Thursday, May 15, 2008

Sukar nak selesaikan atau dah “settle”

Kali ini kita serius sikit. Keadaan di Masjid India masih serupa biarpun banyak “gimik” tindakan yang telah diambil. Namun semua warga Masjid India tahu – rambo ini di naungi oleh Man Berong dan Wan Berong, dikatakan bahawa mereka ada orang-orang separa besar dalam PEKIDA. Malu betulkan, organisasi PEKIDA ini menjadi organisasi cacat atau separa biul sekiranya PEKIDA membiarkan sahaja perlakuan ahli seperti ini berlaku.

Sebenarnya laporan telah banyak dibuat ke atas mereka. Nora dah pamerkan beberapa laporan mengenai mereka berdua tetapi masih macam itu juga. Kenapa susah sangat nak buat kerja. Kenapa berdalih?

Isu ini bukan isu baru, tetapi penyelesaiannya mungkin memakan 10 tahun lagi sekiranya penyelesaian korupsi tidak dapat dibendung. Kekadang kita sedih juga bila penguat kuasa lalu, maka orang Masjid India akan mula ada perasaan jijik pada penjawat beruniform ini. Malu imej DBKL tetapi kepimpinan atasan masih mendengar berita manis yang disogokkan kepada mereka mengenai pusat penjaja kecil seperti di Masjid India ini. Macam mana pun rasa untuk memberontak timbul. Dengan perlakuan mereka – si rambo dan pihak DBKL yang memejamkan sebelah mata atau buta terus maka peniaga kecil Masjid India kini hidup di bawah tahap kemiskinan yang ada.

Sebenarnya Persatuan kami telah menyenaraikan pola peniaga yang ada. Senarai lengkap disediakan mengenai – gerai yang disewakan, gerai yang aktiviti perniagaan dijalankan sendiri serta gerai mana yang telah dijual. Namun sehingga kini – no feedback yang Nora terima.

Kerana itu Nora cabar Datuk Bandar untuk call dan kita sama-sama turun untuk melihat situasi di sana. Datuk Bandar perlu juga tahu, operasi DBKL pada keselaluannya telah di ketahui oleh orang tertentu, ini amat memalukan dan ini akan membuat kita peniaga di situ membuat macam-macam andaian buruk terhadap DBKL. Nak salah siapa?

Entah bila – mungkin tulisan akan datang kita cite fasal virus rasuah kot yang melanda DBKL..





3 comments:

Anonymous said...

Sekarang ini kalau kita lihat ramai orang Pekida jadi hero ... hahaha ... tujuan penubuhan PEKIDA memang bagus tetapi yang tidak bagusnya ahli-ahli yang diambil bukanlah buat kerja tentang Islam .... selalu isu dah "settle" itu ada kebenarannya ... teruskan perjuangan Puan dan rakan2.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

AIDC said...

apa kata bakal PM Malaysia....

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Pekida memang pukimak. Ini adalah spesis mafia orang Melayu yang semakin hilang pendirian. Saya syorkan Pekida di haramkan kerana ahlinya banyak terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Hapuskan PEKIDA