Berikut adalah email yang Nora terima untuk kita kongsi bersama. Ini sebenar adalah luahan dari kekawan reformis mengenai apa yang mereka rasa. Jom kita share bersama pengalaman yang ada, biar baik mahupun pedih
Berhati-hati apabila parti politik menjadi batu penghalang untuk sama-sama duduk semeja, bekerjasama, bergotong royong untuk membangunkan negara.Berhati-hati apabila pakaian kita -kemana jua kita pergi - memakai baju politik.Politiklah yang menyebabkan kita menggadaikan tanah dan air.Salam hormat dari saya.
Komen dari pelayar blog
Benar, aku juga OKT tapi aku lihat baru-baru ini yang tak berjuang pun mengaku berjuang. Yg tak bukan dari kalangan reformis juga mengaku reformis. Ada plak kini entah sesiapa yang megah cakap perjuangan tetapi sebelum ini menyorok bawah ketiak mak bapak. Pn, Saya hormat puan dalam perjuangan. Saya bangga dengan wanita seperti pn dan saya percaya dalam M'sia tak ramai. Pn,Pn mesti mulakan siri2 perjumpaan sesama adik - adik uni untuk memberi sedikit semangat kepada mereka supaya peka dan ada semangat juang yang tinggi.
Syabas pn, blog yg amat menarik
Komen dari abg Afandy
Salam..
Terima kasih atas balasan e-mail. Petang ni baru sempat jawab pasal tadi sibuk dengan operation meeting. Teruskanlah perjuangan dan bijaklah memilih teman dalam berkongsi rahsia strategi dalam melakukan Reformasi.
Ada kawan yang kita anggap searah dan sehaluan kita namun sebenarnya lebih menjurus pada niat untuk mengambil pengetahuan saat bila reformis akan bergerak dan siapa yang merancang segala.Yang kita percaya kadang kala ianya adalah bala buat kita.
Tapi tidak semua namun ianya ada. Cuma itu pesan Abg Fendy pada Nora atas pengalaman lalu. Nora juga cukup luas pengalaman dalam soal ini dan bijaklah menilai teman agar perjuangan tidak dipergunakan.Nora,Abg Fendy sedikitpun tak terniat untuk menagih simpati atau menjadikan pengalaman mengabdi diri kepada Keadilan selama 7 tahun sebagai satu kisah sedih.
Ianya adalah pengalaman yang terlalu besar ertinya dan memberikan Abg Fendy mengenali dengan ramai saudara dan pejuang pejuang tulen yang tidak mengharapkan ganjaran atas sebuah perjuangan. Tetapi dalam kalangan pimpinan yang ada dan pimpinan pelapis ataupun yang lama terlalu sukar untuk dinilai kejujurannya dalam melaksanakan amanah rakyat dan ahli.
Ramai yang petah berpidato dan bijak dalam mengatur bicara namun segala itu terselit dusta dan penuh kepura puraan yang terlalu jijik dan kotor.Yang ada cuma perebutan jawatan dan kuasa malah mengetepikan prinsip sebenar perjuangan reformasi.2008 melakarkan sejarah bilamana PKR menang dan menjadi Pemerintah dalam beberapa negeri dan kini pemimpin pemimpin MUNAFIK mula bangun dan memanjat tangga pejabat Ketua dan Timbalan Ketua Menteri malah melalui Ketua Perhubungan memohon dilantik dalam jawatan jawatan dalam negeri.
Sungguh memalukan ini berlaku dalam era PKR kini. Yang ada cuma mengharapkan HABUAN untuk dijamah dan dibolot untuk memenuhi tembolok sendiri. Tiada bezanya kini PKR dengan UMNO waktu hadirnya PEJUANG REFORMASI menuntut rakyat bangun menentang.Inilah hakikat PKR dan pemimpin yang dulunya menolak KRONISME namun kini mereka sendiri mengamalkan sikap yang sama.
Malah lebih dasyat hinggakan orang yang sanggup bersusah payah tanpa ada pendapatan yang tetap langsung tidak dipedulikan malah yang sudah punya pendapatan yang cukup lumayan masih memanjat tangga untuk menagih jawatan dalam kerajaan Negeri.Inilah budaya PKR yang semakin menutup pintu hati Abg Fendy dan sukar untuk diterjemahkan Perjuangan sebenar PKR kini dan apakah halatuju dan berlandaskan apa lagi perjuangan ini hendak diteruskan.
Sama saja kata kata Anwar Ibrahim untuk UMNO dan BN dan kata kata ini juga SESUAI untuk PKR. YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN TERUS PAPA KEDANA.Abg Fendy tabik pada para para Reformis yang ikhlas dalam perjuangan dan semoga Allah permudahkan segala usaha Reformis dan diberkati segala usaha.
Salam Hormat.
10 comments:
Sebenarnya reformis adalah alat yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu untuk kuasa politik. Benar anwar telah di zalimi tetapi adakah dengan itu kita akan menyokong terus tanpa usul periksa kerana kita tidak mahu mahazalim diruntuhkan mahazalim2 menggantikan. Boleh Pn Nora ulas kenapa pn tinggalkan Keadilan?
Nora, boleh tahu benarkah u telah menyertai PAS. Knp u masuk Pas? Knp tukar? Apa prob dengan Keadilan? Apa masalahnya?
Salam,
Saudara mohd said
Saudara,saya amat setuju dengan kenyataan saudara itu.Tapi sayang,ramai yang berjuang kerana Anwar,kedudukan,pangkat dan glamour dan bukan kerana rakyat.
Amat sukar untuk saya terangkan dan mungkin ramai yang tak faham dan mengerti kenapa saya tinggalkan PKR?
Namun saya akan buat satu posting menyeluruh kenapa saya bertindak menyertai PAS dan keluar daripada PKR.
http://gerakan-anti-pas.blogspot.com
blog khas hantam anwar !
Reformasi, Reformasi, Reformasi satu suara yang dah tak de lagi. Ubah le tu, ari ini reformis seperti menjulang kepimpinan keadilan yang sekarang bongkak dan sombong.Anwar Ibrahim tak perduli org kecil sekarang ini. Ketua Bahagian mesti kaya dengan wang bukan dengan perjuangan.
Anwar hari ini khianat pada laungan reformasi.
Nora ko antara org yang banyak berkorban skrg ko sendiri kuar dari PAS sebab apa, sebab ko tahu Anwar Ibrahim satu sen tak guna - betul tak?
Jgn terpedaya lagi, Anwar sedang jual negara secara yang paling berhemah - tipu rakyat kecil.
Yang sedar
Saya rasa reformis perlu memulakan langkah untuk membantai kepimpinan yang sebelum ini tak pernah wujud dalam reformasi. Hari ini mereka terhegeh-hegeh datang dan mahu diangkat menjadi pemimpin. Bila masa yang mereka melihat kita kat bawah ini.
Reformis jangan tertipu, kita patut berjuang utk rakyat -tak gitu nora
Terima Kasih kepada beberapa komen yang menumpukan perhatian untuk memberi nasihat kepada para reformis termasuk diri nora sendiri.
Benar kata mereka, kadang-kadang kita yang telibat dalam reformis lebih tertumpu kepada memberi sokongan kepada pemimpin. Pemimpin ini naik dan kemudiannya lupa pada janji, ikrar dan motif perjuangan.
Kita perjuangkan apa yang benar dan bukan untuk menaikkan pemimpin yang hipokrit. Agenda rakyat, mereka yang tertindas, suara mereka tidak di dengari dan tidak dapat pembelaan patut kita beri perhatian.
Nora hanya mampu membuat setakat mana yang termampu dan kita secara kolektif bersama-sama dapat membuat perubahan.
Seperti nora pernah kata, nora akan memberi kenyataan menyeluruh mengenai perubahan Nora dari PKR ke PAS. Nantikan ye.
Terima Kasih untuk semua yang menghantar komen. Perjuangan mesti diteruskan dan ini mesti kita lakukan secara bersama-sama.
Salam
nora, ingat saya lagi... zukri aksah dari kuantan, skrg saya di http://zukriaksah.com, soal kegelisahan dan kecelaruan yg dibimbangi berkait nasib para reformis itu sudah lama saya ungkapkan, ketika saya masih dlm parti, cuba baca "Anak Muda, Pejuang Yang Sentiasa Terbuang" di http://zukri-keadilan.blogdrive.com/archive/68.html, ditulis tanggal 14 Mac 2005. Semoga sihat selalu, salam reformasi!
Reformasi ini bukan kerana DSAI. Reformasi ini adalah menuntut negara yang adil untuk rakyat. DSAI adalah satu sebab kita berjuang, kerana beliau diperlakukan sebegitu, kalau orang yang miskin pun kalau terjadi seperti DSAI, kita sebegai reformis WAJIB menentangnya. Reformasi ini untuk agama dan rakyat malaysia bukan untuk individu.
Rakan2 silalah rajin2 ke blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com/
berilah komen setiap artikel...
Dalam mencari rakan seperjuang dahulu, aku terjumpa salah seorang dari mereka, tetapi mengapa dia di sini?? Betulkah apa yang tersurat dan apakah yang tersirat??
http://jamilkucingpondan.blogspot.com
menarik juga pendedahan itu, apa komen anda?
Post a Comment