Thursday, May 29, 2008

Kenyataan Nora

Ini kenyataan Nora. Untuk makluman semua, Nora tidak menyertai UMNO. Nora masih berdiri sebagai seorang pejuang yang mahu memastikan nasib rakyat marhaen terbela dan tidak di tindas oleh mana-mana kerajaan memerintah. Sungguh pun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada UMNO, itu sama sekali tidak benar. Sungguh pun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai UMNO. itu hak beliau. Ezam pasti mempunyai alasan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Dalam isu ini Nora agak kesal dengan kritikan-kritikan yang tidak beretika,melampau,sumpah seranah termasuk maki hamun yang di lemparkan terhadap beliau. Ingat! sewaktu Anwar terpenjara Ezam lah yang turut bersama pejuang-pejuang reformasi untuk berkorban demi keadilan dan menentang kezaliman rejim Mahathir.

Anehnya,tidak siapa pun bertanya kenapa Ezam beralih pandangan terhadap Anwar Ibrahim. Lebih menyayat hati, setelah Anwar di bebaskan, Ezam yang sebelum ini menjadi tunggak reformasi tiba-tiba senyap. Hairan kan, kenapa ini boleh berlaku? Ezam juga adalah seorang manusia.

Nora juga rasa terkilan menerima ratusan sms dan email yang penuh dengan kata-kata nista terhadap Ezam dan UMNO. Nora setakat ini Insyallah tidak pernah terlintas untuk menyertai UMNO, tetapi untuk mengeji UMNO dan ahli-ahli nya dengan kata-kata sedemikian bukan “style” Nora.

Salah satu SMS yang paling Nora terkilan adalah seperti berikut :

Salam, Allah dah pilih Nora untuk bersama-sama dalam parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Nora jangan sekali-kali terpengaruh dengan Ezam yang Allah campakkan balik dalam lubang yang penuh najis iaitu UMNO.

Untuk mengelar UMNO lubang najis dan ahli-ahlinya terpalit dengan najis, Nora ada sesuatu yang mahu dikongsi bersama:

Dalam hidup Nora sebagai peniaga kecil, Nora berdepan dengan pelbagai masalah. Kesempitan hidup, perniagaan yang semakin merosot,penindasan dari pihak DBKL dan persaingan warga asing, menambah kepada penderitaan kehidupan.

Ini adalah apa yang kami sebagai reformis lalui. Kemelaratan ini berlarutan sehingga ke hari ini bagi sesetengah mereka yang bergelar reformis. Sungguh pun perkara ini tidak asing dari pengetahuan kepimpinan PKR, namun tidak ada satu tindakkan kemanusiaan di ambil untuk membantu kami.

Namun, Allah itu Maha Kuasa. Yang terbuka pintu hati untuk membantu adalah orang yang kita kata terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis. Entah mengapa, orang yang di katakan terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis mempunyai nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada tempat yang pernah Nora perjuangkan agenda mereka.

Orang yang di katakan berselubung dengan najis menghulur tangan-tangan bantuan kepada Nora. Nora telah diberi peluang untuk bekerja. Lebih mengejutkan lagi,orang yang di katakan terpalit dengan najis turut membela beberapa orang teman-teman yang semuanya terbabit dengan reformasi dan berlainan parti, termasuk PKR dan PAS.

Aneh sekali,orang yang dikatakan terpalit dengan najis tadi tidak pernah mempersoalkan wadah dan penglibatan kami secara berterusan sehingga kini. Malah bagi orang yang terpalit dengan najis tadi membenarkan prinsip masing-masing dan tidak menghalang kami untuk menyertai mana-mana perhimpunan demonstrasi mahupun perhimpunan-perhimpunan bagi memperjuangkan hak rakyat.

Mungkin benar kata orang, tidak hilang nilai intan biar di salut debu dan lumpur serta dalam konteks ini dalam lubang najis sekali pun.

Mana dia pemimpin-pemimpin PKR yang gah melaungkan perjuangan membela nasib rakyat sedangkan nasib ahli pun di pandang remeh dan ada kalanya dihina.

Nora ingin menyarankan agar janganlah kita prejudis kepada sesetengah ahli UMNO yang kita katakan terpalit busuk akibat najis yang kemungkinannya kita terlupa mempersoalkan diri kita tentang kemanusiaan. Jangan ambil serong komen Nora ini,apa yang Nora cuba sampaikan adalah apa yang Nora dan rakan-rakan reformasi lain rasakan. Nora hanya berharap agar kita semua berpijak pada realiti kehidupan. Sekali lagi Nora ingin tegaskan Nora tidak menyertai UMNO tetapi janganlah kita menjadi hipokrit dalam perjuangan.

Salam

42 comments:

Anonymous said...

Nora,

Sebenarnya, kamu bukanlah pejuang Islam, sama seperti Ezam. Ezam yang suatu ketika dahulu pernah mengutuk kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin umno, kini beliau menyetai mereka yang dikatakan bergelumang dengan rasuah.

Pejuang Islam akan memperjuangkan Islam tanpa berselindung dan tanpa mempunyai agenda peribadi.

Tulang Besi said...

Nora kata:

"Nora juga rasa terkilan menerima ratusan sms dan email yang penuh dengan kata-kata nista terhadap Ezam dan UMNO. Nora setakat ini Insyallah tidak pernah terlintas untuk menyertai UMNO, tetapi untuk mengeji UMNO dan ahli-ahli nya dengan kata-kata sedemikian bukan “style” Nora."

Nora, kau ingat org yang mengata nista kat Ezam ni semua tak berjuang ke? Tak rasa susah payah perjuangan ke? Tak kena belasah kena tangkap kena siksa ke?

Kau ingat sebab apa diorang marah? Saja2 marah je ke?

Apa la otak kau dangkal sgt Nora.

Org marah dgn Ezam sbb tindakan Ezam ni menampakkan Ezam sebagai seorang yang lidah bercabang.

Semua org ada sumbangan masing2 kepada perjuangan. Tetapi majoriti org ADA PRINSIP.

Tak mcm si Ezam Mat Nor ni. HAkikatnya, memang semenjak 2004 lagi dia nak masuk UMNO. Tapi masa tu dia tak laku.

Tapi lepas PKR menang, barulah saham dia naik sikit dan UMNO pandang kat dia.

Dia ni akan jadi BALACHI KHAIRY JAMALUDDIN.

Percayala ckp aku. Kau Nora, berenti la jadi bodo sekejap.

Buleh tak.

Tulang Besi said...

Nora, berenti la jadi bodo, tonggong. Buleh tak.

Cuba kau berfikir sikit.

Bila Ezam masuk UMNO, yang untung nanti Ezam bukan kau.

Kita mcm ni jugak. Yang akan kaya ialah Ezam.

Dah la dulu duit parti dia sapu. Buleh buat rumah mahal2 kat Shah Alam.

Takkan kau tak nampak lagi Nora? Aku nampak perangai Ezam ni sejak dulu lagi. Kes rumah dia tu dah buleh jadi bukti.

Muhammad Firdaus Abdullah @Anthony Marrius said...

ni lah masalah orang tak faham dan nampak perjuangan orang lain, yg diorang nampak perjuangan diri sendiri sj.

Pandangan Nora sgt saya hargai, malah menunjukkan Nora lebih bertindak secara matang bukan spt tukang komen yg lain yg hanya tau mencaci tapi diri sendiri, mau pegi buat demonstrasi pun menggigil.

Sebenarnya perjuangan utk rakyat ni kena mula dr diri sendiri dan diri sendiri jg yg menentukan tindakan berikutnya. Jgn biarkan perjuangan awal tergugat hanya kr Ezam masuk UMNO kembali, cekalkan hati.

Bagi saya, tindakan mengeji ni mesti kena tempatnya dan buktinya. Lagipun mengumpat, mengeji dan mencaci-maki ni diharamkan oleh Islam. So siapa2 yg lupa bahawa dosa mengeji/mengumpat/mencaci-maki tuh sama macam memakan daging saudaranya, ingat2 lah yer.

Mana2 perjuangan utk rakyat saya sokong.

Kalau Nora atau pembaca lain senang, sila baca posting saya di blog saya yer.

http://pemudasabah.blogspot.com/

Unknown said...

adik nora,

walau pun secara peribadi saya tak kenal nora, tetapi saya kenal nora dari kegiatan dan perjuangan nora. saya pernah berada di dalam parti sosialis, saya pernah berada di dalam PAS, saya pernah berada di dalam UMNO dan saya rasa keahlian UMNO saya belum lagi dipotong walau pun dah lebih 10 tahun tak bayar yuran! tetapi semuanya wadah berpati tadi mengecewakan saya walau pun saya tidak pernah bercita-cita tinggi dalam politik hanya sekadar memberi sumbangan ikhlas. semua mereka dalam politik cakap tak sama bikin! saya rasa saya dipergunakan oleh mereka dalam hieraki politik. rasa bodoh pun ada sebab kita rasa kita ikhlas tetapi sebenarnya kita dipergunakan. sekarang saya lebih senang bergiat di dalam NGO membantu anak bangsa setakat yang mampu dengan menganjurkan kegiatan-kegiatan berbentuk motivasi dan riadah. hati lebih senang dan merasai kepuasan. jadi saya nasihatkan nora teruskan perjuangan yang nora yakini. biarkan mereka kutuk, semoga dengan kutukan mereka Allah menambahkan kebaikan untuk kita. insya Allah

Anonymous said...

Masyarakat bukan tahu tentang tahap kejujuran setiap insan. Namun, tiada siapa pun berhak untuk menyalahkan sesiapa jua jika terpaksa membuat kesimpulan sendiri tentang duduk perkara yang sedang berlaku. Sekarang ramai yang berkata tentang Islam dan perjuangannya. Mungkin perjuangan itu suci tapi dalam pada masa yang sama tiada siapa pun yang tahu. Pada pendapat aku, semuanya terletak pada individu. Bunyi jer dah macam tak bersemangat kan, tapi tu lar realitinya.
Ramai yang ada agenda sendiri. Subjektifnya, mungkin dan mungkin tidak saudara Ezam tu jujur dalam perjuangannya. Apa yang pasti, ramai lagi rakyat yang hidup susah dan jauh di bawah paras kemiskinan. Ditokok lagi dengan diskriminasi kelas dalam masyarakat.

Sedih.

Tulang Besi said...

sedara mohammad firdaus,

Ini bukan masaalah pandangan. Ini masaalah pengkhianatan. Ezam Mat Nor telah mengkhianati beratus ribu orag dengan menyertai kumpulan yang dipenuhi kezaliman, kemungkaran dan kemunafikan.

Kau tau tak betapa ramai orang yang telah dizalimi hasil dari mengikut jejak langkah Ezam ni. Berpaa ramai yang lesen meniaga kena tarik, kena tangkap masuk jail, kena berenti kerja, kena masuk lokap, kena pukul dsbnya.

Ramai tau tak. Last sekali mamat Ezam masuk UMNO.

Sapa tak marah bila kena khianat mcm ni.

Binatang pun marah tau tak

yosh said...

tulang besi,

mungkin benar pada pandangan kamu bahawa Exam telah mengkhianat perjuangan Parti Rakyat, tetapi kita perlu memikirkan tentang apakah perjuangan yang beliau mahu lakukan terhadap UMNO dan adakah belieau ikhlas terhadap perjuangan yang beliau mahu lakukan.

setiap orang pasti mempunyai peranan yang mahu dimainkan. dari persepsi saya, Ezam bukanlah seorang pengkhianat. tetapi saya rasakan dia lebih mementingkan perjuangannya terhadap negara.

Sama juga dengan perbalahan Brutus dan Julius Caesar. Brutus yang telah bersama dalam konspirasi untuk membunuh caesar walaupun Caesar adalah kawan baiknya. tetapi dia lakukannya kerana Caesar mahu mejadi seorang tyrant di dalam empayar roman.maka dia telah melakukannya untuk kebaikan empayar roman.

kadangkala aku rasa ada jua masa-masa pengkhianat ini mempunyai ideologi yang lebih besar. maka, kita biarlah dan lihat sama ada ezam aka melakukan perubahan di dalam politik umno atau tidak.

sekarang terlalu awal untuk tahu apalah agaknya yang akan dimainkan oleh ezam.

lek lu bro.jangan tuduh cepat-cepat.

norazimah mohamad nor said...

Salam,

Apa pun, sebenarnya saya tidak pernah membalas komen mereka yang mengaku pandai dengan mengatakan orang itu dan orang ini bodoh, dangkal dan tak menggunakan otak.

Bagi Nora orang-orang seperti ini, adalah “self centered person” dan mungkin “one track minded person”.

Orang lain aje yang bodoh dia pandai, orang lain dangkal dia aje bijak dan penghujahan yang amat emosional.

Bagi Nora kita berbincang dan kita berhujah. Tidak guna menuduh orang lain bodoh dan sebagainya kerana mungkin orang bodoh sahaja yang akan mengatakan orang lain bodoh dalam memulakan diskusi.

Kadang-kadang kita biarkan labu dengan labinya bermimpi menjadi peguam dan doktor dan kita mengambil sikap “moderate” untuk melihat di bodoh dan si dangkal menuduh orang lain bodoh dan orang lain dangkal.

Apa yang Nora harapkan adalah kritikan dan komen untuk menjadikan blog ini baik dan berhemah dalam membicarakan isu.

Itu lebih mulia dan dari sudut demokrasi kan kita boleh mengutarakan pendapat. Kenapa bila kita mengkritik orang maka itu hak kita tetapi bila orang mengkritik kita maka itu bukan menjadi hak dia.

Apa salah kalau kita menegur dengan baik dan kita bincangkan dengan sempurna.

Saya berharap kalau tulang besi mahu meneruskan diskusi biar pro mahupun kontra gunalah dengan cara yang menyebabkan anda di hormati.

Setidak-tidaknya tidak bikin malu pada nama Abdul Rahman Abdul Talib, nasib baik tak letak gambar…keluarga juga yang malu nanti....

norazimah mohamad nor said...

Untuk,

Anonymous
May 29, 2008 6:31 PM

Sebenarnya sdra anonymous mungkin konfius mengenai pejuang Islam. Nora memperjuangkan isu rakyat dan kena tangkap pun atas isu yang membabitkan masalah rakyat dan Nora ikhlas dalam memperjuangkan sesuatu isu. Nora tidak berselindung malah berjuang secara terbuka tanpa guna nama anonymous.

Ala...sapa yang main sorok-sorok...nak kita cari ke...??

Tulang Besi said...

Nora, tak payah la nak tuduh orang lain one-track minded la, tak terbuka la.

Yang sebenarnya awak tu yang tak berpijak di bumi nyata. Cara Nora berfikir seperti berada di alam fantasi. Tak realistik.

Yang "real" adalah Ezam masuk ke dalam satu parti yang dipenuhi rasuah dan salah guna kuasa.

Segala tuduhan rasuah ezam adalah dtg dari UMNO.

Ezam masuk pula atas belas ehsan Pak Lah, yang mana dinasti Pak lah juga dipenuhi rasuah dan salah guna kuasa.

Mcmna Ezam nak berjuang menentang rasuah sedangkan pelindung beliau dlm UMNO terpalit dengan banyak kes rasuah?

FIkir la Nora, guna otak tu sikit. Jgn guna emosi.

Tulang Besi said...

Nora, realiti kedua adalah bagaimana Ezam nak berjuang membersih rasuah sedangkan 90% pemimpin UMNO terlibat rasuah dan skandal yang melibatkan wang dan amanah rakyat? Adakah Ezam akan berperang dgn 90% pimpinan UMNO?

Mana Ezam nak dapat duit untuk membina jentera memerangi rasuah dan salah guna kuasa?

Nora, kalau kau tak nak berfikiran realistik, jgn marah orang lain hanya kerana org lain tidak berfikiran fantasi seperti kamu.

HAkikatnya niat Ezam berjuang dlm UMNO adalah seperti cerita wayang kulit dan hikayat Ramayana.

Semuanya khayalan semata-mata

CUba paham sikit, Nora oii.

Aku tak bukak je cerita pasal kau dan para reformis.

Tulang Besi said...

Bukan aku tak tau punca sebenar kau dgn reformis lain bergaduh dengan Azmin sebab Azmin dah berenti bagi korang semua duit.

Azmin dah tak larat nak tanggung korang semua.

Lagi satu, masa korang Reformis kena tangkap, bukan famili Anwar ke yang cari duit dan guna duit diorang nak jamin korang?

Takkan tu pun tak cukup lagi?

Aku kalau nak senaraikan sumbangan pimpinan KeAdilan kat korang, tak terhingga banyaknya.

Korang ni ckp je lebih, berkokok mcm tak mau tapi ekor penuh taik

Aku nak tanya kau Nora, apa yang Ezam dah janji kat korang?

Poooooodahhh cit, cakap tak serupa bikin.

Kalau asyik pegi disko je mana duit nak cukup.

Tulang Besi said...

Reformis yang aku respek banyak jugak. Antara nya Arwah Tan Botak.

Dia buat kerja dan bila takda kerja dia carik duit. DIa belanja duit pun ikut kemampuan.

Jarang aku tengok dia mintak duit walaupun aku ngan dia memebr kamcing.

Aku slalu bagi dia duit walaupu dia tak minta duit.

Aku respek Jamil Kucing jugak. Dia tak da duit, dia pegi bawak kucing dia buat expo. Lepas tu dapat duit.

sebab tu Jamil kucing ckp, tan botak ckp aku dengar.

Aku simpan lagi nombor tan botak dlm phone aku. Tiap kali aku tengok nombor dia, sedih sayu hati aku.

Dia contoh reformis tulen. Mungikin sebab dia Cina.

Anonymous said...

nora kaki disko ka...masyaAllah

Tulang Besi said...

Anonymous said...
May 30, 2008 6:46 AM

Aku tak cakap Nora kaki disko. Tapi aku tahu ada reformis yang suka mintak duit tapi perangai buruk nak mampus.

Anonymous said...

aku rasa lebih baik saudara tulang besi ni bukak buat blog yang lain selain yang dah dia ada untuk ''tujuan mengutuk orang'' cakap main lepas jer, dok tuduh orang sesuke hati, betul ke apa yang tulang besi cakap tu...?? haa..? ada tanye sendiri para reformasi dulu?...aduh haii tulang besi...

Bila orang tegur cakap benda betul..tak nak terima, macam nielah manusia yang dikatakan mengalami''kemiskinan minda''...bukak sikit minda tuh, tegur cara elok2 apa salahnye, kalau awak tu betul, pergi la keluar muka, buat PC ke, apa ke, cakap benda betul...

ni duk hu ha hu haa dalam blog nak buat apa..takde maknanye....

barulah orang kata sokongan padu kepada parti kesayangan. lagi satu kalau nk cakap pasal Islam, sebenarnya bukan dalam politik ajer yang perlu berjuang, banyak lagi, kamu2 yang duk bising2 pasal perjuangan Islam nie, kamu2 semua ikut tak cara perjuangan islam yang sebenarnya?? jangan cakap jer,

perjuangan islam, memerlukan niat yang ikhlas, hati yang bersih tiada hasad dengki, musuh memusuhi sesama kita orang islam, ni apa yang dapat dilihat kata2 makian yang tidak sepatutnya, cubalah growth up sikit, fikir benda lain yang lagi perlu untuk kita perjuangankan.

janganlah sebab2 para pemimpin nie kita semua bergaduh sesama kita, yang untung bukan kita, dia orang juga, kita gaduh2 pun tak guna.
Sekarang adalah masa kita membela nasib bangsa kita, Bangsa Melayu...perlu ada permuafakatan sesama kita...barulah aman damai. Kita harus berkerjasama diantara semua kaum di Malaysia nie, jangan jadi macam negara asing yang dah porak peranda kerana pergolakkan politik negara.

Cuba lah renungkan seketika...wassalam...

Tulang Besi said...

woii anonymous May 30, 2008 9:30 AM,

AKu ada blog sendiri la. Aku tak takut.

Aku ada hak untuk sampaikan kebenaran dan fakta.

Yang jelas stand si Nora ni takda asas. Dia hanya akan mengelirukan orng menyebabkan org sokong tindakan Ezam.

Sedangkan Ezam ni mamat korup sejak dari KeAdilan lagi, Pegi tanya Lokman Nor Adam kalau tak caya.

Skrg dia masuk UMNO sebab nak jadi barua Khairy.

DAn si Nora ni, dah la ssokong Ezam, boleh burukkan pulak pimpinan2 Keadilan yang lain.

Yang duit beratus ribu dari keluarga ANwar tolong diorand masa kena tangkap tu takda pun sebut ye.

Memnag dasar org tak sedar diuntung.

Sebenarnya, puak2 NORA ni dah ramai org tolong. Tapi org jadi fed up sebab duit keluar tapi tak tahu pegi mana.

Last2 org tak bagi la duit.

mat_terab said...

Nora dalam bab ini kau tak boleh salahkan orang yang mengutuk Ezam beliau sebenarnya kena fikirlah setiap tindakan beliau hendak buat semuanya orang nampak bukan orang buta dan tuli....selama ini orang percaya bulat-bulat kepada beliau tapi senang-senang saja beliau hampakan kepercayaan orang....semua orang yang kutuk Ezam ni kebanyakan semuanya mengikuti setiap ceramah ezam sebelum ni jadi kita tahu la apa setiap isi bicara yang Ezam nyatakan terhadap UMNO....lepas tu lain pulak jadinya sudah tentulah mereka rasa tertipu....dari nada percakapan u pun saya jangka u tak akan lama akan masuk umno juga percayalah....kalau setiap perjuangan dan titik peluh kita semunya harapkan balasan bukan nama perjuangan....ramai lagi pejuang-pejuang tulin yang susah payah berjuang selama ini contoh nya mat kilau, tok janggut, tok bahaman, datuk maharaja lela tidak pernah mengharapkan balasan...itulah perjuangan tulin....

Anonymous said...

nora tahu ka...AMK kelantan nak join ezam.so ko cepatlah ikut,,takyah nak madah berhelah,buang masa jee....biarkan tulang besi dengan tulangnya...kita tengok lama mana besi tu tak berkarat

Anonymous said...

salam
biaq pi la nora ke ezam ke sapa ke nak join umno..perjuangan rakyat tak kan terpadam hanya kerna segelintir mereka yang bertukar wadah perjuangan.

dan pada mereka yg merasa pedih dengan kutukan, hinaan , cacian serta lain-lain lg, terimalah dengan seadanya kerana di luar sana ramai yang sedang dlm kemarahan akibat tindakan dari anda semua yang cakap tak serupa bikin.pendek kata ludah jilat balik.

terima kasih

Siapalah aku said...

Assalamualaikum.

Aku sokong Tulang Besi...

Nora,
jika hendak berjuang, biarlah dilandasan yang betul.

Untuk lebih menis dalam berjuang, bukan hanya berjuang menghapuskan rasuah sepertimana yang dilakukan oleh Ezam yang juga dibangga-banggakan dalam perjuangannya, tetapi Islam menyuruh kita berjuang dalam segala hak bagi melengkapkan segala tuntutannya.

Nora,
Adalah lebih manis jika rambut di atas kepala itu ditutupi dengan kain yang tidaklah begitu berat, tidaklah sehingga sekilo beratnya. Cantik jika nora bertudung dan memperjuangkan keadilan serta tuntutan agama.

wassalam.

Anonymous said...

Siapalah Ezam sebelum tragedi Anwar Ibrahim?. Siapa kenal Ezam sebelum itu. Sila angkat tangan.

Nora, sebenarnya orang marah sekarang ini pada Ezam sebab mereka sayang dengan Ezam. Mereka mahu Ezam tetap bersama mereka yakni tidak berada dalam umno. bagi mereka umno parti yg di penuhi olih lanun-lanun. Jadi mereka tak faham kenapa Ezam walaupun dah keluar PKR dah lama, nak bersama lanun-lanun yg Ezam sendiri hentam dulu. So, jangan salahkan sahabat-sahabat ini. Mereka bimbang Ezam berpaling tadah dan bersongkongkol dengan lanun-lanun itu. Contohnya macam mana Ezam kelak nak duduk dengan Rafidah Aziz. Inilah hakikatnya yg mereka bimbangi. Ada faham tak?

Anonymous said...

Aku rasa tulang besi lebih bodoh dari Nora. Aku ingat dia ini bukan org yang turun demo. Aku rasa dia ini cium bontot azmin.

Aku tengok komen nora lebih baik tulisan yang ok biar pun dia kritik org tertentu. Bila cek baik yang mula guna perkataan bodoh dan banggang, tuduh org itu dan ini, tak pakai otak ialah tulang besi. buat malu dan menyemak aje kat sini.

Oiii tulang besi bangang, kalau tak tahu beradat masuk blog org berembus kat blog sendiri.

Baik baik lah tulis, jangan tuduh org bodoh sebenarnya ko tu yg bangang.

Nora,

Sori ganas sikit. Sebenarnya aku respek tulisan ko tapi pada aku tindakan ezam itu salah. Kekal pada NGO dahulu dan suaranya lebih nampak ada value. Itu aku pun pendapat tetapi sekiranya ezam menyerang PKR aku akan mempertahankan sungguhpun aku tidak akan membataskan diri untuk mengkritik kepimpinan PKR sekiranya mrk turut melakukan benda2 yang tidak seperti dijanjikan.

Salam demo kalau ada turut tak?

Anonymous said...

Ha ha ha

Bodoh betul ko ini tulang besi. Pompuan itu lagi besi dari ko. Ko buat apa masa reformasi ko org umno kan? Ala jangan nak tipu tulang besi..nampak sebenarnya ko tak tahu apa pun pasal reformasi - ala setakat jamil kucing dan arwah tan yang ko kenal sibok nak tuduh org itu dan org ini. apa hal ko ini...ezam masuk lantak pi lah..yg ko nak kata nora bodoh dan sebagainya apa hal...ko ada short kat mana2 ke? otak bebal ko...

pilah ko org umno- dtg nak cari gaduh dan nak buat org bermusuh-musuh, dari aku sokong ko baik aku respek makcik nora ini- dah 10 kali lebih kena tangkap dan ko memerap telur waktu itu.

Anonymous said...

Oiit tulang besi, kalau nak bagi komen dan setakat kata org itu dangkal otak cetek ko dok diam-diam kat blog ko. Aku naik meluat tengok cara ko, kata berhujahlah tapi nampak macam banggang yagn amat. Aku tengokkan ko lebih memalukan diri ko dari pemilik blog ini. Tulisan dia lebih baik dari ko dan aku rasa otak dia lebih stabil dari ko. Ko ni memang tuggaula. aku tak gak suka ezam masuk umno dan sekarang dia umno kita fight gentle la..jangan macam cara ko buat komen ...aku rasa ko baik balik ke sarang ko dok diam kat sana

Anonymous said...

Tulang besi, jamil kucing dalam antikhairy pun sokong apa yang nora cakap..ko pegi cek. Aku rasa ko ini bukan golongan reformasi.Aku rasa ko ini reforbasi kot. Sebenarnya tak salah mereka mengkritik kepimpinan keadilan dan azmin sendiri. Ko balas kritikan mereka dan bukan hentam cara bodoh..tanya dia org..kalau tak de reformasi Azmin pun dalam Umno lagi...dan mereka masuk keadilan dnegan budaya umno gak..

pi lah mabuk..otak bebal...u yg start kutuk2 macam ini kan..

Tulang Besi said...

woii azman,

Aku tak sokong Azmin. Cuma aku tahu korang reformis stat marah dgn Azmin bukan sebab perjuangan. Korang marah dgn Azmin sebab Azmin berenti bagi korang duit.

Benda ni keluarga Anwar Ibrahim sendiri yang bagitau. Apa korang nak?

Aku guna perktaan bangang sebab ia lebih ringan banding dengan perkataan pengkhianat.

Tak payah la nak ngaku reformis ke apa. Aku memang dah lama join reformis. Tapi aku tak berfikir macam reformis.

Aku berfikir atas lagi dari reformis

Anonymous said...

Betul tulang besi ko fikir lebih dari reformis ko fikir macam refor-babi

Anonymous said...

Inilah dia orang yang fikir lebih dari reformis - kata dia - orang lain tak kata, betul kata nora self centered..oiii Self praise is no praise

Anonymous said...

tanya keluarga Anwar????? bodoh bodoh, anwar skrg dah kemaruk...bila masa dia bayar. oiii ko tanya OKT lah, apa sebenarnya berlaku, ko tanya mamak anwar itu tak tak chek dengan org lain...dia ini bukan self centered la nora - ini otak fuse tapi ngaku pandai.

Siapa kenal dia sebagai seorang reformis-nora ko kenal ke mangkuk hayun ini, mungkin reformis belakang tiang ....baru dgn ambulan lalu lintang pukang lari ....

Anonymous said...

Cik Nora takyah la pertahankan Ezam tu. Besor manapun jasa dia pada Anwar atau gerakan reformasi TAK memberi LESEN untuk dia KHIANAT pada bangsa dan langgar sumpah.

Flashback balik 10 tahun kebelakang dan tengok apa kenyataan-kenyataan Ezam. Dalam 26 juta rakyat Malaysia, Ezam sepatutnya orang yang LAST sekali masuk UMNO.

Ezam...kalau belum ada lagi orang cakap kat ko, let me be the first to say..YOU ARE A GREAT TRAITOR to your OWN RACE!

Anonymous said...

kesian,

dalam perkara yang tidak berpenghujung ini sikap dan komen yang kasar akan menambah lagi kerumitan bagi masyarakat. sudah terlampau ramai yang tertekan dengan harga barang yang tinggi serta pandangan sinis akibat kelas dan kasta dalam masyarakat. bukankah perkara itu lebih penting untuk dibincangkan.

reformis pun bergerak atas dasar ini kan? mencari dan membantu masyarakat yang tertekan akibat kehendak hidup yang semakin mahal. lebih lama korang berdebat tentang siapa yang betul mahupun yang salah - 100 dari keluarga miskin kat ceruk negara kita pening memikirkan lauk untuk keluarga mereka malam ini. tulang besi dah makan?

saya rasa politik itu sendiri unik. hari ini ko berjuang untuk memerangi rasuah, kepahitan hidup masyarakat tidak kira bangsa - kemudian boleh berubah kepada cara untuk memenuhkan poket sendiri dengan sengaja mahupun tidak.

tulang besi ada marah dan emosi yang tidak tertahan. saya rasa idea dan pertuduhannya keras dan mungkin terlampau keras untuk dunia yang sudah lama bertamadun ini.

saya rasa ada cara yang lebih sesuai kot. perdebatan yang sihat diharap dapat menemui jalan penyelesaian yang baik. setiap kali saya baca rumusan tulang besi, seumpanya saya boleh dengar suara beliau terjerit-jerit mengutarakan pendapat. macam dalam mesyuarat PIBG pula.

apa kata pi amik air sembahyang sat ... ok?

kita kan orang yang percaya kepada Tuhan, syurga dan neraka - balik lah kepada konsep itu. aku kenal seorang kawan yang tidak percaya langsung pada konsep agama namun, pendapat beliau lebih rasional berbanding orang yang terjerit-jerit dalam blog ni.

mungkin kita patut sabar dalam berdebat kot. apa kata?

Anonymous said...

Waktu saat ini, saya merasakan sedih apabila kata-kata kepada ezam sampai ketahap kurang ajar, saya penyokong pakatan rakyat berharap kita hentikan serangan keatas ezam, biarlah dia dengan prinsip terbaru dia, kita tidak tahu punca sebenar hijrah beliau, yang penting sekarang PR ada perjuangan yang belum selesai, kita tidak mahu isu ini menjadi penyebab kita semua berpecah. Kita tidak mahu lagi ezam ke 2 dalam PR. Biarkanlah dia ......

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tulang Besi said...

anakmudaparlimenbatu,

Apa lagi cara nak membalas pengkhianatan Ezam Mat Nor? Apa kau ingat benda Ezam buat ni senang ke buleh dimaafkan?

Aku tak paham kau ni ada prinsip ke takda prinsip?

AnakMerdeka said...

Assalamualaikum.
Hi Nora..
Sebenarnya ini pertama kali saya membuka dan membaca blog Nora setelah mendapat address dari akhbar Sinar.

Secara jujur sebenarnya saya tak kenal siapa Nora dan apakah jawatan dalam politik. Tetapi saya agak tertarik dengan cara penulisan Nora yang agak sederhana dan seimbang.

Salam perkenalan untuk Nora. Dan insyaAllah selepas ini saya akan kerap melawat blog ini dan memberikan idea yang termampu untuk dikongsi bersama.

Pejuang adalah tak sama dengan menghayati perjuangan. Orang yang berjuang dan menghayati perjuangannya adalah semulia-mulia pejuang.

Saya tidak nampak apa sebenarnya perjuangan PKR. Dalam hal ini, saya sebenarnya lebih mempercayai dan nampak lebih jelas perjuangan PAS, iaitu untuk menegakkan negara Islam. Tetapi bila mengenangkan tindak tanduk pemimpin PAS yang cakap ikut sedap mulut, dan cakap berbelit-belit mengikut situasi, saya rasa keliru.

Bila menyebut perjuangan untuk orang melayu hanya UMNO lah satu-satunya parti yang telah terbukti melaksanakannya dan melonjakkan martabat bangsa melayu di arena antarabangsa. Bukan PKR dan bukan PAS.

Contoh yang paling ketara ialah setelah pilihan raya ke-12 bila BN yang ditunjangi oleh UMNO kalah dibanyak kerusi dan hilang lima buah negeri dan UMNO kelihatan tidak kuat maka banyak riaksi dan suara-suara yang mula mempertikaikan hak keistimewaan melayu dan ada yang sanggup menghina raja-raja melayu. Dimanakah PAS dan PKR?

Sebaliknya ketika UMNO kuat, kita tak dengarpun suara-suara biadab yang berani mempertikaikan hak orang melayu yang telah terkandung dalam perlembagaan negara.

Berbalik kepada Ezam yang menyertai UMNO, sebenarnya saya dapat merasakan bahawa dia sedang berfikir seperti apa yang saya fikirkan sekarang. Saya nampak dengan jelas bahawa sebenarnya dialah antara pejuang bangsa melayu. Malah ramai orang-orang dan pemimpin UMNO sedia ada yang tidak mempunyai kekuatan semangat seperti Ezam. Rakyat menolak UMNO (BN) bukan kerana mereka yakin yang PR lebih baik dari BN, tetapi hanya kerana mereka meluat melihat segelintir pemimpin UMNO dan BN yang yang hanya pandai memperjuangkan tembolok dan perut sendiri. Orang-orang inilah yang patut dicampakkan keluar dari UMNO agar UMNO menjadi kuat semula dan boleh diterima oleh rakyat.

Ezam nampak dengan jelas apa yang Anwar lakukan. Tindak tanduk Anwar yang bermuka-muka mungkin juga disedari oleh pemimpin-pemimpin PAS dan DAP yang bercakap hanya untuk kepentingan peribadi sendiri. Perasaan dendam yang menebal, cita-cita tinggi yang melampaui kewarasan dan nafsu jahat yang menyelubungi diri menyebabkan dia sanggup berbuat apa sahaja walaupun akhirnya anak bangsa sendiri teriniaya.

Untuk Ezam, syabas dan teruskan perjuangan anda tak kisahlah dalam parti apa anda berjuang, asalkan teguh pendirian, kuat semangat dan sanggup berhadapan dengan badai yang menanti dihadapan.

Unknown said...

kau orang gaduh-gaduh ni apa pasal? kalau ezam tipu kau dan masuk umno, jangan risau umno akan tipu dia nanti ,malah akan ditipu lebih teruk lagi. tapi ingat kebebasan sesiapa pun tak boleh disekat, kan salah satu asas reformasi adalah memperjuangkan kebebasan? so apa lagi? teruskan apa yang patut kita lakukan dan perjuangkan. teruskanlah. bagi saya senang jer, sekali kita bangangkan orang lain hakikatnya kita 10 kali lebih bangang, sekali kita bodohkan orang lain mungkin juga 10 kali kita lebih bodoh. adakah kita curiga dan bertelingkah sesama di dalam saf itu membawa keuntungan? sudah tentu sama sekali tidak bahkan membawa perpecahan, kehancuran dan sakit hati. aku bukannya sokong ezam tetapi aku tidak suka pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri!

Anonymous said...

S46 lahir dari UMNO, PKR (Keadilan) pun lahir dari UMNO.

Semuanya lahir atas sifat kebencian kepada UMNO bukannya lahir atas sebab cinta kepada ISLAM.

Sebab itu perjuangan yang lahir diatas sifat kebencian tidak akan kekal lama. Ikan akan pulang semual ke LUBUK asal dia.

Sebab itu kita lihat banyak pemimpin yang keluar dari UMNO atas sifat benci kepada individu tertentu atau lari kerana tidak dapat projek akan pulang ke pangkuan UMNO. Lihat apa yang berlaku kepada S46, bubar masuk UMNO. Untuk PKR kita tunggu dan lihat... sesunggunya ALLAH itu MAHA mengentahui..

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya sokong nh shah alam. kata-kata itu untuk semua parti dan manusia.

bergaduh mcm ni apa yg dpt?buat la sesuatu.tonjolkan diri dlm bidang politik ke.mmg bukan senang.tp kalau niat betul insyaAllah boleh.mungkin bukan saya, anda tp pasti ada seseorang yg boleh.

Anonymous said...

perjuangan ezam dan rakan-rakannya yang pertama (terkini): berdiri teguh dan berkongsi prinsip dengan PM Lah untuk menaikkan harga petrol dan diesel dan juga tarif elektrik..................... tahniah... kamu masih disitu dan diam membisu.

Anonymous said...

CUKUPLAH. JANGAN BANYAK CAKAP LAGI. BERSEDIA UNTUK BERDEMO HARDA MINYAK, YG SUDAH TU SUDAHLAH. NORA JANGAN MERAJUK, BUKTIKAN KAU WANITA BESI. KITA READY UNTUK BERDEMO MINYAK, ATUR STRATEGI. AKU SEBELAH PAS. TAPI NO PROBLEM DEMI MEMPERJUANGKAN KEADILAN JOM KIA BERSATU.

TULANG BESI AJAK SEBERAPA RAMAI MASA DEMO NANTI. BEGITU JUGA YANG LAIN=LAIN. LAWAN TETAP LAWAN.

AKU TAKDE BLOK SEBAB AKU BODOH KOMPUTER TAPI CELIK KEADILAN. SEBAB TU AKU TEPAKSA GUNA ANONY...NTAH APE-APE TAH, GUNA NI PUN ANAK AKU YG AJAR. SORI LAH.

Anonymous said...

Baru sekali jengok dah nampak ada orang gaduh gaduh, aku pun singgahlah kerana aku pun suka gak kalau ada yang nak gaduh ngan aku. Lepas gaduh gaduh, baru aku tau aku ni siapa, pandai, bodoh, banggang, reformis, pengkhianat, pembela bangsa, tukang songlap, munafik aka hipokrit.

Kadang kadang kerana gaduh gaduh ni kita dapat kenal kawan kawan kita selama ini, ada yang cantik diluar tapi buruk di dalam, ada sebaliknya, ada yang tanam tebu kat bibir tapi ada PHD kat hati. Ada ribuan peribahasa untuk situasi sebegitu... tak larat nak sebutkan.

Gaduh gaduh sekadar tarik tarik rambut kira ok gak, taklah dahsyat sangat kesudahannya, paling kurang pun kita tahu ada orang kaki disko, ada pompuan isap rokok, ada bulu kepala yang tak bertutup, ada orang buat kerja batu api, ada orang sayang Ezam, ada orang benci Azmin, bahkan ada orang benci Anwar. Kalau tak gaduh gaduh, tak tahu juga kita cerita sebenarnya. Tapi kalau kita ikut masa reformasi dulu lagi kita tahu bagaimana masing masing masukkan duit dalam ketayap yang digunakan untuk punggut derma untuk menjamin OKT, bila bebas, duit jamin kena kebas !!!

Semuanya punca dari gaduh gaduh, kalau Tun dan Dsai tak gaduh, kita pun masih membuta lagi, Kalau Dsai tak gaduhkan Najib kita pun tak tahu apa pun, kalau Lokman tak gaduh, kita pun tabik spring tak tentu pasal, kalau Nalla tak gaduh kita pun x tahu apa-apa.... cuba lihat sekeliling siapakah kaki gaduh?? dari kaki gaduh inilah kita dapat banyak info !!! info yang selama ini ditindih oleh karpet. Macam Arwah Omar Tan, dia tak kaki gaduh, sampai orang tak kenal pun dia dan dia pun x cerita apa pun ttg orang lain... akhirnya InsyaAllah di bahagian dia alam barzakh .. kita agaknya macam mana.

Terlanjur pasal cerita gaduh gaduh, ini aku dapat tahu si JAMIL KUCING tu kaki gaduh, sehingga banyak rahsia di bukanya dan akhirnya dia sendiri terbogel dengan nafsu sex songsangnya. Semuanya aku tahu bila baca forum di cari.com, di forum umno reform dan forum spca.org.my. Lebih menarik kaki yang gaduh dengan dia membuka blog khas untuk menelanjangkan dirinya yang bertelanjang selama ini, cuba lihat di http://jamilkucingpondan.blogspot.com.

Apa pun Nora ni kira besi jugaklah, pasal dia biarkan komen melimpah semahu dan seadanya. Tak macam orang lain, kalau dia komen orang lain, dia kata kebebasan bersuara, bila orang komen pasal dia, dia kata dia mengamalkan keadilan dgn menutup hak orang lain memberi komen...

Untuk Nora aku leh tabik spring jugaklah .. cuma ingatan untuk semua, kalau x nak kena ludah jangan meludah kelangit, dan kalau x sanggup jilat ludah, jangan meludah lansung...jaga lidah pasti selamat !!!

reformis blackseptember..