Sunday, August 23, 2009

Lagi klip dan kisah calon BN Rohaizat

Masa Nora siarkan klip perbualan dengan bapa Rafizah - En Mohd Ali, ramai yang menghentam Nora. Nora terima klip itu sebab ada asas kebenaran. Hari in bapa Rafizah, En Mohd Ali memberi tempoh sehingga hari ini untuk Rohaizat mengaku telah berkahwin dengan Rafizah dan lebih teruk lagi klip yang ini mengatakan bahawa Ibu Saudara Rafizah mendakwa Rafizah pernah mengugurkan anak Rohaizat ....nilaikan ya...Nora terima Klip tu..aje...cek link ke malaysiakini yang membawa cabaran En Mohd Ali, bapa kepada Rafizah...isteri Rohaizat dan dengar klip terbaru ini:

Dari malaysiakini - Mohd Ali beri tempoh untuk Rohaizat mengaku klik sini Ini klip terbaru - Benarkah Rohaizat ada anak yang telah digugurkan? Benarkah? Entah klip ini adalah untuk penilaian korang semua
:




Benarkah ...nilailah sendiri.........

Untuk makluman - Nora terima file audio, nak upload tak reti kerana kena convert ke video baru boleh...so Nora minta kawan buat. Untuk makluman Nora dah delete semua email , Nora simpan klip asal kat tempat lain - besar sangat file dia...kalau nak email Nora k...Nora fowardkan semuanya...

17 comments:

Anonymous said...

Ghibah

Allah berfirman : "Artinya : Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya". (Al-Hujurat: 12)

Anonymous said...

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab : “Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Anonymous said...

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menerangkan makna ghibah (menggunjing) dalam sabdanya : "Artinya : Tahukah kalian apakah ghibah itu ? "Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. "Beliau bersabda :"Yaitu engkau menyebut saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya." Ditanyakan : "Bagaimana halnya jika apa yang aku katakan itu (memang) terdapat pada saudaraku ? "Beliau menjawab : "Jika apa yang kamu katakan terdapat pada saudaramu, maka engkau telah menggunjingnya (melakukan ghibah) dan jika ia tidak terdapat padanya maka engkau telah berdusta atasnya". (Hadits Riwayat Muslim, 4/2001)

Anonymous said...

Salam,

Bezakan anatara mengumpat dan sebenarnya kebenaran. Kita perlu tahu bahawa sebelum kita melantik pemimpin biarlah pemimpin itu baik serba serbi sebelum kita hanyut dibawanya.

Jgn kita hanya memetik satu bab dalam agama tetapi gagal melihat dalam hal-hal lain.

Ingat - setakat ini bapa kepada Rafizah akan timbul menerangkan mengenai penipu Rohaizat. Rohaizat sebelum ini menipu tak de isteri tetapi nyata menipu....bukankah ini kebenarnan.

Kita sering berkata - berkata benar lah walaupun pahit maka berkata benarlah sebelum kita melantik pemimpinan yg tidak akan menguntungkan sesiapa.

Bayangkan lelaki ini yg menipu bahawa dia ada isteri lain, bagaimana perasaan isteri itu, bayangkan pula dia menindas wanita itu..apa ini juga perlu ke kita pertahankan.

Islam itu menyeluruh dan jgnlah kita pertahankan rohaizat- yg sekarang ini memfitnah rakan kongsinya. Itu bukan fitnah ke?

Anonymous said...

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik pemimpin kalian ialah pemimpin yang disayangi dan didoakan oleh kalian dan pemimpin itu juga menyayangi dan mendoakan kalian. Sementara seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kalian kutuk dan benci dan mereka pula mengutuk dan membenci kalian." (Hadis riwayat Muslim)

Anonymous said...

Sudah terang lagi bersuluh,

Rohaizat menipu dan memfitnah rakannya. Rohaizat menyapu duit koperasi pekebun kecil balasannya ini...semua kemungkaran yang di buat oleh rohaizat terpancar keluar kerana beliau sebenarnya antara org yang dibenci. Ketahuilah...rohaizat yg menipu dahulu...memfitnah kawan...sekarang terbongkar cuba menipu rakyat Malaysia dengan berkata dia tak pernah berkahwin dua ....tipu gak tu...akhirnya kalau org fitnah pun org percaya sebab rohaizat sebelum ini penipu....

Anonymous said...

Cuba fikirkan...sekiranya saudara mu adalah kalangan org yang melapah hasil anak yatim, dan..dan mahu menawarkan diri sebagai pemimpin..tidak kah kamu berdosa menyebelahinya ...mendiamkan perkara itu atas alasan kononnya tidak mahu mengemukakan aib...

Kamu adalah antara org yang bodoh lagi jahil...

Anonymous said...

Gempar! Bapa Rafizah pula hilang!
Aug 24th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.

Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.

http://perakexpress.com/www/2009/08/24/gempar-bapa-rafizah-pula-hilang/

Anonymous said...

Pada 20 Ogos lalu, rakan kongsi Rohaizat, Yusri Ishak membuat pendedahan tentang salahlaku Rohaizat di Yayasan Aman, Penanti. Bukan setakat sidang media, malah beliau turut serta dipentas-pentas ceramah Pas pada malam-malam berikutnya.

Dalam sidang media di Yayasan Aman, Yusri begitu tenang dan menjawab soalan-soalan secara spontan, tanpa membayangkan sebarang perasaan takut atu dipaksa.

Tetapi semalam, beliau telah membuat satu lagi sidang media, jauh dari Permatang Pasir. Sidang media yang dibuat di Hotel Grand Season, menyaksikan Yusri membuat ‘about-turn’, dan menyatakan kekesalan beliau kerana Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan isu tersebut.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Bukan senang untuk mempertahankan prinsip dan kebenaran, selagi kita diperintah BN. Apa yang berlaku kepada Yusri telah pun berlaku kepada Bala sebelum ini. Apa yang diharapkan, Yusri tidak ‘hilang’ pula selepas ini.

Melihat kepada gambar diatas, kita boleh membuat kesimpulan, sama ada sidang media di Kuala Lumpur itu dengan sukarela atau dipaksa.

http://perakexpress.com/www/2009/08/24/yusri-ishak-di-turn-over/

Anonymous said...

jika kebenarannya rohaizat berkahwin lain pun x ada masalah. kenapa? kerana bukan dia meliwat orang. yang menjadi persoalan dan menimbulkan kesangsian dan yang ingin dipertikaikan di sini adalah kasahihan rakaman suara yang diberikan.sesiapa sahaja pun boleh menyamar. jika ianya rakaman video atau apa sekalipun mungkin masih boleh dipertimbangkan dengan akal yang waras. yang kena interview itu pun jawab soalan seperti tiada perasaan. adakah hanya dengan rakaman suara yang tidak tentu kebenarannya ini anda panggil memperjuangkan kebenaran?? siapa yang bodoh & siapa yang jahil sebenarnya?? pemimpin yang memegang lilin?? pemimpin yang terlalu beradab terhadap si kafir yang mati?? pemimpin yang secara terang memaki sesama Islam?? sama-samalah kita menjaga akidah kita. ini bukan bermakna menuding jari & menyatakan salah sesiapa, salahkah orang-orang alim di Malaysia menegur kerajaan dengan berhemah?? Rasullulah s.a.w sendiri sering dihina dan keji tetapi Baginda tetap bersabar, tetapi di Malaysia sekarang sebaliknya pula, yang alim hilang sabar malah sibuk mencaci dan mengeji pihak yang tidak disukai.
sedih betul melihatkan perpecahan demi perpecahan yang berlaku di Malaysia. orang yang x ada perasaan sahaja berjuang secara sia-sia. Syaitan bertepuk tangan suka. jadilah seperti habil & qabil. dua-dua anak nabi Allah, tetapi bila amarah menyesak mata, akhirnya penyesalan sudah x berguna. Wallahualam.

Anonymous said...

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

link utk lagi cerita Rohaizat calon BN yg penuh dengan kontravesi

Anonymous said...

Isunya sekarang ialah menipu...kemudian tidak mengaku. Adakah orang yan semacam ini layak ndiangkat jadi pemimpin? Tipu duit orang..tipu kata tak ada bini kedua..
Aku rasa itu bukan mengumpat..itu mencari kebenaran. Takanlah nak pilih pemimpim yang berperangai buruk. macamana nak jadi pemimpin kalau diri sendiri tak terpimpin, habis tanah penduduk PP dijualnya nanti.Yang betul mengumpat tu ialah seperti dikatakan Islam plastik.. kemudian diputar belitkan jadi Islam Palastin. Tak payahlah nak berfirman-firman,semua orang tahu, kecuali pemimpin2 UMNO saja yang buta agama juga penyokong (bukan ahli) UMNO saja yang buta hati, buta mata telinga tuli.

Anonymous said...

jijik bila ada orang yang guna agama tapi tahu perkara benar atau salah apa di mengumpat dengan mengata jangan jadi munafik /


Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya".
ini kah islam hadahari yg kamu belajar

Anonymous said...

belajar agama demi kebenaran kepada ALLAH sujudnya

bukan wang/pangkat dan kuasa jangan rasa belajar kat uia kira bagus ingat orang belajar kat pondok pun tahu beza halal atau haram .

Anonymous said...

Kalau dah betul nikah dua, mengaku je lah kan. Kalau x salah, apa nak ditakutkan. hanya orang bersalah dan penipu je yang takut pada bayang2 sendiri. Pikirlah sendiri. Apa2 pun, kita semua akan mati, nafilah kot manapun, insyaAllah ada balasan menanti di sana. Selamat berpuasa

MEN-T said...

BUAT ANONYMOUS 2:27PM

INI KEBENARAN DAN KESAHIHAN TENTANG ROHAIZAT BUKAN MENGUNJING ORANG LAIN CHEK OIII...HANG PAHAM KA TAK NI?KALAU PERKARA INI TAK BENAR KENAPA ROHAIZAT TAK BERANI NAK NAFIKAN?

HANG PA KAT SINI AKU BACA KOMEN HANGPA,HADIS2 HANGPA BERI WOW HEBAT NOH TAPI HANGPA DOK NASIHAT DA HADISKAN ORANG NI...PI TENGOK MUKA HANGPA KAT CERMIN?AGAK2 HANGPA NI BETUI TAK?

HANGPA ADA ADIK PEREMPUAN TAK?KATAKAN LAH ADIK PEREMPUAN HANGPA DOK TEMPAT RAFIZAH DAN DI NAFIKAN HAK NYA SEBAGAI ISTERI KE2 ROHAIZAT?AGAK2 HANGPA BUAT APA?AKU RASA HANGPA AKAN SENYUM DAN BERGELAK KETAWA KOT...ORANG TAK MARAH KALAU NAK KAWIN 4 SEKALIPUN ...TAPI BIARLAH JUJUR.

JADI SEORANG PEMIMPIN YANG JUJUR.

KALAU DAH PENYAMUN...PENYAMUN JUGA.
DASAR PENYAMUN!!!

Unknown said...

Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat... siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…saya kenal benar dengan mereka ni…mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

Abdullah Penegak Kebenaran