Tuesday, June 17, 2008

Kes Mahkamah dan PAS terpinggir?





Kami dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC pada Januari 2008. Ops padam 3 telah menyaksikan lebih dari 36 orang di tahan termasuk Nora. Apa nak buat, kadang-kadang yang kita perjuangkan adalah nasib rakyat dan ini turut menjadi satu kesalahan.

Ahh tak kisah, kalau perjuangan ini memerlukan kita di tangkap berkali-kali pun saya percaya kita sanggup demi kemakmuran negara. Kesian kalau kita tengok mereka yang berpendapatan rendah untuk ‘survive” dalam keadaan barangan terus naik dan naik – BN. Nora tahu kerana Nora juga terasa kenaikan barangan, apa lagi kos lain untuk membesarkan anak-anak Nora.

Lepas habis mahkamah menangguhkan kes ke 13-14-15 Oktober 2008, Nora pun pergi berjumpa beberapa teman-teman yang di tahan berserta rakan lain yang turut memberi sokongan kepada kami. Borak pun borak Nora terkejut dengan satu isu yang timbul – alamak, PAS dan PKR tidak sehaluan dalam Pakatan Rakyat? Apakah betul perkara ini, kenapa dan mengapa.

Saudara kita sorang ini, bukan orang biasa dalam perjuangan reformasi. Penyokong kuat Keadilan kini mengaru-garu kepala dan mengatakan ada kebenaran kalau dikatakan PKR kini sombong. Nora bertanya lagi, sombong – sombong macam mana? Siapa yang berjalan dengan hidung tinggi ini – kenapa? Tak kan la kot?

Namun cerita itu di teruskan dengan keadaan PKR di Selangor serta mereka yang entah dari mana tiba-tiba macam ikan lumba-lumba melompat mahukan itu, nak kan ini. Kronisme pula dikatakan amalan utama dan ada yang “submit” katanya oleh seorang hamba Allah ini sampai 80 syarikat untuk mendapatkan projek. Isykk, Isykkk betul ke? Jangan buat fitnah macam orang yang buat andaian Nora akan masuk UMNO. Belum sahih dah sebakul sumpah seranah.

Lagi malang cerita itu diteruskan bagaimana PAS hanya jadi penumpang dalam Pakatan Rakyat Selangor. Betul ke? PAS dikatakan terpaksa mengikut kerana mahu terus menjaga keutuhan Pakatan. Namun dikatakan PAS tidak ada suara-macam pak turut dalam PKR terus membela dan menjadi suara DAP sahaja. WOW satu kenyataan yang agak besar. Nora mesti mahu tahu sebenarnya. Nora mesti nak tahu kebenaran kerana Nora dalam perjuangan ini diajar untuk tengok pada satu pihak - yakni rakyat. Yang benar itu benar dan yang palsu dan hipokrit itu tetap palsu dan hipokrit lantas perlu di sanggah. Kan kita diajar begitu? Nora mesti nak tahu perkara ini.

Apakah benar PKR sudah lupa diri dan mula mengamalkan kronisma dan berebut-rebut mahu kaya? Adakah benar PAS suah mual dengan keangkuhan sikap PKR dan PAS sering diketepikan. Kalau ini berlaku maka ada tugas baru untuk Nora. Apa pun Nora akan terus siasat perkara ini.

8 comments:

Unknown said...

itulah yang dinamakan manusiakan? bukan malaikat. tapi kalau makhluk yang bernama manusia ini bersandarkan iman, berpandukan kora'an tidak akan terjadi perkara-perkara begini. itulah juga bak kat orang, iaitu kalau bakanya dari UMNO, bila tumbuh dan membesar perangainya akan mirip perangai UMNO juga walau pun tidak akan jadi seratus peratus bertabiat UMNO.

Anonymous said...

ntah la nora......bersatu teguh,bercerai roboh.kroni kat memana pun ada........x kira pas,pkr,dap.sama je semua.yg penting.........nasib rakyat mesti di perjuangkan

Anonymous said...

Betui..setuju2..bersatu teguh bercerai roboh..ingat apa yang kita perjuangkan pada hari ini adalah untuk masa depan anak-anak kita nanti...

angah said...

salam reformasi..
agak mengejutkan..tapi kita tunggu dan lihat..yg terlalu buat andaiaan..kerana khabar angin benda yg tak ada apa2 pun boleh jadi besar...kenyataan mb selangor supaya meletakkan pegawai bpr di pejabat kerajaan mennunjukkan sikap mb yg beliau tidak mengamalkkan kronisme...mungkin ada 2-3 org pegawai yg ingin mencari kekayaan..wahhuallam...tetapi mintak2 lah ini hanya khabar angin...setakat ini saya melihat perpaduan pakatan rakyat amat kuat..seperti kita tgk perhimpunan protes minyak 13 jun yg lepas..ader pkr dan pas..kemenangan rakyat semakin hampir..jangan lah ader batu api yg ingin mengagalkan pakatan rakyat...
salam reformasi..
reformasi..

Anonymous said...

Puan Nora,
Pertamanya tahniah di atas semangat teguh Puan dalam perjuangan ini walaupun berkali-kali di dakwa. Demi rakyat. Tentang PKR dan PAS, bagi saya apa-apa masalah perlu diselesaikan secara dalaman. Ini menjadi kebiasaan kerana bak orang baru berkahwin, belum kenal hati budi 100% lagi. Harapan pandang kepada rakyat dulu, jangan pandang kepada kuasa dan kekayaan. Ingat PKR serpihan UMNO jadi janganlah bawa perangai UMNO ke dalam PKR kelak binasa.

Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

PAS Cawangan Rasa said...

Mula-mula memang kami jemaah PAS terasa. Tetapi pimpinan tinggi kami ada menegur PKR tentang perkara ini dan pimpinan PKR menerima dan akan mencuba untuk memperbaiki.

Setakat ini, PKR telah terperasan sikapnya yang 'terkejut menang'. Namun ada satu sahaja yg kami tidak berpuas hati, iaitu tentang Islam, PKR seperti membelakangi Al-Quran dan Hadith.

Harap jangan terlalu menjaga hati orang bukan Islam sehingga membelakangi hukum-hukum syariat yg wajib ditegakkan.

kalamtumpul said...

betull..di pendang kedah, tak ada satu pun caw pkr, tp rebut juga nak jadi ahli majlis, bgitu juga di sik, hulu selangor dan mcm2.. yang aku tak leh terima mulut kurang ajar mp pkr sg petani menyebut "ni payah ulama jadi ketua ni"..dia tuju pd ustaz azizan. memang kurg ajar..hang p lah cari tok samy bang jo hoi.. bertanding pakai markaz pas, duit pas, jentera pas, kompas kedah, bla mng belagak hina ulama..

Pemerhati said...

Syabasss...
Teruskan perjuangan anda. Tegakkan kebenaran walaupun pahit..