Sunday, August 2, 2009

Demonstrasi – perjuangan membantah ISA

Ini satu cabaran - satu permulaan demonstrasi – zaman Najib Tun Abdul Razak. Nora lihat ini sebagai suara rakyat yang mahu ISA di hapuskan dan menyegerakan perubahan dalam hal-hal khususnya bersangkutan dengan hak rakyat, demokrasi dan keadilan. Nora hadir dalam program Mansuhkan ISA. Nora turut hadir kerana Nora percaya bahawa memansuhkan ISA itu perlu. Banyak perkara yang Nora akan cerita mengenai pengalaman dengan demonstrasi anti – ISA ini. Banyak pendapat dan banyak perkara yang Nora mahu ceritakan mengenai demonstrasi dan Nora bukan orang baru dalam keterlibatan bersama-berdemonstrasi semenjak tahu 1998 lagi. Apa pun letih tak habis lagi – tetapi Nora sempat membuka email dan melihat kiriman-kiriman gambar sekitar ISA. Tapi gambar itu dalam keadaan file yang besar – kena minta kawan kecilkan untuk siaran web. Nanti Nora siarkan k. Anyway kepada mereka yang ada tertangkap gambar Nora dan Chegu Bard semasa memulakan gerakan dari depan Pertama Kompleks please kirim pada Nora – nnora75reform@gmail.com.


Opps ini ada satu footage yang dikirim kepada Nora - Nora siarkan k




Thanks a million

Apa pun Nora ucapkan sekalung tahniah kepada GMI, kepada rakan yang terlibat memperjuangkan – gerakan mansuhkan ISA, Unit Amal PAS – berani dan cekap dan kepada semua yang ada membantu Nora dengan memberi topeng-topeng untuk mengurangkan impak terhidu gas FRU. Nanti Nora siarkan gambar-gambar koleksi yang Nora terima dan Nora ambil untuk laman web ini.


22 comments:

AnakMerdeka said...

Setelah hari kedua, baru nampak tulisan Nora. Ingatkan Nora antara ratusan orang yang tertangkap. Syukur kerana terselamat.

Tapi boleh tak Nora beritahu, satu sebab pun cukup, apakah agak-agaknya faktor paling penting kita, lelaki dan perempuan, kecil dan besar, mesti berdemostrasi menentang ISA. Kenapa ISA harus dimansuhkan?

Harap Nora atau rakan-rakan tidak menumpukan kepada teori 'akta zalim', kerana kita semua tidak pernah pun dizalimi oleh akta itu.

Sila..sila..beri sebab lain

Anonymous said...

La...si bodoh anak merdeka ini. Ko tak di zalim tetapi apa yang berlaku ialah akta itu menidakkan hak org bodoh. Mcm H1NI - dia tak merbahaya kecuali terkena kat batang hidung sendiri. Anak merdeka yang tak merdeka, apa salahnya kalau org itu membuat salah kita tangkap kita bicarakan. Bukan kah itu adil nama nya. Bila org ada perbezaan pendapat kita guna kuasa utk menghalangnya dari menyuarakan pendapat dan menedapat sokongan rakyat...adil ke tu.

Tanya sama lu pun wa ingat tak guna..gambar u yang mengangkang tu pun wa takut tgk ..mcm org gila tak de otak.

Ckp paling bodoh dari lu la....sapa kata kita tak pernah di zalimi oleh akta itu....ugutan dari akta itu pun dah cukup tidak adil.....

Anonymous said...

Kaedah fiqhiyyah

contoh bagaimana kisah baginda menyoal siasat Hatib bin Baqa’ah (seorang sahabat) yang membocor rahsia kepada kaum Quraisy bahawa Rasulullah SAW akan memasuki kota Mekah.

“Pada prinsipnya, ada pendengaran iaitu pertuduhan didengar kepada umum. Pada zaman Rasulullah SAW, tidak ada hukuman sebelum perbicaraan,” katanya.

Selain itu, Saari juga berhujah dengan kaedah fiqhiyyah untuk menjustifikasikan bagi memansuhkan akta kontroversi itu.

Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, “al-dharrar yuzalu bil-syara” yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak, kata Saari.

akta tersebut membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh dan keluarga mangsa terbabit

“Penahanan tanpa bicara di bawah akta tersebut adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah.

Tambahnya, ISA juga ditolak kerana ia bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua.

“Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi…kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara

” (Oleh itu) ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa’ Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.

cj lim said...

ISA nak hapus ka apa ka tu satu hal la .. tapi yg nak berdemo2 kat jalan ni apa hal ? kalau buat kat stadium, tak best la pulak kan ?

apa kata every weekend kita buat kat masjid india tu .. senang sket .. biaq ramai2 tak payah meniaga ..

dak pon lepaih ni kita tukaq port, demo mesti kat area bukit bintang, damansara, & tempat² yg tak ramai melayu ada. amacam ? ada beran pendemo2 sekalian ?

si a dah bagitau jgn demo kat jln, demo la kat stadium, kalau demo kat jln nanti kena ambil tindakan.

si b plak nak demo kat jln jugak. si a tadi pon ambik la tindakan.

dah marah pulak dah si b, kata si a ni zalim,

eh .. apa gedik sgt si b ni ?

AnakMerdeka said...

Ok fine kalau tak ada yang mengaku pernah dizalimi oleh ISA.

Lalu siapa yang dizalmi? Betulkah orang yang tidak mengancam keselamatan negara, tak buat salah apa-apa, tengah menoreh getah, atau sedang kerja kat kilang, atau sedang berniaga di masjid india, atau sedang bersantai dengan keluarga di KLCC, atau sedang berdating di Istana Budaya, atau sedang bershopping di Sogo tiba-tiba kena tahan di bawah ISA?

Cuba beri contoh individu-individu yang menurut korang dianiaya oleh ISA yang mendorong kita keluar berdemo, bawa anak isteri dan sanggup berhadapan dengan risiko.

Ramai lagi bekas tahanan ISA sekarang ini masih menyokong kerjaan dan minta akta itu dikekalkan, kenapa kita yang tak pernahpun tahu sejarah penubuhan ISA, tak pernah kena tahan tiba-tiba macam ilang akal berteriak di jalan-jalan raya minta akta itu dihapuskan?

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

Orang melayu memang bodoh!!
Jilat bontot cina memang diorang suka..
Jom hancurkan Malaysia!!
Dah lama kita hidup aman sangat..
Sesekali kita hidup plak dalam kehancuran..
Amacam?
Bom je la satu malaysia ni..
Biar orang lain bersorak sebab melayu semua dah hilang!!
BANGANG!!

Anonymous said...

tolong jangan tabur pasir ke dalam periuk nasi org lain. berapa ramai peniaga yang kerugian . nak berdemo pi la dalam stadium shah alam. pendek akal punya org

Anonymous said...

Benak..benak...benak....mereka yang di tahan ISA kebanyakan di zalimi atas dasar tak di mendapatkan hak untuk dibicarakan!. Kenapa susuah sgt nak terima ...bagi hak utk mereka di bicarakan kalau mrk melakukan kesalahan. Ada ke dalam agama kita menyaran kita menghukum org tanpa bicara? Ini pun tak leh terima ke?

Ambil secara mudah...kenapa kita perlu undang2 yang menghukum , memenjara sebelum di bicarakan!

Adakah undang2 itu menindas dan mampu disalahgunakan untuk kepentingan sendiri.

Kenapa perlu undang2 sebegitu kalau sebenarnya kita boleh mengadakan undang2 yg lebih adil.

Mrk yg di tangkap ISA pada asasnya mengutuk kerana tidak dibicarakan, kita tanya Ezam mohd Nor, lokman dan yang lain...mereka juga file kes untuk di bebaskan dan dibicarakan sebelum ini tapi kalau skrg mrk diam adalah kerana mulut di tutup - reasons.....tanya dan evaluate sendiri

Ada satu lagi mamat bodoh tu cite pasal masjid india...ohhhh banggang masjid india itu ada macam Petaling Street itupun kerana desakan..demon dan tentangan kepada DBKL..ko cek la...sebelum bercerita ...kang aku carut ko kata aku kasar tetapi otak bebal sangat..

Hasil dari penentangan beberapa orang itulah Masjid India timbul dan bergitu rupa..ko tanya peniaga kat masjid india tu

Ko kena tahu la ...beb..ko tengok bila semua cendikiawan mengutuk penggunaan bahasa Inggeris utk Maths dan Science ...kerajaan buat de...aje...anak melayu kat kampung susah...keputusan teruk....maka bangkit cendikiawan berdemo....tap..tap hari ini nak di ubah dan TS muhyiddin mengaku bahawa apa yang dikatakan benar dan betul...tapi sebelum ini diam kenapa...

Bagi anak merdeka...merdekakan diri...semua negara dalam dunia berubah kerana demo dan perjuangan...semasa nabi dulu pun menyebarkan agama adalah atas dasar perjuangan dan bukan duduk bergambar kat taman, perubahan fahaman komunisme juga demo,

Umno juga berdemo menentang british...Onn Jaafar juga berdemo untuk tujuan memperjuangkan hak ..kenapa Onn Jaafar tidak buat kat Majsid dalam dewan dan sebagainya...fikirkan kebodohan ko sendiri..akal pendek...

ASP Bukit Kepong said...

Aku rasa kukuh dengan ISA
Aku rasa teguh dengan ISA
Aku rasa tidak bodoh dengan ISA
Soalnya, kenapa anjing melalak meruntuhkan ISA?
ISA salah? Siapa buat salah takut ISA
Jawapnya kalau siapa tidak salah, tak perlu takut ISA.
Hanya hang hang kundur terpaku layu meratap dusta tua pencacai takutkan ISA.
Berarak merodak melalak kononnya ingin merombak.
Walhal kodok tua di atas terkekeh ketawa, sendawa, dok tenang warga MELAYU porak binasa
Bodoh lagi tuli, bangang lagi berapi memang itulah senario kini MELAYU "berani mati"
Hidup anugerah ALLAH hanya sekali, jangan diragut dari orang yang lain diri, Kalau mahu mati sendiri, hang hang pendemo kamu pergi la mampus tanpa kacau lain orang anak bini.

Atas Pagar Botol said...

Kalau benar-benar seorang pejuang yang memperjuangkan untuk memansuhkan ISA, buatlah demostrasi yang berterusan seperti mana di Thailand bukan setakat beberapa jam sahaja dan dihujung-hujung minggu.

Tinggalkan kerja dan tanggungjawab kita selama ini dan sebaliknya demostrasilah sehingga kerajaan mengubah pendirian dan memansuhkan ISA. Buatlah di semua bandar-bandar utama di Malaysia ini agar segala kegiatan ekonomi terhenti agar semua orang boleh mengikut sama berhimpun.

Namun, saya percaya demostrasi berterusan tidak akan berlaku. Sebabnya, kita semua hari ini tiada lagi mempunyai semangat berjuang dan menentang. Hanya sekadar menjadi pengikut, dipaksa, dibayar, seronok-seronok, menghabiskan waktu terluang dsbnya.

Kita masih sayangkan BMW kita, rumah banglow kita, pekerjaan kita, waktu santai kita dan tidak memperdulikan perkara lain.

Berdemostrasi adalah suatu perkara yang menyeronokkan. Macam tengok konsert Rock juga, kita menjerit, kita melalak, bertempiaran lari dikejar Polis dan FRU merupakan satu cabang kesihatan juga - BERSENAM.

Kita sendiri boleh melihat foto penulis blog ini dengan keadaan ceria dan gumbira menyertai demostrasi GMI tempohari. Jelas dia tidak didalam tertekan malah gembira dan ceria menyertai perhimpunan yang bagi mereka amat menyeronokkan tetapi dalam pada masa yang sama menyusahkan orang lain.

Pernahkan kita mengambil kira semua itu? Pastinya tidak....

Anonymous said...

Bangga mendabik dada di tengah jalan..
Melalak seperti anjing kelaparan..
Padahal isu yang dibangkitkan hanya sebesar kuman..
Konon zalim..
Tak pulak mati yang masuk kedalam kem tu..
Disuruh merusuh, pergi merusuh..
Disuruh melalak, bertempik bak gagak..
Walhal yang meyuruh itu adalah si bangsat yang hendak memecah belahkan ikatan yang selama ini erat..
Ikutlah kata perosak bangsa..
Sujud pada kakinya..
BODOH!!

Bekas orang kuat PKR said...

Salam Nora,

bila lagi nak taubat nie, umur dah separuh abad..., asyik nak berdemo aje, projek tak dapat...dapat!

Kesian dengan you nie, you dah jadi ibu tunggal, jagalah anak you baik-baik. jangan jadi Azmin, isterinya si Shamsidar pun sanggup di gadai...hish...hish, bertaubat lah...

AnakMerdeka said...

Ramai guna id Anonymous kat sini, tapi AM nak ulas tulisan Anonymous yang tulis panjang lebar tu.

Antara butiran ISA itu ialah, Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk menahan individu yang didapati mengancam keselamatan negara untuk satu tempoh tertentu tanpa perlu dibicarakan. (lebih kurang macam tu la bunyinya)

Bila dah ditahan bawah ISA memang tak akan dibicarakan. Itu pasti. Kalau rasa ISA zalim, janglah buat perangi tak senonoh hingga boleh tertangkap di bawah ISA.

Polis bukan bangang (macam yang selalu korang tuduh) Polis Malaysia adalah antara polis terbaik di dunia. Bukan pakai cekup orang tak tentu pasal. Kita ada special unit yang pergi siasat orang tu siang malam pagi petang. Kalau ada bukti cukup, baru kena tangkap.

Kebanyakan kita tak tahu jenayah yang dilakukan oleh orang tertentu. Pihak polis tangkap bila dah cukup bukti. Kita tahu atau kenal seseorang itu melalui berita atau tengok kat tv. Kadang kita memang hormat gila kat org tu, kita kagum dengan cara dia bercakap. Tetapi pihak polis tahu lebih banyak dari apa yang kita tahu.

Dari 26 juta pendudk Malaysia yang ada dalam tahanan sekarang ni cuma belasan je (kalau tak silap) tapi tak berpuluh orang pun. Dalam penjara tu beribu kali ganda ramainya berbanding yang ada dalam kem ISA.

ISA ada sejak zaman penjajah, Masa tu ramai antara kita belum lahir pun. Perdana Menteri dah bertukar 6 kali. Boleh la kalau kita kata seorang dua Perdana Menteri guna ISA untuk kepentingan peribadi, tapi tak kan keenam-enam perdana menteri sama? Pembangkang ni siapa jadi perdana menteri pun korang ganyang cukup-cukup. Bagi korang, hanya Anwar Ibrahim sahaja layak jadi PM, betul ke tak?

Najib dah cakap selepas dia angkat sumpah hari itu bahawa dia akan pastikan ISA dikaji semula. Anwar skg kesuntukan masa. Sebab itu dia hendak demostrasi diadakan secepat yang mungkin. Sebab bila ISA digubal sebelum demostrasi diadakan, tak dapat la dia claim credit. Konon kerana demostrasilah kerajaan pinda/hapuskan ISA.

Akhir sekali kalau korang nak berhujah dengan AM, tak perlu maki hamun (walaupun orang tahu, kekuatan pembangkang ialah dengan maki hamun - AM mengaku kalah kalau orang maki hamun) Kita boleh berhujah. Tak perlu intelek sangat pun leh berhujah dengan AM. Kita semua kawan.

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

Kepada Bekas orang kuat PKR

Selamat membuat fitnah, Nora jgn layan

Razali Ampang said...

Polis bukan bangang (macam yang selalu korang tuduh) Polis Malaysia adalah antara polis terbaik di dunia. Bukan pakai cekup orang tak tentu pasal. Kita ada special unit yang pergi siasat orang tu siang malam pagi petang. Kalau ada bukti cukup, baru kena tangkap. kata anak merdeka

Dah kalau ada bukti charge aje kat mahkamah bodoh...tolol...biul....macam mana org tak maki...bodoh sesangat...

norazimah mohamad nor said...

bekas orang kuat PKR

INI JAWAPAN UNTUK ANDA

Nora tak pernah meminta maupun menerima apa2 projek.Nora lebih suka berdikari dan tak terikat dengan mana2 individu atau parti.

Yang dapat projek dan yang terbaru ini,projek uptown-itu adalah kekasih2 khalid ibrahim.

Anda ni marah pada siapa sebenarnya?marah pada parti,pada individu atau diri anda sendiri?

kalau isu ini adalah isu ISA kita diskus pasal isu ISA la!apa pula isu taubat?adakah keluar daripada PKR itu satu menifestasi taubat?

Bagi Nora senang je-apa yang nora nampak tak kena akan Nora TENTANG!!!dalm isu ISA Nora nampak perlu ada undang2 yang lebih baik dari ISA maka ia perlu mengantikan ISA.

Nora percaya,memansuhan ISA perlu untuk menutup ruangan menyalah gunakan kuasa kepada mereka yang sedang berkuasa.

Cuba fikirkan sekiranya PR memerintah dan undang2 ISA masih ada?cuba fikirkan oleh kerana ada kenyataan bersumpah mengenai isu Altantuya dan Najib yang sedang mencabar kerajaan itu di tahan tanpa di bicarakan?kita fikirkan semua ini,sekiranya ada undang2 seperti ini maka sebarang usaha oleh kepimpinan tertentu untuk mencabar kuasa pemerintah,maka ISA digunakan.

Untuk tujuan itu bagi Nora akta ini perlu di ganti/di hapuskan sebelum ada yang mengunakannya untuk mempertahankan kuasanya.

Jadi,bayangkanlah sekiranya PR memerintah dan ISA masih ada pasti BN akan turut menentangnya.sehingga hari ini,mantan Perdana Menteri Malaysia-Pak Lah turut menolak ISA.

Undang2 ini juga telah diminta oleh MCA,GERAKKAN dan PEMUDA UNMO samada di gubal semula atau di mansuhkan sepenuhnya.

norazimah mohamad nor said...

Atas Pagar Botol...
Spe Sial untuk anda

HAH...ini lah tulisan orang nya yang dah takda isu.

Orang senyun dan suka pun nak marah?beb...ini gambar lepas DEMO la.Kawan2 gua tangkap beb,bukan polis.

Beb,gua very simple person-polis ke,kawan2 ke,orang yang gua tak kenal nak bergambar kenangan ke...gua ok je-gua senyum.

Beb,senyum tak yah kuar modal la!!!
Itu pun nak jadi hal.

AnakMerdeka said...

Kepada Encik Razali Ampang, sila dapatkan naskah Malaysian Act. Baca dah fahami apa yang ditulis berkenaan Internal Security Act 1960 (ISA), then baru kita berbahas k? Sila dapatkan panduan dari orang yang arif jika kurang memahami..

Dalam akta itu menyatakan menteri diberi kuasa untuk menahan seseorang "TANPA BICARA"

Nampaknya ramai antara kita berminat untuk berbahas, tetapi kekurangan fakta. Susah lah kalau kita nak bahas benda yhang kita kurang arif.

Pergi ke blog AM untuk baca berkenaan ISA

www.anak2merdeka.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Nasihat kepada pemimpin itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta HARAM MENCELA DAN MENGAIBKAN PEMIMPIN DEPAN KHALAYAK RAMAI. berdasarkan firman Allah s.w.t:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44)
Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Moralnya, jika kepada Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka apatah lagi kepada pemimpin Islam.

Dalam hal ini, AM tertanya-tanya juga, dimanakah peranan ulamak-ulamak PAS?

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

kita semua telah dianugerahkan akal fikiran. jadi berfikirlah secara rasioanal... saya menyokong pejuangan tuan/puan seandainya ia memberikan kebaikan kepada semua pihak...

tapi saya tertanya2 apakah dengan cara berdemonstrasi ini akan menyelesaikan masalah yang diperjuangkan.

sesebuah negara harus ada perti pembangkang supaya pihak kerajaan yang memerintah tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada.
tapi jika parti pembangkang terus menggunakan cara berdemonstrasi untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan bagi menyelesaikan sesuatu isu, bukankah ini akan mendatangkan lebih banyak masalah kepada negara...

saya bukan mahu menunduh mana2 pihak dalam hal ini...

sememangnya ISA itu digunakan ke atas sesorang individu yang yang menggugat keselamatan negara. (sila betulkan saya sekiranya saya salah faham)
MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA adalah sesuatu yang subjektif kerana perbuatan itu merangkumi pelbagai aspek dan cara.

saya tertarik dengan beberapa keterangan yang diberikan oleh mereka yang telah ditangkap semasa demonstrasi ini berlaku.. ada diantara mereka apabila ditanya "apakah ISA?" jawapan yang diterima betul2 mengejutkan.... ada yang menjawab "x tahu pun. saja suka2 join demonstrasi""tengok ramai orang, saya join la". apakah rata2 mereka yang berdemonstrasi pada hari itu tidak tahu apa yang sebenarnya diperjuangkan. saya tidak tahu siapa pihak2 yang menganjurkan demonstrasi ini.

tapi bila saya membaca blog ini saya dapat membuat kesimpulan bahawa tuan punya blog ini juga salah seorang pejuang yang memperjuangkan "mansuhkan ISA". dan telah menyertai demonstrasi tersebut. tetapi saya hairan kenapa saudari tidak pula ditangkap oleh pihak berkuasa sedangkan disini saudari telahpun mengaku berada di lokasi dan beberapa gambar yang sememangnya menyatakan bahawa saudari terlibat dengan demonstrasi berkenaan telah dipaparkan disi?

pohon sesiapa yang lebih arif berkenaan undang2 yang sedia ada menjelaskan kemusykilan saya yang kurang tahu ini.

YUNGIE said...

ANONYMOUS 10:19AM

TANGKAP ATAU TAK,ITU TERSERAH PADA PIHAK POLIS DAN APA YANG PASTI NORA NI TAK PERNAH SOROKKAN WAJAH DIA DARI PIHAK POLIS ATAU PRESS.

KALAU TAK,TAKKAN LAH NORA DAN CIKGU BARD LEH LEAD DEMO TERSEBUT ATAU PIHAK POLIS YANG TAK DAPAT NAK TANGKAP NORA KALI INI?MAKLUMLAH DALAM BAB BERLARI NI AKU MEMANG RESPEC GILA KAT MINAH NI.

MINAH NI LARI MEMANG LAJU BEB...TAK TERIKUT AKU DI BUATNYA!!!

REGARDS TO NORA

REFORMIS said...

SORRY...

kalau tak melalak mcm anjing...minyak pun tak turun la!kenapa orang yang tak melalak mcm u all tumpang juga kesenangan di atas orang yang melalak macam kami?

DASAR BINATANG!!!BODOH TAK ABIS2