Sunday, May 18, 2008

Tahniah Nazree


Tahniah Nazree,

Nora ingin mengucapkan tahniah kepada Nazree kerana dilantik menjadi Pengerusi Gerak menggantikan Ezam Mohd Nor. Ezam Mohd Nor ini adalah mentor Nora sewaktu zaman reformasi dan Nora juga adalah ahli Gerak. Nora dimaklumkan bahawa perlepasan jawatan adalah untuk memberi ruangan kepada anak muda untuk memimpin dan meneruskan perjuangan menyedarkan kita betapa perlunya kita membanteras rasuah. Moga Gerak akan terus berGERAK di bawah kepimpinan anak muda ini.


Hi,Hi,Hi... masa Nazree kahwin

Apa pun Nora ucapkan agar Nazree berjaya dalam usaha membawa arus perubahan di negara kita ini. Nora berharap seikhlasnya agar Nazree meneruskan perjuangan bagi membasmi korupsi. Mungkin Nazree boleh tengok-tengok sikit isu kat Masjid India - ada tak bau-bau rasuah DBKL. Kalau ada mungkin boleh tolong tentukan nasib peniaga kata situ . Sebelum itu kata nak belanja Nora, makan-makan – bila agak tu.

4 comments:

AnakMudaParlimenBatu said...

Puan..sudah lama saya persoalan ini bermain di dalam otak saya?

Mengapa ezam keluar dari PKR sedangkan ezam antara tokoh yang paling berjaya?

Mengapa Puan keluar PKR dan masuk ke Pas?

Saya faham Pas atau PKR adalah sama sahaja kerana kita dari Pakatan Rakyat tetapi cuma saya keliru saya pun ahli PKR.

Cuma nak tahu hal sebenar ...

Anonymous said...

Betul tu nora, kenapa nora keluar PKR dan menyertai PAS. Nora adalah reformis paling lantang dan saya difahamkan nora telah lebih 10 kali di tangkap.

Kenapa nora, apa puncanya. Saya nak tahu juga. Kenapa ikut ezam sedang ezam kini mengutuk anwar ibrahim, nama besar dalam reformasi. Kenapa ezam bertindak mengkritik PKR sekarang ini.

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam

Terima kasih atas ingatan Kak Nora.
Insyallah jika sudah memulakan tugasan secara rasmi di GERAK akan diteliti permasalahan yang disebutkan tadi.

Diharap Kak Nora akan terus bersama GERAK dibawah kendalian aktivis-aktivis muda nanti. Sokongan daripada Kak Nora dan teman-teman reformis adalah amat saya harapkan dalam meneruskan agenda membanteras rasuah dalam pelbagai lapangan.Segala nasihat dan ingatan adalah dialu-alukan dan diucapkan terima kasih

Jika ada kelapangan insyallah kita akan bertemu untuk buat doa selamat dan makan-makan sebelum meninggalkan INSKA

Salam Hormat dan Salam Perjuangan

MUAK said...

muak dgn pejuang takder pendirian...BUANG KAHAK PASTU JILAT SEMULA...nyesal sokong org2 camtu dulu!!