Sunday, May 11, 2008

Cabaran masih tidak berbalas

Salam,

Nora sebenarnya bercuti untuk beberapa hari..omputih kata outstation, itu yang lambat sedikit update. Baru-baru ini Nora terbaca dalam Sinar bahawa DBKL dah buat "raid" atas pendatang asing pada hari Jumaat lepas (laporan Sinar pada 10hb Mei 2008). Katanya ramai yang tertangkap, tapi lagi-lagi DBKL cuba menipu. Sungguhpun Nora bercuti tapi rakan dari Masjid India bagi tahu, hari Sabtu itu fiesta orang asing berniaga masih macam itu, macam biasa aju. DBKL ini tangkap siapa huh?

Sebenarnya pihak berkuasa masih menutup mata mengenai apa yang berlaku. Mereka tahu tapi buat-buat tak tahu. Mereka tidak layan kami yang berniaga kecil-kecilan ini. Nanti Nora balik - Insyallah Isnin ini Nora "scan " laporan dan gambar yang menunjukkan betapa meriahnya peniaga warga asing di Masjid India dan yang lebih dahsyat lagi, sedang mereka berniaga, penguatkuasa lalu lalang sebelah mereka. Itu lah senario yang ada. Datuk Bandar hanya tahu duduk diam saja, entah turut terlibat dalam skandal. Hairan betul, benda macam ini simple pun tak leh nak settle lepas itu harap rakyat KL nak undi mereka. Dah lah, kalau betul nak KL semula BN perlu bersihkan DBKL - punca ramai orang KL khususnya peniaga kecil tolak BN Kita jumpa lagi Isnin ini...k....


3 comments:

Anonymous said...

DBKL itu pusat rasuah Nora. Itu sebab BN kalah kat KL sebab rasuah BN terlampau banyak. Kita bukan org niaga pun dah meluat dengan BN.

Ehmm I dapat tahu web ini dari laman lain-dia org kata ada web pompuan yang reformis handal. So tengok la..wah u ni cute le...leh kenal lebih dekat lagi tak!

AnakMudaParlimenBatu said...

Biasa la Puan, apabila berita tersiar cepat-cepat ambil tindakan, mungkin sehari dua sahaja, selepas itu kembali seperti biasa. Dimana keberanian PBT untuk membasmi masalah ini? Sedangkan mereka di panggil penguatkuasa tetapi penakut mcm penagih dadah dikejar oleh polis. Adakah PBT hanya pandai bercakap tapi buatnya tidak. Semoga Puan nampak membongkar segala kekalutan di dalam DBKL.....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

Mohd Ashraf Bin Ahmad Khidzar said...

tahniah puan nora,
puan adalah reformis unggul!

ashrafkhidzar.blogspot.com