Sunday, June 29, 2008

Tahun 1998 semula ke?

Salam

Nora baru kembali dari bercuti, bawa anak-anak berjalan – jalan di Port Dickson. Sekembalinya dari Port Dickson Nora dan anak-anak mengambil keputusan untuk mengecat rumah. Sedang asyik mengecat rumah Nora dapat satu SMS yang mengatakan bahawa ada tuduhan liwat ke-2 ke atas Anwar Ibrahim. Betul ke ada lagi tuduhan seperti ini? Siapa pula yang membuat tuduhan dan siapa pula yang mengaku di liwat. Sebut sahaja perkataan itu Nora teringat kembali insiden kebangkitan reformasi 1998.

Betul ke ini? Adakah perjuangan REFORMASI di tuntut kembali semula. Bagi Nora, kalau Anwar Ibrahim di fitnah maka Nora tidak teragak-agak untuk kembali memperjuangkan kezaliman yang terbit ini. Ini masalah orang kena tindas – bukan kerana Anwar itu Anwar Ibrahim. Bagi Nora biar Anwar Ibrahim, Anwar Hussien atau Anwar apa juga lah, kalaulah difitnah, kalau di tekan dan kalau di zalimi, Nora seperti rakan reformis yang lain PASTI akan terus membantu dan menegakkan apa yang benar.

Biarlah jika ada segelintir dari mereka yang mengatakan bahawa reformis asyik terjerit-jerit di jalan raya, itu suara lalat – seperti kata Black. Mungkin mereka yang komen sebegitu patut di ukur sekiranya gema reformasi berulang kembali kot dan kita di tuntut untuk mempertahankan kebenaran. Bukan perjuangan itu terbantut selama ini tetapi perlu semula agresif bagi menyampaikan satu mesej yang pasti.

Kadang-kadang Nora terfikir, sejarah pun bak kata kawan-kawan Nora sering berulang kembali, kenapa ya...mungkin itu satu petanda atau peluang yang diberi untuk kita menilai semula – memperbaiki apa yang kurang tepat kita lakukan sebelum ini atau sebenarnya untuk mengingatkan kita semula, belajar - melihat dan mendengar – supaya kita sedar dan tidak lupa.

Mungkin kot, Nora tak begitu arif bab-bab ini. Mungkin mereka yang ada renovation kat belakang nama itu boleh tolong Nora sikit – alah renovation nama yang selalu ada selepas bin atau binti – tapi dia buat renovation sikit ..tambah lepas nama di letak MBA lah CPA lah, L.E.M.B.U lah...dan macam-macam lah.lah.lah.

Tapi, tuduhan liwat, teruk betul kan. Kenapa boleh berlaku? Kenapa tak lawan bila ada orang serang kita. Setidak-tidak kita melawan – pertahankan maruah – jangan ternoda – apatah lagi kalau yang serang itu lelaki dan dalam kes ini yang kena serang itu pun lelaki. Pelik juga..kan kenapa tak lawan.

Tuntutan reformasi akan berlaku lagi ????? Reformis diminta bangkit kembali untuk mempertahankan kebenaran dan menghapuskan kezaliman seperti tahun 1998? OOOOOHHHH Nora ingat ! Nora ingat ! Kawan Nora ada cakap tadi...masa Azizan – Azizan, tak kan dah lupa kot – orang yang di liwat tapi tak tahu bila, tetiba membuat pengakuan bahawa dia di liwat oleh Anwar Ibrahim, bila di tanya kenapa dia tak lawan, dia kata dia takut......Pak Anwar itu ada kuasa...Pak Anwar itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia...boleh guna kuasa polis...termasuk tentera laut, tentera darat dan tentera udara (hi hi hi hi ..tambah cite skit) tapi hari ini Pak Anwar itu tak de kuasa....kenapa la Saiful Bahari itu tak lawan. Kalah lain cite..bengkak biar sama..sama bengkak...lawan lah...lawan lah...Anwar itu dah tua mesti boleh lawan punya ...pertahankan diri ......jaga maruah dan jaga diri..dan jangan pandang belakang....tapi dia tak lawan. Dia buat pengakuan dia di liwat.....begitu mudah lak tu...

Entah la...penat nak cakap. Tapi kalaulah ini berlaku lagi...maksud Nora, tuduhan liwat ke atas Anwar, maka kali ini peperangan pasti lebih dahsyat lagi. Gerakan kali ini untuk menuntut keadilan buat orang yang difitnah serta mempertahankan Anwar yang terus dizalimi pasti di sertai dan diwarnai oleh bukan sahaja golongan reformasi tepi jalan yang tak berapa nak sekolah tetapi di sertai oleh phewwww....ramai Yang Berhormat, dari Ahli Parlimen hinggalah ke ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri...Setiausaha Politik, Setiausaha Khas, Pegawai Khas, Ahli Lembaga Pengarah GLC Negeri dan ratusan mereka yang bijak pandai...pasti...pasti... mereka akan sama-sama kita dari golongan reformis untuk akan menegakkan kebenaran.

Mereka adalah “hard core” Pakatan Rakyat....sebelum ini mereka penyokong reformasi dari tahun 1998....mereka memperjuangkan rakyat dan sekarang duduk kat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sure heboh...oppps sure hebat. Ohhh tak lupa mereka yang dalam blog Nora...yang sama-sama mengerti tuntutan perjuangan – sama-sama bergelar reformis - akan turun dan mengambil risiko memperjuangkan kebenaran. Kita lawan okay..bukan kerana Anwar tetapi kerana tuduhan dan tuduhan tersebut adalah kezaliman buat seseorang yang difitnah itu.

Berbalik pasal mengecat rumah tadi, teringat gak Nora satu insiden. Nora nak cat pintu, tinggi sangat la so Nora ambil bangku dan dipimpin oleh anak-anak Nora untuk mengecat ....part yang tinggi tadi. Payah juga..nasib baik lah kita tak leh terbang..terapung atas udara. Kalau boleh sure senang ..tak payah pakai bangku tak payah orang nak pimpin kerana takut kita jatuh nanti..ehh..ehhh...payah. Tapi apa pula Nora nak mengarut ni ? Tak de lah..insiden itu mungkin boleh kita pakai sikit...hakikatnya manusia tak leh terbang...lainlah naik kapal terbang....manusia tak leh terapung. Manusia perlu diangkat dan dipimpin untuk naik....begitu juga pemimpin. Dia tidak boleh naik jadi pemimpin kalau tidak diangkat oleh rakyat. Dia perlu sokongan dan sokongan itu meletakkan dia di tempat dia sekarang.

Tetapi sambil memanjat untuk mengecat itu Nora takut juga ...buat yang tengah pegang Nora itu lepas tangan atau bangku itu rebah...phewww jatuh Nora .....luka dan lebam...tak ke kes aniaya. Tapi Nora yakin kerana yang sedang pimpin Nora dan pegang Nora itu orang yang Nora percaya dan sudah teruji kesetiaannya serta bangku itu Nora dah test dan lulus jaminan SIRIM.....baru yakin ....baru boleh naik dan habiskan kerja mengecat itu. Setelah selesai Nora ucapkan kat kepada mereka terima kasih...dan yakin bangku itu masih kukuh untuk cat bahagian yang tinggi di tempat lain. Untuk itu Nora sedar bahawa...ini usaha kita cat sama-sama dan Nora tidak akan lupa.

Hi Hi Hi ....pemimpin pun naik kena angkat dek rakyat juga kan...dan kemenangan Pakatan Rakyat juga adalah kerana pemandu teksi, Posmen dan mereka yang berteriak di jalanan bagi menyempurnakan tuntutan jangan lupa mereka...jangan lepas naik buat de...aje silap hari sokongan itu bawa rebah..dan satu lain...adakah ujian SIRIM kalau....lantik mereka yang sudah teruji komited..yang ada masa susah dan bukan waktu hanya nampak batang hidung masa senang. Ingat dan sentiasa ingat pada mereka. Jangan hanya mahu mereka waktu pada waktu dan masa nak pasang bendera, ajak juga mereka bersama-sama untuk perkara-perkara lain.

Apa pun, lepas ini..kita tengok kembali, Anwar boleh nilai kembali, siapa kawan dan siapa lawan..siapa yang sanggup berkorban untuk berjuang dan siapa yang akan ada bila menang pilihan raya sahaja.....lepas itu nak tanya sikit..siapa itu Saiful ini...setakat lepasan ijazah banyak lagi ada di kalangan budak reformasi itu...kurang-kurang mereka dah terbukti komitmen mereka..tulah...Saiful...Saiful... kalau dahulu Mahathir diserang oleh Barisan Pendekar dari golongan reformasi hari ini Barisan Pendekar itu mungkin berubah sedikit....mungkin TS Khalid Ibrahim dan Khalid Jaafar akan menggantikan tempat mereka terdahulu......ayuh bunyikan semboyan itu semula...bagi Nora...adik..adik yang baru boleh ganti tempat mereka yang dah 10 tahun berjuang dalam reformasi......

23 comments:

AnakMerdeka said...

Aku tak tahu macam mana nak mulakan komen, tapi macam ni la.. sebenarnya timbulnya minat aku untuk minat dengan politik ialah pada tahun 1998 bila pertama kali dalam sejarah Malaysia, seorang pemimpin tertinggi di tuduh liwat.

Masa tu seperti kebanyakan refomis yang lain, aku kehulu kehilir ikut orang berefomasi. Teringat aku macam mana mata naik berpinar kena gas pemedih mata masa mengikut reformasi di kesas highway. Akhrinya aku mula aktif dengan menyertai keADILan.

Masa berlalu, aku jadi semakin matang atleast untuk diri aku sendiri. Dari penghayatan, penelitian dan kajian aku secara rambang, aku dapat beberapa keputusan yang aku nak kongsi bersama korang berkenaan kes terbaru yang berlaku ini.

Pertama, kita semua dah menganggap Anwar Ibrahim itu sebagai wali sehingga kita sanggup mempertahankannya walaupun menyeksa diri sendiri. Kita tidak pernah merasakan yang Anwar itu juga adalah makhluk Allah yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Dalam surat khabar setiap hari kita boleh baca ramai orang kena tuduh meliwat, tetapi kita tak buat reformasi kerana kita tak anggap mereka itu adalah mangsa konsprasi, manakala kita yakin dan percaya bahawa bila Anwar kena tuduh, itu adalah konsprasi.

Kedua, sejak Anwar berada dalam kerajaan, pemimpin pembangkang terutamanya Mat Sabu, dalam ceramahnya sering kali perli-perli Anwar 'main belakang' bermaksud ramai orang atas tahu cerita yang kita semua tak tahu.

Ketiga, ramai orang termasuk mantan perdan menteri, Tun Dr Mahathir marah kepada Pak Lah kerana membebaskan Anwar. Dari sudut logiknya, tak mungkin orang yang 'memaafkan' beliau sanggup buat konsprasi menjatuhkannya dengan tuduhan yang serupa?

Keempat, ambik kata nora "kenapa tak lawan", sebenarnya dalam kes ini aku beranggapan memang ada 'kerelaan' semasa peristiwa itu berlaku. Mungkin disebabkan tekanan oleh pihak-pihak tertentu, atau janji yang tidak ditepati oleh Anwar maka yang empunya diri membuat aduan polis. Kena tekan, kena paksa atau apa juga sebabnya, mestilah ada asas (kejadian benar berlaku) barulah budak itu buat laporan. Aku rasa manusia normal yang berakal sanggup (walau benci macam mana dia dengan Anwar) untuk tampil ke balai polis buat aduan bahawa dia kena liwat, jika kejadia liwat itu tidak berlaku kepadanya.

Kelima, atas sebab taksubnya aku kepada Anwar Ibrahim pada satu ketika itu, aku pernah masuk chat room gay dalam internet untuk menyelami perasaan dan pandangan golongan itu (bukan untuk merasainya). Hampir kesemua mereka yang aku tanya mengaku bahawa dalam dunia gay memang tidak ada kejujuran. Tikam dari belakang, makan kawan, gunting dalam lipatan dan macam-macam lagi istilah. Maksudnya masa suka, mereka akan sehidup semati, simpan rahsia dan sebagainya. Tetapi bila sudah marah, mereka sanggup buat apa sahaja termasuk mengaibkan seseorang tanpa mengira dirinya juga akan mendapat aib dari perbuatannya itu, asalkan hatinya puas. Malah aku dapat maklumat dari chatters bahawa ada lagi orang kenamaan yang mempunyai hobi pelik itu dan masih aktif sampai sekarang. Orang ini dikatakan membela 'anak ikan' (panggilan rasmi untuk lelaki belaan) untuk memuaskan nafsunya. Ini bermaksud, walaupun kita sukar mempercayainya, kita tidak boleh kata perkara ini terlalu mustahil berlaku.

Kesimpulannya, aku rasa lebih baik kita serah kes ini kepada pihak polis untuk menyiasat. Tetapi kalau kita dah set dalam otak kita bahawa semua polis tak betul, semua hakim tak betul memang susah la. Kalau benda ini konsprasi biarlah orang yang merancang ini mendapat balasan yang setimpal, tetapi jika benda ini betul, kita kena akurlah. Janganlah jadikan diri kita lebih kebal dari undang-undang.

Anonymous said...

Salammm Mafia KL,

Banyak ustadz kata, seelok nya kita duduk disebelah yg tertuduh kerana kalau tuduhan benar, kita tak dpt dosa apa2 tapi kalu tuduhan tak betul, berdosa besar tau. Tulisan hang tu pergi keserata dunia. Kalu ramai terpengaruh dan tuduhan tak betul, dosa lagi besau kpd kamu.

Tertuduh ade ke 4 orang saksi yg nampak benda alah tu keluar masuk. Islam terima ke technology baru, kaedah check DNA nak sabit kan tertuduh? Aku pun tak tahu. Kalu dah mcm tuh, ANY TOM, DICK AND HARRY can go to any police station and reports that i got sodomised by Mafia KL. Dah mandi beberapa kali, masih ada ke DNA tertuduh kat situ. Kene korek dalam2 lah tapi dah kene lenyek dgn fresh feces kat rectum tu. i guess getting tertuduh DNA is a monumental task.

My 2 cents

Anonymous said...

Terima kasih Puan Nora Masih lagi mahu perjuangan orang yang tertindas. Kita patut bangun segera pulihkan segala kebenaran.

Sama-sama kita berdoa agar DSAI dilindungi oleh segala fitnah ini, semoga kebenaran terbukti jua. Aku yakin DSAI tidak melakukan prilaku sebegini ..... PERCAYALAH .... kalau ianya benar, aku akan keluar dari PKR dan AIC.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

syabas kak nora, teruskan perjuangan, saya dapat menyelami hati perasaan anda yg telah dikecewakan oleh seelintir manusia !!!!xper kita berjuangg bukan kerana manusia, kerana isu, insyaallah kalau ikhlas tuhan akan balas jasa anda!!!!!jumpa ahad ni di demo anti minyak naik!!!memang betul, masa senang jgn lupa kawan2 yg tolong masa kita susah!!!

amrul

angah said...

salam..

menyelami tulisan mafiakl amat menyentuh hati sayer.bertapa taksub yer mafial; kepada DSAI sehingga sanggup menyelami perasaan gay.Bukan semua org manpu melakukannya.Tapi sayang, jika sudah taksub kepada DSAI kenapa tidak mengikuti perjalanan kes mekahmah yg terdahulu? Seperti saye.minat berpolitik sayer timbul setelah permecatan DSAI pada tahun 1998 pada masa itu sayer baru berumur 13 tahun.Pada usia yg muda itu sayer turun di jalanan. walaupun bukan di saf depan. Saya tahu yg DSAI dianiaya.mengikut logik akal mustahil DSAI tergamak melakukannya.Tapi tidak mustahil gak DSAI melakukannya kalau nafsu menguasai diri.ada gak perasan syak itu timbul. tapi sayer ikut secara dekat perjalanan mahkamah.dr situ sayer kenal internet. laman2 mahazalim amat terkenal waktu itu. dan mirc banyak sekali chanel2 menbincang tentang politik sayer ikut seperti #parlimen #ummah #pas dan sayer salah seorg founder # tersebut.berbalik pada perjalanan mahkamah dapat di lihat bahawa tuduhan terhadap DSAI hanyalah konspirasi semata-mata. sebagai contoh. pindaan sebanyak 3 kali. peguam DSAI menpunyai alibi yg cukup kuat. sayer bukanlah pandai undang2, tapi sayer tahu. jika seorg yg kena tuduh atau defenden mnpunyai alibi yg cukup kuat dan pihak pendakwaraya gagal melawan alibi tersebut pertuduhan atau kes akan digugurkan. tetapi di dalam kes DSAI tidak. bolehkah kita yg menpunyai akal dan fikiran waras megatakan badan kehakiman kita benar2 adil? bagaimana mahkamah boleh menluluskan pertuduhan di lakukan di apartmen yg belum pun siap di bina? bagaimana saksi penting iaitu org yg kena liwat tidak meningatti tarikh yg sebenar 'peristiwa besar' tersebut?
atas dasar inilah sayer masih berjuang dan yakin bahawa DSAI tidak bersalah dan hanya konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

salam perjuangan

Anonymous said...

Suatu masa kita akan mati jua. Sejarah mengajar kita bahawa orang akan di kenang nanti adalah orang yang ada keyakinan dan berani berjuang. Berjuanglah dengan penuh keyakinan walaupun penuh dengan risiko. Semasa reformasi dulu saya selalu turun dengan kawan-kawan. Melatih keberanian di jiwa. Kekadang membawa anak lelaki saya untuk melatih menjadi lelaki yang berani dan berjiwa besar. Nostalgia tersebut masih terasa. Agaknya mungkin para 'refomis' di negara ini berketurunan pahlawan Melayu.

roh_insan said...

Rasa nya elok saya memanggil nora je wlu pun nora lebih tua dari saya(jgn mara a..)

Nora,saya bersetuju sgt dgn kata nora yang kemungkinan peristiwa itu berulang kembali demi utk menebus kesilapan yang lalu atau demi memperbaiki segala kesilapan2 yang lalu.Dan sdh tentu lah seandai nya berlaku lg refomasi jalanan sprt 1998 mmg lah ianya dijangka melebihi apa yang telah berlaku pd 1998 kerana suasana politik yang telah bebeza.

Cuma nya berbalik pd kata2 nora "utk mempebetulkn kesilapan yang berlaku" perlu dihayati dgn sehalus halus nya,dibuat kajian dgn terperinci n dibincangkan dgn panjang lebar bersama teman2 seperjuangan,kes liwat ini sudah dua kali pertuduhan nya keatas Dsai,kes ini melibat kan MARTABAT AGAMA,BANGSA N NEGARA yang perlu ditangani dgn cara yang cukup sempurna n bijaksana n bukan sekadar menjerit jerit beramai ramai.

Maaf nora,saya bkn menidakkn kebenaran Dsai,saya juga adalah penyokong pkr tp tdk keterlaluan,bagi saya sekira nya parti itu dpt membantu rakyat wajar di sokong bagi kebaikn rakyat jua.

Saya bersetuju dgn beberapa komen rakan2 yang tdpt didlm blog nora ni,elok kita bertenang n menyerahkn kpd pihak berkuasa,mmg tdpt unsur2 rahsuah n penyalahan guna kuasa didlm bidang kehakiman n polis di negara kita ini,malah bolih dikatakan hampir sebahagian besar jabatan2 kerajaan di negara kita ini mengamal kn perkara2 tersebut,tinggal lagi tentu msh ada yang jujur didlm menjln kn tanggung jwp n msh ramai yang berpegang fitnah n rahsuah itu akan merosakkn seluruh keturunan mereka.

Saya tau nora mmg di antara yang berani menentang apa jua yang difikir kan "TERINAYA",namun pikirkn juga PR yang sudah hampir ke putra jaya,agenda memperjuangkn rakyat perlu diteruskn,mengutamakn rakyat wajar diberi perhatian drpd individu,apakah yang akan terjadi andai Dsai terpenjara sekali lagi andai fitnah yang dilemparkn tersangkut di mahkamah?,adakah PR akan terkubur?apakah PR kan kembali berpecah?apakah kita rela melihat Bn meneruskn kepimpinan yang sdg membeban kn rakyat ini berterusan?.

Selain dari Rasullullah n para sahabat tdk ada lagi manusia yang maksum,keterlaluan mengagongkn manusia membolihkn kita hampir kpd syirik,mempercayai dgn yakin yang manusia dpt memberi kebaikan kpd manusia juga membawa kpd syirik,sekali lagi say kata kn bkn saya mengiakn tuduhan keatas Dsai,cuma biarkn ianya berjalan diatas proses undang2,kita teruskn usha2 kita utk merentap kembali harga minyak yang melambung n membeban kn rakyat itu,kita usha utk menukarkn kerajaan yang penuh dgn unsur2 rahsuah ini n kita kukuhkn perpaduan yang telah terjalin didlm PR ini,mdh2an kita diberi hidayah n kemenangan olih NYA,kita serah Dsai kn kpd Allah,tak siapa yang dpt menahan andai tertakdir nya Dsai utk menjadi PM di M'sia ini,jgn lah brg siapa utk cube2 mencampuri urusan tuhan itu,juga perlu di ingat jgn lah kita keterlaluan utk menyalah kn Pak Lah andai msh berdegil utk berundur krn blm smp takdir nya utk meninggalkn kerusi EMAS itu.

Kpd mafiakl mungkin anda juga tertipu dgn maklumat yang diberi olih gay2 tersebut selagi anda tdk merasai nya,krn anda sendiri telah tahu yang mereka ini tdk ada kejujuran,mungkin itu hanya rawak sahaja n kata2 kpd yang bukan ahli.Wallahuallam.

Tp nora kenapa saiful ni ada pada dua tmpt? kat pej,Dsai pun ada kat pej,tpm pun ada?mereka ni ada saudara kembar ke?klu ejen,ejen siapa kpd siapa?.Tak faham la saya.

"Kita tdk tahu peluang kedua itu akan membawa kebaikan atau keburukkn".Apa pun yang berlaku adalah baik disisi Allah.

Wassallam.
(lain kali pangil la tukang cat,saya dpt bayangkn klu nora jatuh dari kerusi tu,romentik gile..)

Anonymous said...

Maaf.

Rasa saya "kes" ini adalah sebuah peperangan antara Anuar & Najib....

Anonymous said...

Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

"Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."

Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.

Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.

Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.

Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

saiful bukhari azlan images 300608 01Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.

"Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".

"Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan dan pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."

Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.

Sementara itu, sumber di kampus lamanya memberitahu, beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi dengan dekat kerajaan dalam majlis tersebut.

Mohd Saiful juga pernah mengajak beberapa rakannya menyertai Umno.

"Dia pernah mengajak saya menyertai Puteri Umno. Saya terkejut juga pada mulanya," kata sumber, yang mengenalinya.

Di kampus itu, ahli-ahli MPP lazimnya tidak memihak kepada mana-mana pihak kumpulan politik, tambah sumber.

Kata sumber lagi, sikap Mohd Saiful yang pro-Aspirasi lebih ketara selepas pulang menghadiri seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Filipina penghujung Januari tahun lalu.

Seminar di luar negara itu disertai oleh pemimpin mahasiswa institusi pengajian tinggi dan swasta terpilih dari seluruh negara.

AnakMerdeka said...

Nampaknya ramai yang memberi respond kepada komen aku kat blog nora ni. Terima kasih kerna sekali pandang aku nampak komen korang agak sederhana dan tidak beremosi. Jadi aku nak tambah sedikit lagi, agar kita dapat sama-sama berkongsi pendapat secara rasional.

Berbalik kepada tuduhan keatas DSAI pada tahun 1998 itu aku sebenarnya begitu sedih dan marah. Sedih bila tengok anak-anak beliau dan isteri beliau yang terpaksa berhadapan dengan masyarakat setiap hari. Malah anak lelaki tunggal beliau terpaksa melanjutkan pelajaran ke Australia. Anak-anak yang lain, masih kecil2 ketika DSAI. Dan sampai bila-bila rasanya dunia tidak akan dapat memaafkan perbuatan KPN yang melebamkan mata Anwar ketika didalam tahanan.

Apa yang ada didalam fikira aku ialah "Adakah Anwar seorang gay?". Sejak tahun 1998, aku cuba menjawab 'tidak' atau 'tak mungkin', setiap kali persoalan itu terlintas difikiran aku.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa seseorang itu berhak ke atas dirinya sendiri dan segala perbuatannya. Jangan sebut pasal dosa dan pahala, kerana yang menentukan kita berdosa atau mendapat pahala ialah Allah swt. Namun jangan lupa bahawa jika kita berada di posisi tinggi dan berkedudukan sebagai pemimpin, segala tindak tanduk kita, waimah cara berpakaian dan bercakap mestilah dengan cara terbaik dan bermoral.

Tun Dr Mahathir pernah berkata, pemimpin yang baik bukan sahaja ianya bersih, tetapi mesti kelihatan bersih. Kerana bagi aku, ada yang bersih tetapi kelihatan seperti tak bersih, dan ada yang cukup kotor, tetapi kelihatan seperti sungguh bersih. Aku harap semua faham ungkapan itu.

Kita selalu mendengar tentang tuduhan terhadap pemimpin2 negara dan yang terbaru ialah tuduhan kepada Datuk Najib tentang pengelibatannya dalam kes Altantuya. Kenapa tidak ada orang membuat laporan polis berserta dengan bukti tentang tuduhan itu? Malangnya ramai dari kita yang percaya bahawa Datuk Najib terlibat. Kerana apa? Sebaliknya bila DSAI dituduh ramai yang mengatakan itu adalah konsprasi politik pemimpin tertentu. Dimanakah keadilan kita?

Untuk mereka tuduhan, atau konsprasi kepada pemimpin besar seperti DSAI, aku rasa orang berkenaan harus/wajib berfikir 1000 kali sebelum melakukannya. Aku tahu dan pasti pemimpin2 kerajaan tahu apa akibatnya jika mereka bersekongkol dengan orang yang berniat jahat, membuat tuduhan palsu kepada pemimpin seperti DSAI. Kesan dari kejadian 1998 tidak akan mudah dilupakan begitu sahaja.

Oleh itu aku cukup percaya memang ada 'perlakuan' seperti yang dikatakan, cuma aku tidak dapat menafikan bahawa kemungkinan ada desakan/paksaan oleh orang tertentu kepada Saiful untuk membuat laporan polis.

Anonymous said...

Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.

Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.

AnakMerdeka said...

Bagi aku senang jer, siapa juga yang membuat tuduhan dan apa niatnya adalah perkara no dua dan no tiga.

Perkara pertama yang kita kena fikirkan ialah, adakah tuduhan itu benar? Benarkah dia diliwat oleh DSAI? Atau adakah kejadian itu tidak pernah berlaku cuma dia diarahkan oleh orang tertentu untuk membuat laporan palsu terhadap DSAI?

Perlu diingat, walau siapa pun dia, waimah dia seorang pelacur jalanan, dia berhak untuk mendapat keadilan yang sewajarnya. Kalau benar dia hidup dengan mewah, kita kena tanya juga, dari mana dia dapat duit? Siapa yang sponser dia?

lawati blog aku: anak2merdeka.blogspot.com

Saudagar Mimpi said...

1. Saya melihat dari 2 perspektif……..
1… Kenapa UMNO atau BN perlu mewujudkan konspirasi ini…..
Saya percaya pada 1998 ketika dsai dituduh sebegini (tak kira betul atau tidak), ketika itu kita melihat rakyat bangkit menentang kerajaan dan UMNO, ketika itu UMNO berpecah belah, dan saya amat percaya bahawa UMNO atau BN tidak akan mengulangi perkara yang sama, dalam keadaan UMNO yang tak stabil dan banyak kerusi di menangi oleh pihak pembangkang, saya percaya jikalau konspirasi ini dirancang oleh UMNO atau BN, maka amat bodohlah mereka kerana isu ini akan menaikan kemarahan rakyat dan memberi kredit kepada DSAI. saya yakin dan percaya ini bukan konspirasi dari UMNO dan BN
Jadi saya membuat kesimpulan iaitu ada dua kemungkinan sahaja….
1. konspirasi ini didalangi sendiri oleh DSAI kerana ingin mengembalikan sokongan rakyat kepada PKR dimana kebanyakan negeri yang diperintah oleh PKR mengalami masalah dalaman yang serius, kedua nya dsai takut dengan janjinya yang mana dia mengatakan bahawa pada september 2008 ada penhijrahan besar besaran dari BN ke PR, dan realitinya perkara tersebut menemui jalan buntu, sedangkan dsai telah berjanji dan mengesahkan pada rakyat. ini terbukti bila yong teck lee yang memainkan peranan melakukan provokasi tidak mendapat sambutan dari ahli parlimen BN yang lain. Dan rata rata kita lihat isu yang dibangkitkan oleh PKR berhubung ISA, kenaikan harga barang & minyak tidak mendapat sambutan dari rakyat, hanya segelintir fanatik PR. jadi konspirasi ini perlu untuk mengembalikan rakyat kepada dsai dengan cara simpati.
2. Keduanya, mungkin benar DSAI ….. saiful bukhari,….. (Hanya pengadu, DSAI dan allah yang tahu)… ini kerana dsai terlalu gelabah dan terus berlindung di kedutaan turki, kenapa perlu takut, dan perkara ini berlaku pada jangka waktu laporan dibuat oleh saiful bukhari, bukan seminggu lebih awal sepertimana ancaman bunuh yang diterima seminggu lebih awal tadi…. jadi…. dsai takut dibunuh atau takut saiful bukhari??? dan kita tau tiada bukti menunjuk kan beliau di ugut???? ketakutan beliau cukup mencurigakan……
jadi kepada rakyat pikirlah sendiri dan renungkan….
Apa kata kita mintak saudara anwar bersumpah sekali lagi dengan menjunjung quran, kalu boleh suruh nik aziz jadi saksi, kes dulu pun dsai tak sanggup bersumpah junjung quran ketika perhimpunan di masjid negara. Kalau sanggup buat kat padang kelab sultan sulaiman, kalau buleh masa tu hujan renyai renyai…. lepas sumpah tu…. mintak dsai atau org ramai doa ngan tuhan, kalau sumpah tu tipu, mintak tuhan panah ngan petir jer sesapa yang buat fitnah atau sumpah tipu tu…. Sebab semua orang percaya yang DSAI tak salah, jadi apa perlu takut,Allah pun tak zalim nak hukum org yang tak bersalah…. Mungkin ini adalah kemuncak kepada doa rakyat, kerana rakyat selalu doa mintak allah tunjukkan kebenaran….. jadi saya melihat kebenaran semakin terbukti…. wallahuallam…

Anonymous said...

Nora, jgn cakap pasal pembelaan dan keadilan rakyat jika hanya memandang dari sudut pembangkang. Kalau pembangkang yg kena itu bukan semestinya bermakna dia teraniaya. Lihatlah juga rakyat di luar kepompong pembangkang yg juga perlu kpd pembelaan. Penyelesaian juga bukan hanya dgn protes di jalanan. Apa guna undang2 jika tak dihormati. Apa guna masuk pilihanraya jika cara berdemo yg jadi pilihan. Gunakan saluran yg ada dgn lebih berkesan. Tak semestinya bila kena tangkap polis, kita dianggap hero pembela rakyat. Jika berada di pihak yg benar, Allah sentiasa bersama & tak perlu gentar.

Aku Anak Silaun said...

anyway, kita pun kena bg keadilan juga utk mamat saiful tu...mana boleh DSAI aja...maksud aku, bg la peluang polis siasat. Kalau dah kita kata, ini konspirasi, DSAI x salah, Camna klu mamat tu btul...
kesian la mamat tu.

Aku Anak Silaun said...

Pn. Nora, ko x kenal aku, aku pun x kenal aku...tp aku ada masa reformasi 1998. Di rumah DSAI, datan, Masjid Negara dll.
Cuma satu ja yg aku agak tertanya2,
suasana 98 dulu agak lain compare skg ni. 98 dulu kita bhimpun, jerit reformasi ramai2, DSAI kata: jgn bicara soal pjuangan klu takut risiko...
2008 - baru mamat tu lapor polis, DSAI pigi kdutaan Turki, kata ancaman bunuh. Lepas kuar, kata MP BN lompat tp sampai la ni belum ada...lain mcm btul la?

angah said...

salam reformasi..

orang..aku pun tak kenal kau..kau pun tak kenal aku..tetapi aku kenal DSAI. beliau bukan calang2 peminpin. mungkin saudara tidak mengetahui aper yg berlaku pada malam 28 jun..

jika tak tahu kan elok bertanya..bak lirik lagu xpdc..malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang...

ingin sayer tegaskan disini..DSAI tidak minta perlindungan di keduataan turki, tetapi ahli majlis pinpinan tertinggi yg memaksa DSAI berlindung buat sementara waktu kerana khuatiri keselamatan DSAI. kita rakyat malaysia telah melihat kezaliman polis terhadap DSAI 10 tahun dulu.. jadi kami tidak akan menbenarkan ini terjadi sekali lagi..mungkin saudara orang sudah lupa aper yg kpn lakukan kepada DSAI 10 tahun dulu?

jika kalau saudara orang ingin mengetahui perkara yg sebenar boleh lah melawatti blog khalid jaffar atau zulkfili nordin.

salam perjuangan
JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI
JIKA TAKUT PADA RESIKO
JANGAN BERBICARA TENTANG PERJUANGAN

Emas Perak said...

Jom Tolak Pakatan Rakyat yang bercelaru

http://perakbangkit.blogspot.com/

Aku Anak Silaun said...

angah, takut sesat aku tanya: apa ceta 4MP BN yg DSAI kata nak lompat masa dia balik dr kdutaan Turki tu? aku tak nak denga r alasan security la...

angah said...

benda nie semple jer orang..
cuba tgk ugutan yg di terima oleh 2 mp parti maju sabah..kita perlu ada staterji dlm politik nie..tak boleh gopoh2..tgk masa kuli kata ader parti dr sabah nak keluar bn..semua org tak percaya.. supp pun nafi..betul tak? tiba-2 supp umum tidak percaya kepimpinan pak lah..sama je lah dgn benda nie..tunggu je lah..
insyaallah..

Unknown said...

aku juga ada keraguan dalam kes ni! aku rase cita-cita DSAI tidak akan ke mana. gempak jer lebih! maaflah kalau kau orang tersinggung.

Aku Anak Silaun said...

angah,
1.aku nak btulkn dulu, SAPP bukan supp.
2.aku bukn x leh tunggu, tp katanya di std melawti nak umum, takde pun...
3.aku tgok DSAI ni byk dalih...byk main wayang...ntah2 kali ni main wayang lg!
4.last2 korang jg jd tipah tertipu... sbg sdr aku x rela biarkn korang kena tipu hidup2!!!klu tipu mati, apa leh buat...hehe

Aku Anak Silaun said...

angah,
lagipun SAPP ni x payah la ceta, buang masa. YTL, presiden durang ada agenda, Raymond Tan, timbalan dia pun x sokong. SAPP kata x pcy paklah, tp nak stay dgn BN apa kesss?