Tuesday, June 24, 2008

Macam-macam pandai

Salam,

Banyak betul komen yang Nora terima dan Nora mengucapkan terima kasih pada semua. Tak sempat nak baca SMS juga bertalu-talu. Tak sangka ceritanya ringkas komennya banyak. Apa pun terima kasih kepada semua.

Sebenarnya nak jawab semua Nora tak larat. Dalam blog ini mungkin Nora berdepan dengan mereka yang hebat pelajarannya, hebat kelulusannya dan tak kurang pula yang dapat ijazah dari luar negeri – L.E.M.B.U – macam cite P.Ramlee plak. Apa pun mereka beruntung dapat menghabiskan pelajaran dan hari ini boleh memimpin negara ke arah yang baik dan selamat.

Mungkin itu juga sebabnya rakyat kita aman, sentosa dan makmur kerana selama 22 tahun kita diperintah oleh seorang yang berkelulusan Doktor. Mesti semua dan segala macam penyakit dapat di rawat kan? Kita juga mungkin maju hari ini dengan orang yang berkelulusan Universiti Malaya – cukup cekap dalam agama dan dari keturunan ulamak lak tu dan mungkin juga secara tak langsung kita diperintah oleh orang ------- WOW ini paling hebat-bak kata anak Nora – best in the world lah - kelulusan Oxford. Hebat ! Hebat ! Hebat. Mungkin itulah yang sebabnya di Malaysia minyak kita naik, harga barangan naik tetapi cuma suara kita aje tak boleh naik. Mungkin kehebatan mereka belajar telah mengajar mereka cara mentadbir yang sempurna yakni kalau tak cukup duit tengok kat poket rakyat, jolok kat poket mereka – tentu dapat selamatkan negara.

Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dari orang–orang kecil yang dituduh memekak oleh segelintir mereka yang merasa besar dengan rezeki yang diberi tuhan terhadapnya. Nora akui Nora tidak belajar tinggi dan Nora tak pula harap nak jadi Timbalan Menteri Besar Selangor hatta tidak juga mahu menjadi tukang bawa beg Menteri Besar Selangor malah tidak mahu juga tersenyum simpul depan pemimpin dan tunduk menunggu habuan. Rasanya bukan itu yang mereka dari golongan reformis minta.

Mereka cuma nak bertanya, kalau seorang itu dah dapat tempat kenapa orang yang serupa itu diberi itu dan diberi ini dan terus diberi itu dan terus diberi ini. Ramai juga kalangan reformis yang bijak, ada segulung Ijazah atau Diploma dan sanggup turun melahirkan hasrat perjuangan – mendesak – berdepan dengan polis dan FRU. Soal sini mata siapa yang buta dan telinga siapa yang pekak. Kita share la – bila orang yang sama dapat itu dan dapat ini – mereka yang turut berjasa hendaklah kita tengok-tengok. Nora berani cakap kerana AlHamdulilah Nora setidak-tidak Nora boleh hidup kais pagi makan petang dan pagi esok tapi ada yang terbabas dan kehidupan mereka agak melarat. Bantu mereka – bukankah dalam kita mentadbir keluarga kita perlu adil.

Malang bila mereka hadir meminta untuk dilihat masalah dan kemungkinan ada penyelesaiannya – terusan mereka khususnya golongan reformis ini dilabel tidak ikhlas dalam berjuang. Memang perjuangan perlu ikhlas tetapi kalau seseorang itu dapat tempat kemudian diberi lagi jawatan dan jawatan lantas dilantik jadi Lembaga Pengarah – sampai 5 ke 6 syarikat – tak plak kita nak label dia sebagai tamak. Kenapa tidak dilepaskan untuk mereka yang juga mempunyai kemampuan dalam perkara-perkara yang mereka paling arif. Ramai lagi orang kat luar sana – ada kalangan reformis yang berpelajaran juga tetapi kerana kita hanya melihat kuman kat seberang sungai gajah depan mata kita tak nampak. Awas nanti terlanggar gajah binasa kita. Hi Hi Hi.

Sebenarnya Nora suka bertanya isu ini. Nora tanyalah pada boss Nora pasal kes orang berpelajaran dan dapat segala bentuk Ijazah dan entah apa-apa lagi title lepas nama mereka seperti CPA lah, entahlah ke kadang tak faham juga – tentang kehebatan mereka dalam mentadbir atau menjadi pemimpin. Boss Nora pun jawab – ahhh ini yang best ini, dia kata seseorang itu boleh belajar dan jadi bijak dalam perakaunan. Wahh sebut saja debit dan kredit, akuan di siapkan. Malah punya cekap dia tipu dalam buat akuan – yang sepatutnya duit masuk buku ini tolak dalam buku itu , campur dalam buku itu dan tolak dalam buku ini, last-last lending dalam poket sendiri. Boss Nora kata itu adalah pelajaran tetapi tak de ilmu. Wahhh tak faham Nora – maklumlah Nora tak sekolah tinggi. Tapi agak nya apa maksud boss Nora ini ha...satu lagi – dia kata sama juga seorang jurutera – wah pandai dalam hal buat jambatan – design gila – gila beb, nampak terror tetapi rupanya dia kurangkan simen itu dan simen ini last-last jambatan macam buaian. Itu pun katanya ada pelajaran tinggi tapi tak de Ilmu. Fuihhh pening-pening, mungkin macam Dr Mahahtir kot – jadi doktor – belajar tinggi – hebat bercakap – tapi tak de ilmu? Atau macam beberapa orang kita yang cakap hanya mereka berpelajaran aje yang tahu – tahu apa – tahu ambil peluang kot?

Entah lah...Nora nak bawa anak-anak jalan PD hari ini. Boss bagi cuti...nak eratkan hubungan antara anak dan Nora. Nora nak didik mereka sampai masuk universiti, belajar pandai-pandai dan lepas itu cari ilmu. ( betul kot cara ini) Ok lain kali kita jumpa ok...nak gi PD.

20 comments:

THE JOURNEY OF MY LIFE said...

salam...

Pandainyer...kalau nak ikutkan pandai memang betul, pandai ada mamcam-macam pandai, pandai dalam pelajaran, pandai dalam bidang masakan, dan banyak lagilah kepandaian seseorang yang tak boleh nak dibahaskan kat sini...

Tapi dalam perjuangan tak perlu segulung ijazah atau pun kerja yang perofesional yang tinggi untuk membela nasib rakyat...

apa yang dilakukan oleh sis Nora ini bukanlah satu perkara yang mampu dilakukan oleh semua orang hatta mereka yang dikalangan cerdik pandai sekali pun, jadi jangan pandang sis Nora sebelah mata meskipun dia tidak mendapat pendidikan yang tinggi tapi dia mempunyai jati diri yang tinggi untuk memperjuangan nasib rakyat tanpa mengenal erti putus asa dan berani menyatakan pendapatnya untuk mendapatkan keadilan sosial rakyat.

Orang ang cerdik pandai pun sekarang nie dah jadi tak pandai bila depan mata di taburi habuan yang pelbagai sama ada dari golongan rakyat biasa ataupun golongan pemimpin sekali pun...orang yang cerdik pandai ialah mereka tidak hanya pandai dari segi pratikalnya tetapi juga dari segi keilmuan..ada orang cerdik pandai tetapi tidak ada ilmu...bagaimana pula itu..??

jangan adili seseorang dengan pandangan luarannya sahaja!

Anonymous said...

Kak Nora,
Bunyi macam kecewa sahaja, adat perjuangan bukan semua orang suka akan perjuangan kita. Pandai tidak pandai bukan menjadi faktor, kalau pandai dalam pelajaran tapi dungu dalam pentadbiran itu susah juga. Penting sekarang pada zaman ini ialah mencari ilmu agama, cabaran dan dugaan dalam agama kita semakin tinggi. Jangan cari ilmu dunia sahaja sampai lupa ilmu akhirat.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

PAS Cawangan Rasa said...

Perjuangan adalah satu cara hidup yang akan dibawa sehingga mati. Bermaksud, perjuangan tidak akan selesai sehingga kita mati.

Kemenangan bukanlah satu titik noktah penghabisan perjuangan, malah kemenangan adalah satu permulaan satu perjuangan.

Rakan utama perjuangan adalah istiqomah dan musuh utama perjuangan adalah kekecewaan.

Maka oleh itu wahai rakan-rakan reformis, janganlah anda semua berhenti berjuang dan jangan anda semua dibuai perasaan kecewa, teruskanlah perjuangan anda bersama-sama kami dari jemaah Islam PAS.

Biarkanlah rakan-rakan anda yg tidak buat apa-apa dapat habuan tidak setimpal kerjaan mereka, kerana kami dari zaman Anwar menzalimi kami, sehingga Anwar bersama kami, kami tidak dapat apa-apa pun selain mengharap pahala dari Allah SWT.

Anonymous said...

Buat apa cite pasal perjuangan, kena pukul sana sini, masuk lokap, etc. Kan dah kira takabur tuhh. Plak tuh tulis macam2 tidak diberi perhatian. Kalau perjuangan mengharap pembalasan, baik takyah keluar masuk lokap. ALLAH maha pencipta. Ada yg cari mkn pakai otak dan ada yg cari rejeki pakai skill kaki, tangan. Yg pakai skill 4 kudrat pun berjaya juga atas muka dunia ni. Kembali lah kpd perjuangan asal. Dah berjaya, doakan lah moga ianya berkekalan. Saidina Omar RA masuk kekota BaitulMaqdis dgn jubah yg chompang champing. Anyway, sapa lah kita nak dibandingkan dgn Saidina Omar Al-Khatab.

Saya nasihatkan, Nora teruskan perjuangan asal kalau masih ade kudrat. Buang masa je, kata orang tu camni, orang ni camtu. Nanti pahala pun lari. Masuk lokap kena bogel pun tak dpat apa2.

Anonymous said...

Aku rasa Anonymous 8.31am tidak berapa arif. Bercerita mengenai perjuangan adalah sebagai satu kredibiliti untuk menguatkan hujah sama seperti apabila seorang pensyarah memberi lecture - semestinya dia arif dalam bidang itu dan ada bukti yang diarif untuk berkata-kata. Itu bukan takbur. Lepas itu kalau saidina omar pakai compang camping ko ada nampak ke Allah SWT suruh kita pakai compang camping.

Sebenarnya ko kena sedar bahawa untuk ke syurga pun di dunia ini dikira. Aku tak terror bab ini tapi yang aku tahu, sembahyang pun kita harapkan pahala. Zaman perang lepas nabi menang semua diagihkan sama.

Jgn ngarutlah.

Anonymous said...

salam bro Zain ..
sembahyang mengharapkan pahala, gi lah dgr tok guru ngajar tiap pagi jumaat kat Kota Baru .. waALLAHhualam

ya lahhh seperti selepas perang uhud, bertebaran lah org PKR dan reformists? mengejar habuan ditinggalkan musuh

Anonymous said...

salam Kak Nora..

semoga kaknora seronok bercuti ke PD bersama anak2. tk ramai wanita yg kuat smgt nk berdemo macam akak. Tahniah!!!

rasanya dlm hidup ni setiap org ada peranan.. tugas masing2 yang Allah dah tetapkan kerana Allah lebih mengetahui apakah yg terbaik untuk kita. yg boleh memimpin jadi pemimpin.. tetapi tak semua ada ketokohan. Selagi tidak lari drpd hukum Allah, kita sokong insyaAllah!

pandai akademik atau tidak bukanlah persoalan. di depan Allah amal ibadat dosa pahala yg jadi ukuran.

wallahu'alam

Anonymous said...

aku dengar pakej penyelesaian oleh Yahya Saari ialah dia setuju diam dengan dapat masuk Yayasan Selangor hahahahaaa padan muka semua jadikan yahya hero yahya dapat semua nganga...

aku dah katadah yahya nie pentingkan diri... Yahya pejuang reformis jalanan hahaha bila pula di turun ke jalan...?? masa lepas memang sebab main dua dua chai dalam pemilihan agong parti kali pertama di kemaman, trg dia hempas fail depan Kak Wan dan keluar mesyuarat terus kutuk parti sana sini... lepas TS Khalid masuk parti dia muncul balik...masa duk sedap kerusi empuk dia tak kisahpun kawan2 di bawah yang di jaga ialah orang2 ABIM sahaja masa final lantikan ahli majlis dia diam jerk adale bising sikit itupun sebab sorang dua kawan2 dia tak dapat.....

hahaha kesian aktivis reformis yang ditunggang yahya untuk jadi hero..yahya mendapat kamu terlepas... ikut lagi jaguh lama dan baru datang balik Mustafa yang buka IKRAR tu... dia nie dulu tak dpt jadi calon election then nak jadi pengerusi perhubungan WP lawan zainur tapi terpelanting lama merajuk kuar parti kuar paper kutuk parti.... tapi now dtg balik lepas menang konon pejuang reformis... percayalah dia pun oputunis... nak parking nama then lepas mendapat dia tinggal korang semua....

memang aku setuju ada masalah dalam lantikan ahli majlis dan lain lain... cuma Yahya bukan hero dia..yahya bakar line untuk dapat perhatian tutup isu rasuah dia... yahya tulis surat rekemn kawan2 dapat project..kawan2 dia sapa bukan kita orang bawah... yahya kutip duit atas nama pakatan rakyat nak sambut 100 hari kerajaan selangor tapi masuk ke dua akaun satu akaun parti dan satu akaun misteri NGO islah sehingga perkara ini menimbulkan rasa kurang senang dan mampu buat gaduh ngan kawan dap dan pas...

Nora if hang nak aku tulis lagi aku tulis lagi kali ini tulisan proper dan hang janji siar kat blog hang aku akan tulis....

hang pun nora jgn le bising2 sgt aku setuju kat hang tapi jaga perjuangan... hang pun bukan langsung tak dibantu... sikit dapat kan.... abang Kamel pendek pun pernah bantu hang masa keta kena tarik then untill now tak bayaq pun balik... tapi takpe faham...camtu le juga nasir pun dan kawan2 aktivis jalanan yang lain sikit2 ada kan dibantu...walaupun sikit ...semua susah tapi jgn keterlaluan pukul hehehee...

bersama mencari kebenaran

angah said...

salam reformasi..

usah lah ader di antara PR bertekar menunjukkan parti maner yang benar. Asas PR adalah untuk menhancurkan sebuah kerajaan yg zalim iaitu BN dan UMNO. semua org berjasa atas perjuangan ini. Tidak kira lah sama ader dia turun di jalanan atau tidak. Perjuangan bukan di ukur sama ada dia berani turun di jalanan atau tidak. Bukan juga menharap habuan di kemudian hari. Beratus ribu rakyat turun kejalanan.Tapi adakah PR harus menberi habuan kepada semua? Adakah beratus ribu rakyat yg turun melaungkan REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! ini menharapkan habuan di kemudian hari? Usahlah kerana isu yg sekecil ini perpaduan diantara PR musnah hanya propaganda media perdana BN dan UMNO.Eratkan perpaduan antara kita di PR untuk menenpuh dugaan dr ALLAH SWT. Kita semakin hampir ke PUTRAJAYA, janganlah kerana perasaan tidak puas hati di antara ahli2 parti menbuatkan usaha kita gagal..Bagi sayer semua parti di dalam PR brjasa. Tidak kira lah PAS, PKR atau pun DAP. Perjuangan kita samer. Menumbangkan kerajaan yg zalim.

*sebenarnya saya menanti-nanti tulisan autie nora tentang prjumpaan autie nora dgn ezam.

Memerhati Selangor dari Lensa Rakyat said...

Hari ini Ezam bising pasal wang derma ? Kenapa ? sebab dia berada di sebelah Umno dan dia perlu menyerang apa juga cara kepada sebelah lawan Umno. Itu bukan prinsip tapi kerana kepentingan diri.

Ezam sejak hujung 1998, bukankah hidup hasil dari wang derma ? Pergi ceramah, rakyat digesa kumpul derma jihad tetapi ia untuk sapa ia untuk Ezam. Sebelum balik tiap malam lepas ceramah sudah pasti poketnya dimasukkan penganjur wang derma malam itu.

Itu tidak termasuk wang 'derma' bulanan dari seorang Dato cina dan seorang Datuk CEO syarikat komponen automobil yang tersenarai dalam BSKL. Mereka ini beri derma untuk bantu perjuangan. Jumlah bulanan dari dua Datuk ini mencecah lebih RM 20 ribu sebulan, tetapi bagi Ezam perjuangan itu adalah dia maka sudah tentu wang derma itu untuk tanggungan dia dan keluarganya.

Di mana di mendapat kemewahan, berkereta mewah dan berumah besar ketika semua orang berjuang. Dia juga yang mengatakan dia tidak ada harta yang dikumpul ketika bersama Anwar Ibrahim. Maka sah lah hasil wang derma.

Dengan wang dermalah dia membela budak - budak kelilingnya yang kononya melihat Ezam setia walaupun dalam keadaan susah tetap membela mereka. Sedangkan mereka tak tahu yang wang derma kepada mereka (budak - budak ini) amat kecil jika dibezakan dengan wang derma yang diperolehinya.

Itu belum masuk derma khas menjelang program atau event besar. Ezam pasti akan kutip.... kalau dia dapat RM 50 ribu maka dia akan guna hanya RM 10 ribu sahaja. Menjadi perangai dia juga mempergunakan bil - bil yang sama dua tiga kali untuk 'claim' dari dua tiga orang simpatisan Anwar yang kaya raya.

Sudah lah Mat Ezam Kotak orang meluat tengok kamu

Anonymous said...

Salam reformasi,

Apa dah jadi dengan kita semua? Dulu apabila kita tahu sahaja ada perhimpunan, tak perlu kita dijemput, semua akan hadir. Kini baru lebih 100 hari PR memerintah, banyak betul komen-komen yang kita dengar. Malangnya, komen yang didengar adalah dari penyokong PR sendiri. Apa salahnnya kalau kita tolak aspek kepentingan diri dan lebih kepada aspek rakyat.
Perjuangan kita semua masih jauh lagi. Pada yang sudah ditarik kereta, pada yang sudah diistihar bangkrap, pada yang sudah bercerai berai, pada yang sudah dimasukkan ke lokap, dan semua itu dilakukan diatas nama perjuangan, maka kita mohon kehadrat ALLAH agar dikurniakan kekuatan untuk terus berjuang dan dimurahkan rezeki.
Kejadian yang saya sebutkan diatas telah terjadi pada diri saya dan kini saya masih lagi terus berjuang dalam hidup mahupun REFORMASI.

Fikir-fikirkanlah.......

Anonymous said...

sampaikan mesej itu pada kepimpinan yang akhirnya sama seperti Umno. Kita bantah kenaikan minyak untuk rakyat mereka ambil kesempatan dari situ.

Kita berjuang untuk kemakmuran rakyat, yang makmur segelintir itu. Dalam perjuangan juga kita sebenarnya tidak perlu jadi bodoh. Kita suara yang menjadi suara rakyat tapi malangnya suara kita jadi suara sokongan org politik yang berkhidmat untuk diri sendiri.

Kita jangan berjuangan hari ini untuk naikkan orang yang sama atau entah-entah lebih buruk dari sekarang. Jangan asyik menagih pengorbanan org - sendiri - perlu berkorban dan kepimpinan perlu ambil ikhtibar dari susah payah org . Jangan jadi pacat menyusahkan org, menipu orang dan akhirnya sampai orang benci pada kita. Ingat itu pemimpin.

Anonymous said...

Salam kepada semua pejuang reformasi dan pendokong PKR ..
ps: Nora masih ahli PKR? takpe lah apa2 wadah pun, asal jgn keseberang sudah ..

lagi pun TGNA pernah berkata, "kalaulah UMNO tu dah bertukar mendokong ISLAM sekuat2nya dalam serba hal, maka kita tak perlukan lagi parti PAS"

Alhamdhulilah shukur saya perhatikan komentar2 terbaru saudara-saudari semuanya sungguh positif, lahir dari maturity yg maksima dan kesedaran tulen. Kalau dah air acid, rotan, baton tidak melunturkan jiwa raga para reformists, apa lah sangat dalam perjuangan mencari rezeki yg halal, tidak meminta-minta. Jiwa yg ikhlas, bersih lagi suci, balasan dari SWT pasti tiba dgn segala macam rezeki asalkan ada usha dan tawakkal.

Saya sungguh berharap agar pimpinan atasan PKR cuba sedaya upaya at least mengadakan perjumpaan2 meraikan para reformist. Sapa2 yg pandai berkarya, boleh menjilid buku-bulu memoir zaman reformasi. Pasti banyak kenangan pahit manis masa berjuang. Ini kan juga punca rezeki yang berterusan dgn royalti buku yg dapat di-kutip. Takyah lah nak mengharapkan siKhalid bagi project dan lagi pun mana dia boleh bagi, semua kene tender dah sekarang :) :) :) Emmmmm ada terbaca tulisan Lokman Adam dalam blog kisah-ezam tadi. Amat tertarik. Pergilah kesana !! "Sirih pulang ke-gangang" berdendang di Sg Besi 2 hari lepas.

Tulang Besi said...

NORAAAAA!!!!!,

Apasal Abang kamu, abg Ezam menipu pasal Abang Rosli?

Bukan ke Abang Rosli ni pernah tolong Ezam dan keluarga Ezam terutama masa Ezam masuk penjara dulu?

Kenapa teruk sangat Ezam Mat Not ni haaaaa


http://www.malaysiawaves.com/2008/06/ezam-mat-nor-kamu-menipu-rupanya.html

Tulang Besi said...

Hakikatnya Ezam kamu pengecut. Kamu tahu gagasan kamu telah ditolak, lantas kamu lari dari perjuangan dan kamu pergi menjilat ludah kamu semula. Cerita kamu telah masyhur seantero dunia. Semua orang tahu kamu bercadang masuk UMNO sejak lama dahulu, masa 2004 lagi. Pergi berjumpa Dato Aziz Samsuddin, lepas tu bila lobang pecah, kamu fitnah si Lokman Nor Adam. Kesian Lokman Nor Adam jadi mangsa fitnah kamu, Ezam Mat Nor.

Memang bangsa kamu bangsa lidah bercabang, bangsa telunjuk lurus kelingking berkait. Tak boleh dipercayai hatta masa dalam KeAdilan lagi saya dah tahu perangai kamu.

Ingatlah pesananan orang tua-tua: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Kepada pembaca sekelian, coretan ini seharusnya menjadi peringatan. Barang yang buruk jadi sempadan, barang yang baik jadi tauladan.

Sekian adanya.
Tulang Besi

Adik Anwar nafi masuk KDEB

KUALA LUMPUR 27 Jun - Adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rosli, hari ini menafikan beliau pernah dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dilakukan bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkan abangnya yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau berkata, bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor seharusnya mengemukakan bukti mengenai perkara itu terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelak akan memakan dirinya sendiri.

''Dia (Mohamad Ezam) jangan lupa bahawa abang saya pernah menjadi majikannya. Justeru, sebelum membuat sebarang tuduhan yang menganiaya orang lain, dia patut fikir dahulu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan kemungkinan Anwar mengamalkan nepotisme dengan melantik ahli keluarga sebagai penasihat dalam KDEB.

Rosli menegaskan, beliau tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai penasihat dalam syarikat tersebut.

Justeru, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana perkara itu kini boleh menjadi isu.

Bagaimanapun, Rosli mengakui, beliau mengenali Presiden KDEB, Datuk Abdul Karim Munisar sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, sebagai rakan perniagaan, beliau ada memberi nasihat kepada Abdul Karim ketika Presiden KDEB itu berhadapan dengan masalah.

''Saya tidak terlibat atau mempunyai kaitan langsung dengan KDEB dan saya mempunyai syarikat sendiri.

''Sebagai adik kepada seorang yang berpengaruh, tohmahan seperti ini memang tidak dapat dielakkan,'' ujarnya.

Beliau kesal dengan tindakan Mohamad Ezam itu yang sebelum ini pernah menganggap Anwar sekeluarga seperti keluarganya sendiri.

Menurut Rosli, anggapan itu kini telah berubah apabila Mohamad Ezam sanggup menikam 'ahli keluarganya' dari belakang.

Anonymous said...

Salam Buat Semua,

Sesungguhnya penyokong dan pengundi Pakatan terdiri daripada berbagai latar belakang. Hakikat ini harus diterima oleh golongan reformis.

Juga harus diterima hakikat bahawa di dalam Pakatan juga terdiri daripada latar belakang yang berbeza.

Hari ini rakyat telah menolak kerajaan zalim terdahulu dan kita kena benar-benar faham aspirasi mereka mengundi Pakatan.

Rakyat mahukan pembaharuan dan perubahan.

Kita harus terima keputusan pucuk pimpinan dan yakin terhadap pilihan mereka khusus dalam memilih anggota jentera pentadbiran negeri Selangor baik di sebelah kerajaan mahu pun institusi milik kerajaan.

Yang terbaik dari segi kepakaran dan ilmu harus diberikan tempat. Kerana itu golongan professional diberikan keutamaan dalam lantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri, Ahli Majlis PBT dan tidak lama lagi masjid-masjid seluruh negeri.

Kita lihat YAB Tan Sri Khalid dari awal amat konsisten di dalam hal ini. Beliau dengan tepat mengambil pendirian supaya tidak “satisfying the lowest common dominator”. Jika tidak kerajaan Pakatan tidak ada bezanya dengan kerajaan terdahulu di mana asalkan boleh membaca dan mengira sudah cukup untuk jadi AJK Masjid atau Ketua Cawangan dan seterusnya Menteri Besar.

Kita akui di kalangan reformis tidak kurangnya yang bijak pandai. Tetapi hakikatnya penglibatan sebagai hero jalanan sedikit sebanyak mencacatkan imej mereka di kacamata yang telah mungundi Pakatan demi menolak kerajaan dahulu.

Golongan reformis hendaklah jujur kepada diri sendiri. Cuba buat penilaian bukan dari perspektif sendiri tetapi dari kacamata pengundi khusus golongan kelas menengah di Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang, Puchong, Ampang, Gombak dan Shah Alam.

Sungguh pun kita terkejut dengan kejayaan dalam PRU12 tetapi kita tidak hilang punca untuk mengorak langkah sebagai kerajaan. Di dalam beberapa kumpulan fokus di kalangan pengundi kelas menengah di kawasan-kawasan tersebut, didapati yang menjadi faktur utama mendorong mereka mengundi Pakatan ialah kerana mahukan pembaharuan di dalam pentadbiran negeri dan bukan dasar perjuangan Pakatan.

Mereka juga didapati amat tidak setuju dengan gerakan protes besar-besaran seperti Bersih dan Hindraf. Namun kerana lebih mahukan perubahan mereka rela memberikan kepercayaan kepada Pakatan.

Mungkin golongan reformis terasa amat kecewa dengan situasi yang kini mereka hadapi di mana ramai golongan professional yang ada di dalam Pakatan hari ini ibarat cencaru makan petang.

Anda tidak bersendirian , kami juga merasakannya seperti bila YB Haliza Talha tidak mendapat tempat di dalam barisan exco negeri. Namun atas dasar “superior academic and social credentials” dan “better interlectual pedigree” kami akur apabila pucuk pimpinan memberi tempat kepada Elizabeth Wong. Hari ini kita lihat dan terima bahawa ada ketepatan keputusan tersebut.

Sama-samalah kita terima dan terus berusaha memajukan Selangor.

Rakyat Selangor menuntut yang terbaik. Itu panduan kita bukan aspirasi dalaman.

Kami di belakang YAB Tan Sri Khalid sepenuh hati.

- Seri Setia -

angah said...

salam reformasi autie nora..

munngkin ker era reformasi kembali lagi..seperti kegemilangan reformasi 10 tahun dahulu..?DSAI di fitnah lagi oleh saiful bakri sukarela pembantu DSAI. tahniah juga diucapkan kepada EZAM kerana parti barunya menabur fitnah yg baru..kalau auntie nora ader berjumpa dgn EZAM atau ader no tel EZAM sampaikan ucapan tahniah sayer kepada dia..teruskan menfitnah..

Anonymous said...

angahSP ko ini memang tungau lah...aku tanya dah apa fitnah ezam...main cakap pasal fitnah....sekali lagi apa fitnah ezam ..aku ulangi apa dia yg ezam fitnah sebelum aku babikan ko...

JAMILKUCING said...

Nora salam buat semua ahli keluarga. abg jamil tengok ada orang komen adakah era reformasi 1999 akan kembali. nak gelak ada nak senyum
ada. hanya kita refomis je tahu jawapanya.tu la pemimpin jangan meljadi melayu mudah lupa. bila dahs enang kita reformis di lupakan betul tak nora. bila susah nak cari kita. abg jamil hanya nak nasihat nora.kita tetap menyokong dan mendokong.tetapi kita jangan membiarkan diri kita di permainkan lagi ok nora. oh ya silalah bertandang ke blog abg jamil. lama tak aktifkan sibuk.sebab abg jamila da 6 web site nak kena update setiap hari. sekarang blogspot abg jamil aktif balik. silalah bertandang nora dan reformis lain.

angah said...

salam reformasi..
kenapa menyorok kan diri di sebalik anonymous..tunjukan diri jika benar.
tak menfitnah ker ezam mengatakan anwar menberikan saudara terdekatnya menguasai KDEB sedang rusli ibrahim di lantik sebagai penasihat KDEB oleh presiden KDEB iaitu datuk karim munisar. sedang tan sri khalid dan datuk seri anwar tidak mengetahui langsung tentang perlantikan tersebut. itu tak fitnah ker? dan aku menantikan kenyataan ezam terhadap fitnah terbaru yg di lakukan parti kesayangan ezam terhadap datuk seri anwar..

jika takut di lambung ombak.
jangan berumah di tepi pantai.
jika takut pada resiko
jangan bicara tentang perjuangan..