan diri dari terbabit dlm kezaliman mahkamah samada sebagai penyokong atau sekadar penyimpati..kalau kita redha dengan kezaliman (pertuduhan yg tidak berasaskan syariat Allah)maka kita tergolong di dalamnya. Hanya hukum Hudud(Zina, liwat dsbg)dan Qazaf mampu tangani isu yg memalukan sistem perundangan negara ini.

Anonymous said...

cerita seram karangan datuk nazak al-pantati tantuya dan dibantu oleh big kak mah al-shopingi dubaii..... kah kah kah kah....

Anonymous said...

Buat hang sebat yang tak berapa nak cerdik (kira bangang la tu)...gua nak tanya lu, mula2 dulu Najib Altantuya kata dia tak kenal si saifooliwati ni..bukan setakat tu jer, siap bersumpah laknat di masjid lagi, mati2 dia kata tak kenal si lembik tu...tapi bila gambar di keluar kat internet, siap posing mesra lagi, terus tukar statement kata kenal pulak....yang ni pun lu tak boleh pikir ke apa motif kedua2 malaon ni?? Gua pun tak paham jugak, mcm mana la lu boleh percaya skrip kartun ni...errr..lu sekolah kat mana dulu beb??

Era1947 said...

dlm umor lingkaran 60an, korang ingat senang ke nak dapat natural erection! inikan lagi nak terjah masok ke punggok jantan trang tang tang umor 20an. bak kata si nora "korang fikir2 la sendiri".

Anonymous said...

Hang Sebat.. pepandai bermain kata tetapi menuduh org lain tanpa bukti...

Jika benar saiful seorang wira.. kenapa apabila dipaksa oleh seorang tua yang sakit pinggan sampai 8-9 kali tetapi tidak pernah membuat aduan atas salah laku orang tua tu.. Ke saiful memang seorang jantan lembut yang hanya menurut kata?

Berbadan tegap dan tinggi takkan saiful tidak mampu berbuat apa2..

Anonymous said...

Saiful yang memang dikenali pro kerajaan dan anti Anwar Ibrahim di zaman kampusnya.. tetiba bekerja sebagai pembantu Anwar Ibrahim..

Sesuatu yg pelik dan mungkin disengajakan..

Unknown said...

:) dua2 meloyakan..
satu tak reti duk diam..
sorang plak tak reti nak jaga diri..

tapi tak semua orang dalam dunia ni bijak2 macam anda2 semua :) masih ada manusia yang tergamam atau terconfuse dalam membuat satu tindakan yang betul.

banyak je kes budak2 kecik, budak2 remaja (pompuan) yang kene rogol berkali2 oleh pakcik, atok, bapak. terbongkar pon selepas bertahun2 berkali2. tu pon bila dah cite kat cikgu, kat mak, kat sedara, kat kawan. iyer mmg tu kisah budak pompuan. tapi teorinya masih lebih kurang sama.. korang buang je pangkat2 yang ada dalam watak2 dalam kes nie.. sama je..

aku yakin ada je budak laki pon kene dan tak perlu la korang nak nafikan ia mmg berlaku, tapi sebab tanak dipanggil dayus, tanak didimalukan.. diam je dorang.

aku tunggu dan lihat sampai abes prosiding nieh.. dan aku akan nilai sendiri.

Anonymous said...

alaa Anwar masa senang bukan ingat reformis, bila susah cari reformis, yang reformis ni pun satu, muka tak tahu malu, terhegeh-hegeh bila anwar puji sikit, buat makan malam dah cair... hehe

castello said...

selalu nya orang kita ni terlalu taksub dengan khabar khabar angin,taksub dengan bab fitnah dan diolah olah sebagai benar benar berlaku.sebagaimana kes saifol ni,kronologi kes ni sangat jelas menghurai kepada motif kes,dari mula mula peristiwa hingga masuk mahkamah,boleh dikatakan dengan tepat kredebiliti saipol sangat mencurigakan,macam menolong pihak yang benar benar desperate,terutama untuk mengalih tumpuan serta maraih sokongan,Pada tahun 1998 dulu semasa kes liwat 1,pelbagai dakwaan palsu yang dapat patah oleh peguam pembela secara hujah dan teknikal undang undang,namun begitu tetap juga dsai besalah atas tuduhan tersebut,biar pun kes liwat satu dulu,dunia melihat pihak pendakwa seperti menongkah arus yang deras,namun dapat juga kemenangan ,begitulah adanya ...sekarang tahun 2010,cerita yang sama,skrip yang sama,pelakon yang lain sedang on the air.dunia keseluruhannya melihat badut badut ini beraksi,lantaklah aper seluroh dunia nak kata,KITA ADA FORMULA KITA SENDIRI,Dalam meriah ini,slogan MALAYSIA BOLEH tak dilupakan,LANTAKLER APA ORANG NAK MELUAT,MALAYSIA BOLEH,

AnakMerdeka said...

Kalau tak salah, pada minggu lalu ada kes seorang suami didera oleh isteri disiarkan di akhbar.

Ikut hukum logik, dayus sangatkah si suami yang tidak melawan atau sekurang-kurangnya melarikan diri dari diserang oleh isteri?. Mengapa dia membiarkan isterinya membelasah dia sehingga calar balar seluruh badan?

Jadi kesimpulannya, jangan membuat tafsiran melalui hukum logik kita semata-mata. Undang-undang tidak ditegakkan hanya menggunakan hukum logik.


www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

wtf????