Thursday, June 5, 2008

Minyak naik - kita naik angin

Salam

Sekali lagi Nora berjalan..balik kampung musim cuti sekolah. Bawa anak-anak untuk terus mengenali budaya kampung dan untuk mengeratkan hubungan keluarga. Dalam perjalanan pulang Nora dapat banyak SMS yang memberi tahu harga minyak dah naik. Tanpa perasaan terkejut dan seperti yang selalu berlaku...bila harga minyak dunia naik Malaysia turut serta mengikuti kenaikan harga tetapi bila turun ..kerajaan negara ini lupa lak nak turunkan harga.

Seperti biasa kenaikan minyak akan menyebabkan semua benda-benda lain naik termasuk kita rakyat Malaysia – naik angin. Apa tidaknya, kenaikan ini pasti menyebabkan yang miskin terus di belenggu kesusahan dan yang pasti Nora juga akan terasa duit gaji mengecut. Lah...kecil plak duit nak gi shopping. Bila kita menuntut gaji minimum macam-macam lak alasan kerajaan ini. Susah lah, payah lah dan berbagai-bagai alasan dan kajian yang mahu dibuatnya tetapi pengecilan nilai gaji kita tak pernah nak dihiraukan langsung.

Dalam borak-borak dengan kawan-kawan tadi Nora pun mencelah, weii Nora tak takut minyak naik...Nora kena beli basikal – untuk dijadikan kenderaan harian dan beli sampan untuk balik kampung. Sat kemudian Nora, mencelah lagi...cancell, cancell beli sampan dan basikal – apa plak kita nak biarkan harga minyak naik. Malaysia pun keluar minyak jugak, pasti untung dan keuntungan itu kita agih sama-sama untuk rakyat Malaysia atau jangan naikkan harga minyak. Tapi kerajaan perlu bagi subsidi dan kerajaan tak nak bagi subsidi lagi.

Letih...letih....subsidi..subsidi ..macam duit kerajaan itu duit mak-bapak dia punya atau dalam bahasa baik sikit macam duit subsidi itu datang dari duit ayahanda dan bonda mereka. Duit kerajaan itu duit kita , kenapa lak jadi subsidi – macam kita peminta sedekah plak.

Tapi seperti biasa – rakyat kena bangkit dan ketuk sikit kepala mereka yang menyokong kenaikan minyak. Hairan ada gak yang menyokong kenaikan harga minyak. Mereka kata kurang kerajaan bagi subsidi maka lebih banyak untuk pembangunan negara. Pembangunan apa nye...kalau rakyat dah tersepit dengan kekurangan duit tak de maknanya.

Apa pun bagi Nora – kita perlu sama-sama melakukan sama-sama, kita jangan bagi muka kepada kerajaan yang asyik tengok pada poket kita aje...poket sesetengah mereka kembung. Satu lagi yang Nora nak bagi tahu pada semua yang membaca blog Nora...terima kasih atas komen anda. Last sekali, weiii bagi paras gaji minimum dan minyak tak perlu naik...cara mudah untuk capai kemakmuran rakyat...

Salam

11 comments:

Anonymous said...

Kenaikan harga minyak secara mengejut memang mengejutkan apa yang tak terkejut..naik pulak tu bukan sikit-sikit...mak aii..banyak ooo..apa la tak terpikir ke tentang rakyat yang berpendapatan sederhana, haa hari nie kita dah dengar bahawa elektrik pun akan naik, cas bas sekolah pun akan naik, harga barangan keperluan pun akan naik...apa daa..

Nak kawal apa kebendanya harga keperluan kalau peniaga-peniaga,pengusaha dan segala ''peng'' la pun menerima tempias akibat kenaikan harga minyak, depa pun nk cover kos depa jugak...kerajaan bolehlah nak bagi macam-macam rebet la, apa la, sebab ada duit, duit sapa??...duit rakyat jugak...

Habis depa-depa semua ni nak bagi apa kat pengguna...bagi apa lagi...just naikkan harga laaa....apa lagi..jangan nak salahkan mereka pula sebab naikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan....

Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini..??...makin bertambah-tambahlah ''LUKA RAKYAT''...

angah said...

salam reformasi autie..
sejak kenaikan minyak..saye tertunggu-tunggu kenyataan dr idola autie dan saya iaitu ezam mohd nor..ezam langsung tak mengeluarkan kenyataan ,tidak mengutuk,tidak juga menyokong.pelik..di mane ezam? di blog baru ezam..ezam hanya mendiamkan diri..langsung tak mengeluarkan kenyataan..kebiasaan blog menbenarkan pengunjung menberi komen..tetapi di blog ezam tak di benarkan..mungkin ezam takut di kritik,di kutuk atau...malu pada diri sendiri..berbalik pada kenaikkan minyak..kenyataan tpm kita amatlah menyakitkan hati saye dan seluruh rakyat rasa yer..tpm berkata rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah..pandai yer cakap..kenapa tpm tak menyuruh "imelda"rosmah yang menjadi contoh kepada rakyat..seperti kita tahu isteri kepada tpm nie amat boros berbelanja wang rakyat seperti duit bapak dia yang punya..rosmah tue ingat duit kerajaan duit bapak dia punya...ingat..setiap sen yang dia makan duit rakyat akan di tuntut oleh rakyat...dan kepada auntie semoga kenaikan minyak ini tidak menbebankan...salam reformasi..

AnakMerdeka said...

Assalamualaikum.

Sebagai rakyat dan pengguna, sudah semestinya saya juga merasa tempias akibat dari kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan yang lain.

Bagi yang hidup sejak tahun 70-an hingga sekarang, rasanya telah mengalami berpuluh-puluh kali kenaikan harga barang keperluan termasuk minyak. Hakikatnya harga minyak pasaran adalah dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

Kecuali Brunei yang pengeluaran minyaknya mampu menampung semua rakyatnya, negara-negara pengeluar minyak lain terutama di Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia terpaksa mengimport minyak dari luar.

Sebenarnya telah dijelaskan beberapa kali bahawa keuntungan Petronas digunakan untuk kemudahan infrastruktur yang lain seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain. Tetapi pemimpin pembangkang memang pandai bermain kata-kata hingga rakyat terpengaruh. Logik ke kalau kita dengar kata Anwar Ibrahim, hari kalau ini PR menang, keesokan hari harga minyak akan diturunkan?

Memang kita akan gembira, dan lebih gembira kalau dapat minyak free dengan subsidi menggunakan keuntungan Petronas. Akhirnya kita juga akan tetap menyalak bila kemudahan infrastruktur yang lain tidak sempurna dan kemudahan-kemudahan awam yang usang tidak diperbaiki oleh pihak kerajaan.

Jadi, berlaku adil lah kepada semua. Berlaku adil kepada diri sendiri dan berlaku adil kepada kerajaan yang memerintah.

Saya ingin mengambil contoh yang paling senang difahami. Kerajaan PR dalam manifestonya berjanji untuk memberi itu dan ini. Mengurangkan cukai pintu, memberi alaun kepada anak negeri yang memasuki IPT, memberi alaun kepada bayi yang dilahirkan di Selangor, alaun kepada warga emas, alaun itu dan ini. Kalau mengikut hasil negeri, tidak mustahil janji-janji tersebut dapat ditunaikan kerana Selangor adalah negeri kaya dan kerajaan mendapat banyak hasil dari cukai pelaburan dan sebagainya.

Tetapi kenapa janji penurunan cukai pintu ditangguhkan? Kenapa janji air percuma sampai hari ini belum dapat kata putus? Jawapannya mudah, bercakap memang mudah tapi bila berada dalam kerajaan, baru mereka tahu betapa susahnya menjalankan amanah rakyat. Tak semudah meluarkan air liur dari mulut bila berjanji itu dan ini.

Anonymous said...

geram dan terasa amat sakit hati dengankenaikan harga minyak yang agak melampau..

kenaikan nie..akan memberikan kejutan adn bebanan besar kepada sesetengah pihak, terutamanya golongan menengah adn berada di tahap miskin.

kenapa Pak lah and the geng nie, x kaji dan melihat ke golongan yg agak kesempitan dan cukup2 makan nie. at least kalo nak naik pun, sikit2 la.. kami sebagai rakyat Malaysia pun faham bebanan yang kerajaan terpaksa tanggung untuk memenuhi harga minyak dunia.

tetapi, perlukah kita menaikkan harga minyak yang menjurus kenaikan harga baranmg lain semata2dengan alasan untuk menamppung kos kerajaan, tetapi dalam masa yang sama, projek pembangunan raksaksa yang memakan banyak modal.

alasan Paklah nie terlalu lapuk dan mencungkil kemarahan rakyat. paklah, jika dahulu kami pekerja swasta yang bergaji RM 800, mengisi minyak motor dengan harga RM 4 setank, hari ini kami dengan gaji yang sama terpaksa mengisi minyak dengan harga RM 7 se tank. keadaan nie dah memotong perbelanjaan harian kami yang agak2 cukup makan...

wahai Pak Lah and the geng.... bila la nak tumbang nie..menyusahkan lagi ada la...

Anonymous said...

Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Isu yg patut diperjuagkan oleh golongan anti minyak naik ialah pembaziran/penyelewengn dana negara. Projek2 gajah putih yg xda manfaat patut dihentikan. perjalanan projek kena telus, ikut spesifikasi, tiada keuntungan berlebihan.
Cth:
F1, momsun cup, taman hdari,jalan raya yg tak pernah2 siap di baiki dll.

Pengurusan perbelanjaan yg berkesan akan membolehkan lebih banyak subsidi diberikan kpd rakyt.

Dari segi kenapa jual minyak negara,knp tak guna utk rkyat sendiri, knp guna keuntungan petronas utk pelaburan masa depan, semua itu memang teori biasa ekonomi. Tak perlu dipertikaikan

Kerajaan Rakyat said...

UMNO DAN BN MESTI DITENTANG.
MEREKA BERSIKAP SEPERTI BINATANG.
MEREKA ROMPAK YANG KITA TATANG.
TINGGALKAN KITA KERING KONTANG.

Salam takzim
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Anonymous said...

A'kum saudari nora. saya amat kidhiwa dgn kenaikan harga minyak baru-bru ni. Saya nak kaitkan tulisan saya dengan rancangan majalah 3 yang semalam disiarkan. Saya amat tertarik dengan kenyataan daripada bekas YB Mat Sabu. Beliau mengatakankan yang beliau lebih suka membuat ativiti-aktiviti yang lebih dekat dengan masyarakat seperti menjala. Cuba kita renungkan, adakah dengan aktiviti bermain golf seperti yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan yg emerintah sekarang akan mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.... ha.... seperti kata raja lawak musim kedua... lu fikirlah sendiri.... saya ingin mencadangkan agar segala elaun, gaji menteri-menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan pegaai-pegawai kanan kerajaan di potong. ini adalah sebagai tanda pengorbanan mereka kepada rakyat yg telah memilih mereka.. amcm puan.... plz comment... (regards.. zabidin72)

Cik Lee said...

ada jugak yang sokong minyak naik 70sen ??? Pelik.. pelik... mesti depa nih kaya tahap gaban...

Just said...

Betul2 menyakitkan..depa xrs mcm ne kesan bila minyak naik..biasa laa minyak free, pastu xabih2 nk banding dng negara jiran. die org tu negara pengeluar minyak ke?knp xnk banding dengan brunei? antara negara penguluar minyak terdekt dgn kita. Sikit2 banding singapore n thailand.

Singapore n Thailand biar pn minyak naik rakyat ade option lain, cth singapore minyak naik blh naik LRT, tp kita? Thailand minyak naik, tapi TOL xde, kita?

Klau xmampu nk tanggung subsidi xpayah export minyak, pakai sndiri je..sume tu plessing je..kn senang ckap tujuan minyak naik tu buat project2 yg xberfaedah n agih2 pada kroni2..simple.xpayh pusing2 kepala rakyat..

Anonymous said...

mak ngan anak semacam je tak tutup kepala