Friday, June 20, 2008

Aduhai Khalid

Wa duhhhh.. omongnya cerita fasal Pendekar Jawa. Hari ini diberitahu oleh Khalid Jaafar dalam blog nya KLIK SINI cerita memburuk-burukkan Ezam. Yusmadi juga diheret dalam cerita-cerita untuk terus bercerita mengenai Ezam yang kononnya macam tidak berjasa dalam perjuangan reformasi.

Hairan, yang bercerita tidak sehebat mana dalam perjuangan. Yang bercerita ini duduk dalam IKD membisu – buat majalah yang tidak laku tetapi mengaku hebat pula dalam perjuangan menuntut perubahan. Tak, Nora bukan nak bela Ezam. Ezam dah menyeberang dan apa yang Ezam buat adalah apa yang dia percaya benar. Dia tak pulak kutuk Khalid Jaafar, lebih lagi tak nampak sebelum ini dia memperkecilkan perjuangan Khalid Jaafar yang sebenarnya kecil.

Bagi Nora, kalau nak tegur biarlah berpada. Nora teringat, kalau kita nak buat baju kita ukur badan kita sendiri, kita tengok diri kita dan kemudian kita bandingkan diri kita dengan orang yang kita nak tegur tu. Ambil cermin, cermin lah...tapi cermin pun menipu gak...menipu diri kita sendiri.

Sebenarnya dalam perjalanan reformasi Nora, Nora dah beberapa kali ke IKD jumpa kawan-kawan reformis kat sana yang bekerja dengan IKD. Mereka yang bekerja kat situ kadang-kadang bercerita mengenai apa yang berlaku. Nora tahu apa yang berlaku dan Nora tahu dari kawan-kawan siapa Khalid sewaktu era reformasi. Nora tahu Khalid Jaafar ini pernah berkata kepada mereka yang memperjuangkan reformasi “ kenapa campakkan diri dalam kebinasaan”. Nora tahu dari kawan-kawan Nora apa yang dilakukan oleh Khalid Jaafar dalam IKD dan fasal duit ...isyk tersasul sori ..tak nak cerita fasal tu...nanti sama standard dengan Pak Khalid plak.

Pak Khalid, Nora pun pernah susun majalah SIASAH yang tak laku Pak Khalid buat tau....tak bayar pun..dan Nora tak kisah ...cuma Nora nak bantu kawan-kawan kat sana. Kalau Ezam dah keluar PKR dan menjadi bahan serangan Pak Khalid...Nora masih lagi dengan golongan reformasi, masih lagi berada di tengah-tengah himpunan rakyat mendesak agar rakyat bangkit dan menentang sebarang kezaliman dan ketidakadilan ....dan yang paling best Nora pun ada cerita pasal Pak Khalid tau...jeng..jeng..jeng.

Kalau Nora nak, Nora leh minta kawan-kawan itu bagi macam-macam untuk hentam Pak Khalid dan Pak Khalid ....kawan-kawan Nora itu masih lagi berjuang dan masih kekal sebagai refomis dan mereka tahu....

Tapi jangan Pak Khalid. Jangan pergi ke isu kecil macam Pak Khalid buat tu..untuk buruk-burukkan Ezam. Ezam tidak setuju dengan arah PKR, tidak setuju dengan cara pentadbiran PKR dan akhirnya langsung tawar dengan apa yang sebenarnya dimahukan oleh Anwar Ibrahim atas nama Parti Keadilan Rakyat, Pak Khalid pertahankan lah ...atas dasar itu dan bukan dengan cara bercerita Ezam takut sign itu dan ini. Pak Khalid kat mana sewaktu orang berkorban memperjuangkan reformasi...nak tahu mana...kat .......

Pak Khalid, Nora tak le terror tulis macam Pak Khalid tapi zaman-zaman itu Nora baca gak Internet – nampak Lokman Noor Adam dengan 2 keping bank in statement – jeng-jeng-jeng...mahu di terukan ke Pak....

Pak Khalid...Nora cabar 2 perkara....turun ke Kenduri Besar 5hb Julai 2008 untuk memperjuangkan kebenaran. Kalau dikatakan itu BODOH...maka yang turun juga pemimpin besar Pakatan Rakyat – adakah mereka juga BODOH. Oh Ya satu lagi...Yusmadi, ehhe ehhe, Nora pun tahu cite dia dan tahu di mana dia sewaktu era reformasi. Kat tempat Nora kerja, BOSS Nora pernah tunjuk satu tulisan Yusmadi...puhhhhhh...membedek Ezam habisssss. Anyway Pak Khalid ...wa..duhhhh cakap omputih....gitu, hentikan lah...mohon maaf cepat-cepat takut nanti macam cerita Arwah Pak Dino plak...ingat .......Pak Khalid – nanti Nora dapatkan cite tiu plak..hihihi, anyway Nora tak kan cite selanjutnya kecuali kalau terpaksa...apa pun turun ye Pak Khalid..5hb Julai 08...Nora sambut...Pak Khalid .... dan Pak Khalid...bukan perjuangan kalau tidak ada pengorbanan. Bukan baca sahaja, Mahabrata..itu Pak Khalid...tengok dunia realiti ini.

Jangan marah Pak Khalid..cuma satu kebenaran

17 comments:

angah said...

salam reformasi.i .
reformasi...aper maksud yer? perubahan...memang sayer pun tak pernah berjumpa dgn pak khalid di maner2 perhimpunan reformasi..tetapi sayer melihat perjuangan pak khalid lebih kepada bentuk tulisan... itu pun boleh di panggil gerakan reformasi gak melalui tulisan..berbalik kepada panglima jawa yg kembali kepada parti lama nya..banyak andaian..
dulu lokman masuk umno.. lkman road show satu malaysia menburuukan ezam..sekarang lokman dah tak ada keje..sebab ezam dah masuk umno.. di beri pangkat yg lebih besar dr lokman..jika dulu lokman tak pernah menhina idola seluruh aktivis reform...bapa REFORMASI.. ezam lagi hebat.. menhina..menfitnah bapa REFORMASI..
ISH ISH...kalau untie nora ader jumpa ezam..sampaikan pada nya..ezam anda belum lagi di terima dlm umno..anda sudah menjadi seorg penfitnah..lupa pada sumpah keramat..berpolitik busuk..... dulu anda idola sayer..sekrang anda LUBU.. kalau di dlm sejarah melayu..anda si kitol..mengambil dr tulisan amin iskandar..ohhh..ezam mari tempat sayer..rabu ini ezam datang ke kg malaysia..nora turun lah..nantikan seorg anak muda akan bangun berhujah dgn ezam si kitol....ezam..sayer tunggu anda....
salam reformasi si kitol...

Anonymous said...

Nak berhujah dengan ezam, nama pun tak bagi. Aku kekadang bengang gak dengan orang yang tak berani sebut nama tapi hebat berjuang.

Satu lagi, bagi satu artikel Pak Khalid yang menyuntik dan berani menegur kepimpinan sewaktu reformasi

Mohd Fikir Mohd Din

Anonymous said...

Nak tanya angahsp, ezam fitnah apa? boleh bagi tahu saya tak?

Tulang Besi said...

Nora,memang aku tahu Khalid Jaafar ni tak guna punya kaki.

Dulu dia jaga akhbar KeAdilan jadi hampeh.

DIa sendiri dah makan duit kita tak tau brp banyak.

Dia memang tak layak nak maki ezam masuk UMNO sebab dia betul punya putaq punya kaki.

Dan aku pernah bertekak dgn Yusmadi pasal rumah Ezam. Yusmadi masa tu punya la marah dgn aku terus repot kat Ezam dan pemimpin2 KeAdilan pasal aku brukkan Ezam.

tup tup betapa betulnya aku skrg ni. Ezam adalah pengkhianat perjuangan.

Dan kau NOra, tak boleh nafikan fakta ini. Kalau kau masih mempertahankan tindakan Ezam, akhirnya kau sendiri akan jadi pengkhianat.

Anonymous said...

Nora,
Aku adalah seorang reformis yang pernah ditangkap juga macam ekau. Aku juga pernah berjuang dengan ezam dan nurul izzah semasa pilihanraya kecil Teluk Kemang. Aku dan geng yang atur Ezam dan Nurul Izzah masuk kem pakai uniform tentera. Bagi aku, kalau manusia yang bernama Ezam ni bercakap sekarang umpama Pak Lah bercakap. Kalau dia kata ya maknanya tidak. Walau pun aku kehilangan harta benda sehingga perniagaan aku hancur dan diistihar muflis, aku tidak akan sesekali masuk UMNO lagi. Kalau kau nak bela EZAM sangat kau harus pikir bahawa parti yang EZAM dokong sekarang ini lah yang menyokong tindakan membogelkan kau tempohari. Parti yang EZAM dokong sekarang inilah yang menyebabkan rakyat miskin bertambah miskin dengan tindakan menaikkan harga minyak sekarang. Kalau EZAM tak suka kepada ANWAR, dia boleh menyertai PAS seperti mana yang kau buat. Aku dari dulu semenjak keluar dari UMNO terus berjuang diatas landasan PAS kerana aku sememangnya tidak percaya dengan tindak tanduk segelintir pemimpin PKR sehingga terbukti dengan perilaku ROSLAN KASSIM, LOKMAN NOR ADAM, ZAHID MD ARIP dan yang terbaru MENTOR KAU EZAM. Bagi aku sesiapa sahaja yang mengeji EZAM dipersilakan. Tak payahlah kau nak menyokong dia. Kalau terbukti ANWAR memang bermasaalah pada suatu hari nanti, kita juga akan bangun menentang dia. Jadi janganlah jadi tukang amput dia.... Takut kau pula kena amput nanti.

Tulang Besi said...

ingat ni Nora,

Kalau Ezam betul2 ikhlas dlm perjuangan, dia buleh masuk PAS. Tapi bila dia masuk UMNO nampak sangat dia buat atas dasar kepentingan pribadi.

Raja Petra kata dia dapat RM20 juta.

Kau sokong Ezam ni, kau dapat apa Nora?

cheguBard said...

boleh aku celah sikit nora aku nak tanya... siapa khalid jaafar nie... tak neal lah..

Anonymous said...

ala,khalid gila tu apa yg dia tau..mengutuk orang tau la dia..padahal dia punya sumbangan apa?.berlagak macam intelektual..dia tu dah racun bdk2 muda punya pikiran dgn idea sesat dia tu...ala nora,biarla si khalid tu..kita semua tau perangai dia dan cerita dia..jeng..jeng..jeng!...

buat pengetahuan semua..khalid ni paling kuat menyebarkan fahaman islam liberal di malaysia..kesian la DSAI dapat org kanan mcm tu!...

Anonymous said...

ala p mampus la khalid..mengata org tau la dia...aku nak tanya,sapa dia ni?....dulu dlm UMNO bukan main kuat sokong umno,la ni nak membodek kata dia contribute dlm reformasi pulak..gila punya org!.

Amin Ahmad said...

lawak..semua orang nak mengaku berjuang..

Anonymous said...

asalamualaikum...

sya hormat semua org yg berjuang dlm menegakkan perjuangan ke arah keadilan.. yang kita nak bertelagah pasal si ezam ni buat apa?

nora setakat kau pg demo, tak payah lah nak bagi tau yg kau berjuang mati2an,

muhasabah diri la sikit semua org ada part2 dia.. apa yg aku nampak kau byk sgt bascking si ezam ni pasal apa?

mmg layak dikutuk org yg meninggalkan perjuangan, jemaah.. kalau terasa hati pun jgn la jilat balik apa yg kau dah lafaz...

tp apa pun kita dah tahu dia mcm mana skang ni, aku hanya berharap DSAI dpt jadi pm... aku biar lah mcm ni...

yg penting kalau kau sokong sgt ezam kau perlah join UMNO, senang jgn jadi hipokrit, jgn jadi ayam jantan berkokok sedang kan ekor bergelumang najis...

atau nak tunggu offer, setahu aku bila fikrah seseorg tak betul kita dah tahu jawapan dia...

ezam, mengaji quran siang malam, umno juga... enam jahanam jgn citer la...

apa pun ... dulu reformasi.... skang reformani...

wama karu wama karallah walllahu hairul makirin

kalamtumpul said...

aku setuju dengan hang kak nora hoi..khalid ni ank usrah ust ghani samsudin dlm abim dulu, tp skrg nk jadi hero. masa anwar kena tgkp hang lari mana khalid oi..anwar bebas hang keluar, mcm abdullah bin ubai zaman nabi, nabi g perang dia lari sembunyi, nabi balik perang dia la tukang sambut.. aku tau, hang kak nora walaupun hang cakap sentiasa berpaksikan kehendak rakyat, tp aku tau hang sebenarnya lebih syg agama hang, so bila pegang agama, kita tak kan tersilap lgkah..aku la di damsyik sentiasa doakan hang anak beranak.. ada masa jenguklah blog ust nik abduh ank tok guru nik aziz tu..blog dia byk ilmu...

Anonymous said...

ramai ngaku pejuang dan nk jd wira (bkn iswara)...para sahabat dulu yg mati dlm peperangan pun ada yg dihantar ke neraka krn menurut Rasulullah saw mereka berjuang semata2 nk syahid dan nk dikenang...akan tetapi menurut Baginda perjuangan yg sampai dan diberkati ialah perjuangan yg kita lakukan atas dasar utk menegakkan kalimah Lailaha Illallah!wallahua'lam

Anonymous said...

berjuang...berjuang demi perut sendiri! tu yg diutamakan!kalau kehendak perut tak diperjuangkan tak kemanalah kita...dan dimurkailah kita!
cuma jgn melampaui batas sehingga perut tak mampu tanggung!lubuk penyakit ada disitu

Anonymous said...

Anonymous berloya buruk dan berkata dgn biadapnya dgn menggunakan "sahabat" :

"ramai ngaku pejuang dan nk jd wira (bkn iswara)...para sahabat dulu yg mati dlm peperangan pun ada yg dihantar ke neraka krn menurut Rasulullah saw mereka berjuang semata2 nk syahid dan nk dikenang...akan tetapi menurut Baginda perjuangan yg sampai dan diberkati ialah perjuangan yg kita lakukan atas dasar utk menegakkan kalimah Lailaha Illallah!wallahua'lam"


biadap!! jgn gunakan istilah "para sahabat" utk gambarkan perbuatan buruk!!!! tarik balik dan ubah!!!

Anonymous said...

ramai pulak yg mengaku pejuang kat sini.yg korang berjuang untuk sapa?sapa yg kenyang kalau bukan anwar??

lebih baik buat hal sendiri, berjuang dalam peti undi.tu lagi bagus tak menyusahkan diri tak menyusahkan org lain..

pada pendapat aku tu hak nora nak pertahankan ezam..ezam mungkin lebih mengetahui..kita tak tau..
petra kata ezam dpt 20juta?? kata2 org munafik dan beristerikan free thinker mcm raja petra tu tak payah la dengar..buang masa jer..

mrf said...

buat apa nak persoal kan org pejuang sebenar ke,pegi demo ke.. tak pegi ker.. kan tu hak masing2.. seolah2 nak tunjuk bangga bila pergi berdemo dan menunjuk2 seolah2 kamu lah pejuang..

hal nora komen tentang ezam, tu hak peribadi dan pandangan beliau..tak semetinya beliau umno..
org umno sendiri pun ramai yg menghormati dan mengkagumi tokoh2 pas..tapi tak bermakna mereka pas..
tapi buat masa ni aku belom dgr lg org umno mengkagumi tokoh2 pkr..mungkin ezam masih mengkagumi DSAI??

aku pernah bersembang2 dgn amk rembau sebelum PRU12..gossipnyer ezam tau banyak ketidak seimbangan dalam PKR..tapi aku tak nak ulas lebih lanjut sbb tak tau cerita itu sahih atau gossip..biarlah ezam tunjuk taji nya lepas ni..tapi bunyiknya yg aku dengar lebih baik masuk umno kalau pkr lebih teruk dari umno.kata mereka la, yang lantas di sanggah oleh calon mp rembau..

apa2pun aku bukan lah pejuang mcm anda semua..perjuangan aku hanya pada kertas undi..lebih berbisa dari segalanya..