Tuesday, May 6, 2008

Sekitar sambutan Hari Pekerja

Bersama rakan di Hari Pekerja

Sorry, lambat posting mengenai Hari Pekerja. Kita pun pekerja dan ramai antara kita juga pekerja. Teruk kekadang membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezeki. Bekerja dan berniaga. Bila MTUC minta gaji minima, hairan pekerja yang berpuluh juta diam aje. Ini hak mereka dan mereka patut sama-sama menentukan. Kita patut peka kepada keadaan dengan harga barang melambung naik dan peluang pekerjaan semakin kurang.
Kita patut tentukan untuk kita, kita pekerja kita mesti tuntut apa yang sepatutnya hak kita dan yang terbaik untuk kita. Gaji minimum ini mampu memberi keadilan pada pekerja. Sekarang kena kita bersaing dengan mat Bangla dan India. Hari itu Nora pergi Imbi Plaza Nora nampak tukang-tukang repair komputer banyak dari India. Mereka sanggup bekerja dengan gaji rendah kerana mereka tidak ada tanggung jawab lain. Kita banyak yang perlu di bayar. Contoh “Hari Kantin” banyak juga kita kena keluar wang untuk menjayakan program sekolah itu – mamat bangla dan India tak perlu bayar dan tak perlu sumbangan. Boleh lah mereka “offer” gaji murah.

Apa pun kita perlu fikirkan mengenai nasib kita sebagai pekerja. Apa pun Nora kena ucapkan Selamat Hari Pekerja , mungkin tidak terlambat...

2 comments:

AnakMudaParlimenBatu said...

Selamat Hari Pekerja Puan ...

Kerajaan semakin berlagak...buat pekerja tidak penting walhal pekerjalah yang antara penyumbang kenaikan ekonomi negara....nak minta gaji minimun tidak boleh ... berlagak...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

norazimah mohamad nor said...

Salam perjuangan buat anakmudaparlimenbatu,

Terima kasih di atas kesudian saudara yang rajin dan selalu menjenguk blog nora.

Sama-sama lah kita mengembelingkan tenaga untuk memperjuangkan gaji minima.Kita berusaha bersama-sama agar mereka yang tidak faham tentang perjuangan pekerja dapat memahaminya dengan lebih jelas.

Semua kita adalah pekerja dan hak kita,perlu kita pertahankan.

SELAMAT HARI PEKERJA
nora mohamad nor