Thursday, May 29, 2008
Kenyataan Nora
Ini kenyataan Nora. Untuk makluman semua, Nora tidak menyertai UMNO. Nora masih berdiri sebagai seorang pejuang yang mahu memastikan nasib rakyat marhaen terbela dan tidak di tindas oleh mana-mana kerajaan memerintah. Sungguh pun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada UMNO, itu sama sekali tidak benar. Sungguh pun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai UMNO. itu hak beliau. Ezam pasti mempunyai alasan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.
Monday, May 26, 2008
Ezam masuk UMNO, tak OK ke?
Hari ini, banyak desas desus yang mengatakan Ezam Mohd Nor – alamak macam adik-beradik plak dengan Nora Mohammad Nor akan menyertai UMNO. Banyak yang bising-bising dan banyak yang SMS Nora kerana isu ini. Hairan betul waktu Ezam dok diam tak de lak nak tanya khabar dia dan perjuangan dia. Tak plak nak bantu GERAK dengan program-program anti rasuah.
Senang bagi Nora, sekiranya Ezam beralih angin tetapi tetap dengan perjuangan membasmi rasuah maka dengan sendirinya Nora sokong. Perjuangan bagi Nora bukan sokongan pada parti atau individu. Macam ini lah kalau Ezam jadi menteri dan melakukan rasuah, kita tentang habis-habisan dan sekiranya Anwar Ibrahim dah jadi kerajaan negeri lupa pada perjuangan asal untuk menjadi telus dan rasuah maka kita juga tentang.
Hari ini ada ura-ura yang tak “best” turut berlaku dalam kerajaan Negeri Selangor dan Perak. Namun mungkin masih baru tetapi kalau cite-cite yang di ceritakan pada Nora betul dan ada kesahihannya maka kita yang bergelar reformis patut bangkit untuk mencari penyelesaian. Perjuangan adalah untuk rakyat. Kalau di runtuhkan rumah “peneroka kota” semacam mana Khir Toyo buat maka kita juga tentang Kerajaan Negeri yang ada.
Nora percaya itu hakikat kita yang di gelar reformis. Nora sendiri bukan di tahan dan menjadi OKT untuk reformasi Anwar Ibrahim tetapi sebelum itu adalah kerana melanggar DBKL yang masa itu, kini dan selamanya menghimpit nasib peniaga kecil sahaja.
Namun untuk tanya Ezam Mohd Nor masuk UMNO, Nora tak leh jawab. Tanya Ezam sendiri. Dia yang lebih mengetahui. Lagi pun Nora pun lama dah tak jumpa Ezam ini. Nora pun sibuk untuk cuba berniaga bagi mencari rezeki membesarkan anak-anak.
Banyak betul soalan yang perlu Nora jawab, satunya adalah kenapa Nora keluar PKR dan masuk PAS. Nanti ok. Baru balik, lelah tak habis lagi. Nanti malam-malam Nora “up date” lagi mengenai Ezam dan pegangan Nora sekiranya Ezam masuk UMNO.
Apa pun bagi Nora perjuangan itu adalah perjuangan untuk rakyat dan bukan individu. Sekiranya perjuangan itu adalah untuk membawa kebaikan bagi kita dan rakyat Malaysia umumnya maka di situ tumpah sokongan Nora...hihihi ada apa-apa lagi soalan?
Sunday, May 18, 2008
Tahniah Nazree
Tahniah Nazree,
Nora ingin mengucapkan tahniah kepada Nazree kerana dilantik menjadi Pengerusi Gerak menggantikan Ezam Mohd Nor. Ezam Mohd Nor ini adalah mentor Nora sewaktu zaman reformasi dan Nora juga adalah ahli Gerak. Nora dimaklumkan bahawa perlepasan jawatan adalah untuk memberi ruangan kepada anak muda untuk memimpin dan meneruskan perjuangan menyedarkan kita betapa perlunya kita membanteras rasuah. Moga Gerak akan terus berGERAK di bawah kepimpinan anak muda ini.
Hi,Hi,Hi... masa Nazree kahwin
Apa pun Nora ucapkan agar Nazree berjaya dalam usaha membawa arus perubahan di negara kita ini. Nora berharap seikhlasnya agar Nazree meneruskan perjuangan bagi membasmi korupsi. Mungkin Nazree boleh tengok-tengok sikit isu kat Masjid India - ada tak bau-bau rasuah DBKL. Kalau ada mungkin boleh tolong tentukan nasib peniaga kata situ . Sebelum itu kata nak belanja Nora, makan-makan – bila agak tu.
Thursday, May 15, 2008
Sukar nak selesaikan atau dah “settle”
Sebenarnya laporan telah banyak dibuat ke atas mereka. Nora dah pamerkan beberapa laporan mengenai mereka berdua tetapi masih macam itu juga. Kenapa susah sangat nak buat kerja. Kenapa berdalih?
Isu ini bukan isu baru, tetapi penyelesaiannya mungkin memakan 10 tahun lagi sekiranya penyelesaian korupsi tidak dapat dibendung. Kekadang kita sedih juga bila penguat kuasa lalu, maka orang Masjid India akan mula ada perasaan jijik pada penjawat beruniform ini. Malu imej DBKL tetapi kepimpinan atasan masih mendengar berita manis yang disogokkan kepada mereka mengenai pusat penjaja kecil seperti di Masjid India ini. Macam mana pun rasa untuk memberontak timbul. Dengan perlakuan mereka – si rambo dan pihak DBKL yang memejamkan sebelah mata atau buta terus maka peniaga kecil Masjid India kini hidup di bawah tahap kemiskinan yang ada.
Sebenarnya Persatuan kami telah menyenaraikan pola peniaga yang ada. Senarai lengkap disediakan mengenai – gerai yang disewakan, gerai yang aktiviti perniagaan dijalankan sendiri serta gerai mana yang telah dijual. Namun sehingga kini – no feedback yang Nora terima.
Kerana itu Nora cabar Datuk Bandar untuk call dan kita sama-sama turun untuk melihat situasi di sana. Datuk Bandar perlu juga tahu, operasi DBKL pada keselaluannya telah di ketahui oleh orang tertentu, ini amat memalukan dan ini akan membuat kita peniaga di situ membuat macam-macam andaian buruk terhadap DBKL. Nak salah siapa?
Entah bila – mungkin tulisan akan datang kita cite fasal virus rasuah kot yang melanda DBKL..
Aduhai DBKL
13 Mei 2008
Ada operasi DBKL sekitar jam 5.00 – 6.00 petang. Nampak betul-betul macam satu operasi untuk memberkas dan merampas barang-barang peniaga “rambo” atau mereka yang tidak mempunyai lesen. Rampasan juga dilakukan ke atas peniaga yang berlesen kerana meletakkan “stand” di kiri dan kanan gerai.
Penyelesaian sebenarnya mudah - antara nak atau tak nak aje
Seramai 15 peniaga yang sah ada lesen dan ada SSM dirampas barangan mereka tetapi paling malang rampasan barang dari “rambo” dipulangkan tetapi bagi mereka yang ada lesen maka proses perundangan biasa di kenakan.
Kenap macam tu! Ini bukan “double standard” – ini yang ada lesen macam “no-standard”. Mungkin lesen paling besar adalah lesen yang ada cap kepala agung kot...repot lah macam mana ini hakikatnya.
Nora dalam pada itu rasa sedih melihat nasib kita peniaga-peniaga jalanan yang sering di pelaku seperti rakyat kelas bawahan – lebih buruk dari pendatang tanpa izin – senang cakap lah....pendatang haram...
Wednesday, May 14, 2008
Silent protes
Gambar ini sebenarnya membawa beberapa kenangan sewaktu terbabit dengan pergerakan reformasi. Nora masih ingat lagi perjuangan itu, yang menuntut ramai kawan-kawan kita untuk berkorban bukan sahaja wang ringgit malah masa dan tenaga. Itu sebenarnya semangat perjuangan yang wujud sewaktu itu.
Hari ini, dalam keadaan apa pun kita perlu berani menyatakan pendapat. Kita perlu berani mengatakan yang benar. Kita perlu berani tegur sesiapa juga termasuk kepimpinan yang ada tidak kira dari apa parti sekali pun.
Jangan pula kerana kita menyokong sebuah parti itu maka kita akan hilang hak bersuara untuk mengkritik parti yang kita sokong. Bagi Nora – apabila nampak sesuatu yang tidak menyokong rakyat malah menindas rakyat maka kita perlu bangkit. Kita tegur untuk memastikan hak rakyat.
Jangan suara kita tertutup semata-mata parti yang kita sokong dah menang. Sekiranya mana-mana parti dan kepimpinan mula membelakangkan rakyat maka kita bertanggung jawab untuk bangkit dan menentang.
Tak gitu....
Nora
Sunday, May 11, 2008
Cabaran masih tidak berbalas
Nora sebenarnya bercuti untuk beberapa hari..omputih kata outstation, itu yang lambat sedikit update. Baru-baru ini Nora terbaca dalam Sinar bahawa DBKL dah buat "raid" atas pendatang asing pada hari Jumaat lepas (laporan Sinar pada 10hb Mei 2008). Katanya ramai yang tertangkap, tapi lagi-lagi DBKL cuba menipu. Sungguhpun Nora bercuti tapi rakan dari Masjid India bagi tahu, hari Sabtu itu fiesta orang asing berniaga masih macam itu, macam biasa aju. DBKL ini tangkap siapa huh?
Sebenarnya pihak berkuasa masih menutup mata mengenai apa yang berlaku. Mereka tahu tapi buat-buat tak tahu. Mereka tidak layan kami yang berniaga kecil-kecilan ini. Nanti Nora balik - Insyallah Isnin ini Nora "scan " laporan dan gambar yang menunjukkan betapa meriahnya peniaga warga asing di Masjid India dan yang lebih dahsyat lagi, sedang mereka berniaga, penguatkuasa lalu lalang sebelah mereka. Itu lah senario yang ada. Datuk Bandar hanya tahu duduk diam saja, entah turut terlibat dalam skandal. Hairan betul, benda macam ini simple pun tak leh nak settle lepas itu harap rakyat KL nak undi mereka. Dah lah, kalau betul nak KL semula BN perlu bersihkan DBKL - punca ramai orang KL khususnya peniaga kecil tolak BN Kita jumpa lagi Isnin ini...k....
Thursday, May 8, 2008
DEDIKASI KHAS BUAT DATUK BANDAR K.L
7hb mei 2008
Makan malam di warung Pak Teh, Taman Melawati....sedang rancak berborak tiba-tiba terdengar dan terpandang siaran berita mengenai pendatang asing yang semakin mendominasi perniagaan khususnya, di Jalan Masjid India (di sinilah tempat Nora berniaga dan mencari rezeki). Kemudian,saya terdengar komen dari Datuk Bandar iaitu Abdul Hakim Borhan yang menceritakan, bahawa kononnya banyak tindakan yang telah di ambil. Bagi saya, itu semua hanya satu pembohongan belaka!
`RAMBO'
“RAMBO” adalah istilah Pendatang Asing tanpa lesen yang bebas berniaga di mana-mana tempat yang mereka suka dan yang paling menghairankan,mereka bebas berniaga tanpa ada perasaan takut dan segan. Malah yang paling menyedihkan `rambo-rambo' ini didalangi oleh warganegara Malaysia yang di kenali sebagai MAN BERONG dan WAN BERONG, dua adik-beradik yang berkongsi kerjaya yang sama.
Hampir setiap bulan kami melaporkan pada pihak DBKL, laporan kami dilayan dan tindakkan di ambil dengan serta-merta TETAPI tindakkan yang di ambil tidak seperti yang di harapkan kerana akhirnya kami yang berlesen menjadi mangsa kemarahan pihak DBKL (boleh di katakan OPERASI BALAS DENDAM PIHAK DBKL WUJUD TERHADAP KAMI PULA).
Lebih mengejutkan lagi, RAMBO-RAMBO ni tahu lebih awal jadual atau operasi yang akan di lakukan oleh pihak DBKL pada premis-premis di Masjid India dan peniaga-peniaga RAMBO INI BEBAS BERNIAGA WALAUPUN PIHAK DBKL sering melakukan rondaan dan mereka seperti tidak rasa bersalah.
"Sikap kurang ajar dan tidak sedar diri warga asing ini berpunca dari beberapa sebab;
Pihak DBKL tidak serius menangani masalah ini, atau terbabit dalam skandal menerima wang sogokkan dari peniaga-peniaga warga asing ini.
Kebajikan rakyat tempatan khususnya peniaga bazar moden Masjid India tidak dihiraukan dan ini seolah-olah meletakkan kami lebih buruk dari warga asing.
Kita melihat sikap diskriminasi DBKL, sekiranya kita bertindak melaporkan isu-isu ini maka kita pula akan menjadi mangsa mereka.
Puluhan aduan telah kami buat bermula dari tahun 2002 tetapi sehingga hari ini masalah rambo, masalah peniaga asing, masalah warga tempatan yang menyewakan tapak kepada warga asing ( yang telah kami laporkan dengan terperinci) dan kebajikan peniaga sahih yang berlesen tidak dihiraukan oleh mereka.
Lihat gambar ini –
Man Berong dan adiknya - kaki pau ( 3 line) bagi, ambil dan kebas
Ini baru separuh dari peniaga "rambo" , lagi happening Jumaat, Sabtu dan Ahad-macam little Indon
Saya hairan kenapa perkara ini tidak pernah selesai walaupun pelbagai aduan telah di lakukan". Malah mereka semakin berani mencabar kami,peniaga-peniaga di situ.
Tengok satu lagi kenyataan ini: Nenek tua pun mereka bagi amaran :
Patut warga emas di hargai bukan kasi-kasi warning ( action pada orang tua) berani meh la
Saya telah meniaga di Masjid India pada tahun 1998 sehingga ke hari ini. Banyak juga laporan yang kami telah buat,tidak kira pada pihak DBLK,POLIS dan juga PIHAK MEDIA. Tapi, isu sekecil ini masih tidak dapat di selesaikan. Semalam dalam berita TV3, datuk Bandar memberi kenyataan untuk ambil tindakan. Tapi bagi saya itu hanya satu sandiwara semasa, kerana masalah ini tidak akan selesai selagi penguat kuasa DBKL masih menutup atau kemungkinan gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Ni pesan Nora pada Datuk Bandar Kuala Lumpur:
Jangan cakap sahaja, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Turun dan jangan duduk diam atas kerusi empok itu. Hari ini pegawai-pegawai DBKL mata macam buta, telinga macam pekak.....ehmmm perut sudah kenyang.
Nora cabar Datuk Bandar – hubungi Nora kalau ada berani untuk tengok apa sebenarnya permainan orang bawahan yang membuat rakyat benci kepada DEWAN BANDAR RAYA Kuala Lumpur. Hello Datuk Bandar - Kami rakyat Malaysia, kami bayar cukai , kami ada lesen - ada SSM lagi dan gaji korang pun rakyat bayar. Tolonglah jangan buat bodoh, u tau apa berlaku kat Masjid India, turun dan kita sama-sama tengok. Nora cabar Datuk dan Nenek Bandar, jom turun padang - call - nombor ada kat atas sana
Tuesday, May 6, 2008
Sekitar sambutan Hari Pekerja
Kita patut tentukan untuk kita, kita pekerja kita mesti tuntut apa yang sepatutnya hak kita dan yang terbaik untuk kita. Gaji minimum ini mampu memberi keadilan pada pekerja. Sekarang kena kita bersaing dengan mat Bangla dan India. Hari itu Nora pergi Imbi Plaza Nora nampak tukang-tukang repair komputer banyak dari India. Mereka sanggup bekerja dengan gaji rendah kerana mereka tidak ada tanggung jawab lain. Kita banyak yang perlu di bayar. Contoh “Hari Kantin” banyak juga kita kena keluar wang untuk menjayakan program sekolah itu – mamat bangla dan India tak perlu bayar dan tak perlu sumbangan. Boleh lah mereka “offer” gaji murah.
Apa pun kita perlu fikirkan mengenai nasib kita sebagai pekerja. Apa pun Nora kena ucapkan Selamat Hari Pekerja , mungkin tidak terlambat...
Monday, May 5, 2008
Tien Chua masuk “paper”
Yb Tien dulu panggil Tien aje kali ini masuk “paper” dan kali ini duduk bukan lagi diheret dan di gari. Nora tersenyum lihat kawan-kawan sekarang ini dah jadi ahli parlimen ( kalau masih mahu kawan dengan Nora la) dan dalam keratan Sinar itu Tien memberi nasihat bahawa perjuangan aktivis perlu ikut landasan. Betullah tu, cuma kadang-kadang landasan mana yang betul terpulang kepada kita untuk membuat keputusan.
Aktivis reformasi Tien ini memang bukan senang nak di gugat keberaniannya. Beberapa kali di tangkap dan sekali sekala bertemu dengan Nora dalam prosiding mahkamah yang mana kita ditangkap. Tak salah dalam tahun ini akan bertemulah Nora dengan Tien pada beberapa kes tangkapan hasil dari memperjuangkan hak dan keadilan.
Tien kata, kita tidak boleh langgar prinsip kemanusiaan dalam kita berjuang atas prinsip keadilan. Besar perkataan itu, susuh sikit nak komen perkara itu tetapi untuk orang macam Nora, benda itu kita mudahkan. Kalau kita lihat orang tertekan, susah dan melarat akibat polisi kerajaan dan akibat yang berkuasa sedap makan rasuah maka kita patut bangkit dan lawan mereka ini. Tempat berniaga Nora di Masjid India sehingga ke hari ini kami lawan pendatang asing yang bermaharajalela berniaga tanpa lesen dan meragut tempat-tempat strategik perniagaan. Banyak usaha telah dibuat, laporkan kepada DBKL, kepada polis dan YB untuk tujuan pembelaan tetapi satu pun tak kena-mungkin rasuah mengatasi segala-galanya.
Mungkin kot, satu demonstrasi besar kita adakan di Masjid India untuk menyelesaikan perkara-perkara ini. Mungkin kot, Nora boleh ajak Tien untuk tengok-tengok, diskusi dengan YB lain dan bawa ke parlimen. Tapi mungkin perkara itu kecil untuk YB dan Tien bawa ke parlimen atau mungkin Tien tak leh bawa benda ini kerana nanti di kira isu kroni lak. Payah betul kan bila dah jadi YB ini. Namun mungkin kecil untuk YB tetapi saban hari rezeki anak-beranak peniaga di situ sering dikaut oleh pendatang asing. Kita macam rakyat Bangla pula jadinya.
Anyway, reformis juga rakyat Tien. Reformis juga kawan-kawan yang sama-sama berjuang. Reformis juga penyumbang kepada Tien dan YB lain dalam Pakatan Rakyat berada di tempat yang mereka ada sekarang.
Sekali skala nak juga dengar telefon berbunyi dan kami akan jadi teruja – Tien call, Tien call – lantas membawa ke mimpi.
Tien – selamat bersidang di Parlimen apa pun saya tabik dan hormat Tien sewaktu sama-sama dalam gerakan reformasi.
Friday, May 2, 2008
Pengalaman Refomis - Jom Share
Berhati-hati apabila parti politik menjadi batu penghalang untuk sama-sama duduk semeja, bekerjasama, bergotong royong untuk membangunkan negara.Berhati-hati apabila pakaian kita -kemana jua kita pergi - memakai baju politik.Politiklah yang menyebabkan kita menggadaikan tanah dan air.Salam hormat dari saya.
Komen dari pelayar blog
Komen dari abg Afandy
Terima kasih atas balasan e-mail. Petang ni baru sempat jawab pasal tadi sibuk dengan operation meeting. Teruskanlah perjuangan dan bijaklah memilih teman dalam berkongsi rahsia strategi dalam melakukan Reformasi.
Ada kawan yang kita anggap searah dan sehaluan kita namun sebenarnya lebih menjurus pada niat untuk mengambil pengetahuan saat bila reformis akan bergerak dan siapa yang merancang segala.Yang kita percaya kadang kala ianya adalah bala buat kita.
Tapi tidak semua namun ianya ada. Cuma itu pesan Abg Fendy pada Nora atas pengalaman lalu. Nora juga cukup luas pengalaman dalam soal ini dan bijaklah menilai teman agar perjuangan tidak dipergunakan.Nora,Abg Fendy sedikitpun tak terniat untuk menagih simpati atau menjadikan pengalaman mengabdi diri kepada Keadilan selama 7 tahun sebagai satu kisah sedih.
Ianya adalah pengalaman yang terlalu besar ertinya dan memberikan Abg Fendy mengenali dengan ramai saudara dan pejuang pejuang tulen yang tidak mengharapkan ganjaran atas sebuah perjuangan. Tetapi dalam kalangan pimpinan yang ada dan pimpinan pelapis ataupun yang lama terlalu sukar untuk dinilai kejujurannya dalam melaksanakan amanah rakyat dan ahli.
Ramai yang petah berpidato dan bijak dalam mengatur bicara namun segala itu terselit dusta dan penuh kepura puraan yang terlalu jijik dan kotor.Yang ada cuma perebutan jawatan dan kuasa malah mengetepikan prinsip sebenar perjuangan reformasi.2008 melakarkan sejarah bilamana PKR menang dan menjadi Pemerintah dalam beberapa negeri dan kini pemimpin pemimpin MUNAFIK mula bangun dan memanjat tangga pejabat Ketua dan Timbalan Ketua Menteri malah melalui Ketua Perhubungan memohon dilantik dalam jawatan jawatan dalam negeri.
Sungguh memalukan ini berlaku dalam era PKR kini. Yang ada cuma mengharapkan HABUAN untuk dijamah dan dibolot untuk memenuhi tembolok sendiri. Tiada bezanya kini PKR dengan UMNO waktu hadirnya PEJUANG REFORMASI menuntut rakyat bangun menentang.Inilah hakikat PKR dan pemimpin yang dulunya menolak KRONISME namun kini mereka sendiri mengamalkan sikap yang sama.
Malah lebih dasyat hinggakan orang yang sanggup bersusah payah tanpa ada pendapatan yang tetap langsung tidak dipedulikan malah yang sudah punya pendapatan yang cukup lumayan masih memanjat tangga untuk menagih jawatan dalam kerajaan Negeri.Inilah budaya PKR yang semakin menutup pintu hati Abg Fendy dan sukar untuk diterjemahkan Perjuangan sebenar PKR kini dan apakah halatuju dan berlandaskan apa lagi perjuangan ini hendak diteruskan.
Sama saja kata kata Anwar Ibrahim untuk UMNO dan BN dan kata kata ini juga SESUAI untuk PKR. YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN TERUS PAPA KEDANA.Abg Fendy tabik pada para para Reformis yang ikhlas dalam perjuangan dan semoga Allah permudahkan segala usaha Reformis dan diberkati segala usaha.
Salam Hormat.