Sunday, November 30, 2008

Maaf Syed Husin - Nora tidak setuju

Maaf , maaf ...lama benar Nora tak menulis. Sibuk benar dengan tugasan harian dan masa diambil untuk bersama-sama anak-anak serta menyelesaikan perkara-perkara khususnya mengenai anak-anak Nora yang semakin meningkat remaja.

Tapi nak tak nak, Nora terpaksa gak komen mengenai reformis yang mahu membuat demo bogel. Ala..apa sampai ke situ pula. Nora amat terkilan dengan apa yang mahu dibuat oleh mereka kerana bagi Nora itu bukan cara kita mahu mempertahankan isu dan mahu menyampaikan kebenaran. Demonstrasi memang bagi Nora tidak salah tetapi demo bogel, Nora tak boleh terima. Apa yang boleh dicapai melainkan memalukan diri sendiri. Nora percaya mereka yang terlibat dalam reformasi 1998 tidak akan bersetuju dengan pendapat untuk melakukan demo bogel. Sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar untuk kita lakukan. Sungguhpun kalangan mereka yang mahu melakukan demo bogel adalah reformis yang Nora kenal tetapi idea untuk tindakan seperti itu bukan sahaja tidak perlu ada malah tidak perlu difikirkan.

Nora sendiri ada kalanya tidak bersetuju dengan cara PKR Selangor menangani beberapa masalah rakyat tetapi untuk menyelesaikan dengan berbogel, ehmmm Nora tidak boleh terima. Bagi Nora, kita telah melalui hampir 10 tahun dalam perjuangan reformasi namun kumpulan ini sudah semakin pudar dan akan terus pudar kerana kesatuan ini longgar atau sengaja di longgarkan oleh kepimpinan PKR.


Banyak kali sudah reformis berusaha untuk menubuhkan satu bentuk kesatuan – namun gagal. Kegagalan ini kerana ada kalangan mereka yang cuba menubuhkan kesatuan tidak begitu komited dalam gerakan reformasi sebelum ini tetapi akhirnya timbul dengan agenda tersendiri. Ada pula yang hari ini sudah tersasar kepada politik – hanya berpolitik dan menentukan kedudukan politik. Golongan reformis yang terbabit dalam sepak terajang perjuangan, berkorban untuk memastikan agenda perjuangan terlaksana hari ini berdiri atas dasar rakyat biasa – bak kata Syed Husin Ali yang bagi Nora tidak wajar mengeluarkan kenyataan memperkecilkan golongan yang berjuang itu. Adakah sama antara golongan yang benar-benar berusaha dan berkorban untuk memastikan agenda perjuangan – membebaskan mereka yang dizalimi, menentang ketidakadilan – dengan orang yang berpeluk tubuh?


Ini kenyataan Syed Husin


Salah ahli PKR, reformis minta jasa dibalas Abdul Rahim Sabri | Nov 30, 08 8:44pm Malaysiakini


Salah bagi anggota-anggota PKR dan aktivis Gerakan Reformasi, yang menggelar diri mereka "reformis", meminta jasa mereka dibalas dengan alasan pernah berjuang sejak awal perjuangan parti itu 10 tahun lalu, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.


"Kami sudah berjuang selama sepuluh tahun, mana balasannya, mana anugerahnya. "Ini sikap yang salah," katanya sewaktu menggulung perbahasan di penghujung kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi.

Menurutnya, rakyatlah yang harus dihargai kerana membantu menaikkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. "Kita mestilah mengiktiraf, rakyat ramailah yang banyak berjuang. Balas budi kepada rakyat ramai. "Jadi keutamaan balas budi kita ialah kepada rakyat ramai. Inilah namanya perjuangan," kata Dr Syed Husin.

Bekas ahli akademik itu, yang berdekad-dekad dalam aktivisme politik khususnya bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM), mengkritik mereka yang menuntut budi dibalas jasa dengan menyifatkan mereka sebagai mengutamakan kepentingan diri dan tidak layak dipanggil pejuang rakyat.



Beliau bagaimanapun tidak menafikan sumbangan besar ahli PKR dan reformis sejak 1998 dan menjelaskan barisan pemimpin PKR akan memberi perhatian terhadap nasib mereka. "Saya yakin mereka akan menjalankan perkara yang sewajarnya dengan adil," tambahnya.



Semalam perwakilan Johor menegur PKR kerana tidak mengambil berat dan tidak membela nasib aktivis Gerakan Reformasi. Suaranya itu mewakili sentimen popular dalam kalangan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mereka yang terlibat secara aktif menuntut pembebasannya sewaktu dipenjarakan antara 1998 hingga 2004.

Mengulas "projek 16 September" untuk menukar kerajaan persekutuan, Dr Syed Husin berkata beliau cukup yakin dengan Anwar yang dikenali sejak di Universiti Malaya dan bersama-sama berada di kem tahanan Kamunting, Taiping pada awal 1970-an.

"Kita bukan cakap kosong," tambah ahli sosiologi itu.


Sungguhpun bagi Nora, perjuangan itu ikhlas tetapi sikap menuntut ini kadang-kadang timbul bila yang diberi pengiktirafan adalah mereka yang pandai membodek, bercakap manis dan kadang-kadang hanya tahu mengaku perkara yang tidak dibuat oleh mereka. Sini kita boleh lihat ada antara mereka yang hari ini berdiri menjadi penyokong dan konon-konon penyokong kuat plak tu sewaktu PKR sudah menang. Nora bukan menuntut apa-apa malah Nora tegaskan bahawa sehingga hari ini Nora tidak berjumpa dengan mana-mana kepimpinan parti – baik PKR dan PAS untuk mendapatkan apa-apa. Apa yang Nora nak bezakan ialah sikap kepimpinan macam Syed Husin yang tidak dapat membezakan antara siapa yang sebenarnya telah memperjuangkan – bermati-matian agenda PKR dan hasrat keadilan untuk rakyat dengan mereka yang berpeluk tubuh dan hanya hadir bila menang untuk mendapatkan sesuatu.


Nora juga tidak nafikan – ini juga hadir di kalangan mereka dalam reformis. Tiba-tiba muncul mahu jadi “champion” golongan reformis. Ini juga tidak patut ada. Ini turut Nora bantah tetapi Nora lebih kesal lagi dengan sikap Syed Husin yang bagi Nora tidak wajar sungguhpun terpelajar berbanding dengan Nora. Kita lihat sendiri – Syed Husin, kenapa dia diberi pengiktirafan? Kerana perjuangan beliau – di ISA dan sebagainya. Ada orang yang buka mata dan nampak – beliau telah berkorban dan wajar diambil memimpin dan diberi sedikit penghargaan. Tapi kenapa bila beliau dah naik beliau tidak buka mata dan lihat pula – beza antara orang yang berpeluk tubuh – duduk di rumah – buat harta buat duit dan kemudian bila PKR dan Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihanraya baru lalu mereka timbul sebagai penyokong kuat dan diberi tempat tertentu.


Entahlah kadang-kadang pelik juga, kepimpinan memimpin tapi tak nampak perkara-perkara kecil sebegini yang boleh membantu moral dan semangat mereka yang telah berjuang. Bagi Nora – apa yang Nora lakukan adalah atas kepercayaan Nora bahawa keadilan perlu ditegakkan. Nora bangkit dalam perjuangan reformasi. Namun hari ini Nora lihat – kenyataan Syed Husin tidak melambangkan keadilan – jadi apa nak di kato.....

Monday, October 13, 2008

Nak jawab soalan

Nak menjawab soalan

Nora terima SMS dari seorang yang menamakan dirinya Fitri dari Penang. E-mel beliau adalah afms85@yahoo.com dengan sms beliau berbunyi seperti berikut:

Salam, sy fitri dari Penang, nk tnya Kak Nora psl Anwa. Sy surf kat internet, x tau bole refer pd sape,soalan sy,jika betul Anwar anti rasuah spt yg di war-warkan,knp dia x keluar umno dengan rela hati jer dulu? Bkn main lantang lg dia kata umno rasuah tlibat dgn nepotisme..abis apa yg anwar buat masa dia dlm umno dulu? Ada dia amalkan prinsip lawan tetap lawan atau dia dia aje..harap kakak reply.

Terima Kasih Fitri sungguhpun soalan ini sebenarnya telah banyak diperjelaskan. Nora bukan terror nak jawab semua tetapi Nora akan jawab berasaskan apa yang Nora tahu dan pengalaman Nora sewaktu turut serta dalam reformasi dulu.

Mula dengan kenapa Anwar saja yang kita cakap dan kita lekatkan cerita mengenai anti-rasuah. Kalau Anwar kata dia anti rasuah – Pak Lah pun kata dia anti rasuah – Najib pun kata dia anti rasuah – kenapa tak tegur semua mereka dan sekiranya kepimpinan UMNO penuh dengan rasuah – kita tentang dan singkir mereka. Ini bukan soal siapa tetapi soal rakyat menderita kerana mereka rasuah. Kita selalu fikir tentang politik tetapi rasuah adalah penyakit dan Nora sendiri terasa kerana rasuah - orang lain yang tak de lesen, pendatang asing dan beberapa perkara lain menjahanamkan perniagaan kita. Rasuah inilah yang menjadikan kita rakyat marhaen menderita.

Kemudian saudara tanya mengenai Anwar dahulu dalam Umno kenapa diam dan terus dalam Umno. Kenapa tak kuar dengan rela hati jer dahulu? Nora tidak mahu dikatakan berpendirian obsesi terhadap Anwar Ibrahim tetapi beliau dipecat – di pecat kerana ada yang sebenar tidak gemar dengan prinsip beliau. Ini bukan soal kuar dari Umno atau tidak – ini soal perjuangan rasuah. Kalau ada dalam Umno yang jujur memperkatakan dan memperjuangkan soal rasuah – kita alu-alukan. Kalau seluruh ahli Umno bergelumang dengan rasuah – sarankan kepada semua rakyat untuk menolak mereka – kalau tak setuju dengan Anwar masuk Pas – ada alternatif lain.

Kita tidak perlu sempitkan fikiran kita dengan persoalan mengenai apa Anwar lakukan dalam Umno dan apa yang disarankan oleh Anwar sekarang. Kalau saranan sekarang untuk menghapuskan budaya rasuah – sokong dan kita sebagai orang yang menyokong harus melaksanakan dengan berani – lawan sehingga memang. Kuasa rakyat itu besar tetapi kalau budaya takut ada – kuasa itu pudar dan tidak akan mendatangkan manfaat kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat tidak sepatutnya memberhalakan kepimpinan kita. Kita ambil apa perjuangan mereka – kalau mereka mempunyai agenda rakyat – sokong mereka tetapi kalau setakat menyokong dengan membina “cut out poster” besar Anwar – tak payah la. Nora tak sokong macam itu. Nora percaya sokongan dengan pelaksanaan – usaha dan bertindak berani. Nora bukan nak kata “terror” tetapi itu Nora rasa. Nora bukan golongan terpelajar tetapi Nora lahir dari pengalaman berniaga dan pengalaman Nora sewaktu terlibat dalam reformasi. Apa pun Nora percaya – rasuah perlu disingkirkan – kuasa menyingkir dari rakyat – kepimpinan rasuah kita tentang – biar dalam Pakatan rakyat sekali pun.

Aduh macam berceramah plak...apa pun pada Fitri – lakukan perjuangan untuk membela rakyat. Tak perlu berdegar-degar membicarakan apa Anwar buat dahulu tetapi apa perjuangan yang perlu kita sertai sekarang. Kita bicara untuk membela rakyat – kita lakukan untuk rakyat dan untuk diri dan masa depan keluarga dan anak-anak kita. Kita tidak mahu anak-anak kita menderita dengan budaya rasuah kepimpinan yang dilantik oleh kita sendiri.

ah...teruji plak minda Nora hari ini - tak de ke yang nak email resipi masakan pulak..hihi nak masak untuk anak-anak la....

Sesi Mahkamah Kes Protes








Kes Mahkamah Protes

13hb Oktober 2008

Hampir 46 orang yang di tahan di KLCC pada demo Protes hadir ke mahkamah pada 13hb Oktober 2008. Semua di tuduh menyertai perhimpunan haram dan tambahan pertuduhan adalah pada YB Tien Chua - dengan satu lagi pertuduhan tambahan iaitu ingkar pada arahan. Macam satu “gathering” pula dengan Nora dapat bertemu kawan-kawan.

Malang sekali dan di doakan Sdra Zaid Ibrahim cepat sembuh akibat kemalangan jalan raya dan beliau tidak hadir pada sesi mahkamah itu. Ada pula rakan yang di tahan semalam kerana mahu dipastikan kehadiran ke mahkamah. Tan Choe Hoi di tahan dan diikat jamin oleh rakan pada 12hb Oktober 2008.

Barisan Peguam turut hadir bagi memastikan kami mendapat pembelaan sepatutnya. Antara peguam yang hadir adalah Tuan Hj Hanipa Maidin, Tuan Hj Khairuddin, Gorbind Singh Deo, Sdr WK Chan, Sdr Hasshahari, Sdr Radzlan Jalaluddin, Sdr Lai Chee Hoe dan Sdri Chow Ying.

Sesi Mahkamah seperti biasa di tangguhkan 23-25 March 09. Biasalah tidak pernah kemas perbicaraan khususnya yang melibatkan kes reformasi. Ini kerana kes seperti ini mungkin hanya diada-adakan untuk menyulitkan dan menakut-nakutkan kita untuk terus bersuara. Tambahan pula penguasa dan lain-lain kakitangan hanya makan gaji. Masa Nora sampai ke mahkamah ini Nora perasan kain rentang – BUAT KERJA di bangunan mahkamah tersebut. Betul lah buat kerja tapi nampak macam tak buat homework aje mereka.
Mungkin itu style mereka – buat kerja untuk menyulitkan kita aje....

Thursday, October 2, 2008

Berlalu Ramadan



Selamat Hari Raya dan terima kasih Nora ucapkan bagi mereka yang telah mengirim SMS dan buat “posting” mengucapkan Selamat Hari Raya. Mungkin lepas Hari Raya ini boleh lah Nora up date laman ini selalu. Ramadan benar-benar sibuk – berniaga – bekerja dan membuat persiapan untuk Hari Raya. Amat sibuk juga – terkejar-kerja masa – berbuka dengan anak-anak dan rakan Masjid India.


Sebenarnya selalu pada musim Ramadan Nora bukan table untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak untuk di sekitar Masjid India untuk makan selama sebulan. Nora percaya walaupun Nora bukan dari kategori orang senang tetapi Nora tahu mereka ada kalanya lebih memerlukan. Rezeki yang diberi bukan untuk kita seorang “songlup” ada hak orang lain dalamnya – perlu sedekah dan perlu dikongsi. Kita kurang-kurang dapat makan – mereka kadang-kadang terlepas soru. Anyway puasa tahun ini – Nora tidak buat seperti keselaluan kerana terkejar-kejar masa. Maklumlah kena buat 2 kerja. Apa pun penghujung puasa lalu sempat juga Nora “open table” kat Masjid India. Nora masak – mereka makan – Nora tengok – mereka makan – Nora seronok. Apa pun kadang tertanya – kalaulah semua kita buat begitu mungkin tidak payah mereka yang tidak berkemampuan untuk makan tercari-cari dan teraba-raba untuk mencari sesuap nasi.

Nora percaya antara sebab kita berpuasa adalah untuk kita turut merasakan lapar dan dahaga maknanya bagi mereka yang sentiasa rasa lapar dan dahaga perlu diberi pula hikmah berbuka puasa dengan lebih baik lagi. Kita perlu tingkatkan sedekah dan perlu faham bagaimana mereka yang dibawa tahap kemiskinan – daif melalui hari-hari dengan cabaran untuk mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak. Ini mencari sesuap nasi – bukan suap rasuah tau. Suap rasuah itu lah yang menyebabkan nasib orang tak terbela malah menyulitkan mereka yang mahu berusaha untuk mencari kehidupan.

Kadang-kadang dalam perjalanan hidup ini – suap-menyuap, disuap dah menjadi lumrah. Rasuah macam dah jadi budaya dan yang pelik sekali ialah bukan sahaja pemberi rasuah itu patut di hukum, malah penerima juga patut di hukum dan lebih patut kena hukum mereka yang ada kuasa – tahu – tapi buat-buat tak tahu. Mereka juga patut di hukum – kasi balun satu round. Rasuah inilah yang menyebabkan ramai mereka yang sanggup bekerja – berniaga – hilang dan tawar hati. Hairan – kadang-kadang yang ada kuasa itu nampak rasuah tapi diam – kot2 nak share sorang sikit.

Entah lah...rasuah....oh...rasuah....jom kita lihat kat Masjid India – ada lagi kot sindrom rasuah...

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya kepada semua yang kenal Nora. Mohon Maaf sekiranya ada terlebih celoteh dan terkasar bahasa. Sekali lagi ...Happy Hari Raya...

Friday, September 12, 2008

Bantah ISA

Semakin ramai yang telah di tahan di bawah ISA. Nora dimaklumkan RPK, Teresa Kok, wartawan dari Sin Chew Daily, bloggers Mahaguru dan beberapa lagi telah ditahan di bawah ISA. Ini memang Nora bantah dan kita tidak mahu undang-undang sedemikian digunakan untuk politik mana-mana pihak. Nora melafazkan solidariti kepada mereka dan Nora percaya keluarga mereka merelakan tangkapan mereka demi menuntut keadilan. Kita harus sama-sama tidak kira siapa, dari semua kaum dan fahaman politik serta agama harus bangkit untuk memastikan ISA ini dihapuskan kerana ISA yang Nora faham adalah akta untuk mereka yang berkuasa mengekalkan kuasa. Bulan Ramadan ini tercemar dengan kerajaan yang kononnya adil dan saksama takut pada individu tertentu sehingga sanggup menahan tanpa bicara mereka.

AYUH PADA 13hb September 2008 – jalan masuk ke BUKIT AMAN jam 8.30 malam anjuran GMI – solidariti membantah ISA

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman Nora yang beragama Islam. Moga ibadat puasa kita ini akan lebih merapatkan kita mengenal erti kehidupan dan menginsafkan kita tentang mereka yang kurang bernasib baik.

Sebenarnya setiap bulan puasa ini Nora akan mengambil kesempatan untuk lebih melakukan aktiviti kebajikan – menyediakan kemudahan berbuka puasa bagi mereka yang daif sekitar Masjid India, untuk berbuka puasa serta agresif sedikit dalam urusan perniagaan. Bab web terpaksa “slow” sedikit. Maaf ye. Apa pun untuk kawan-kawan Nora khususnya boss Nora – puasa bagi cukup ye... lepas tu bonus untuk Hari Raya ada ke? Hi hi hi .....Selamat Berpuasa semua!

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah PKR – Tahniah Anwar Ibrahim

TAHNIAH ANWAR IBRAHIM DAN PERMATANG PAUH

Nora di Permatang Pauh - bagi yang terus bagi komen yang bukan2, Nora hadir bukan untuk berniaga tetapi untuk memberi sokongan moral
Di bilik gerakan PKR

Pakatan Rakyat menang di Permatang Pauh. Tahniah kepada PKR dan tahniah kepada semua golongan yang menyokong dan bertungkus-lumus memastikan Anwar Ibrahim menang dengan gayanya. Apa pun ini adalah suara rakyat dan suara inilah yang perlu kita hormati dan hargai. Kerana mereka – PKR menang dan kerana pengorbanan mereka PKR terus meletakkan wakil ke Parlimen. Pasti hebat bila Anwar Ibrahim menjejakkan kaki ke Parlimen tidak lama lagi. Anwar Ibrahim kini Ketua Pembangkang dan kalau usaha terus di lakukan maka Anwar Ibrahim tidak mustahil menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun begitu perjalanan itu masih panjang kerana kuasa masih pada kerajaan Barisan Nasional dan segala usaha dari semua pihak harus diberi perhatian.

Tahniah Anwar Ibrahim, Tahniah PKR dan PAKATAN RAKYAT tetapi yang lebih perlu kita ucapkan adalah TERIMA KASIH kepada semua yang memberi sokongan berkempen dan kepada rakyat Permatang Pauh..anda semua telah menjalankan tanggungjawab untuk memastikan Malaysia yang lebih adil dan saksama.

Maaf lama tidak update - akan update seperti biasa tidak lama lagi.

Saturday, August 16, 2008

Permatang Pauh – Nora akan ke sana juga

Mula-mula doa dari Nora untuk semua di Permatang Pauh – agar Pakatan Rakyat terus berjaya mengukir sejarah dan terus bersedia untuk melakukan reformasi di negara kita ini. Nora tidak dapat berada di sana pada hari penamaan calon kerana urusan kerja dan terpaksa menjaga anak-anak Nora namun setelah ini selesai – Nora akan bersama-sama anak-anak Nora akan ke sana untuk mendedahkan kepada mereka apa yang disebut reformasi. Obor reformasi ini perlu Nora serahkan kepada generasi penerus kerana mereka pula akan mengambil tempat kita – untuk menaburkan bakti dan pengorbanan buat negara.

Terkilan juga – kerana Nora tidak pernah melepasi peluang untuk hadir mana-mana pilihan raya kecil seperti ini tetapi sokongan Nora tetap menyebelahi Pakatan Rakyat kerana apa yang disajikan kepada Nora setakat hari ini adalah kebenaran yang mereka bawa. Nora percaya semua kita sedar akan tuntutan yang perlu dilakukan tetapi malang ada antara kita yang meletakkan sokongan kerana alasan – alasan tertentu yang bersifat peribadi.

Ambil contoh isu kenaikan minyak – membebankan tetapi kenapa ada segelintir kita yang menafikan kenaikan harga minyak sebagai membebankan? Ini kerana mereka terpaksa menuruti tuan-tuan politik mereka – takut untuk melangkah ke kiri dan takut kehilangan tempat dan jawatan dalam politik. Kalau kita dapat melihat secara terang,secara bebas dan secara terbuka tentu-tentu rakyat Malaysia secara keseluruhannya akan bertindak menghalang minyak naik dan penjimatan dapat dibuat kepada subsidi yang diberi pada kroni-kroni dan tokey besar yang hanya mengembungkan poket mereka.

Nora percaya, kita perlu ikhlas dan Nora tidak mahu kita turut terjebak dalam menyokong atas alasan mahu jadi kroni dan sebagainya. Kita sokong kerana kita percaya ini yang terbaik buat kita di Malaysia dan sokongan Nora adalah pada perubahan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan dalam pilihan raya Permatang Pauh ini adalah Anwar Ibrahim. Mungkin lepas Anwar Ibrahim menang beliau boleh pula berkempen kat Nora untuk memberitahu Nora mengenai perkara-perkara yang juga melibatkan perjuangan rakyat, perjuangan reformasi dan paling penting adalah mereka dari golongan reformasi yang Nora kira banyak memberi erti kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Apa pun Nora memohon kepada ALLAH agar Permatang Pauh memberi kejayaan kepada kita golongan reformasi dan Anwar Ibrahim yang sedang giat berkempen. Insyallah

Nora – pasti ke sana

Wednesday, August 13, 2008

Nora kat rumah Black


Salam semua,

Pheww, minggu ini Nora betul-betul sibuk. Sibuk nak jaga gerai Nora memandangkan kita akan menghampiri puasa, stok nak kena beli sekarang, kalau tidak perniagaan terbantut, nak susun stok dan nak mulakan persiapan perniagaan menjelang Hari Raya. Harap-harap perniagaan baik semasa nak masuk Ramadan dan Hari Raya ini. Apa pun dalam kesibukan berniaga dan bekerja Nora sempat pada 9hb Ogos 2008 pergi ke rumah Black kerana kakak beliau berkahwin. Wah seronok jugak...makan sedap dan lepas makan baru nak sedar – takut kalau berat badan naik..payah nanti.

Kenduri itu sempurna dan Nora duduk semeja dengan Black dengan girl friend dia, Rahman dan teman wanita dia dan seorang lagi tetamu, web master umno-reform. Dia datang juga ke rumah Black. Apa salahnya dia kawan Black dan hari itu sempat Nora mendengar web master umno-reform itu berborak dengan Dr Zulkifli (PAS). Nak tahu mereka bercerita mengenai apa – mereka bercerita mengenai demonstrasi di hadapan Majlis Peguam mengenai forum kontroversi.

Dr Zul mengatakan bahawa sekiranya dalam terma kebebasan bersuara maka lebih baik juga kalau forum itu tidak di bantah malah di biarkan berterusan. Web Master umno-reform tersebut dalam berhujah turut mengatakan bahawa beliau tidak setuju dengan forum itu dalam erti kata berdialog mengenai ketetapan agama Islam. Beliau berhujah, ini adalah hasil dari kelonggaran dalam mereka memperkatakan mengenai Artikel 121(1A) dan perkara seperti murtad dan sebagainya. Bagi Islam ini bukan soal “debatable”. Payah juga Nora untuk menulis bahasa omputih ini tetapi Nora usaha cari makna dan faham apa maksud pemilik laman web umno-reform tersebut.

Apa pun Dr Zul dan pemilik umno-reform itu nampak mahir dengan hujah masing – masing. Nora seronok dengan mendengar Black, Rahmat dan Anuar ( nama web master umno-reform, kecik lak hati dia nanti alau tak sebut nama) berborak dan berbincang mengenai isu semasa. Inilah sebenarnya yang perlu ada – perbincangan sihat tanpa makna tersirat.

Sebenarnya kalau ikhlas maka yang tersimpul boleh lerai. Apa pun hak rakyat kita bela dan kita perlu bersatu hati untuk menguatkan kita sebagai rakyat Malaysia. Apa pun kita boleh mengubah kalau kita mahu dan kalau kita percaya. Nora pun berubah gak dari masa ke semasa asal jangan saiz berubah dah le....hihi kuat makan sikit sekarang ini.

Ok lain masa kita jumpa lagi k...salam pada semua

Saturday, August 9, 2008

Belum - confirm Zulkifli Nordin kena ISA

Berita ini belum sahih tetapi Nora di maklumkan oleh rakan bahawa Zulkifli Nordin di tahan di bawah ISA. Sekiranya ada yang dapat tahu SMS Nora pls.

Wednesday, August 6, 2008

Berita Abang Bakaq

Laporan ini adalah dari Kak Salwa isteri Abang Bakaq aka penarik beca


Abang Bakaq ditahan di kediaman beliau di Taman Koperasi Polis Fasa 1 kira-kira jam 11.00 malam tadi. Empat orang polis lelaki dan seorang polis wanita berpakaian preman memperkenalkan diri bahawa mereka dari Bukit Aman. Kata mereka “saya datang kerana ada orang buat laporan polis terhadap Abang Bakaq dan blog yang di tulis. Abang Bakaq minta waran tangkap dari polis berkenaan,kata salah seorang dari polis tadi bahawa”polis Malaysia tidak perlu waran”.Hebat juga polis Malaysia ni kan,mungkin terlalu banyak tengok filem-filem aksi polis dari Hong Kong kot?


Jam 02.37 petang Kak Salwa di hubungi oleh Blak di hadapan kami dan ini berita yang kami terima dan diberitahu melalui perbualan telefon antara Blak dan Kak Salwa.

Pagi tadi beliau di hantar ke Balai polis Sentul dan pada jam 9 pagi tadi beliau di bawa ke Commercial Crime Division. Menurut kata Puan Salwa,Abang Bakaq mungkin ditahan sehingga esok atau sehingga siasatan selesai dijalankan.

Semoga Abang Bakaq dan juga isterinya Kak Salwa, tabah mengharungi dugaan ini. Doa saya dan juga rakan-rakan bloggers yang lain turut mengiringi Abang Bakaq sekeluarga. Ramai juga

Bloggers yang datang tadi dan pengalaman baru Nora bila dapat bersua muka dan mengenali bloggers dengan lebih rapat lagi. Kiranya macam majlis suai kenal para bloggers lah ni.

Esok pula,Nora ada kes mahkamah yang melibatkan kejadian di IPK tempoh hari. Berita ini diberitahu oleh penjamin Nora iaitu Encik Norazaidi pada jam 03.05 minit petang tadi dan Nora juga mohon doa dari allah swt agar jauhkan diri dari di aniayai dan menganiayai orang lain.

Berita yang baru Nora terima dari Blak sebentar tadi,Abang Bakaq di tahan reman sehari lagi.

Solidariti untuk blogger Penarik Beca

Nora menzahirkan solidariti Nora kepada Pak Bakaq aka Penarik Beca - bloggers yang di tahan pagi tadi jam 4.00am di kediaman beliau atas tuduhan hasutan. Bloggers dijangka berhimpun jam 2.00pm di Commercial Crime Division berdekatan dengan Bukit Aman



Monday, August 4, 2008

Dunia ISA dan anak masuk belajar muzik



Nora, 2hb Ogos 2008 lalu singgah kat Program bantah ISA di Tapak Gerai Makan Taman Melawati – ala dekat sangat dengan tempat Nora kerja. Program bantah ISA ini memang perlu disokong. Kita mahukan keamanan dan keamanan ini boleh direalisasikan dengan keadilan. ISA tidak menuntut keadilan, malah ISA sebenarnya tidak sepatutnya ada lagi. Apa yang dilaksanakan oleh Gerakan Mansuh ISA amat di puji. Sehingga kini dengan kemodenan dan kematangan rakyat kerajaan masih kekal ada ISA. Alasan untuk keselamatan dalam negeri tapi undang-undang sebegitu sendiri tidak selamat.

Malam itu Nora jumpa ramai kawan-kawan. Nora bawa anak Nora sekali Fateen untuk tengok sendiri dan mungkin biar mereka merasai apa yang berlaku di Malaysia ini. Nora duduk dengan Black dan Rahmat Harun. Mereka buat persembahan kat situ. Anak Nora, Fateen kagum dengan Black yang berusaha mencipta lagu petang itu untuk menyumbang kepada program ISA. Sedang melihat Black memetik gitar, anak Nora melihat penuh kesungguhan - last sekali anak Nora turut serta mendaftar belajar main gitar kat Yamaha School of Muzik keesokan hari ini – mahu menyumbang macam Black, katanya. Anak Nora kagum lihat mereka yang sehati sejiwa menolak ISA.

Nora turut menceritakan mengenai ISA – kepada anak Nora yang mungkin bakal mewarisi kepimpinan negara ini kelak. Pesan Nora pada dia, buat apa yang patut untuk pastikan kita tidak di tekan, pastikan kita tidak di halang untuk menyuarakan apa yang baik dan betul kepada mereka yang menjaga kedudukan mereka. Kita perlu bersuara.

Wednesday, July 30, 2008

Konspirasi Hari Jadi

Selamat Hari Jadi Nadreen

Terkejut beruk dan beruk pun tak terkejut seperti macam Nora pada 22hb Julai lepas. Rakan di pejabat Nora membuat kejutan. Mereka membuat konspirasi dengan anak-anak Nora. Mereka telah mengejutkan Nora dengan Sambutan Hari Jadi - di kawasan terpencil – dalam hutan – ada tempat riadah sungguh menakjubkan. Ini kali pertama Nora dapat kejutan – rasa nak pitam pun ada. Patutlah sepanjang minggu ini Nora tengok mereka asyik berbisik-bisik. Terasa kecil hati pula tengok mereka berbisik seolah-olah ada yang mahu dirahsiakan. Memang betul – satu konspirasi yang amat dahsyat buat Nora. Tetapi konspirasi yang amat mengharukan. Nora amat menghargai apa yang mereka lakukan – tak pernah rasa seronok dan dihargai seperti ini.

Apa pun selang beberapa hari, pada 25hb Julai 2008, anak lelaki Nora pula menyambut hari jadinya. Nora dan anak-anak yang lain buat konspirasi bagi menyambut hari jadinya. Wah ...dua konspirasi dalam seminggu. Konspirasi ini benar-benar menyeronokkan tetapi tak lah macam konspirasi yang terjadi ke atas Anwar Ibrahim. Itu memudaratkan. Lebih-lebih lagi bila ada laporan kesihatan yang menunjukkan Saiful tidak di liwat. Benar-betul haru biru semua dibuatnya.

Bagi yang dah berbuih mulut menuduh Anwar Ibrahim itu dan ini – mungkin boleh bercerita semula untuk mencari siapa perencana konspirasi ini. Tak baik kerajaan membiarkan konspirasi seperti ini kerana ini mengundang kemunculan reformasi 2. Kita sebagai reformis pasti tidak mahu mendengar ada insan-insan dalam Malaysia ini yang di fitnah dan dihina – disepak terajang – dibiarkan tanpa pembelaan, semua itu pantang kita bukan? Semua itu mengundang kita kembali untuk menegakkan yang benar bukan?

Ada juga kehairanan dalam melihat konspirasi ini. Hairan kenapa polis tidak teruja melihat laporan perubatan Pusrawi. Mereka seolah-olah kecewa pula dengan laporan itu. Kenapa kecewa – kalau kebenaran terserlah itu sepatutnya menggembirakan kenapa duka. Hairankan bila kebenaran terserlah kita sibuk pula bertanya macam mana kebenaran itu boleh timbul. Kita patut gembira orang yang di tuduh itu tidak bersalah dan orang yang menuduh itu sepatutnya diambil tindakan. Hari ini sibuk orang besar-besar dalam kerajaan mempersoalkan mengenai laporan kesihatan – kenapa perlu disorokkan. Bukankah di situ ada kebenaran – kenapa mahu disorokkan. Ada apa – apa ke?

Yang paling Nora terkejut adalah kenyataan Polis kita yang cepat dan betul. Sebenarnya bila tersembur perkara yang dapat menyelesaikan siasatan – boleh memperlihatkan mana yang betul dan mana yang salah maka polis sepatutnya bertindak profesional – kenapa pula dengan kemunculan laporan kesihatan Saiful itu mengugut atau mengganggu siasatan? Nora tidak faham kenapa mengganggu dan bukan memudahkan siasatan. Lagi satu pula kenapa chef masakan ini bertukar dari Bakri ke Ismail pula. Chef baru ye...masakan baru ye....lebih rempah...lebih garam...lebih sedap ...dan lebih menumpukan kepada selera seseorang ke...?

Janganlah buat macam ini. Kita mahu hidup sepakat kenapa ada konspirasi pula. Lepas ini kita buat konspirasi, macam mana Nora dikenakan oleh rakan-rakan pejabat Nora. Kita ajak kerajaan, UMNO, PAS dan semua rakyat reformis buat konspirasi pada 10hb Ogos 2008 ini, nak tak – kita namakan konspirasi rakyat. Apa dia 10hb Ogos 2008 – fikirlah sendiri ..hihihi

salam

Saturday, July 26, 2008

Sedikit sedutan

Apa kata kalau kita membaca sementara Nora belum sempat mengulas cerita-cerita baru untuk minggu ini :

Nora tertarik dengan artikel tulisan rakan Nora : klik sini
Khairil Azuar ada menulis mengenai Keadilan Untuk Semua

Isu ini juga perlu Nora ulas : serangkap tulisan Chegu Bard yang Nora perturunkan di sini :

Cuma satu tangkapan. Nora ditangkap itupun kerana dia tak tahan sangat nak menjawab mulut kurang ajar polis yang bertugas malam itu. Biasalah Nora.... tapi bukan salah Nora kalau cheGuBard perempuan dan diberikan usikan kurang ajar seperti itu juga akan melenting dan tersembur maki juga. Kerana perhimpunan tersebut tidak dirancang maka pasukan peguam tidak terbentuk. Nora terpaksa bermalam di lokap dan terima kasih kepada Athirah (setiausaha DMPP) kerana menguruskan peguam dan jaminan polis Nora. Cuma agak terkilan dengan mulut lancang seorang peguam ahli keADILan yang ketika dihubungi teman bukan setakat tidak mahu membantu tetapi menuduh pula kononya Nora orang bekas pimpinan keADILan yang sudah masuk Umno. Kejadian ini amat saya selaku aktivis reformasi jalanan dan pimpinan keADILan kesali.

Nanti Nora ulas gak k

Wednesday, July 23, 2008

Nak kena ada pas masuk ke?

Salam,

Lama betul rasanya tidak menulis. Tapi beberapa hari ini Nora amat sibuk dengan tugasan harian dan juga perniagaan Nora kat Masjid India. Nasib baik anak Nora dapat mengganti ibunya dalam urusan perniagaan. Nora sayangkan mereka dan Nora tahu mereka sayangkan Nora sebagai ibu mereka.

Kadang-kadang membaca komen-komen liar segelintir mereka benar-benar menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka. Mengutuk itu dan ini – tanpa memikirkan apa yang ditulis benar-benar menunjukkan keperibadian penulis komen tersebut, ahhh tapi Nora tak kisah. Nora teruskan apa yang Nora percaya baik untuk masyarakat. Perjuangan yang dikatakan mahu “glamour” sebenarnya bukan sesuatu yang “glamour”. Jadi artis memang “glamour” tapi setakat masuk keluar lokap itu bukan “glamour” – itu bagi Nora adalah perlambangan sikap Nora dalam mempercayai makna perjuangan.

Itulah pengorbanan yang sedikit Nora lakukan untuk anak-anak Nora dan anak-anak kita kelak. Setidak-tidaknya mereka sedar bahawa yang tak betul perlu diperbetulkan dan sikap diam -menyorok bagi Nora adalah sama dengan menyokong perkara-perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh kepimpinan/pemerintah negara ini. Kalau betul kita katakan betul dan kalau tidak kita katakan tidak.

Dalam masa beberapa hari setelah Nora di bebaskan, Nora banyak menerima SMS. Terima Kasih kepada mereka yang terus memberi semangat kepada Nora. Nora akan teruskan perjuangan biar apa juga keperitan yang bakal Nora lalui. Apa pun sikap lawan tetap lawan masih ada pada jiwa Nora.

Semasa dalam lokap memang banyak sekali fikiran Nora melayang. Nora terfikir perbezaan antara perjuangan reformasi sewaktu itu dan sekarang. Nasib baiklah Nora dah biasa kena tangkap jadi Nora tidak begitu gerun. Tapi kalau ada adik-adik kita yang baru kena tangkap Nora pasti mereka akan rasa resah dan terkilan – dibiarkan berseorangan kerana sewaktu Nora ditangkap – Anwar Ibrahim turut di tangkap. Maka ramailah mereka di tempat Anwar Ibrahim – melaungkan reformasi dan membakar lilin.

Sebenarnya bagi mereka yang ditangkap atau dilokap - laungan reformasi oleh penyokong adalah simbolik solidariti, bukan untuk glamour tetapi pembakar semangat. Mungkin Nora kena tangkap sewaktu Anwar Ibrahim turut kena tangkap dan ini sebenarnya ada beza. Namun bagi penyokong reformasi – kalau ada adik-adik kita yang baru bergelumang dengan reformasi – di tahan, ajaklah kawan-kawan bagi “support” – jangan biarkan dia keseorangan.

Tetapi paling terkejut adalah bila Nora dengan saudara Nora bercerita - pengalaman mereka ke rumah Anwar Ibrahim. Sekarang dah tidak macam dulu lagi. Sekarang ramai antara mereka timbul mahu jadi orang kiri kanan Anwar. Jaga “gate” – tak bagi orang masuk – alasan keselamatan dan kena ada pas masuk dan sebagainya. Adik – adik baru yang nak mengenal erti reformasi terketepi – bukan itu aje mereka yang rancak sebelum ini memperjuangkan reformasi turut disoal siasat sebelum dapat masuk ke perkarangan rumah Anwar Ibrahim – wah hebat – itu sebab mungkin sejemput saja orang berada di perkarangan rumah Anwar Ibrahim – tak macam dulu, penuh program dan berduyun-duyun ramai yang datang lantas mengerti apa sebenarnya yang berlaku dan apa sebenarnya yang perlu kita lakukan.

Tapi mungkin suara lantang dan deras orang kecil – seakan berbisik kedengarannya tetapi suara orang besar biar berbisik – kuat didengari maka tak ubah lah kita seperti mereka yang turut dan tidak mahu berganjak biar ketua-ketua mereka jelas melaksanakan kemungkaran. Pernah Nora dengar orang berkata, follow like buffalo...jangan lah kita jadi macam itu. Satu lagi jangan terlampau jahat berprasangka mengenai orang – kalau yang tak faham kita fahamkan – kalau orang nak berjinak-jinak dengan reformasi kita ajak bersama – kerana misi sebenar adalah untuk menyebarkan bukan untuk mengecilkan. Kalau UMNO nak tahu mengenai perjuangan kita bagi tahu – kita dengarkan mereka – Nora yang tak tinggi pelajaran pun tahu perkara ini kenapa – unit keselamatan kita sibuk – “itu orang UMNO jangan bagi masuk” kalau gitu gayanya maka reformasi itu bukan sesuatu yang akan membesar malah akan bertambah kecil. Apa pun kepada bekas-bekas komando yang menjaga – jaga lah dengan keterbukaan bukan mengecilkan makna reformasi.

Nora akan menulis lagi bila ada kesempatan – Nora nak cerita mengenai perjuangan reformasi dahulu dan sekarang – apa pun sampaikan salam Nora pada Anwar Ibrahim sekiranya mereka yang membaca blog Nora berjumpa dengan beliau dan ada pas masuk untuk masuk berjumpa Anwar. Nasib baik tak kena beli tiket masuk - haru biru jadi nya.

Salam

nnora75


Thursday, July 17, 2008

Teruskan juga....

Terima Kasih kepada Muslimat Legal Team
Dewan PAS Pusat Athirah - Aiman Al Jundi serta peguam

Syukur Nora telah dibebaskan pada anggaran jam 2.15 petang tadi. Sebelum banyak spekulasi mengenai tangkapan pada 16hb Julai 2008 baik Nora terangkan sedikit apa yang berlaku. Sebenarnya tuduhan mengatakan bahawa Nora maki hamun polis itu tidak benar.


Sebelum memulakan cerita Nora nak ucapkan terima kasih kepada semua terutama , Black, Suaram, Badrul Hisham, panel PAS dan Norazaidi yang menjadi penjamin. Terima Kasih. Nora juga nak letakkan gambar mereka yang hadir pada perhimpunan DSAI di IPK Kuala Lumpur.



Sebenarnya mereka yang membodohkan diri mereka dengan menyuruh Nora pergi bermain “bola” lagi bagus. Nora, kemudiannya secara sinis mengatakan bahawa Euro dah habis, nak gi main atau tengok bola buat apa. Nora tegaskan Nora memang hadir untuk bersama rakan reformis lain dan kalau kenyataan ini diambil untuk menjadi bukti kehadiran – ambil lah, ecah tak kisah.... Namun atas nasihat kawan-kawan Nora tidak boleh menulis lanjut perkara ini kerana Nora agak ragui perjalanan tangkapan hari ini. Berbeza sungguh bila Polis memaklumkan bahawa mereka akan memohon ke mahkamah untuk menyambung tahanan Nora. Pelik, mereka nak terus menahan Nora untuk beberapa hari lagi? Kemudian mereka mengatakan bahawa mereka mahu mengambil “Intelligent Statement” , apa jadahnya benda itu? Nora tak pernah lalui perkara ini sungguhpun sudah beberapa kali di tahan. Lebih dari itu gambar di ambil adalah menyeluruh satu badan dan setelah diambil keterangan – keterangan itu terus di buat 30 salinan dan dihantar hari itu juga untuk perhatian sesiapa entah. Mungkin cara baru tetapi berbeza dengan cara prosedur tangkapan yang pernah Nora lalui dulu.

Nora kemudiannya terpaksa menghubungi kawan untuk mengambil barang-barang Nora kerana Nora tidak mahu serahkan barangan yang ada dengan Nora ini kepada polis – takut hilang. Dah lah pada tangkapan yang lepas – semua “hand phone” Nora di ambil dan sehingga kini tidak dikembalikan.

Dalam perbualan dengan polis “in charge” Nora bertanyakan kenapa Nora mahu di tahan reman dan kenapa prosedur kali ini berbeza? Inspektor itu memberi tahu Nora, bukan apa, ini semua arahan orang atasan dan kemungkinan siasatan perlu dibuat untuk mengetahui – kemungkinan Nora di taja oleh seseorang dan beberapa hal lain yang berkaitan. Huh, Nora kehairanan. Di taja, kenapa perlu di taja untuk kita menunjukkan bahawa kita mahu mempertahankan sesuatu isu yang melibatkan rakyat negara ini. Pelik. Rakan Nora yang datang untuk mengambil barang-barangan turut kehairanan kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada dirinya seolah-olah dia juga salah seorang suspek.

Pelik ini orang yang datang hanya untuk mengambil barang Nora. Beliau ditanya berkenaan butir peribadi, kerja di mana, lulusan apa, mengenai keluarga, mengenai bapa dan mengenai anak. Beliau di minta menandatangani soal jawab itu seolah-olah dia turut menjadi suspek. Ada pakar tak kat luar sana yang boleh bantu tak?

Lepas itu Nora patut di bawa ke Mahkamah jam 10.00am 17/08/2008. Namun terbatal kerana tiba-tiba Nora tidak di bawa ke mahkamah sebaliknya boleh di jamin mulut. IO yang mengendalikan kes Nora yang sudah ke mahkamah – terpaksa pulang dan menyiapkan kerja-kerja untuk jaminan mulut. Apa pun banyak betul lagi Nora nak ceritakan – yang melibatkan peguam dan bantuan “urgent arrest” yang sekarang seakan tidak ada lagi – tak macam dulu. Tapi biar dahulu nanti orang salah anggap pula apa yang Nora tulis. Lepas cerita ini Nora cerita mengenai isu itu – peguam PKR yang tidak mahu membantu – tidak ada “support” untuk mereka yang di tahan. Kalau orang macam Nora – Nora tak kisah sebab Nora dah biasa tapi bayangkan mereka yang baru – sure panik habis. Ok itu Nora cerita kemudian.

BEBAS tetapi masih tidak dapat dihubungi

Dimaklumkan bahawa Norazimah telah dibebaskan tetapi masih belum dapat di hubungi

Wednesday, July 16, 2008

Permohonan reman - Nora tidak di bawa ke Mahkamah

Makluman 17hb Julai 2008

Peguam dari PAS dan wakil PAS telah berada di Mahkamah untuk mewakili Norazimah Mohd Nor bagi membatalkan permohonan reman oleh pihak polis. Sungguhpun begitu dimaklumkan bahawa Norazimah gagal di bahawa ke Mahkamah. Wakil Norazimah akan berjumpa dengan pihak polis sebentar lagi,

PERTEMUAN DENGAN NORA - Balai Polis Tun HS Lee

MAKLUMAT BARU


Kami baru sahaja kembali dari Balai Polis Tun HS Lee ( Stadium) lama untuk bertemu dengan Nora. Esok Nora akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk permohonan "reman" jam 10.00 pagi. Bagi pihak Nora - memohon agar peguam bagi mewakili Nora dapat disediakan. Kami baru sahaja menerima semua barangan Nora untuk dihantar kembali ke rumah beliau.


MAKLUMAN

Saya telah diamanahkan untuk memberi maklumat berikut oleh Norazimah Mohd Nor sebentar tadi sekiranya perkara ini berlaku :

NORAZIMAH MOHD NOR telah di tahan sebentar tadi

kerana terlibat dalam demonstrasi di IPK Kuala Lumpur


Semoga beliau di beri kecekalan untuk meneruskan perjuangan.

Tuesday, July 15, 2008

Satu nak turun harga minyak, satu nak pertahankan parti politik

Nora terlepas peluang sungguhpun diberi kesempatan untuk pergi ke debat Anwar dengan Shabery. Tapi Nora sempat tengok kat TV di pejabat Nora, dalam kesibukan melakukan kerja-kerja di pejabat. Bukan Nora pandai sangat nak komen mikro ekonomi atau perkataan besar-besar ekonomi tetapi yang Nora nampak, satu pihak mahu menurunkan harga minyak dengan menguntungkan rakyat tetapi di satu pihak lagi mempertahankan peningkatan harga minyak dan parti politik yang di sokongnya.

Pada Nora mudah, yang mana menyebelahi rakyat, di situ Nora sokong. Apa yang Nora rasa ialah memang Shabery tak faham masalah rakyat atau tidak mampu mempertahankan tindakan mereka menaikkan harga minyak. Semakin terasa kenaikan harga minyak dan harga yang naik disebabkan minyak. Weiii terasa betul dan ini bukan main-main. Mungkin Shabery tak faham – tak payah bagi subsidi road tax – atau insentif lain tapi harga minyak jangan naik sebab harga minyak naik semua pun naik.

Nora teringat cerita Abang Jeff – dia pun seorang reformis dan aktivis pekerja yang buat kerja sambilan dengan membekal kuih Melayu dan tapai di sebuah hotel terkemuka di PJ.

Dia cerita pada Nora masa hantar kuih Melayu kat Hotel, Eksekutif Chef Hotel itu tegur kenapa kuih itu mahu dinaikkan harganya. So, Abg Jeff atau nama sebenarnya Jaafar pun berkata, boss harga minyak naik, boss. Eksekutif Chef itu pun kata, huh alasan la ini. Buat kuih bukan perlu petrol ! kata chef tersebut. Abg Jeff pun balas balik – betul tuan , betul saya silap , tak de kena mengena buat kuih dengan petrol, buat kuih mana guna petrol tuan, saya mengaku salah. Tapi esok tuan kalau kuih ini siap saya akan pos ke tuan. Tak guna petrol untuk hantar, kan tuan. Chef itu pun termenung. Nora bantai ketawa.

Cerita ini sebenarnya bukan rekaan. Ini cerita betul. Harga minyak naik semua barang lain naik. Bagi Nora, Nora percaya kalau ada usaha untuk mengurangkan harga minyak, membantu rakyat dan ada yang berhasrat untuk memikirkan untuk menurunkan harga rakyat maka – di situ Nora sokong. Bukan parti, bukan organisasi bukan politik yang utama-yang utama harga turun-barang tidak naik dan rakyat makmur. Mesti ada cara penjimatan lain. Apa guna buat pembangunan kalau kita tidak dapat sertai pembangunan dan apa guna kemodenan kalau kita tak dapat jadi moden sebenarnya.

Jadi – bagi Nora, perjuangkan rakyat. nanti Nora sambung k....

Sunday, July 13, 2008

Tulang oh tulang

Salam,

Minggu yang agak sibuk. Nora mengikuti rakan-rakan Nora dalam menemu bual beberapa tokoh yang arif dalam bidang masing-masing khususnya mengenai kemasyarakatan yang merangkumi politik dan ekonomi. Wah...besar perkataan-perkataan itu. Nora bersama rakan yang terdiri dari para pengkaji selidik bertemu antara lain adalah Dr Agus dari UKM dan En Zaid Kamaruddin, Presiden Jemaah Islam Malaysia. Sebenarnya peluang-peluang sebegini banyak mengajar Nora sungguhpun Nora bukan dari mereka yang sempat menamatkan pengajian. Bukan terlambat untuk Nora mula belajar. Cuma kadang-kadang bagi Nora apa yang kurang adalah ruangan. Nora rasa kalau diberi sedikit ruang tentunya ia membentuk peluang untuk seseorang itu berkembang.

Selama Nora kat sini, selain dari kerja-kerja biasa Nora diberi peluang untuk menyertai perbincangan mengenai kemiskinan, isu-isu kemasyarakatan dan Nora juga diberi peluang untuk sama-sama terbabit dalam membuat buku dan ada pula sumbangan sajak kemanusiaan dari Nora dalam buku itu yang dijangka terbit tidak lama lagi...fuh yoooo amat berbeza dan amat terima kasih kepada peluang yang diberi. Ahhhh..beri sedikit ruang bererti memberi peluang.

Sungguhpun agak sibuk Nora cuba gak membuat urusan blog – tak nak lah blog tergantung dan tidak di kemas kini. Dalam kesibukan itu bertemu Nora dengan salah seorang pelayar bernama tulang besi – menuduh dan terus mahu pergi depan Kaabah untuk mendoakan agar Nora dilaknat sekiranya mengikuti Ezam Mohd Nor dan turut menuduh seolah-olah Nora ada konspirasi dengan Ezam sehingga boleh jatuhkan/porak-peranda PKR.

Hebat betul Nora ini – boleh kacau Parti yang sedang memerintah Selangor. Hebat-hebat. Namun sebut mengenai tulang ini, sebenarnya tulang kalau terlampau besar selalunya tidak boleh mengancam sangat kita – dalam bab makan dan tercekik dek tulang. Tulang yang kecil halus itu yang boleh membuat kita terkecik. Betul-betul susah dibuatnya.

Sama juga macam habuk. Bukanlah bahaya sangat dalam keadaan biasa tetapi masuk ke mata – agak payah juga untuk kita keluarkan – terkebil-kebil mata kita. Mungkin itu ada hikmah yang mahu Nora katakan. Kecil tapi efektif. Ada kesan dan ada impak. Mungkin kita jangan lupa kepada mereka yang kecil sumbangan tetapi memberi kesan besar kepada perubahan politik negara. Hadir dalam demo – juga memberi sumbangan kepada perubahan yang kita tuntut. Jangan harap besar pada nama – maka besar pada jiwa kerana yang kecil pada nama kadangkala besar pada jiwa – ada pula yang besar pada kata-kata – kosong pengertiannya.

Dalam melihat apa yang ada sekeliling kita Nora benar-benar berharap agar kita sebagai rakyat marhaen tidak dilupakan oleh kepimpinan yang kita lantik. Kita lantik pemimpin bukan untuk jadi tuan dan kita jadi hamba. Kita lantik agar suara kita dapat didengari – masalah kita – cadangan kita dan harapan kita sebagai rakyat Malaysia dapat di realisasikan. Bukan untuk kita mendengar dan mengikuti mereka secara membuta.

Mungkin ada beza antara pemimpin yang lahir di tengah-tengah kancah pergelutan dan perjuangan-sesama merasai keperitan perjuangan lalu diangkat menjadi pemimpin, dari yang tiba-tiba duduk di kerusi empok menolak pen ke hulu ke hilir dan membuat keputusan tanpa ketahuan.

Apa pun bagi Nora tugas kita untuk tegur dan untuk berlawan demi mempertahankan rakyat – mereka yang di tindas – perlu diambil. Kita perlu bangkit jadi suara yang satu untuk memberitahu apa sebenarnya masalah kita dan kenapa kita bangkit. Protes yang kita lakukan perlu kita laksanakan dan kita reformis perlu bersatu suara dalam isu ini. Kita mahu harga minyak terus turun.

Nora percaya sekiranya kita tidak terperangkap dalam agenda politik semata-mata maka apa yang kita perjuangkan pasti akan memperoleh kejayaan.

* nanti Nora cerita apa hasil Interview Nora dengan Prof Agus. Sebelah Nora rakan Nora, Aini pengkajian Sosial Kemanusiaan

Thursday, July 10, 2008

Kenangan

Salam Reformasi,

khas buat sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan.

Gambar ini,adalah gambar Sanusi Abdullah. Beliau adalah antara pejuang-pejuang awal reformasi tahun 1998.Beliau adalah orang yang memimpin perjuangan reformasi jalanan dan antara mereka yang berani ke hadapan. Beliau telah banyak berkorban dalam perjuangan ini tapi menghilang setelah bebasnya Anwar Ibrahim tahun 2004.Sedih juga Nora apabila baru-baru ini beliau menelefon dan bertemu Nora di Taman Melawati,Kuala Lumpur. Keperitan hidup nampak gayanya adalah sebuah hadiah perjuangan buat dirinya. Namun,dari apa yang beliau ceritakan pada Nora ,dia tidak kesal dalam perjuangan ini. Sanusi hadir sekali lagi apabila mendengar mengenai konspirasi ke dua yang ada baru-bari ini. Nora dan Sanusi bercerita mengenai perjuangan lama,bagaimana hidup kita berubah,suka duka dalam perjuangan dan akhirnya bersendirian berpijak ditapak kenyataan. Nora mendengar penuh teliti dan terasa pilu melihat keadaan fizikalnya yang kurus dan yang jauh beza dari sebelum ini dan Nora hampir tidak mengenali dia.

Tapi satu perkara yang tidak berubah pada beliau-semangat perjuangan. Beliau kembali untuk memastikan perjuangan yang selama ini ada tidak terpadam sungguhpun terpaksa hadir dengan keadaan yang daif tidak seperti sewaktu awal dia hadir dalam perjuangan ini. Serius,Nora pilu dan kagum.Inilah antara orang yang Nora gelar pejuang tulen.

Sungguhpun,dalam perjuangan ini banyak yang kita lalui,kesilapan yang kita lakukan,namun kekentalan dan keberanian sewaktu perjuangan tahun 1998 hingga 2004 harus di kenang dan diberi penghormatan.

Dalam Nora berjumpa dia,kami terkenang pejuang-pejuang reformasi yang seangkatan dengan kami yang telah kembali ke rahmatullah – AL FATIHA buat mereka. Pada Nora,nama seperti Pak Lang Zaki,Umar Tan,Pak Non,Hjh Ning,Kak Dayang, Zaiton Kassim,Che Mat(Masjid India ) dan yang lain-lain,Nora akan tulis mengenai mereka dalam kolum khas,melalui blog ini,mereka akan sentiasa dalam ingatan Nora.

Nora ingin memberi penerangan pada mereka yang berprasangka nakal,mengkritik gambar,membicarakan mengenai pengisian BLOG Nora ini adalah blog peribadi,menceritakan mengenai perjuangan,membicarakan mengenai kehidupan dan memberitahu secara sinis tentang masalah kemasyarakatan.Ini bukan blog untuk membicarakan tentang mekanisme dan strategi pemerintahan atau isu-isu berat berkaitan dengan politik. Tidak ada ruang untuk membodek dan mengampu kepimpinan atau menjadikan pemimpin yang ada sebagai berhala untuk disembah. Kalau mereka memimpin dengan baik itu adalah tanggungjawab mereka selaku pemimpin dan janji mereka setelah mereka di lantik menjadi pemimpin,tetapi sekiranya mereka lupa maka tugas kita adalah untuk menyedarkan mereka.

Sekian

Wednesday, July 9, 2008

La..macam budak-budak nak cerita perjuangan

Salam

Rakan – rakan pelayar, untuk makluman semua, untuk makluman Tulang Besi atau Reformis Bengkok atau sekarang menggunakan nama Protes yang
IP – 83.101.130.100 dengan No telefonnya +966504245761 dan dari IP yang berdaftar di Arab Saudi kini telah mula menghantar kat Nora mesej–mesej mengarut. Pagi ini sahaja 3 mesej mengarut dihantar oleh orang ini.


Inilah dia profile di blog tulang besi

Sebenarnya notis ini Nora hantar sebagai tanda bukti kelak bagi sebarang tindakan yang akan Nora ambil selepas ini. Mesej mengarut ini mengganggu dan ini sebenarnya menunjukkan refleksi pemikiran orang ini. Nora hairan dengan sikap dia yang kalau kita layari blognya macam orang hebat tetapi nampaknya pemikirannya agak kacau. Nora telah memberi amaran bahawa tindakan beliau menghantar SMS mengarut ini akan menimbulkan kesusahan kepada beliau kelak. Apa pun tujuan Nora mengeluarkan notis ini adalah menunjukkan betapa kacau seseorang itu dari segi minda sekiranya kita taasub pada sesuatu. Seakan kita menyembah dan menjadi kacau tahap gaban bila ada sahaja orang yang tidak bersetuju dengan dirinya. Apa pun bagi Nora ugutan yang beliau buat sedikit pun tidak menakutkan Nora Cuma kadang-kadang macam lalat atau nyamuk yang mengganggu kita sedang makan.

Ini dia blog Tulang Besi atau reformis bengkok atau protes

Sekali lagi “posting” ini akan Nora “delete” sekiranya individu ini tidak hantar mesej mengarut kat Nora lagi. Sekiranya tidak Nora tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih lagi. AWAS nanti Nora beli pemukul lalat dan Shell tox baru tahu...apa pun kekadang kita ketawa melihat mereka yang hilang arah. Nasihat Nora..jaga bini baik dan keluarga baik-baik, banyak-banyak berdoa agak dapat pedoman.

Tuesday, July 8, 2008

Salam,

Saja nak tulis sikit.Terlampau banyak sms yang Nora terima memberi pendapat mengenai Protes semalam.Apapun,perkara itu sudah berlaku.Kita perlu mengambil iktibar tentang perkara tersebut.Bagi Nora,kita perlu teruskan membantah harga minyak naik dengan lebih agresif lagi.Nanti Nora sambung cerita lagi ye.Banyak kerja yang Nora nak siapkan.

Monday, July 7, 2008

Protes sampai turun, minyak lah bukan lain yang turun

Kan Nora dah janji nak tulis pasal perhimpunan Protes, ahhhh Nora tulis lah ni. Apa pun Nora ucapan tahniah terlebih dahulu kepada mereka yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan Perhimpunan Protes itu. Dapat juga jumpa kawan-kawan reformis yang Nora kenal hampir 10 tahun lamanya. Mereka turun dari jauh untuk sama-sama memastikan api reformasi tidak padam.

Apa pun Perhimpunan ini secara jujur bukan lah satu demonstrasi. Selama ini kita sering hadir dalam perhimpunan berbentuk demonstrasi yang memerlukan, apa kata Anwar Ibrahim – mengambil risiko – kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan. Semangat berani inilah menjadikan demonstrasi jalanan berbeza dengan perhimpunan dengan permit di Stadium Kelana Jaya.

Kadang – kadang Nora tersenyum dengan komen teman-teman di tempat niaga Nora. Protes sampai turun tetapi yang turun lain plak...hi hi hi....benda lain lak yang terlondeh sehingga media-media arus Perdana mengambil isu itu untuk terus memburukkan perhimpunan tersebut. Tapi itu kerja mereka, kerja kita untuk pastikan minyak turun.

Apa pun Nora tidak lama di Stadium. Nora percaya bahawa kita kena hadir sekali lagi ..dengan keberanian untuk mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak...kita laksanakan di luar...biar tak de permit ...kita langgar menunjukkan bahawa kita tidak mahu akur dengan kenaikan harga minyak. Masa itu kalau ada perhimpunan macam tu ..Nora turun....kita kena hantar mesej yang serius kepada kerajaan – TURUNKAN HARGA MINYAK ! Kalau nak turun Stadium pun mungkin Nora turun bila ada konsert White Snake, Loudness atau Dokken...baru rock abis...baru real...Nora minat......

Bercerita kembali mengenai Protes – mungkin kita perlu lebih “real” lagi. Kita turun dengan semangat....di luar sana untuk menunjukkan bahawa kita tak leh tahan bila kerajaan asyik menyeluk saku kita aje sebagai penyelesaian masalah. Banyak cara lain – banyak yang boleh dibuat dari asyik buat rakyat macam ATM machine mereka........tekan-tekan kebas duit....tekan-tekan duit kita juga yang lebur.

Nora percaya kalau kita teruskan usaha....kita tunjuk kepada kerajaan betapa perit kita rasa dengan kenaikan harga minyak dan ditambah dengan kenaikan harga barangan lain – setidak-tidak mereka sedar...setidak-tidak mereka dapat mesej yang kuat tentang apa kita rasa atas perbuatan mereka.

Apa pun Nora hadir dan sempat lah Nora berjumpa dengan reformis lama. Sungguhpun perhimpunan Protes itu agak lari dari perhimpunan yang sering kita lakukan tetapi Nora respek mereka yang 10 tahun dan masih wujud dalam gerakan reformasi. Mereka setia dan mereka dapat tabik hormat dari Nora. Mereka inilah yang perlu kita juling-kan mata untuk setidak-tidak diucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka. Mereka lakukan demi sayang mereka kepada rakyat Malaysia yang selama ini tertindas.

Nora – suspek – opppps respek...u all