Yb Tien dulu panggil Tien aje kali ini masuk “paper” dan kali ini duduk bukan lagi diheret dan di gari. Nora tersenyum lihat kawan-kawan sekarang ini dah jadi ahli parlimen ( kalau masih mahu kawan dengan Nora la) dan dalam keratan Sinar itu Tien memberi nasihat bahawa perjuangan aktivis perlu ikut landasan. Betullah tu, cuma kadang-kadang landasan mana yang betul terpulang kepada kita untuk membuat keputusan.
Aktivis reformasi Tien ini memang bukan senang nak di gugat keberaniannya. Beberapa kali di tangkap dan sekali sekala bertemu dengan Nora dalam prosiding mahkamah yang mana kita ditangkap. Tak salah dalam tahun ini akan bertemulah Nora dengan Tien pada beberapa kes tangkapan hasil dari memperjuangkan hak dan keadilan.
Tien kata, kita tidak boleh langgar prinsip kemanusiaan dalam kita berjuang atas prinsip keadilan. Besar perkataan itu, susuh sikit nak komen perkara itu tetapi untuk orang macam Nora, benda itu kita mudahkan. Kalau kita lihat orang tertekan, susah dan melarat akibat polisi kerajaan dan akibat yang berkuasa sedap makan rasuah maka kita patut bangkit dan lawan mereka ini. Tempat berniaga Nora di Masjid India sehingga ke hari ini kami lawan pendatang asing yang bermaharajalela berniaga tanpa lesen dan meragut tempat-tempat strategik perniagaan. Banyak usaha telah dibuat, laporkan kepada DBKL, kepada polis dan YB untuk tujuan pembelaan tetapi satu pun tak kena-mungkin rasuah mengatasi segala-galanya.
Mungkin kot, satu demonstrasi besar kita adakan di Masjid India untuk menyelesaikan perkara-perkara ini. Mungkin kot, Nora boleh ajak Tien untuk tengok-tengok, diskusi dengan YB lain dan bawa ke parlimen. Tapi mungkin perkara itu kecil untuk YB dan Tien bawa ke parlimen atau mungkin Tien tak leh bawa benda ini kerana nanti di kira isu kroni lak. Payah betul kan bila dah jadi YB ini. Namun mungkin kecil untuk YB tetapi saban hari rezeki anak-beranak peniaga di situ sering dikaut oleh pendatang asing. Kita macam rakyat Bangla pula jadinya.
Anyway, reformis juga rakyat Tien. Reformis juga kawan-kawan yang sama-sama berjuang. Reformis juga penyumbang kepada Tien dan YB lain dalam Pakatan Rakyat berada di tempat yang mereka ada sekarang.
Sekali skala nak juga dengar telefon berbunyi dan kami akan jadi teruja – Tien call, Tien call – lantas membawa ke mimpi.
Tien – selamat bersidang di Parlimen apa pun saya tabik dan hormat Tien sewaktu sama-sama dalam gerakan reformasi.
5 comments:
http://gerakan-anti-pas.blogspot.com
blog khas anwar
Bagus la u nora. Cerita-cerita tapi ada sikit kena sama org. Tapi apa u cakap tu betul la
Assalamualaikum.... ape kabo? terimakasih atas keperihatinan dan doa Nora dengan apa yang berlaku keatas Isteri Abg Zul.. Tahniah Abg Zul ucapkan pada Nora kerana dah mula jadi blogger.....nampaknya kebanyakan sahabat-sahabat kita OKT kat Parliment ari tu dah jadi YB...semuga mereka bersyukur dan teruskan perjuangan utk menegakan keadilan..
Abg Zul juga terpanggil utk menyatakan sokongan kepada desakan Nora terhadap pendatang yang sedang memonopoli kawasan sekitar masjid India... semuga YB-YB kita sedia turun padang membela golongan kerdil seperti kita... Dulu OKT "Orang Kena Tuduh"...Sekarang OKT "Orang Kena Tolong"...Wassalam
Salam hormat,
Terima kasih di atas komen-komen saudara pada nora.
Pada Abang Zul dan sahabat,nora mohon supaya dapat kita berkumpul semula serta mengeratkan silatulrahim sesama kita.nora ingin mengetahui nasib sahabat-sahabat kita yang lain,macamana ngn sahabat kita yang lumpuh itu dan nora cuba mencari alamat rumah beliau dan merisik-risik cerita dari teman-teman disini.kalau abg zul ada maklumat,tolong hubungi nr.
Jangan lupa kirim salam nora buat kak Mie.teringin sangat untuk mengenali kak Mie ngn lebih dekat lagi.
salam hormat
nora
Post a Comment