Salam
Sunday, June 29, 2008
Tahun 1998 semula ke?
Tuesday, June 24, 2008
Macam-macam pandai
Salam,
Sunday, June 22, 2008
Desakan MB Selangor letak jawatan!
Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.
Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :
Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Panjang sikit tulisan Nora kali ini....jangan tidur ya. Nora sebenarnya sedih bila lihat Parti Keadilan Rakyat bertukar jadi Parti Keadilan Korporat Rakyat. Yang penting bagi Nora ialah untuk turut membinasakan golongan hipokrit – senyap dan tidur semasa orang lain sedang berjuang dengan kezaliman dan ketidakadilan, tiba-tiba bila sinar sudah kelihatan mereka bangun sambil menguap menjerit dan mendabik dada – wah aku juga seorang pejuang. Nora tidak suka mereka juga mempergunakan mereka yang di gelar reformis hanya di tolak ke hulu ke hilir untuk agenda peribadi.
Namun suara-suara bantahan sudah mula ada. MB Selangor yang hanya tengok kepada kronis, perlu disedarkan. Kalau perjuangan golongan reformis ini tidak ada, kemenangan yang ada hari ini mungkin merupakan satu ilusi dan angan-angan sahaja. Kita bergerak sama, kita berjuang sama, kita berkorban sama-sama, kenapa orang yang hanya pegang duit sahaja yang terus memenuhi poket mereka. Mereka tahu ke apa yang berlaku sewaktu tahun-tahun 1998. Mereka ada ke bersama-sama kita. Mana mereka dahulu dan kenapa mereka ada sekarang membelakangi pejuang terdahulu.
Friday, June 20, 2008
Aduhai Khalid
Tuesday, June 17, 2008
Kes Mahkamah dan PAS terpinggir?
Kami dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC pada Januari 2008. Ops padam 3 telah menyaksikan lebih dari 36 orang di tahan termasuk Nora. Apa nak buat, kadang-kadang yang kita perjuangkan adalah nasib rakyat dan ini turut menjadi satu kesalahan.
Friday, June 13, 2008
Demo minyak naik
13hb Jun 2008, Nora kembali berdemonstrasi bantah kenaikan minyak. Bagi Nora ini perlu bagi memberi “signal” kuat kepada kerajaan hari ini bahawa kenaikan itu benar-benar menyusahkan rakyat. Hairan betul Nora, selepas naik minyak, kerajaan yang ada sibuk nak bagi duit kepada pemilik kereta, mahu melaksanakan pelan baru untuk tidak menyusahkan rakyat dan mahu berbelanja untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam. Pelik, alasan mempertingkatkan kemudahan awam adalah alasan kenaikan minyak sebelum ini dan hari ini menggunakan alasan yang sama. Lagi mengejutkan ialah pak menteri dan kepimpinan kerajaan mahu memotong elaun keraian dan ini menjimatkan 2 bilion, kata mereka. WOW kenapa potong elaun, kenapa bagi duit kepada pemilik kereta dan kenapa nak pelan untuk membantu rakyat sedangkan yang menyusahkan mereka juga. Sebenarnya mereka naikkan harga minyak lepas itu sibuk untuk membantu rakyat mengurangkan beban rakyat. Macam tak kena aje.
Nora percaya, nanti pada 5 Julai nanti – perhimpunan raksasa protes kenaikan minyak akan menjadi satu protes terbesar dan lebih besar dari bersih kerana rakyat sudah teruk di paksa untuk membayar kenaikan harga minyak dunia sedang kita juga pengeluar minyak. Nora bukan pakar ekonomi, tetapi bila minyak naik adakah adil bila industri atau apa juga bidang perniagaan yang bersangkutan dengan minyak tidak dibenarkan naik? Pelik bila kerajaan kata harga minyak naik tidak akan menyebabkan kenaikan barangan lain. Penipu kan?
Tolonglah, jangan bodohkan orang. Harga barang sekarang semakin naik. Kos kehidupan meningkat tetapi gaji kat situ gak. Itu pun hairan kenapa ada gak mereka yang sokong kenaikan minyak atas alasan pembangunan. Pembangunan apanya? Harga naik, kos kehidupan naik semua benda-benda akan meningkat termasuk jenayah dan masalah sosial. Tak payah naik harga minyak, potong elaun keraian Menteri, Timbalan Menteri dan kepimpinan politik negeri, tak payah bagi subsidi kepada pemilik kereta tetapi yang penting cut kos rasuah, ubah gaya perbelanjaan kerajaan dari pembaziran dan buat perbelanjaan berhemah. Ini balik-balik kita juga yang disuruh naik basikal sedangkan kepimpinan yang ada selesa biar minyak naik gila babi.
Nanti bila sampai protes gergasi itu, Nora seru semua turun. Ini adalah sokongan kita untuk membantah kenaikan minyak. Satu lagi betul-betul lawak bila PM kita minta kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat untuk turunkan harga minyak di negeri pemerintahan mereka. Dia yang naikkan pas itu di cabar kerajaan negeri yang di perintah Pakatan Rakyat untuk turun harga...tak ke ..ehmmm...ehmmmm..malas nak cakap.
Turun bersama Nora..pastikan harga minyak kita turun dan kalau tak ...biar rakyat turunkan mereka kerana dengan itu harga minyak pasti turun, itu Nora yakin.
Monday, June 9, 2008
DEBAT Melayu
Apa pun Nora tertarik dengan kehadiran seorang peguam yang membelasah panel-panel yang seakan berselindung tidak mahu mengatakan sebab utama Melayu ketinggalan. “Loyer” itu dengan berani mengatakan antara sebab adalah kerana hanya Melayu terlampau memberi. Beliau mengatakan kalau diputarkan jam dan kita tidak menerima bangsa lain mesti tanah Melayu ini tahu menjaga kedaulatan bangsa kita. Beliau mendesak kita memperkatakan isu sebenar dengan berani. Kita asyik risau berbicara mengenai mempertahankan hak Melayu konon-kononnya itu rasis. “Loyer” itu, sedap pula gunakan perkataan “loyer” dengan jelas mengatakan bahawa bangsa lain hanya tahu menuntut itu dan ini, mahu kita hilangkan hak keistimewaan tapi bertindak dengan lebih rasis dari orang Melayu.
Loyer itu berani dengan tegas mengatakan bangsa Cina khususnya adalah bangsa yang amat rasis. WOW, tegas kenyataan “loyer” itu. Apa yang nampak, bagi Nora mungkin benar apa yang “loyer” itu katakan. Tengok aje kita dalam bidang perniagaan. Bila kita tidak berjaya, kita kata orang Melayu tak pandai dan sebagainya tetapi mungkin sebab utama adalah kerana bangsa lain dah mendahului kita dan kita asyik tertakluk kepada mereka dalam berniaga sehingga mereka mampu membentuk atau memusnahkan perniagaan kita. Kita berdepan dengan banyak sebab lain – bukan sahaja bangsa yang kukuh ekonomi tetapi tidak mahu berkongsi tetapi mereka yang digelar pendatang yang datang tanpa izin untuk berniaga. Kat Masjid India, isu ini seakan tidak ada akhirnya. Buat lah apa pun, DBKL asyik sibuk menghentam kita yang berlesen. Hapuskan mereka yang tidak berlesen dahulu baru datang cerita kalau ada silap kita yang memegang lesen.
Program Tak Melayu Hilang Di Dunia ini masih cuba dikendurkan oleh ahli-ahli panel. Wakil dari Parti Keadilan Yaakub Sapiri asyik bercerita tentang buruk Melayu, Melayu suka rasuah, Melayu tidak menerapkan nilai Islam dan orang itu rasuah dan dia tidak akan rasuah, beli batik dengan harga yang mahal oleh kerajaan sebelum ini. Bagi Nora itu bukan platform untuk menunjukkan kita lebih Islam atau kita lebih bersih, kalau dah memerintah maka ambil tindakan, buka siasatan, bukankah YB Yaakub dah ada dokumen, katanya. UMNO pula dengan rancak memberi justifikasi mengenai kenaikan harga minyak, jangan selongkar yang dahulu dan macam-macam lagi yang bagi Nora macam retorik biasa.
Nora percaya kalau kita betul-betul ikhlas untuk memastikan Melayu tak hilang maka tak akan hilang Melayu itu tetapi kalau asyik dan terlampau taasub pada pemimpin dan penting untuk terus popular supaya dapat bertanding lagi maka Melayu PASTI tidak akan hilang tetapi TAK AKAN ada nilai. Ok sat, tabik Nora pada saudara Loyer itu – berani dan betul katanya – mereka yang lebih rasis. Nanti Nora cite lagi k.....c ya
Thursday, June 5, 2008
Minyak naik - kita naik angin
Sekali lagi Nora berjalan..balik kampung musim cuti sekolah. Bawa anak-anak untuk terus mengenali budaya kampung dan untuk mengeratkan hubungan keluarga. Dalam perjalanan pulang Nora dapat banyak SMS yang memberi tahu harga minyak dah naik. Tanpa perasaan terkejut dan seperti yang selalu berlaku...bila harga minyak dunia naik Malaysia turut serta mengikuti kenaikan harga tetapi bila turun ..kerajaan negara ini lupa lak nak turunkan harga.
Seperti biasa kenaikan minyak akan menyebabkan semua benda-benda lain naik termasuk kita rakyat Malaysia – naik angin. Apa tidaknya, kenaikan ini pasti menyebabkan yang miskin terus di belenggu kesusahan dan yang pasti Nora juga akan terasa duit gaji mengecut. Lah...kecil plak duit nak gi shopping. Bila kita menuntut gaji minimum macam-macam lak alasan kerajaan ini. Susah lah, payah lah dan berbagai-bagai alasan dan kajian yang mahu dibuatnya tetapi pengecilan nilai gaji kita tak pernah nak dihiraukan langsung.
Dalam borak-borak dengan kawan-kawan tadi Nora pun mencelah, weii Nora tak takut minyak naik...Nora kena beli basikal – untuk dijadikan kenderaan harian dan beli sampan untuk balik kampung. Sat kemudian Nora, mencelah lagi...cancell, cancell beli sampan dan basikal – apa plak kita nak biarkan harga minyak naik. Malaysia pun keluar minyak jugak, pasti untung dan keuntungan itu kita agih sama-sama untuk rakyat Malaysia atau jangan naikkan harga minyak. Tapi kerajaan perlu bagi subsidi dan kerajaan tak nak bagi subsidi lagi.
Letih...letih....subsidi..subsidi ..macam duit kerajaan itu duit mak-bapak dia punya atau dalam bahasa baik sikit macam duit subsidi itu datang dari duit ayahanda dan bonda mereka. Duit kerajaan itu duit kita , kenapa lak jadi subsidi – macam kita peminta sedekah plak.
Tapi seperti biasa – rakyat kena bangkit dan ketuk sikit kepala mereka yang menyokong kenaikan minyak. Hairan ada gak yang menyokong kenaikan harga minyak. Mereka kata kurang kerajaan bagi subsidi maka lebih banyak untuk pembangunan negara. Pembangunan apa nye...kalau rakyat dah tersepit dengan kekurangan duit tak de maknanya.
Apa pun bagi Nora – kita perlu sama-sama melakukan sama-sama, kita jangan bagi muka kepada kerajaan yang asyik tengok pada poket kita aje...poket sesetengah mereka kembung. Satu lagi yang Nora nak bagi tahu pada semua yang membaca blog Nora...terima kasih atas komen anda. Last sekali, weiii bagi paras gaji minimum dan minyak tak perlu naik...cara mudah untuk capai kemakmuran rakyat...
Salam