7hb mei 2008
Makan malam di warung Pak Teh, Taman Melawati....sedang rancak berborak tiba-tiba terdengar dan terpandang siaran berita mengenai pendatang asing yang semakin mendominasi perniagaan khususnya, di Jalan Masjid India (di sinilah tempat Nora berniaga dan mencari rezeki). Kemudian,saya terdengar komen dari Datuk Bandar iaitu Abdul Hakim Borhan yang menceritakan, bahawa kononnya banyak tindakan yang telah di ambil. Bagi saya, itu semua hanya satu pembohongan belaka!
`RAMBO'
“RAMBO” adalah istilah Pendatang Asing tanpa lesen yang bebas berniaga di mana-mana tempat yang mereka suka dan yang paling menghairankan,mereka bebas berniaga tanpa ada perasaan takut dan segan. Malah yang paling menyedihkan `rambo-rambo' ini didalangi oleh warganegara Malaysia yang di kenali sebagai MAN BERONG dan WAN BERONG, dua adik-beradik yang berkongsi kerjaya yang sama.
Hampir setiap bulan kami melaporkan pada pihak DBKL, laporan kami dilayan dan tindakkan di ambil dengan serta-merta TETAPI tindakkan yang di ambil tidak seperti yang di harapkan kerana akhirnya kami yang berlesen menjadi mangsa kemarahan pihak DBKL (boleh di katakan OPERASI BALAS DENDAM PIHAK DBKL WUJUD TERHADAP KAMI PULA).
Lebih mengejutkan lagi, RAMBO-RAMBO ni tahu lebih awal jadual atau operasi yang akan di lakukan oleh pihak DBKL pada premis-premis di Masjid India dan peniaga-peniaga RAMBO INI BEBAS BERNIAGA WALAUPUN PIHAK DBKL sering melakukan rondaan dan mereka seperti tidak rasa bersalah.
"Sikap kurang ajar dan tidak sedar diri warga asing ini berpunca dari beberapa sebab;
Pihak DBKL tidak serius menangani masalah ini, atau terbabit dalam skandal menerima wang sogokkan dari peniaga-peniaga warga asing ini.
Kebajikan rakyat tempatan khususnya peniaga bazar moden Masjid India tidak dihiraukan dan ini seolah-olah meletakkan kami lebih buruk dari warga asing.
Kita melihat sikap diskriminasi DBKL, sekiranya kita bertindak melaporkan isu-isu ini maka kita pula akan menjadi mangsa mereka.
Puluhan aduan telah kami buat bermula dari tahun 2002 tetapi sehingga hari ini masalah rambo, masalah peniaga asing, masalah warga tempatan yang menyewakan tapak kepada warga asing ( yang telah kami laporkan dengan terperinci) dan kebajikan peniaga sahih yang berlesen tidak dihiraukan oleh mereka.
Lihat gambar ini –
Man Berong dan adiknya - kaki pau ( 3 line) bagi, ambil dan kebas
Ini baru separuh dari peniaga "rambo" , lagi happening Jumaat, Sabtu dan Ahad-macam little Indon
Inilah mafia kat Masjid India. DBKL dan Polis kenal tapi tak da tindakan kerana konon-kononnya dia Abang Long Pekida. Dia sewa tapak dia kepada orang lain dan di RAMBO di depan Masjid India dan membawa orang luar, orang asing masuk berniaga dan kutip hasil – SAYANG DBKL BUTA part ini. Mereka sengaja tak mahu ambil tindakan, mungkin kerana perut kenyang di suap oleh orang – orang seperti ini.
Saya hairan kenapa perkara ini tidak pernah selesai walaupun pelbagai aduan telah di lakukan". Malah mereka semakin berani mencabar kami,peniaga-peniaga di situ.
Tengok satu lagi kenyataan ini: Nenek tua pun mereka bagi amaran :
Saya hairan kenapa perkara ini tidak pernah selesai walaupun pelbagai aduan telah di lakukan". Malah mereka semakin berani mencabar kami,peniaga-peniaga di situ.
Tengok satu lagi kenyataan ini: Nenek tua pun mereka bagi amaran :
Patut warga emas di hargai bukan kasi-kasi warning ( action pada orang tua) berani meh la
Saya telah meniaga di Masjid India pada tahun 1998 sehingga ke hari ini. Banyak juga laporan yang kami telah buat,tidak kira pada pihak DBLK,POLIS dan juga PIHAK MEDIA. Tapi, isu sekecil ini masih tidak dapat di selesaikan. Semalam dalam berita TV3, datuk Bandar memberi kenyataan untuk ambil tindakan. Tapi bagi saya itu hanya satu sandiwara semasa, kerana masalah ini tidak akan selesai selagi penguat kuasa DBKL masih menutup atau kemungkinan gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Ni pesan Nora pada Datuk Bandar Kuala Lumpur:
Jangan cakap sahaja, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Turun dan jangan duduk diam atas kerusi empok itu. Hari ini pegawai-pegawai DBKL mata macam buta, telinga macam pekak.....ehmmm perut sudah kenyang.
Nora cabar Datuk Bandar – hubungi Nora kalau ada berani untuk tengok apa sebenarnya permainan orang bawahan yang membuat rakyat benci kepada DEWAN BANDAR RAYA Kuala Lumpur. Hello Datuk Bandar - Kami rakyat Malaysia, kami bayar cukai , kami ada lesen - ada SSM lagi dan gaji korang pun rakyat bayar. Tolonglah jangan buat bodoh, u tau apa berlaku kat Masjid India, turun dan kita sama-sama tengok. Nora cabar Datuk dan Nenek Bandar, jom turun padang - call - nombor ada kat atas sana
15 comments:
Pertamanya saya begitu terharu sekali dengan lawatan Pn ke blog saya dan bagi sekali komen .... Tq bebanyak atas sokongan Pn ...
Puan....
Peniaga-peniaga warga asing ini bukan masalah baru tetapi masalah ini sudah lama cuma DBKL jarang serius bertindak pada mereka. DBKL hanya sibuk merobohkan peniaga kecil milik org melayu. Masalah ini bukan sahaja di Masjid Jamek, kalau pergi ke Chow kitt, lagilah ramai, ntah ada lesen ataupun lesen diali babakan kepada warga asing ini. DBKL perlu lebih serius dalam hal ini ....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.
Jangan lupa juga untuk buat dedikasi khas kepada Tun Dr Mahathir. Tanpa projek projek mega 80'an dan 90'an, rombongan berduyun duyun pekerja asing mungkin tidak sampai ke sini.
Salam.
Tiada ayat yang terbaik untuk posting anda ini selain daripada:
"Puan Nora. Tahniah, anda adalah pejuang yang gigih, telus dan berani"
Anda wajar print dan faxkan posting anda ini terus ke pejabat Tok Bandar KL tu. Biar dia tau pendustaan dan ketempangan mereka telah disebarluas.
Manusia seumpama tok bandar inilah yang bersekongkol dengan beruk-beruk UMNO.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Rambo dan masalah sejenis ini adalah fenomena yang wujud akibat dari faktor-faktor tadi. Teruskan mendesak Nora dan ajak lebih ramai lagi , kami dari IKRAR akan bantu apa sahaja untuk rakyat agar nasib mereka terbela. Kita dah bagi amaran dalam Sinar tentang hal ini dan kita bagi peluang DBKL, Polis, Imigresyen, Plesenan dan semua pihak yang terlibat untuk selesaikan sebelum akhir bulan May. Jika tidak menjadi kita hantar memo beramai-ramai ye ke DBKL OK!! Teruskan Nora semoga amal yang baik dibalas Allah dengan segunung kebaikan.Oh,,ya tolong infokan ke teman untuk datang Forum dan KEMPEN ANTI ISA minggu ini 11 May di LRT Masjid Jamek jam 2 petang.
pn nora, dulu2 orang line tiga alim-alim, tapi la ni dok kira nak buat duit saja, tak kira dari sumber mana, jln masjid india lubuk duit, chow kit lubuk duit, mcm kek besar, masing2 nak sorang sikit, termasuklah abdi2 kerja dbkl, yang tak tau haram halal, nak bagi anak2 makan2, lepas tu anak jadi jahat, bakar sekolah, lawan cakap cikgu, masuk pusat serenti, pusat akhlak, la ni kan, orang2 jahat ni guna line tiga buat duit, nak tau, mai tengok di kola perleih, tapak letak kereta awam (dibuat dengan duit rakyat) diurus oleh budak2 jahat ni, bila kita tanya, depa kata sewa dengan majlis perbandaran kangar, tapi ada pun surat kuasa mpk, sebab orang2 (pegawai2) mpk pun macam abdi2 dbkl,bila tanya wakil rakyat, dia jawab "depa sokong saya", kalau tanya MB dulu pula, kita yang kena jerkah, jadi la ni, polis dah tak kuasa sebab rasuah, pegawai mpk dah tak ada kuasa sebab rasuah, (termasuk pegawai dbkl, agaknya), jadilah pekan kecil kuala perlis, sebuah pekan koboi, sherifnya adalah ketua samseng, agaknya ISA tak layak untuk depa yang mcm ni, yang boleh kita simpulkan, orang bodoh dimuliakan, orang berilmu dipinggirkan, kerana inilah falsafah alif tolak min, nun tendang wau... he he
SLM PN NORA disini ingin saya memberi skt penjelasan ttg ngo yg baru ditubuhkan.ngo ini ditubuhkan adalah disebabkan sdh 10 thn reformis hidup dlm kesusahan dimana yg dulu ada kerja skrg dah tiada.saya terpanggil utk menjwb komen cikgubad ttg kenapa baru skrg muncul ngo ini.kenapa tak dulu sbbnya dah 10 thn kami melihat tak ada seorang pemimpin reformasi yg hendak berjuang bersama2 rakyat dibawah ini dibawah satu wadah ngo.semua terlibat dgn parti politik oleh itu saudara pengerusi ngo ini terasa perlu ada wadah perjuang reformasi.bila ada pertubuhan barulah ada kekuatan.selama 10 thn parti dan org mcm cikgubad tak ambil pusing masalah reformis bawahan mcm kami ini.cikgubad lepas pilihanraya boleh tukar kereta.besar pulak tu.kami org yg menyokong kemenangan beliau sebagai mpt pkr apapun takde.jadi tengok2lah org dibawah.jgn penting diri sendiri dgn ajenda politik yg besar.kami tahu sapelah kami.dan kami nak beritahu bahawa reformasi bkn hak sape2.biarlah ada puluhan atau ratusan ngo yg berjuang untuk gerakan reformasi kan bgs.kenapa tkt kami mencabar atau rasa tercabar walhal perjuangan adalah sama.sekurang2pun kami ngo ini tak menyokong umno dan barisan nasional.kan itu matlamat kita tentang mereka yg zalim.ini tidak kita buat demi perjuangan rakyat adalah pulak orang kita yg tak sokong.kesian inilah pimpinan kita utk memimpin negara.syabas cikgubad dan sekutunya.lawan tetap lawan.patutnya kalau macam ni jumpalah ngo berkenaan kalau anak jantan jumpa mereka.mereka semua ada di masjid india.marilah kita berdialog.lain kali pergi daftar hakcipta terpelihara barulah ngo ni tak boleh daftar bwh reformasi.REFORMIS TINKOSONG.
hmm...bila mendengar kisah nora, teringat kisah kawan saya yang dikejar dan dimalukan oleh salah seorang ayahanda pekida dengan anaknya sampai ke kampung..tuntut hutang kononnya...kawan saya tu bukan tak nak bayar cuma minta masa/tempoh...ayahanda pekida ini punya la sombong dan riak...datang rumah orang tunjuk lagak samseng...kata pekida islamik..ptuiii...sudahnya keluarga kawan saya tu terpaksa jual tanah dan rm10,000 tu diberi pada anak beranak ahli pekida yang tidak bertimbangrasa...masyaallah! ingatkan mereka kejar sampai kampung minta duit rm10,000 tu nak buat pergi umrah ke, bisness ke...tak! duit tu anak ayahanda pekida tu buat make-up kereta...ptuii punya melayu....salam
Jangan kelepek lah Abdul
Nama saya Ruslim..saya telah ditahan 3 kali sepanjang reformasi. Saya suka ada organisasi tapi biar org yang mengemudi ngo itu wibawa,sama sertai reformasi dan faham tanpa rasa takut. Jangan ambil orang yang tak pernah tercalar dalam perjuangan reformasi, entah mana dia dan tidak ada org yang kenal dia sebagai org reform.
Mereka ini tttiba hadir nak bukak ngo lah, nak perjuangkan org reform lah dan sebagainya. Aku fikir kalau nak lead kumpulan reform perlulah ada kredibiliti dalam golongan reform, bersama dalam suka dan duka, bersama dalam lokap atau dibelasah polis. Kita tetap berjuang. Kita tak tengok org yang tak pernah muncul tetiba nak lead...pirahhhh busuk lah tu....
Pada aku senang aje..Kalau Nora ada dalam NGO itu aku akan sokong tapi setakat NGO itu nak kutuk Bard tak payahlah...leader NGO itu sekarang baru ada...pernah rasa kena lokap, pernah rasa susah jadi reformis, pernah buat program berisiko tinggi mampu kena jail dan sebagainya.
Jgn nak ngada-ngada lah...org yang nak lead itu nak jual ko rang lak...aku rasa kalau orang macam Nora join, nasir join dan mrk yang jadi ahli org yang ada kredibiliti reform dan reformis..ok lah..tapi ini tak...
Bagi aku ini satu lagi manusia nak jual golongan reformis dan lepas itu hilang balik. Aku syorkan kalau nak bukak NGO semua reformis..yang pernah di tahan - bergelar OKT dan ISA perlu dipanggil..nama ada pada SUARAM ada pada KEADILAN ( program Black 14 ada buat pendaftaran OKT dulu) perlu lead bukan org yang ada pada NGO konon nak cakap diri reformis. Pirrah...
Nora ko tolong bagi tahu aku ko terbabit tak dalam NGO sesat tu
sdr Ruslim yang dihormati, untuk mendapatkan kepuasan kepada semua pihak memang mustahil kerana manusia itu berbeza citarasanya. Mungkin ada yang suka Nora, mungkin ada yang suka Nasir dan bermacam-macam citarasanya masing-masing.Silakan aje jika sdr nak membuat sebuah NGO atau apa sahaja namanya dan bersama dengan siapa sahaja yang sdr rasa lebih layak emeimpin sdr. Kami dari hr9808 todak berminat untuk emngutuk sesiapa kerana reformasi yang kami faham adalah satu perjuangan yang mulia dan pemikulnya juga adalah mereka yang berbudi serta berakhlak mulia.Reformasi bukan bakul tempat para perusuh yang hilang kendali atau perosak tanpa peduli tapi ianya adalah sebuah gerakan peradaban bagi mengangkat nilai manusia ke tahap yang lebih tinggi dan mulia. Tahniah atas keberaniaan sdr dan kejujuran sdr mengungkap erti reformasi yang sdr fahami. Silakan datang dan kita berbincang dari hati ke hati soal martabat diri seorang pejuang.Mohon maaf kami bukan mahu menonolkan diri tapi ada beberapa AJK hr9808 adalah pengasas ADIL dan PKN peringkat awal di WP khasnya. Janganlah rosakkan amal kita sdr dan kami tidak mahu mengungkapkan ini semua kerana mudharatnya lebih banyak dari faedahnya.Sila dapatkan info dari mereka yang awal di WP atau di Malaysia tentang nama-nama yang sdr masih ragui.Kami sangat menghargainya dan berharap dapat bertemu sdr segera.Sila tinggalkan no hp sdr kepada Nora dan kita ketemu bersemuka.Jangan beri peluang kepada musuh mentertawakan kita semua kerana pendeknya ukuran pemahaman kita tentang perjuangan.sila ke www.hr9808.blogspot.com
Salam reformasi,
Saudara Ruslim...
Terima kasih di atas komen saudara dalam blog saya.Secara peribadi,saya tidak menyertai HR9808 tapi sekiranya pertubuhan itu mahu membuat kebajikan kepada teman-teman refomis,itu bukan hak saya untuk menghalang.cuma saya mengharapkan mereka yang mengemudi HR9808,biarlah terdiri dari mereka yang benar-benar faham mengenai perjuangan dan erti reformasi.
IKHLAS DARI
nora
Salam perjuangan
Saudara Abdul....
Saudara,saya agak terkilan dengan komen saudara mengenai cikgu Bard.saya harap saudara Abdul bukan ahli HR9808 kerana sekiranya saudara ahli HR9808,maka sesungguhnya saudara tidak tidak faham mengenai perjuangan reformasi.Kalau lah nak di dibandingkan kereta Bard dengan kereta-kereta kepimpinan tinggi yang lain-ermmm,alahai,sendiri mau fikir dan ingat la.Tapi,tujuan kita bukan untuk bandingkan berapa besar atau berapa mewah kereta itu.
Kita compare tentang pergorbanan yang telah dilakukan.Kalau saudara telah cecah 10% pergorbanan yang Bard buat-itu sudah kira ok sangat-sangat...tapi kalau tidak,janganlah komen perkara-perkara macam ini.Nampak macam cemburu buta jer,kan.Jumpa Bard,tanyakan dia sendiri berkenaan dengan apa jua pun kemuskilan,kan itu lebih baik?
Mohon maaf jika saudara tersinggung dengan kata-kata saya.
ikhlas dari
nora
Salam perjuangan buat jatimelayu,
Saudara,
Nr amat setuju dengan pendapat dan pandangan saudara mengenai 3///.Saudara, sekarang ni nak jadi samseng senang je.join 3///.Bayar je duit 360,beah dan dah leh jadi ahli 3///.
Saudara,bukan nr nak mengutuk 3/// ni..tapi kenyataan!tarik kete org mcm gengster,bergaduh walaupun itu salah mereka(pggil geng dan abg long turun),sapu duit org dan buat keje-keje yang kotor.Erm macam-macam lagi la klu nak citer.
Apa yang menghairankan,INDON2 PUN DAH JOIN 3///.Siap tampal stiker lagi kt kete,Alah tak yah g jauh lah...g je kt cokit,kan banyak kedai2 supplier dari indon?Cuba tengok kt cermin kdai mereka.
Ayahnda2 dan Abg long2 ni mcm tak dak kuasa untuk bersuara dan menghalang anak2 buah mereka dari melakukan perkara yang tak baik,walaupun mereka sudah maklum dgn perkara tersebut atau pun mereka terbabit sama?????
Nr pnh bertemu ngn Ayahnda Lan Gajah dan bertanya ttg ini semua tapi tiada jawapan(nr pun kenal byk ayahnda dan abg long dalam 3///)banyak perkara2 yang tak betul berlaku dalam pertubuhan ni...(betul cakap saudara,orang2 lama juga best!!!)
Mungkin mereka tak paham maksud"AMAL MAKHRUF NAHI MUNGKAR" atau mereka terlupa yang mereka telah menjunjung "AL-QURAN UL KARIM".Mereka bertanggung jawab pd AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR.
Tidakkah mereka rasa bersalah menganiayai sesama manusiah?????????
HUALLAH HU AKLAM...
Tanggunglah nanti akibatnya..
Hidup selalu di sumpah org dan di hina.
SALAM
Reformis Nora, saya Shukur. Saya adalah antara mereka yang telah dibuang kerja pada tahun 1998 kerana di tangkap di kg Baru pada awal reformasi.Saya ucapkan terima kasih kerana beri penerangan mengenai NGO baru itu. Kalau reformis nora tak sertai maka bagi saya Ngo itu tidak begitu bermakna.
namun betul kata reformis nora, kalau nak tubuh NGO buatlah tapi biarlah ada mereka yang telah teruji kan? Kalau setakat jadi ahli PKR aje bukan reformis tapi politikus.
Satu lagi saya gi gak ke laman NGO itu, baca nama-nama mereka, ada lah seorang dua yang saya kenal tapi syarat nak jadi pemimpin NGO bernaung atas perjuangan reformasi bagi saya tak betul. memang nyata reformasi bukan milik sapa-sapa dan bukan milik mereka juga tetapi jangan lah ambik kesempatan.
Namun saya rasa reformis Nora diskusi ini patut dijadikan satu topik buka tercelat kan bawah tempat komen ini. Leh reformis nora angkat topik ini ke depan, kita bincangkan
pegidah cakap memang senang, blah la ko.....
Salam...
Melayu kini semakin alpa.
Post a Comment