Wednesday, May 14, 2008

Silent protes

Terselongkar pula gambar nostalgia perhimpunan “silent protes” pada 28hb Feb 2000 di Mahkamah Jalan Raja bersama rakan-rakan reformis. “Silent Protes” ini melambangkan betapa suara kita di sekat dan dihalang dalam kita cuba untuk menyuarakan ketidakadilan dan masalah rakyat tertindas. Apa yang Nora nak sampaikan hari ini ialah kita perlu berani menyuarakan hak kita dan jangan biarkan diri kita ditindas dalam apa juga situasi.

Gambar ini sebenarnya membawa beberapa kenangan sewaktu terbabit dengan pergerakan reformasi. Nora masih ingat lagi perjuangan itu, yang menuntut ramai kawan-kawan kita untuk berkorban bukan sahaja wang ringgit malah masa dan tenaga. Itu sebenarnya semangat perjuangan yang wujud sewaktu itu.

Hari ini, dalam keadaan apa pun kita perlu berani menyatakan pendapat. Kita perlu berani mengatakan yang benar. Kita perlu berani tegur sesiapa juga termasuk kepimpinan yang ada tidak kira dari apa parti sekali pun.

Jangan pula kerana kita menyokong sebuah parti itu maka kita akan hilang hak bersuara untuk mengkritik parti yang kita sokong. Bagi Nora – apabila nampak sesuatu yang tidak menyokong rakyat malah menindas rakyat maka kita perlu bangkit. Kita tegur untuk memastikan hak rakyat.

Jangan suara kita tertutup semata-mata parti yang kita sokong dah menang. Sekiranya mana-mana parti dan kepimpinan mula membelakangkan rakyat maka kita bertanggung jawab untuk bangkit dan menentang.

Tak gitu....

Nora

5 comments:

Anonymous said...

ada yang pastekan url ini dalam komennya, selepas aku baca, aku dapati sangatlah nostaliaaaaa adanya.

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

AnakMudaParlimenBatu said...

Mengapa saya begitu lambat untuk menyertai perjuangan ini, inilah masalahnya bapa saya seorang penyokong tekar UMNO, anak sendiri pun disekat untuk menyokong parti lawan UMNO tetapi kini ku sudah bebas untuk bersama-sama berjuang dalam apa jua ketidakadilan terhadap agama Islam dan rakyat Malaysia. Semoga hati kita sentiasa ikhlas dalam perjuangan ini, semoga kita tidak terbabas dari landasan dan prinsip perjuangan.....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis... ada artikel baru aku tulis ....

norazimah mohamad nor said...

Salam reformasi buat Abang jamil dan Anakmudaparlimenbatu,

Abang Jamil,seingat nr kita pnh bersama dalam demontrasi jalanan.Selepas itu Abang hilang kerana terlalu kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang tidak tahu dan tidak pernah menghargai reformis.

Tidak mengapa,sekurang-kurangnya kita berani dan lebih berani lagi dari pemimpin yang tidak pernah turun ke jalan raya dan kalau turun pun kerana terpaksa untuk bodek atau tunjuk muka kt Anwar,kononnya dia adalah hero malaya.Pirahhhh....

norazimah mohamad nor said...

Anakmudaparlimenbatu,
Syabas..

Anda berani memperjuangkan dan menyuarakan hak anda walaupun anda di tekan.

Semoga perjuangan saudara di berkati dan di rahmati allah swt.Amin...

Salam

anwar dot com said...

apa kata bakal PM Malaysia...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/