Tuesday, August 25, 2009

Tahniah Pakatan Rakyat

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT kerana berjaya mempertahankan Permatang Pasir. Ini menunjukkan bahawa rakyat menilai dan membuat keputusan yang bijak dalam menolak BN yang semakin hari semakin susut sokongan. Rakyat juga semakin bijak dalam membuat pilihan dan memilih calon yang mempunyai kekuatan nilai kewibawaannya. Kalau trend ini berterusan maka BN dan UMNO pasti akan mengalami kegawatan sokongan menjelan PRU13 nanti. Barulah kita boleh dengan tegas berkata, suara rakyat suara keramat. Apa pun selepas dilantik harap-harap pemimpin tersebut dapat menunaikan kewajiban mereka dengan adil lagi saksama. Tujuan adalah satu - pembelaan buat rakyat. TAHNIAH PR, TAHNIAH PAS dan pasti semua penyokong PR yang telah berhempas pulas bangga dan bersyukur dengan kajayaan di Permatang Pasir. Nora akan menulis lagi.....

Sunday, August 23, 2009

Waduh klip lagi - kali ini pasal Azmin dan politik Selangor lak...

Nora baru sahaja siarkan klip pengakuan Ibu Saudara Rafizah mengenai anak yang di gugurkan tetiba Nora terima klip baru mengenai apa yang berlaku dalam pentadbiran Pakatan Rakyat mengenai Selangor, Azmin dan Tan Sri Khalid. Adussss....klip perbualan itu merangkumi cerita Azmin dan apa yang dibuatnya dalam politik Selangor. Nanti Nora cari kawan Nora untuk edit semula k...Nora tak reti nak upload audio file..kalau video Nora tahulah ..ada ikon kat atas tulis upload video...Nanti Nora loadkan plak k.

Lagi klip dan kisah calon BN Rohaizat

Masa Nora siarkan klip perbualan dengan bapa Rafizah - En Mohd Ali, ramai yang menghentam Nora. Nora terima klip itu sebab ada asas kebenaran. Hari in bapa Rafizah, En Mohd Ali memberi tempoh sehingga hari ini untuk Rohaizat mengaku telah berkahwin dengan Rafizah dan lebih teruk lagi klip yang ini mengatakan bahawa Ibu Saudara Rafizah mendakwa Rafizah pernah mengugurkan anak Rohaizat ....nilaikan ya...Nora terima Klip tu..aje...cek link ke malaysiakini yang membawa cabaran En Mohd Ali, bapa kepada Rafizah...isteri Rohaizat dan dengar klip terbaru ini:

Dari malaysiakini - Mohd Ali beri tempoh untuk Rohaizat mengaku klik sini Ini klip terbaru - Benarkah Rohaizat ada anak yang telah digugurkan? Benarkah? Entah klip ini adalah untuk penilaian korang semua
:



video
Benarkah ...nilailah sendiri.........

Untuk makluman - Nora terima file audio, nak upload tak reti kerana kena convert ke video baru boleh...so Nora minta kawan buat. Untuk makluman Nora dah delete semua email , Nora simpan klip asal kat tempat lain - besar sangat file dia...kalau nak email Nora k...Nora fowardkan semuanya...

Saturday, August 22, 2009

Kenyataan ini baru Nora terima dari pengirim email

Terima Kasih kerana menyiarkan klip perbualan tersebut. Saya percaya kepada mereka yang meragui, akan timbul pendedahan seterusnya. Saya juga telah mengirim nombor telefon Mohd Ali, bapa kepada Rafizah yang merupakan isteri kepada Rohaizat calon Permatang Pasir kepada Nora untuk pengesahan perbualan telefon itu. Saya cuma mahu cabar Rohaizat menafikan perkara ini. Saya juga telah mengirim klip lain untuk maklumkan Nora. Kita bukan menyerang peribadi tetapi kita tidak mahu juga mereka yang bermasalah seperti Rohaizat ini dipilih menjadi pemimpin sedangkan apa yang dipimpinnya sebelum ini hancur berderai. - Terima Kasih Nora

Friday, August 21, 2009

Ada lagi klip baru !!!

Ini pula link yang dikirimkan kepada Nora untuk cerita Rohaizat ini, untuk membaca Klik Sini

Wa duh ada lagi klip baru yang Nora terima....sat lagi ye...kali ini klip telefon dengan ibu saudaranya - adussss ada kes gugur anak??? - nantikan ye....Nora nak gi kempen .....nanti korang nilaikan sendiri!!!!!

Klip Nora terima

Sebenarnya informasi-informasi seperti ini kerap Nora terima. Kali ini Nora terima voice clip yang Nora rasa perlu Nora keluarkan. Kita sama dengar dan kita nilai. Klip ini sebenarnya menafikan kenyataan Rohaizat Othman dalam Malaysiakini.com yang mengatakan bahawa beliau hanya mempunyai seorang isteri. Dengar ya...anyway Nora rasa perlu seorang yang mahu dilantik menjadi pemimpin bertindak jujur dan telus.

Klip ini mengesahkan bahawa Rohaizat telah bernikah dan ini tidak selari dengan kenyataan beliau dalam malaysiakini.com. Klip di dakwa adalah pengakuan bapa kepada wanita yang dinikahi bernama Rafizah Artikel bertajuk Rohaizat nafi ada isteri kedua

video

Dengar dan nilaikan sendiri

Nora juga ada beberapa klip lain mengenai Rohaizat calon Permatang Pasir - nanti Nora upload - kan. Nora kat Permatang Pasir la...ini

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadan

pose jangan tak pose....salam dari Nora

Wednesday, August 12, 2009

Nora...nak tulis lagi

Nora...nak tulis balik

Dalam tulisan-tulisan lepas ramai antara yang membaca tulisan Nora menghantar SMS dan e-mail. Nora bagi kami tolong Nora. Nora membalas, ini bukan masalah Nora nak projek. Nora tak terror buat projek dan Nora tak nak projek-projek. Nora dari dulu berniaga sendiri. Hari ini Nora kerja dan letakkan berniaga sebagai aktiviti sambilan. Bukan projek k. Nora mahukan keadilan sekira nya kerajaan yang di dokong oleh Pakatan Rakyat memerintah. Nora tidak mahu Pakatan rakyat sama aje dengan UMNO. Itu salah dan itu bukan perjuangan yang kita lakukan selama ini. Hari ini Nora membantah UP TOWN Seri Gombak yang di terajui oleh Skuad Bogel. Lagi teruk Nora sedang menunggu salah seorang pemilik UP TOWN Seri Gombak itu yang juga merupakan penasihat salah satu persatuan peniaga untuk membantah tindakan persatuannya yang mahu mengemukakan saman kepada GMI. Nora sedang menunggu orang yang diberi projek oleh Kerajaan Negeri Selangor ini bangkit dengan garang mempertahankan usaha kita memansuhkan ISA. Ini Nora nak pesan – kita ikhlas berjuang-mengambil risiko untuk mendesak hapusnya ISA tetapi mereka yang diberi kemudahan – diberi projek – diberi ruang dan segala-galanya. Ini namanya TIDAK ADIL! Setakat ini SKUAD BOGEL tidak pula berani seperti kata-kata pelayar laman web Nora – bertindak bogel di hadapan Pejabat Kementerian Dalam Negeri untuk menuntut hapuskan ISA. Usahkan itu, hadir untuk membantah ISA tempoh hari pun tidak - maklumlah dah dapat projek. Itu yang sepatutnya kita bantah. Kita yang bergelar reformis – tidak meminta projek dan habuan tetapi sekiranya nama kita digunakan dan mereka yang tidak berpatutan, dapat projek mak secara relatifnya KEADILAN tidak tercapai matlamatnya. Apa pun Nora mahu tunggu mereka yang duduk dengan projek Kerajaan Negeri Selangor – UP TOWN Seri Gombak itu membantah tindakan menyaman GMI. Mungkin mereka akan buat setelah tersiar coretan Nora ini tetapi moralnya mereka tidak tergolong dalam orang-orang yang ikhlas berjuang. Sanggup bogel untuk projek diri – tentang kerajaan Negeri Selangor – kemudian deal dan terus senang dengan pengorbanan orang lain. Kita tunggu – kita tunggu dan sekiranya tidak ada maka ini akan menjadi pengajaran kepada politikus kita yang buta dalam menilai erti pengorbanan yang meletakkan dia di situ.

Nora akan dedah dengan lebih terperinci – kerana apa – kerana Nora tahu dan kerana sebelum ini Nora asyik berdiam.

Friday, August 7, 2009

Buat Rendra

Al Fatiha buat Rendra.

Tuesday, August 4, 2009

Skuad Bogel serang Anwar Ibrahim

SMS ini di kirim kepada ramai orang oleh ahli Skuad Bogel dan lelaki yang Nora kata Tak Orait ini. Mereka terus menyerang PKR rupanya dengan harapan untuk mendapatkan projek. Adakah ini budaya kita yang sebenarnya bergelar reformis. Sebenarnya demo yang Nora sertai baru-baru ini memberi kenangan pada waktu reformasi 1998.

Ramai antara kita berjuang abis-abisan untuk reformasi. Namun kesempatan ini di gunakan oleh mereka yang dikenali dengan skuad bogel untuk mendapatkan projek buat diri sendiri. Hairan kenapa mereka sungguh2 nak berbogel - tetapi bila demo menentang ISA baru-baru ini mereka tak nak lak turun dan berbogel depan KDN. Apa sebenarnya berlaku - Khalid Ibrahim tunduk kepada orang macam ini-atau MB Khalid Ibrahim sebenarnya tidak tahu siapa yang sebenarnya reformis - tulah kalau hadir masa menang aje.

Mereka menghantar SMS ini semata-mata untuk mengugut - untuk mendapatkan projek dan kita layan. Nora akan dedahkan satu-satu sehingga mungkin ada skandal (mungkin rasuah-mungkin politik) dalam pemberian projek "uptown" Seri Gombak.

Lagi gambar sewaktu demo

Tertarik dengan pakaian askar yang di ubah suai - mereka dari Melaka, Terengganu dan Pahang -salute kat u all

Habis demo sempat bergambar - Maju Junction - abang ini datang dari jauh tau

Bekenan kat basikal ini - dari luar negara kabarnya - Nora pun try aje la..

Unit Amal PAS - wow berani - hari yang gelap kini sudah terang - syabas - PAS, tapi Keadilan ada juga yang berani - berani bogel - skuad bogel ( tapi tak nampak pun - sebok kat uptown la tu)

Tumpang bergambar kat motor kawan - mereka turut serta bantah ISA

Monday, August 3, 2009

Seterusnya







Sekitar demo 1

Aksi bermula dengan Che Gu Bard..memulakan langkah

Nora kemudian bergandingan dengan Che Gu Bard di hadapan Pertama Kompleks


Nora kemudian bersama-sama Muslimah PAS di Pertama Kompleks dimana mereka di tahan....Nora sempat menyelamatkan diri....mereka berani
Nora mula hadir di Masjid India dengan mengedarkan penutup muka - hihihi complimentary dari blog Nora

Sunday, August 2, 2009

Demonstrasi – perjuangan membantah ISA

Ini satu cabaran - satu permulaan demonstrasi – zaman Najib Tun Abdul Razak. Nora lihat ini sebagai suara rakyat yang mahu ISA di hapuskan dan menyegerakan perubahan dalam hal-hal khususnya bersangkutan dengan hak rakyat, demokrasi dan keadilan. Nora hadir dalam program Mansuhkan ISA. Nora turut hadir kerana Nora percaya bahawa memansuhkan ISA itu perlu. Banyak perkara yang Nora akan cerita mengenai pengalaman dengan demonstrasi anti – ISA ini. Banyak pendapat dan banyak perkara yang Nora mahu ceritakan mengenai demonstrasi dan Nora bukan orang baru dalam keterlibatan bersama-berdemonstrasi semenjak tahu 1998 lagi. Apa pun letih tak habis lagi – tetapi Nora sempat membuka email dan melihat kiriman-kiriman gambar sekitar ISA. Tapi gambar itu dalam keadaan file yang besar – kena minta kawan kecilkan untuk siaran web. Nanti Nora siarkan k. Anyway kepada mereka yang ada tertangkap gambar Nora dan Chegu Bard semasa memulakan gerakan dari depan Pertama Kompleks please kirim pada Nora – nnora75reform@gmail.com.


Opps ini ada satu footage yang dikirim kepada Nora - Nora siarkan k


video

Thanks a million

Apa pun Nora ucapkan sekalung tahniah kepada GMI, kepada rakan yang terlibat memperjuangkan – gerakan mansuhkan ISA, Unit Amal PAS – berani dan cekap dan kepada semua yang ada membantu Nora dengan memberi topeng-topeng untuk mengurangkan impak terhidu gas FRU. Nanti Nora siarkan gambar-gambar koleksi yang Nora terima dan Nora ambil untuk laman web ini.