Friday, June 13, 2008

Demo minyak naik

13hb Jun 2008, Nora kembali berdemonstrasi bantah kenaikan minyak. Bagi Nora ini perlu bagi memberi “signal” kuat kepada kerajaan hari ini bahawa kenaikan itu benar-benar menyusahkan rakyat. Hairan betul Nora, selepas naik minyak, kerajaan yang ada sibuk nak bagi duit kepada pemilik kereta, mahu melaksanakan pelan baru untuk tidak menyusahkan rakyat dan mahu berbelanja untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam. Pelik, alasan mempertingkatkan kemudahan awam adalah alasan kenaikan minyak sebelum ini dan hari ini menggunakan alasan yang sama. Lagi mengejutkan ialah pak menteri dan kepimpinan kerajaan mahu memotong elaun keraian dan ini menjimatkan 2 bilion, kata mereka. WOW kenapa potong elaun, kenapa bagi duit kepada pemilik kereta dan kenapa nak pelan untuk membantu rakyat sedangkan yang menyusahkan mereka juga. Sebenarnya mereka naikkan harga minyak lepas itu sibuk untuk membantu rakyat mengurangkan beban rakyat. Macam tak kena aje.


Nora percaya, nanti pada 5 Julai nanti – perhimpunan raksasa protes kenaikan minyak akan menjadi satu protes terbesar dan lebih besar dari bersih kerana rakyat sudah teruk di paksa untuk membayar kenaikan harga minyak dunia sedang kita juga pengeluar minyak. Nora bukan pakar ekonomi, tetapi bila minyak naik adakah adil bila industri atau apa juga bidang perniagaan yang bersangkutan dengan minyak tidak dibenarkan naik? Pelik bila kerajaan kata harga minyak naik tidak akan menyebabkan kenaikan barangan lain. Penipu kan?


Tolonglah, jangan bodohkan orang. Harga barang sekarang semakin naik. Kos kehidupan meningkat tetapi gaji kat situ gak. Itu pun hairan kenapa ada gak mereka yang sokong kenaikan minyak atas alasan pembangunan. Pembangunan apanya? Harga naik, kos kehidupan naik semua benda-benda akan meningkat termasuk jenayah dan masalah sosial. Tak payah naik harga minyak, potong elaun keraian Menteri, Timbalan Menteri dan kepimpinan politik negeri, tak payah bagi subsidi kepada pemilik kereta tetapi yang penting cut kos rasuah, ubah gaya perbelanjaan kerajaan dari pembaziran dan buat perbelanjaan berhemah. Ini balik-balik kita juga yang disuruh naik basikal sedangkan kepimpinan yang ada selesa biar minyak naik gila babi.


Nanti bila sampai protes gergasi itu, Nora seru semua turun. Ini adalah sokongan kita untuk membantah kenaikan minyak. Satu lagi betul-betul lawak bila PM kita minta kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat untuk turunkan harga minyak di negeri pemerintahan mereka. Dia yang naikkan pas itu di cabar kerajaan negeri yang di perintah Pakatan Rakyat untuk turun harga...tak ke ..ehmmm...ehmmmm..malas nak cakap.


Turun bersama Nora..pastikan harga minyak kita turun dan kalau tak ...biar rakyat turunkan mereka kerana dengan itu harga minyak pasti turun, itu Nora yakin.

6 comments:

Tulang Besi said...

aku cuma happy sebab ini menandakan kau, Nora, belum mahu masuk UMNO dan ikut jejak langkah abg tak tentu arah kau, Ezam Mat Nor

angah said...

salam reformasi ...
semalam saya nampak auntie..auntie senyum dgn sayer..bangga nya dpt jumpa idola aktivis reform depan2..
insyaallah 5 julai turunlah beramai2 warga malaysia yg teraniaya oleh pak lah bodoh...naik menyampah sayer tgk pak lah mencabar kerajaan negeri PR untuk turun kan punya minyak...APER PUNYA BODOH BANGGANG TOLOL SANDUL LAH PM AKU NIE..dia ingat rakyat msia bodah macam dia gak ker...kalu sayer dpn dia semalam..sayer akan cabar dia letak jawatan..nak bagi anwar jadi pm..tengok boleh turun minyak ker tak.....akhir kata...PAKLAH BODOH..........SALAM REFORMASI

Anonymous said...

Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

norazimah mohamad nor said...

Salam

Salam reformasi buat Tulang Besi,Angahsp dan Anakmudaparlimenbatu.

Terima kasih di atas komen,pandangan serta pujian anda.

Pada Tulang Besi,Nora telah maklumkan pendirian Nora sebelum ini.Nora masih tetap dengan perjuangan Nora untuk rakyat.

Pada Angahsp,SYABAS!!!kerana mempunyai semangat juang.Khabarnya,sanggup datang dari jauh semata-mata kerana ingin menghadiri Demo Kenaikkan HaRGA Minyak.Kita jumpa lagi pada 5hb julai ini,
(KENDURI BESAR NI)Jangan lupa bawa geng rrrrr.

Pada anakmudaparlimentbatu,terima kasih di atas sokongan saudara.Boleh di katakan saudara adalah pembaca blog Nora yang paling SETIA!Setiap kali artikel baru dikeluarkan,saudara tidak pernah ketinggalan.Jangan lupa kenduri besar kita pada 5hb julai nanti.JUMPA DI SANA.....

Anonymous said...

Setuju dengan sis Nora mengenai kenaikan harga minyak..kasihan nasib rakyat yang berpendapatan rendah, jika dahulu dengan duit RM 20 boleh juga beli beras 5kg, tapi sekarang sejak harga minyak naik..harga beras pun semakin naik..sikit hari lagi abis semua barang keperluan naik.

Kerajaan nak pantau harga barangan keperluan supaya tak naik harga, habis orang yang berniaga tu tak pakai minyak la nak isi dalam kenderaan mereka?? tak pakai pekerja la nak jalankan perniagaan mereka?? Apa la, dia orang pun nak cover kos juga, semua-semua yang disebut kat atas tu nak pakai duit, dah kalau harga minyak naik...mesti laa harga barang pun akan turut naik....jadi nasib rakyat mana yang terbela..?? cube bagi tau sikit Pak Lah , tang mana nak bela..??

Pastu nak bayar gaji kerajaan 2 kali sebulan pulak..alamak...hat gaji 4000 ke atas boleh laa...tak rasa sangat..hat gaji 800..apa cita kalau dah bayar separuh...emmm..tak berapa nak setujulah dengan cara ini..pikirlah..bil2 sampai tiap akhir bulan...kalau duit dah separuh belanja dah dapat....akhir bulan nk cover duit bil pulak....kalau ada insentif
naik gaji ke apa ke takpe jugak...tapi biarlah menyeluruh, bukanlah pada kakitangan kerjaan sahaja..

Entahlah tak tau nk cakap pasal harga minyak nie..emm..yang menjadi mangsa adalah rakyat juga...kasihan kita yang jadi rakyat Malaysia dibawah pimpinan PAK LAH...

GUA64 said...

Akum.. Takbir!!! & Salam Reformasi..Saya telah mengikuti agak sekian lama perkembangan Nora baik melalui lapuran media maupun melalui laman web. Agak tersentuh luahan suara hati Nora, kritikan, pujian malah tak kurang jugak jemuhan. Ini lah yang harus kita lalui dalam meniti inti pati PERJUANGAN. Kekuatan reformasi perlu ujud di dalam jiwa kita yang wajib di semai dgn peradapan dan kemuliaan insan kamil. Sesungguhnya perbedaaan yg amt ketara antara " Perjuangan dlm politik dan berpolitik dlm perjuangan " Syabas kerana kekuatan jiwa ini ada tersemat di dlm roh perjuangan Nora. Permainan politik Ezam adalah Hero reformis yg berjuang dlm politik untuk apa? Setelah berbagai sumpah, tomahan, janji2 di laungkan. Ingin popular, bercita2 tinggi sebagai pemimpin? atau ingin menarik perhatian semua golongan akan kepetahan pidato? Merajuk dan ingin di pujuk? Reformis seperti Nora ialah cuba berjuang merungkai sistem negara di tadbir secara bijak, berhemah dan adil dan menjaga tatasula peradaban. Reformis bukan berjuang untuk tubuh badan seseorang pepimpin, tapi apakah yg perlu di perjuangkan. BN telah lama metadbir secara retorik. PR sedang dlm pembelajaran sistem. Seru lah para sahabat2 menyumbang idea untuk kekuatan sistem. Rajuk, kecewa, sakit hati perlu di buang dlm kotak roh kita. Bukan semua yg di panggil pepimpin itu di jadikan Allah memperolehi ilmu. Reformis wajib berganding tenaga ke arah petadbiran Negara yg lebih teratur dan adil. Umpama tak sempurna tubuh badan, kalau tidak di bantu oleh anggota2 badan yg lain. Kami dari AJK PR DUN JUASSEH/JEMAPOH KUALA PILAH NS. sentiasa mendoakan Nora di lindungi ALLAH dan tubuh badan yg sihat. Teruskan perjuangan ini Sesungguhnya yg kaya itu bukanya harta tetapi jiwa. Wasalam @@ PAKTAM64 @@